Muddy Pettopia

Muddy Pettopia Muddy Pettopia berkisar tentang sebuah teratak haiwan kecil di rumah sederhana kami.

14/12/2022

Pada ketika itu saya sudah membela 2 ekor kucing yang diadopsi , seekor kucing diberi nama puteh ketika itu berusia 3 bulan dan baru putus susuan dan seekor lagi kucing dewasa berusia setahun diberi nama jojo @ tiger. Mereka ini diadopsi sekitar bulan mei 2020 ketika dalam bulan Syawal dimana puteh diadopsi dari Bangi dan Jojo dari Semenyih

14/12/2022

Idea membina Muddy Pettopia adalah sejak 2020 lagi ketika kami masih tinggal di rumah lama di Midah Height Prima ..

14/12/2022

Penceritaan tentang Muddy Pettopia. Muddy Pettopia adalah sebuah teratak haiwan kecil di rumah kami, nama Muddy adalah singkatan kepada nama anak-anak kami iaitu Muizz, Musawwir dan Danial.😃😃😃😃

12/12/2022

Muddy Pettopia berkisar tentang sebuah teratak haiwan kecil di rumah kami . Ia merangkumi sebuah rumah kucing ,sebuah kolam ikan "fiberglass tank" bersama sebuah aquarium di dalam halaman rumah kami yang sederhana . Dalam sisipan cerita akan datang menceritakan lebih lanjut satu persatu perjalanan bagaimana teratak haiwan "Muddy Pettopia" berjaya direalisasikan.

Mari mulakan Hidup BaruSaya mahu bertanya - jika tetiba leterik padam apa akan terjadi. Jika tetiba air paip terputus ap...
02/08/2016

Mari mulakan Hidup Baru

Saya mahu bertanya - jika tetiba leterik padam apa akan terjadi. Jika tetiba air paip terputus apa akan terjadi. Tetiba bahan bakar minyak petrolium habis - siapakah antara kita di Malaysia ini yang akan merasa selamat?
Selamat yang saya maksudkan memberi makna kehidupan harian berterusan tidak terganggu gugat. Hidup mereka saperti biasa. Hidup mereka saperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Anak bini kaum keluarga sahabat taulan semua bahagia memagari hidup.

Siapa agaknya yang akan terselamat?

Jangan terperanjat jika saya katakan yang akan terselamat ialah - anak manusia warga suku bangsa Penan, warga Senoi, Jakun, Semelai, Temiar - Orang Asal Semanjung dan kaum suku bangsa Dayak dan suku banga Iban di Sabah Sarawak.

Manakala di Afrika warga yang tinggal jauh dari kota akan selamat. Warga kais pagi makan pagi mengumpul makanan akan selamat. Suku bangsa yang masih menetap dalam hutan belantara pasti akan selamat. Warga Masai dan suku kaum Afrika yang tinggal dalam Padang Pasir Kalahari juga akan selamat.

Manakala di Amerika Latin - warga asal yang tinggal dalam hutan Amazon akan meneruskan hidup mereka saperti biasa. Suku kaum Korgi akan terus selamat dikampong kampong mereka atas Gunung Andes.

Bangsa-Bangsa Asal diseluruh dunia ini sama di Asia , Afrika atau Amerika Latin tidak ambil pusing sama ada Bursa Saham New York ditutup atau dibuka. Bursa saham bukan bahan bual mereka. Sama ada bahan bakar petrol ada dipasaran dunia atau tidak - ianya tidak akan menggangu mereka.

Di Malaysia suku bangsa Penan dan Senoi tidak akan peduli sama ada stesen Astro atau RTM akan memancar program atau tidak. Mereka tidak ambil pot kalau Amerika runtuh. Tidak ambil pot kalau Dolar pupus dan nilai Yuan naik mendadak. Mereka juga tidak peduli kalau Najib akhir ditangkap oleh FBI untuk dibawa ke mahkamah New York.

Dunia mereka bukan dunia kita. Apakah yang saya lakar ini satu kebenaran.

