Oyen & rabbit.
Saling kenal dan berkawan-kawan.
Cuti sekolah?? Yeeyyy!!
Semua happy boleh main-main dengan kawan2.
Berlari dan mengejar. Dan...boleh main hujaannnn!!
Generasi ke-2
Baby arnab Gen-2 dah besar dah. Berusia 2 bulan, dan dah mula dipisahkan dengan ibu induk (bercerai susu) untuk belajar makan sendiri.
Kami dah belikan sangkar baru. 9 bilik.
Lagi sebulan, mereka akan dipisahkan mengikut jenis jantan atau betina, bagi tujuan pembiakan. Tempoh matang arnab adalah pada umur 4 bulan, dan akan di'kahwin'kan pada usia mereka 6 bulan.
Sedikit ilmu untuk hari ini.👍👍👍
#NewZealandWhite
#RumahArnabHR
#ArnabPedaging
#ArnabPeliharaan
Hari ke-4, Generasi ke-3
Sebagai pengetahuan umum, baby arnab lahir tanpa bulu, buta dan pekak. Bulu-bulu arnab yang sebenar akan mula tumbuh selepas berumur 7 hari. Sementara mata dan telinga mereka akan mula berfungsi selepas 10 hari. Tapi, kalau diteliti dah memang nampak bulu-bulu halus putih tu di sekeliling badan mereka.
Sekarang, kami masih menyusukan baby2 arnab ni lebih kurang 6 jam sekali. Kiranya 4x sehari lah perlu diberikan susu. Keep fighting!! Terus membesar!!
#NewZealandWhite
#RumahArnabHR
#ArnabPedaging
#ArnabPeliharaan
Hari ke-3, Generasi ke-3
Semua dah makin kuat menyusu. Bila banyak menyusu, kencing pun banyak juga. Kain perlu ditukar agar tidak busuk. Najis bby arnab ni, kehijauan. Sikit saja, akan keluar seperti lendir.
Alahai.. bila menggantikan ibu arnab yang menyusu, pukul 4 pagi dah kena bangun buatkan susu.
Mata masih mengantuk.
Nak susukan 7 beradik ni, perlukan masa 1 jam lamanya. Aduhhh.. bertambah 1 tugas lagi nampaknya. 😁😁
#BakaNewZealand
#RumahArnabHR
#ArnabPedaging
#ArnabPeliharaan
Hari ke-2, Generasi ke-3
Mata masih tertutup, badan dah naik bulu-bulu halus bewarna putih. Lembutnya macam kain baldu.
Masih belajar untuk menyusukan mereka dengan baik.
Comel sangat.
#BakaNewZealand
#RumahArnabHR
#ArnabPedaging
#ArnabPeliharaan
Hari Pertama Generasi ke-3
Alhamdulillah dapat 7 baby arnab pada 25.10.23.
Mata tertutup, badan kemerahan. Kecil sangat.
Kami terpaksa pelihara dan susukan tanpa ibu sebab ibu sebelum ni pun tak mahu susukan anak-anak nya.
Kesian3.. 😩😩
#BakaNewZealand
#RumahArnabHR
#ArnabPedaging
#ArnabPeliharaan