22/03/2016
Maine C**n Kuching
Masalah Kucing Zaman Sekarang
Saya ingin ketengahkan beberapa isu penting tentang kesihatan kucing zaman sekarang... (Wah rajin nya tulis malam ni, layankan je... Selalu nye admin malas menulis)
Pertama sekali isu makanan. Saya pernah bincangkan dalam post sebelum ni perihal kandungan makanan kucing. Kandungan pertama yang tersenarai adalah kandungan yang paling banyak. Sekiranya tertulis pada packaging tersebut adalah 'meat and bone meal' sebagai bahan kandungan pertama dalam isi kandungan makanan tersebut maka ketahuilah kucing anda makan sampah kitar semula.
Meat and bone meal boleh di jadikan dari apa2 sumber daging. Daging lebihan dari potongan daging lembu, bangkai tepi jalan, bangkai anjing kucing dari shelter yang kena put to sleep... Dierang takde masa nak bukak colar kat leher anjing/kucing, nak bukak bungkusan plastik ke... Semua masuk skali di proses jadi meat and bone meal. Jadi selagi kamu tak tengok bagaimana dan dari apa meat dan bone meal di proses tu memang boleh gerenti la ianya sampah daging kitar semula...
Tak hairan la sekiranya kucing2 anda kalau makan ni akan pendek umur... Jangka hayat kucing sepatut nya 15-20 tahun tapi sekarang ni banyak sangat kucing yang tak cecah 5 tahun pun. Penyakit yang paling biasa paling 'laris' sekarang ni ialah masalah batu karang.
Masalah buah pinggang dan batu karang selalu nya berpunca dari dehidrasi yang berlaku secara kronik. Secara kronik maksud nya secara perlahan2. Anak2 kucing semua nampak sihat comel, masuk umur setahun muda jelita, bila nak cecah 2 tahun masalah kesihatan mula datang... Kalau kucing hanya makan keropok biskut kucing (yang saya selalu sebut kibbles tu) kucing akan mengalami dehidrasi secara kronik. Bila ini berlaku, masuk umur nak cecah 2 tahun batu karang mula nampak tanduk nya...
Penyakit ini selalu nya boleh membawa maut sekiranya kucing tidak diberikan rawatan, jadi nasihat saya lebih baik mencegah dari merawat... Kucing minum air dengan hanya menjilat. Bayangkan brapa sangat la air yang dpt masuk... Secara semulajadinya, kucing selaku haiwan karnivor mengambil cecair dengan memakan mangsa nya. Haiwan mangsa ialah 70% air. Jadi sekarang kebanyakan kucing makan keropok/biskut kering je...
Satu lagi isu ialah protein yang berkualiti... Sering kita dengar kisah mak kucing baru melahirkan terus memakan anak nya. Apa bila kucing betina tidak mendapat zat yang mencukupi ia boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon yang boleh menyebabkan ibu makan anak. Kucing bila mengandung sangat memerlukan zat2 dan protein yang berkualiti demi menampung tumbesaran anak anak nya serta keperluan diri nya... Apa bila zat2 dan protein yang di perlukan tidak mencukupi, dia akan jadi seolah2 'reset' kepada survival mode. Kalau kehamilan di peringkat awal, kehamilan itu akan batal dan fetus2 dalam perut nya akan di serap semula untuk badan nya sendiri. Sekiranya dia dah melahirkan, maka anak nya akan menjadi mangsa.
Protein ada banyak 'kasta' daging ayam segar pun protein... Kasut kulit pun protein, jadi kenali perbezaan nya... Kucing perlukan daging, kerana dia di ciptakan sebagai predator, maka badan nya terlengkap dengan sistem pencernaan karnivor, maka daging adalah protein yang lebih bioavailable, yang badan nya boleh gunakan. Maka sekiranya dia baru lepas melahirkan, daging berkualiti tinggi yang ada di hadapan nya adalah anak nya sendiri.
Sekiranya kucing seperti ini tidak di rawat dengan diet yang betul, masih di teruskan diet komersial biskut keropok nya, maka lebih tinggi risiko pada kelahiran seterusnya dia akan makan anak nya lagi... Dan lebih baik untuk nya, dan anak2 nya yang dia di kembirikan...