Saya cukup yakin warga yang akan terganggu kehidupan mereka ialah warga kota. Warga kota atau warga moden adalah warga yang paling lemah daya fikir. Paling pantas menjadi menjadi kelam kabut. Jika rutin kehidupan mereka beralih maka akan terhambur sumpah seranah. Buktinya cukup senang - jika ada para pembaca tinggal di bilik, flet atau kondo yang tinggi - tetiba kuasa leterik putus. Bagaimana perasaan?

Atau sekali sekala DBKL datang untuk melawat tangki air. Tetiba paip air ditutup untuk beberapa jam. Bagaimana perasaan?

Saya memberi istilah bahawa kita semua ini warga moden. Tetapi sabenarnya lebih tepat lagi kalau saya katakan bahawa kita ini Warga Pengguna atau Warga Konsumer atau Warga Pemakai. Kita mengguna, kita memakai tetapi kita tidak pernah menjadi pengeluar benda dan barangan yang kota guna pakai. Kita hanya ‘consume’ - kita menjadi konsumer yang setia.
Kita tidak menjadi pengeluar kerana barangan yang di perlu guna pakai kita dapati melalui pertukaran duit.

Duit ini kita dapati apabila kita bertukar masa yang kita ada , tenaga kita , kebolehan dan daya fikir kita. Kita jual masa kita. Jual jual tenaga kita. Kita jual masa kita kepada pembeli termahal. Jual daya fikir dan intelek kita. Semua untuk mendapat duit. Duit ini digunakan untuk mendapat barangan yang kita tidak buat.

Apa yang saya tulis ini ialah lingkaran asas sistem ekonomi. Ada yang mengeluar dan ada yang membeli. Ada permintaan ada pengeluaran. Jadi apa masaalah nya dengan sistem ini?

Sistem ekonomi kapitalis ini telah melahirkan satu gaya hidup yang membawa nilai, memperkukuh falsafah, menetaskan pandangan dunia dan memberi pandangan agama.

Apakah ini satu kesalahan?

Pada ketika ini menjadi konsumer bukan satu jenayah. Malah menjadi konsumer dirayakan sebagai satu kejayaan. Dalam budaya ekonomi kapitalis mengumpul benda sebanyak mungkin akan dinobatkan sebagai kejayaan. Justeru Robert Kouk, Ananda, Soros, Daim , Syed Mokhtar, atau Rockefeller dijadikan sosok contoh untuk diikuti sebagai lambang kejayaan.

Betul. Sosok sosok ini dirayakan dalam satu masa yang lampau. Kini tidak lagi.

Hari ini budaya konsumer yang dinobatkan oleh sosok-sosok ini telah menjadi salah satu punca yang menjadikan bumi kita demam. Budaya konsumer yang lahir dari sistem ekonomi kapitalis ini telah terbukti memudaratkan kita semua. Semua yang saya maksudkan ialah kesemua umat manusia.

Justeru saya mencadangkan untuk kita sesama mencari selamat. Masanya telah sampai agar kita meninggalkan budaya konsumer. Meninggalkan agama dimana kita menyembah kereta. Meninggalkan agama dimana memiliki benda menjadi rukun iman. Meninggalkan agama dimana kita bertawaf dengan harta dan kekayaan.

Telah sampai masanya kita meninggalkan agama dan kepercayaan yang menganggap suku kaum Penan yang bercawat di Sarawak sebagai Orang Liar. Meninggalkan agama yang percaya bahawa Orang Asal yang hidup tanpa rumah batu dalam hutan di Gua Musang sebagai kaum yang tidak bertamadun.

Pada hemat saya masanya telah sampai untuk kita semua melihat kembali nilai diri kita. Melihat kembali pandangan dunia kita. Dan mentafsir kembali falsafah pegangan hidup kita sebelum kita menuduh warga yang bercawat, warga yang tidak ada talipon bijak, warga yang tidak menonton Astro sebagai warga yang ketinggalkan zaman.

Pada hemat saya budaya konsumer telah menjadikan kita warga yang paling lemah. Fikrah warga moden lemah kerana kehidupan kita bersandarkan pembuatan orang lain.
Pada hemat saya tamadun moden hari ini sedang diserang oleh dua malapetaka. Pertama sistem ekonomi kapitalis ini telah sampai ke tahap tepu. Ianya tidak dapat berkembang lagi. Dalam keadaan sademikian dari hukum sejarah maka kaum pemodal antara bangsa akan meledakkan perang dunia.

