Faiz Cat sitter

Faiz Cat sitter Kebahagian kucing anda menjadi keseronokan buat saya. Kucing 🐈‍⬛ sihat anda gembira ☺️

Pertama kali nak ucap alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas.Alhamdulillah saya kembali untuk nak berkongsi d...
01/09/2024

Pertama kali nak ucap alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas.
Alhamdulillah saya kembali untuk nak berkongsi dengan anda cara penjagaan kucing yang betul.
Mudah mudahan dengan ini dapat mengurangkan masalah kucing terbiar di luar sana

Tolong dan tolonglah buat semua warga DUNGUN yang ada bela kucing.Kita semua takkan dapat elakkan perkara seperti ini ji...
01/07/2024

Tolong dan tolonglah buat semua warga DUNGUN yang ada bela kucing.
Kita semua takkan dapat elakkan perkara seperti ini jika kita bela kucing tapi kita lepaskan.
Paling sedih bila mana ibu yang ada anak mati kena langgar.
Harap sama2 kita betulkan apa yang patut.
Terima kasih.

30/06/2024

Jom dengar sedikit perkongsian tentang penjagaan kucing

17/05/2024

Ini bukan perkara yang lucu..ok..bukan perkara lucu..Please mandulkan kucing 🙏🏻

“ Kalau sekadar bagi makan kepada kucing jalanan bagaimana “Setuju kan jika saya kata makin banyak kucing jalanan sekara...
19/02/2024

“ Kalau sekadar bagi makan kepada kucing jalanan bagaimana “

Setuju kan jika saya kata makin banyak kucing jalanan sekarang nie. Makin menjadi jadi sehingga kan ada yang mati. Mati dilanggar dan sebagainya.

Jadi macam mana cara nak kawal dari berlaku perkara sebegini. Takkan tak boleh nak beri makan kepada kucing jalanan ini. SALAH KE?

Ramai yang membantu memberi sumbangan kepada kucing jalanan ini. Jadi sebenarnya tidak salah kita berkongsi rezeki dengan cara memberi makan kepada kucing kucing ini.

CUMA apa menyedihkan ialah keadaan kucing jalanan ini. Making terbiar. Making beranak pinak. Tidak ramai yang mampu untuk nak ambil dan rawat kucing jalanan ini sebab kos yang agak tinggi jika ia dalam keadaan sakit.

Jujur saya katakan sedih bila tengok keadaan begini. Apa yang patut kita buat ? Adakah cukup dengan sekadar memberi makan? Dan PERSOALAN YANG LEBIH PENTING DARI MANA DATANGNYA KUCING JALANAN INI ? ?

Kepada yang memberi makan kepada kucing jalanan ini teruskan memberi dan berkongsi. Moga dengan sedikit usaha ini dapat membantu kucing jalanan ini terus bertahan. OK

Setakat ini dulu posting saya kali ini. Jangan lupa baca posting sebelum ini sebab ada kaitan dengan yang ini.
Terima kasih yang sudi membaca dan share 😊

.c.s

Ada orang bertanya kepada saya macam mana nak jaga kucing ?“ Saya tak berapa pandai ““ Duit pun tak berapa banyak untuk ...
07/02/2024

Ada orang bertanya kepada saya macam mana nak jaga kucing ?
“ Saya tak berapa pandai “
“ Duit pun tak berapa banyak untuk beli kelengkapan kucing dan sebagainya “

Pertama sekali kita kena faham bila kita hendak membela kucing ada kos dan masa yang perlu diluangkan.
Kalau bab nie lepas boleh pasang niat untuk bela. Tapi ada lagi bab yang perlu diberi perhatian. !!

Bab seterusnya ialah kena belajar tentang kucing.
Apa makanan yang sesuai, apa yang perlu untuk kucing sihat,sangkar kucing,bekas makan dan minum dan pasir kucing.
Kena ingat ya bela kucing bukan sekadar bagi makan dan minum tapi kebersihan juga memainkan satu peranana yang sangat sangat besar.

Dalam menjaga ekosistem kucing yang lebih selamat dan sihat pemandulan kucing juga sangat penting.
Jika tidak dikawal maka dari 2 ekor menjadi 5 dari 5 menjadi 12 dan seterusnya. Bila dah terlalu banyak maka apa akan jadi ?
Kucing akan terbiar tanpa penjagaan dan yang paling sedih ada yang sanggup buang.
Kita sebagai manusia diciptakan dengan penuh sempurna iaitu diberi akal untuk berfikir.
Maka gunalah akal sebaiknya.

Saya rasa setakat ini dulu yang dapat saya kongsikan. Moga ada manfaat dan kesedaran untuk kita semua.

