04/11/2022
LAMAN NAI AGROFARM
(Jalan-jalan sekitar kebun)
πΆοΈπ₯π₯¬π π
ππ«πΊπ»βοΈπ
Pokok Daun Kaduk
Daunnya seperti sireh dan lada hitam jangan tertukar ya. π
Ekosistem:
Mudah didapati di kawasan kampung-kampung. Selalu dijadikan ulaman dan masakan lemak pucuk kayu.
Khasiat & Cara-cara:-
π Melegakan batuk
- Bersihkan 3-5 helai daun
- Kisarkan dengan sedikit air.
- Sapukan di bahagian leher.
π Kencing tak lawas, demam malaria, selsema , sakit pinggang , sakit gigi dan sengal tulang, sembelit
- Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akar sekali dan bersihkan
- Rebus sehingga mendidih
- Ambil air rebusan yang suam dan diminum perlahan-lahan
π Cacing Dalam Perut
- Bersihkan 3-5 helai daun dan ramas-ramas daun kaduk.
- Campurkan dalam air mandian
- Ramas sahaja daun tersebut.
π Panau - Lumatkan dan sapu bahagian yang ditumbuhi panau.