Kemungkian ini tidak dapat diketepikan. Perang dunia Pertama dan Kedua semuanya dilakukan kerana sistem ekonomi kapitalis berhadapan dengan masalah.

Malapetaka kedua ialah bencana alam yang sedang dialami bukan hanya oleh warga Chuping Perlis tetapi pemanasan dunia hari ini sedang memanaskan warga seluruh dunia.

Mustahil tidak terbaca bagaimana sembahyang hajat telah dijalankan di Temerloh kerana Sungai Pahang telah susut. Ikan patin dalam sangkar mati kekeringan. Mustahil tidak terbaca bagaimana empangan Bukit Merah Perak samakin kering.

Chuping, Bukit Merah dan Temerloh ini hanya tiga tempat yang saya tuliskan namanya. Sebenarnya ada ribuan juta wilayah dan kawasan dalam dunia kita ini sedang mengalami perubahan cuaca. Ada berjuta Chuping. Ada beratus ribu Sungai Pahang yang makin susut. Ada ratusan ribu empangan Tanah Merah menjadi kering. Jutaan ekar kawasan lembah pertanian menjadi mangsa kemarau. Padang pasir saban hari sedang memakan kawasan cucuk tanam. Panen gagal. Kebakaran berlaku disana sini. Semua ini adalah tanda tanda malapetaka.

Saya tidak mahu dilihat sebagai pembawa maklumat songsang yang menakut-nakutkan pembaca. Saya tidak mahu dilihat sebagai pembawa maklumat gelap yang menakutkan. Tetapi dalam masa yang sama dari pengamatan saya, dari pembacaan saya - secara jujur saya akui bahawa saya merasa takut melihat apa yang sedang berlaku sekarang.

Saya akui - saya amat-amat takut apabila membaca berita Sungai Pahang di Temerloh susut. Saya menjadi takut apabila saya melihat gambar sungai Pahang cetek berlumpur. Gambar ini terpampang dalam akhbar kita.

Sabenarnya kesedaranlah yang melahirkan ketakutan. Jika saya tidak sedar maka saya tidak akan takut. Maka saya tak ambil pot. Kerana saya sedar apa yang berlaku maka saya cuba mencari jawapan. Apabila saya temui jawapan maka saya anggap jawapan ini satu pencerahan. Pencerahan ini wajib saya kongsi bersama. Berkongsi pencerahan secara beramai-ramai pada hemat saya hanyalah satu satunya jalan untuk kita sesama menyelamatkan alam ini.

Justeru - mari kita kembali kepada persoalan awal - siapa yang selamat jika malapetaka sampai.

Mari kita amati cara hidup, budaya hidup Orang Asal. Cara suku kaum Penan bercucuk tanam. Mari kita pelajari budaya gotong royong Orang Asal atau Penan. Lihat bagaimana mereka berkerja bersama-sama mementingkan komuniti dari mementingkan diri sendiri. Lihat bagaimana hidup mereka berani dan merdeka.

Mendahulukan komuniti dari mendahului diri sendiri adalah pandangan dunia yang amat-amat bertentangan dengan falsafah dan gaya hidup budaya kapitalis. Dalam budaya agama konsumer kapitalis mementingkan diri sendiri demi keuntungan adalah rukun iman pertama.

Inilah perbezaan hakiki antara padangan dunia kaum kapitalis dengan pandangan dunia kaum Penan. Kaum Penan mementingkan orang ramai. Kaum kapitalis mementingkan diri sendiri.

Hari ini ketika bumi berhadapan dengan potensi dua malapetaka. Kita sebagai umat manusia diberi pilihan - untuk diri sendiri atau untuk kebaikan umum. Untuk keuntungan pribadi atau untuk keuntungan orang ramai.