“ Tapi kalau sekadar memberi makan kucing jalanan macam mana ? “
Insyallah kita sambung posting akan datang 😊

.c.s

Ingatkan nak mati tapi Allah masih panjangkan umur dia. Kemungkinan crack atau patah di bahagian bawah mulut sebab mulut...
06/02/2024

Ingatkan nak mati tapi Allah masih panjangkan umur dia.
Kemungkinan crack atau patah di bahagian bawah mulut sebab mulut tidak boleh tutup.
Jika ada sesiapa yang sudi untuk menjaga sangat2 dialukan.
Dan jika ada sesiapa yang sudi memberi sumbangan untuk diwarded di klinik pun sangat dialukan.
Kucing seperti ini memerlukan penjagaan yang rapi.
Mohon doakan yang terbaik untuk kucing ini.

Welcome FebruariDoakan yang baik baik untuk saya 😊      .c.s
01/02/2024

Welcome Februari

Doakan yang baik baik untuk saya 😊
.c.s

Warga DUNGUN yang dikasihi dan dirahmati Allah.Saya sangat sedih bila melihat orang yang membela kucing dalam keadaan me...
17/01/2024

Warga DUNGUN yang dikasihi dan dirahmati Allah.
Saya sangat sedih bila melihat orang yang membela kucing dalam keadaan menyeksa kucing.
Apa tujuan kita membela kucing. Adakah sekadar memberi makan dan minum. Kucing bukan sekadar mainan yang bila kita nak diambil atau dibeli bila dah tidak s**a dibuang.
Panjang kalau nak diluahkan apa yang dirasa.
Cuma harapan saya ialah carilah ilmu tentang penjagaan kucing.
Bukan sekadar bela kosong yang akhirnya kucing mati dilanggar dan sebagainya.
Saya Faiz Cat sitter merayu sama samalah kita menjaga kucing dengan sebaiknya
Terima kasih yang sudi membaca.

.c.s

Pergi bermusafir sebentar sambil mencari ilmu.Doakan perjalanan saya. Perlukan khidmat saya jangan malu jangan segan.Boo...
06/01/2024

Pergi bermusafir sebentar sambil mencari ilmu.
Doakan perjalanan saya.
Perlukan khidmat saya jangan malu jangan segan.
Booking awal sangat digalakkan.
Terima kasih semua ☺️

.c.s

Selamat berlalu tahun 2023 dan selamat datang 2024.Banyak s**a dan duka sepanjang berkecimpung dalam dunia kucing ini.Ha...
31/12/2023

Selamat berlalu tahun 2023 dan selamat datang 2024.
Banyak s**a dan duka sepanjang berkecimpung dalam dunia kucing ini.
Harapan dan impian Faiz Cat sitter cuma ingin memberi kesedaran dan kefahaman kepada pencinta kucing tentang pengurusan kucing dan berkaitan dengannya.
Moga tahun 2024 lebih bermakna buat kita semua.
Sayangilah kucing kita seperti mana kita sayang diri kita sendiri ☺️


Your friendly cat partner

Allahuakbar Allahuakbar AllahuakbarLama rasanya tidak menulis dalam media sosial ini kerana kesibukan dalam menguruskan ...
11/12/2023

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Lama rasanya tidak menulis dalam media sosial ini kerana kesibukan dalam menguruskan Faiz Cat sitter.
Satu kerjaya yang memerlukan kesabaran dalam meneliti sesuatu perkara agar apa yang dibuat ini memberi kepuasan kepada customer.Doakan moga kerjaya ini menjadi satu kerjaya yang dipandang serius seperti kerjaya lain.

Oklah sekadar itu saja dulu.
Ikhlaskan diri dan banyakkan bersabar dalam apa jua yang kita lakukan.
Moga Allah terima segala amalan kita ☺️

Jangan biarkan kucing anda kesejukan.Cari tempat yang sesuai.Pastikan makanan dan air mencukupi.Jaga diri semua ☺️
22/11/2023

Jangan biarkan kucing anda kesejukan.
Cari tempat yang sesuai.
Pastikan makanan dan air mencukupi.
Jaga diri semua ☺️

Beginilah kerja sebagai cat sitter. Begini juga cara untuk menjaga kesihatan kucing.Kucing sihat anda bahagia ☺️
31/10/2023

Beginilah kerja sebagai cat sitter.
Begini juga cara untuk menjaga kesihatan kucing.
Kucing sihat anda bahagia ☺️

Moga bermanfaat ☺️
23/10/2023

Moga bermanfaat ☺️

Selamat Datang Oktober ✌️Sudah 5 hari berlalu bulan Oktober 2023Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan.Alhamdul...
05/10/2023

Selamat Datang Oktober ✌️
Sudah 5 hari berlalu bulan Oktober 2023
Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan.
Alhamdulillah juga atas rezeki yang dilimpahkan.
Moga kita semua diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan yang semakin keras ini.
Jom semangat ☺️

Kenapa tertubuh Faiz Cat sitterTertubuhnya faiz cat sitter ini kerana melihat kurangnya kesedaran orang tentang kucing d...
21/09/2023

Kenapa tertubuh Faiz Cat sitter
Tertubuhnya faiz cat sitter ini kerana melihat kurangnya kesedaran orang tentang kucing dan tiada masa untuk menguruskan kucing.Jadi dengan pengalaman yang ada dalam menjaga kucing terdetik untuk membantu sesiapa yang memerlukan khidmat dari saya.

