13/08/2025
Salam semua
Banyak DM saya terima yang minta saya explain pasal Cert. Okay jadi post ni adalah berkaitan dengan Cert. Saya akan cuba guna bahasa yg mudah difahami
Ada banyak badan pendaftaran kucing di dunia yang diiktiraf oleh WCC ( World Cat Congress) seperti CFA, TICA, FIFE dan WCF etc.
Setiap kucing yang bergelar Baka "Purebreed" adalah WAJIB mempunyai Cert (Sijil). Cert ni adalah bukti pengenalan diri individu seseekor kucing yang mempunyai maklumat seperti
- nama kucing
- Tarikh Lahir
- no registration ( seperti no ic kita)
- jenis baka
- color description
- nama ayah dan mak ( Sire and Dam ) termasuk title
- details Owner
- Nama Breeder
- tarikh didaftarkan
berbeza dengan PEDIGREE adalah maklumat mengenai Salasilah Keturunan kucing yang mengandungi maklumat seperti
- Nama Kucing
- nama ayah dan mak ( sire and dam) termasuk title
- Color description.
Pedigree befungsi untuk kita tahu bahawa bloodline di belakang kucing kita dan untuk kita membuat andaian apakah color2 yang akan berkemungkinan dihasilkan oleh kucing kita. Selain tu Pedigree Juga berperanan untuk kita berpindah dari satu badan pendaftaran ke badan yang lain.
( Contoh : kucing anda ada Cert FIFe dan nak convert kepada CFA, jadi anda perlukan CERT dan PEDIGREE ( 4-5 keturunan) kucing anda untuk di submit kepada CFA bagi mendapatkan CERT CFA) untuk apa kita nak convert tu nanti kita masuk bab lain ya.
Adakah kucing yang mak atau bapak dia salah satu ada cert dan lagi satu takda cert jadi anak dia boleh dapat cert?
Jawapan : TIDAK
HANYA parents yang mempunyai CERT yang sama sahaja (contoh: Ayah CFA, Mak CFA atau Ayah Tica, Mak Tica dan etc) yang boleh didaftarkan dan pendaftaran hendaklah dibuat oleh BREEDER, bukannya Buyer/Owner.
Pentingnya Cert kucing ni sama macam pentingnya IC kita. Kalau anda nak claim/jual kucing anda sebagai purebreed, Maka WAJIB lah ada cert.
Ada orang yang beranggapan cert itu penting dan ada yang beranggapan cert tu tak penting. Itu adalah hak masing2 dan kesedaran masing-masing maka tak perlu di bahaskan.
Yang paling penting sekali apa pun kucing anda samada Purebreed, non purebreed atau straycat sekali pun, KEBAJIKAN, PENJAGAAN dan KASIH SAYANG terhadap mereka adalah yang paling Utama.
Apa2 nak tanya mengenai cert boleh comment je.. saya akan jawab insyallah.
Gambar : Contoh Cert CFA dan Pedigree CFA
Terima kasih
**TIPS : jika anda membeli kucing purebreed yang ada cert samada dari Breeder atau Trader sila PASTIKAN mereka mendaftarkan cert tersebut atas nama anda sebagai OWNER. Kalau anda beli dari owner sebelumnya, pastikan Owner tersebut sign siap2 dekat ruangan Transfer Ownership berserta tarikh kucing bertukar milik**
Mohd Hafizul Mew Hamzah