Saya tahu apa yang saya pilih justeru ini adalah tulisan-tulisan akhir saya sabelum saya dipenjarakan. Jika leterik padam dan air terputus saya masih ketawa. (TT)

31/07/2016

Antara perkara menarik yg disampaikan oleh Dr. Sayyid Abdul Mun'im al-Ghumari malam tadi ketika mengijazahkan Thulathiyyat ialah:

1. Pesanan al-Khatib al-Baghdadi supaya penuntut ilmu memulakan pengajian dengan membaca Sahih al-Bukhari.

2. Amalan Sayyid Abdul Aziz Siddiq al-Ghumari (ayah beliau) dan Sayyid Abdullah Siddiq al-Ghumari (pakcik beliau) membaca Sahih al-Bukhari setiap hari sebagai hizib. Bila khatam, mereka ulang semula. Amalan ini berterusan sehingga mereka wafat.

3. Sayyid Abdul Aziz al-Ghumari menyatakan bahawa setiap kali beliau membaca Sahih al-Bukhari, setiap kali itulah akan terbukanya makna² dan rahsia² baharu.

4. Imam al-Bukhari pernah mendoakan supaya orang yg membaca sahih beliau dikurniakan pembukaan (futuh).

31/07/2016

‌🕳┉❀❀°🌸°❀❀┉🕳

🕳🌸العناية بالقرآن🌸🕳

🌸قال ابن الصلاح رحمه الله :

قراءة القرآن كرامة أكرم الله بها البشر والملائكة لم يعطوا ذلك وهي حريصة على استماعه من الإنس .

📗الإتقان للسيوطي 275/1.

🌸وصية لمن فقد البركة🌸
في وقته

🌸قال أحد السلف: «كلما زاد حِزبي من القرآن، زادت البركة في وقتي، ولا زِلْت أَزيد حتى بلغ حزبي عشرة أجزاء» اهـ

🌸وقال إبراهيم بن عبد الواحد المقدسي موصياً الضياء المقدسي لما أراد الرحلة للعلم:
«أكثر من قراءة القرآن ولا تتركه؛ فإنه يتيسر لك الذي تطلبه على قدر ما تقرأ» اهـ

🌸قال الضياء:
«فرأيت ذلك وجرّبته كثيراً، فكنت إذا قرأت كثيراً تيسرلي من سماع الحديث وكتابته الكثير، وإذا لم أقرأ لم يتيسرلي» اهـ

📗ذيل طبقات الحنابلة
لابن رجب الحنبلي رحمه الله تعالى (ج٣/ص٢٠٥).

🌸وصية عظيمة لتربية🌸
اﻷبناء

🌸أوصى الشافعي تلميذه الربيع بن سليمان ، فقال له :

وإذا أردت صلاح قلبك أو ابنك أو أخيك ، أو من شئت صلاحه، فأودعه في رياض القرآن ، وبين صحبة القرآن، سيصلحه الله شاء أم أبى - بإذنه تعالى - .

📗حلية الأولياء لأبي نعيم ٩ / ١٢٣.

🌸القرآن تحيا به القلوب🌸

🌸"وكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا "
وهو هذا القرآن الكريم، سماه روحاً ، لأن الروح يحيا به الجسد، والقرآن تحيا به القلوب والأرواح ، وتحيا به مصالح الدنيا والدين ، لما فيه من الخير الكثير والعلم الغزير.

📗تفسير العلامة السعدي رحمه الله سورة الشورى (ص: 903).

🕳┉❀❀°🌸°❀❀┉🕳

Mengambil berat terhadap al-Qur'an.

Ibnu Solah berkata, "Membaca al-Qur'an merupakan kemuliaan yg dikurniakan Allah buat manusia. Para malaikat tidak mendapat anugerah ini. Oleh sebab itu, mereka berusaha mendengar bacaan al-Qur'an daripada manusia."

-Al-Itqan oleh al-Suyuti-

Pesanan Buat Mereka Yg Hilang Keberkatan Masa.

Salah seorang salaf berkata, "Setiap kali hizib al-Qur'an saya bertambah, maka keberkatan masa saya juga bertambah. Saya berterusan menambah hizib al-Qur'an saya hingga mencapai 10 juzuk."

Ibrahim bin Abdul Wahid al-Maqdisi berpesan kepada al-Dhiya' al-Maqdisi ketika beliau ingin bermusafir menuntut ilmu, "Banyak² baca al-Qur'an. Jangan tinggalkan al-Qur'an. Apa yg kamu tuntut akan dimudahkan mengikut kadar al-Qur'an yg kamu baca."