Apa visi atau misi ?
Membantu memudahkan urusan pencinta kucing
dalam menguruskan si bulus seperti penghantaran ke klinik, belikan kelengkapan si bulus, mengemas dan membersih sangkar dan khidmat nasihat.

Dapat buat pusat jagaan kucing under Faiz Cat Sitter serta dapat membuka peluang pekerjaan dan dapat keluarkan produk keluaran sendiri supaya dapat membantu kucing di luar sana.

Apa perbezaan Faiz Cat Sitter?
Penjagaan dan pemantauan kucing dari semasa ke semasa seperti kucing sakit atau vaksin kutu cacing.

Faiz cat sitter tidak mengambil kucing sakit,jalanan atau kucing free buat masa skrg kerana tiada kemudahan tempat tetapi kita akan membantu untuk memudahkan urusan tersebut.

Bagi yang menubuhkan persatuan untuk kucing jalanan ini saya sangat2 menyokong usaha anda dalam menjaga kucing ini.Teruskan usaha anda.

Terima kasih dan teruskan menyokong ☺️

05/09/2023

Inilah antara cara kerja saya ☺️

Tidak sanggup dibiarkan begitu saja tanpa dikebumikan dengan rapi.Biarpun ia hanya sekor anak kucing jalanan.Kerja ini a...
01/09/2023

Tidak sanggup dibiarkan begitu saja tanpa dikebumikan dengan rapi.
Biarpun ia hanya sekor anak kucing jalanan.
Kerja ini adalah kerja kita bersama.
Moga kita sama2 prihatin dengan perkara begini.
Terima kasih.

Assalamualaikum.Faiz cat sitter dah mula beroperasi.Insyallah yang terbaik untuk kucing anda ☺️
29/08/2023

Assalamualaikum.
Faiz cat sitter dah mula beroperasi.
Insyallah yang terbaik untuk kucing anda ☺️

25/08/2023

Faiz Cat Sitter cuti 25-27.
Insyallah 28hb akan beroperasi kembali ☺️

Ramai yang tagged Faiz Cat sitter untuk membantu kucing ini.Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada yang pri...
19/08/2023

Ramai yang tagged Faiz Cat sitter untuk membantu kucing ini.
Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada yang prihatin keadaan kucing ini dan alhamdulillah ada hamba Allah yang sudi menampung kos rawatan kucing ini.
Tetapi malangnya setiba di tempat kejadian kucing dah tiada.
Moga ada insan lain yang telah membantunya.
Jom sama2 kita sedaya upaya cuba bantu kucing2 terbiar ini setakat yang kita mampu.
Terima kasih semua ☺️

Faiz Cat sitter bersama kucing kesayangan bernama Bobby 😍. Doakan moga bobby terus sihat walaupun tiada mata sebelah 🤲🏻
17/08/2023

Faiz Cat sitter bersama kucing kesayangan bernama Bobby 😍.
Doakan moga bobby terus sihat walaupun tiada mata sebelah 🤲🏻

Doakan moga terus maju jaya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pencinta Kucing.
13/08/2023

Doakan moga terus maju jaya dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pencinta Kucing.

Alhamdulillah atas rezeki ini walaupun sekejap.Diberi peluang ditemuramah bertanyakan tentang apa kebaikan taman kucing ...
09/08/2023

Alhamdulillah atas rezeki ini walaupun sekejap.
Diberi peluang ditemuramah bertanyakan tentang apa kebaikan taman kucing ini.
Terima kasih Ya Allah 🤲🏻

Program Menyantuni Kucing2 di Taman Bukit Bauk.Moga dengan adanya program seperti ini akan memberi kesedaran kepada kita...
29/07/2023

Program Menyantuni Kucing2 di Taman Bukit Bauk.
Moga dengan adanya program seperti ini akan memberi kesedaran kepada kita tentang kucing.
Terima kasih TV3 Malaysia Majlis Perbandaran Dungun

Buatlah sesuatu perkara yang kita minat.Bukan hanya kerana duit.Pasti kejayaan akan menjadi milik kita.Terima kasih kera...
24/07/2023

Buatlah sesuatu perkara yang kita minat.
Bukan hanya kerana duit.
Pasti kejayaan akan menjadi milik kita.
Terima kasih kerana menyokong Faiz Cat sitter

Alhamdulillah kucing semua manja manja. Moga semuanya membesar dengan sihat ☺️Insyallah yang terbaik untuk kucing anda. ...
20/07/2023

Alhamdulillah kucing semua manja manja. Moga semuanya membesar dengan sihat ☺️
Insyallah yang terbaik untuk kucing anda.

Address

No 47 Taman Sura Jetty 2
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faiz Cat sitter posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Faiz Cat sitter:

Videos

Share

Category