09/04/2023
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi SABTU
17 RAMADHAN 1444
8 APRIL 2023
Assalammualaikum..*Salam 17 RAMADHAN*
Selamat menunaikan ibadah PUASA..Marilah kita memanfaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh keberkatan ini agar kita benar-benar mendapat KEMENANGAN, InsyaAllah..
*Wahai orang- orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang- orang sebelum kamu agar kamu bertakwa*
(AlBaqarah 183)
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ
وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim ...
Pada pagi yang mulia ini, kami menadahkan tangan memohon kerahmatan, keberkatan dan keampunanMu..kami bersyukur kerana masih diberi rezeki usia dan kesihatan untuk terus menyedut udaraMu utk meneruskan kehidupan..
Ya Allah.. kami hambaMu yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah..semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar..
Ya Allah limpahkanlah kepada kami sebahagian daripada rahmat Mu yang luas, tunjukkan kami kepada tanda2 Mu yang terang dan tuntunlah kami kepada redha Mu yang luas.
YA Allah didiklah kami menjadi insan yang bertakwa, jauhkan kami Ya Allah dari perkara yang akan menjejaskan ibadah kami.
Ya Allah Ya Azizz
Kurniakan kpd kami jiwa yang tenang dan tenteram..hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha ,sabar,ikhlas, amanah, dan bertanggungjawab..Engkau jauhkan kami drp sikap ujub, riak, takabbur,fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah..
Ya Allah, kami bersyukur kerana Engkau telah melanjutkan lagi usia kami hingga ke hari ini.
Ya Allah indahkan pagi hari ini dengan syukur, ceriakanlah hati kami dengan senyuman, semoga kami dapat jalani hari ini dengan keikhlasan dan semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar.
Ya Allah jadikan pagi ini pembuka pintu rezeki dan kebarkahan, pintu kebaikan dan nikmat, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga bagi kami.
Kurniakanlah kpd kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya jgnlah Engkau jadikan kami drp golongan orang yang lupa diri setelah mendpt kurniaanMu..
Ya Allah redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.
Ya Allah bersihkanlah hati kami dengan kuasa-Mu. lindungilah rumah kami, keluarga kami dan orang2 yang kami sayang.
Ya Allah peringatkan kami apa yang kami lupa.
Ya Allah muliakanlah kami, bahagiakanlah kami, berjayakanlah setiap kerjaya kami, kayakanlah kami dengan harta yang halal, kuatkanlah iman kami dan terimalah amal-amal kebajikan kami.
Ya Allah, jadikanlah kami redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kami.
Ya Allah, doronglah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke syurga.
Ya Allah terima kasih atas segala nikmat dan kurniaanMu pada pagi ini.
Ya Allah jadikanlah setiap langkah kami agar selalu dalam kebaikan.
Ya Allah jadikanlah sisa umur kami penuh dengan keberkahan.
Ya Allah lindungilah kami dan keluarga kami dengan kasih sayangMu, sesungguhnya hidup dan mati kami adalah keranaMu.
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua-dua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua-dua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran tetangga serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Ya Allah..Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah..terimalah amalan kami, terimalah taubat kami..ampunkan segala dosa kami..amankanlah kehidupan kami di dunia dan lebih2 lagi di sana nanti yg kekal abadi..kurniakanlah kpd kami Syurga Mu yg maha luas nikmatnya..
Ya Allah..Engkau permudahkan kami menghadapi saat sakratulmaut..Engkau akhirilah umur kami dalam kalimah tauhid La ila ha illallah..jauhkan dan hindarilah kami daripada siksa kubur dan siksa api neraka..
Ya Allah..Engkau pelihara dan lindungilah kami daripada segala wabak penyakit yg melanda negara kami dan seluruh dunia ...Engkau campakkan sejauh- jauhnya virus penyakit ini dari muka bumi ini ..Engkaulah yg mendatangkan penyakit dan Engkaulah jua yg menyembuhkannya.. Ya Allah, Engkau jauhkan kami drp segala bala bencana dan musibah seperti banjir yg besar, ribut taufan, dan sebagainya..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg maha berkuasa keatas sesuatu.. Ampunilah kami , kasihanilah kami Ya Allah..
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Sila share.َ