Al-Dhiya' berkata, "Saya telah mengalaminya banyak kali. Bila saya banyak membaca al-Qur'an, maka mudah untuk saya mendengar dan mencatat hadith dengan banyak. Sebaliknya, bila saya kurang baca al-Qur'an, maka kurang juga yg saya dapat."

-Zail Tabaqat al-Hanabilah oleh Ibnu Rajab al-Hanbali-

Pesanan Agung Dalam Mendidik Anak.

Imam Syafi'i berpesan kepada muridnya al-Rabi' bin Sulaiman, "Jika kamu mahukan kebaikan buat hatimu, anakmu, saudaramu atau sesiapa sahaja, biarkannya bersantai di taman al-Qur'an dan berkawan dengan al-Qur'an. Allah akan memperelokkannya sama ada orang itu mahu atau tidak, dengan izin Allah."

-Hilyatul Awliya' oleh Abu Nu'aim-

Al-Qur'an Menghidupkan Hati.
Firman Allah Ta'ala, mafhumnya, "Demikianlah Kami telah mewahyukan roh (al-Qur'an) daripada urusan Kami kepadamu (wahai Nabi)."

Inilah al-Quran al-Karim yg disebut oleh Allah sebagai roh. Hal ini kerana jasad hidup dengan sebab roh. Begitulah al-Qur'an. Dengan sebabnya, hati dan roh menjadi hidup. Urusan dunia dan agama hidup dengan sebab al-Qur'an kerana al-Qur'an mengandungi kebaikan yg banyak dan ilmu yg melimpah ruah.

-Tafsir Surah Syura oleh al-'Allamah Abdul Rahman al-Sa'adi-

Al- Quran Humaira turut dijual dengan harga berpatutan ...
19/12/2015

Al- Quran Humaira turut dijual dengan harga berpatutan ...

JIKA RASA SEKARANG ZAMAN SUSAH, BELAJAR DARI MAKHLUK NI : Ramai mengira, sekarang zaman ekonomi akan meleset. Susah nak ...
19/12/2015

JIKA RASA SEKARANG ZAMAN SUSAH, BELAJAR DARI MAKHLUK NI :
Ramai mengira, sekarang zaman ekonomi akan meleset. Susah nak berniaga, barang naik & payah nak dapatkan sesuap nasi.

Saya akui kebenaran sesetengah fakta tersebut, namun jika kita ingin mengeluh dengan semua itu, cuba berhenti sejenak dan renungi, adakah kita makhluk Tuhan paling susah cari rezeki?

- bandingkan kesukaran kita dengan kesukaran nyamuk cari makan. Bayangkan, untuk mencari 'sesuap nasi-setitis darah', nyamuk terpaksa menyabung nyawa dengan 'tamparan' kita?

Adakah kita dah sampai ke tahap itu? Terpaksa menyabung nyawa setiap hari?

- bandingkan p**a kita dengan cicak. Bayangkan, cicak asasnya binatang melekap tapi makanan hariannya terbang (lalat dll). Maknanya, its almost impossible nak dapat makan dlm sehari.

Adakah kita berada pada tahap sesukar cicak?

- bandingkan kita dengan labah-labah. Nak makan pagi, kena anyam 'rumah'nya berjam-jam. Then sekali ditiup angin, everything gone. Kena start all over again.

But, labah2 never complain.

- bandingkan kita dengan burung. Setiap hari bila keluar cari makanan, ia terpaksa tinggalkan anak2nya dlm sarang. Tawakkalnya cukup tinggi. Tiada 'maid' yg jaga. Silap2 bila balik, anak dah takda disambar pemangsa lain.

Adakah kita lebih susah dari burung dlm hal menjaga anak?

MORAL : ada sebab mengapa Tuhan letakkan dlm Quran makhlukNya yang lain. Ia untuk kita bandingkan. Ia untuk kita muhasabah diri sebelum start mengeluh, menyalah, kurang bersyukur dan berputus asa.

Disebalik kesukaran binatang tersebut, tidak pernah kita lihat mereka give-up. Plus, just imagine yang haiwan2 ini langsung tiada simpanan bank, kwsp, BRIM dll.

Dan ia takde akal. Takde SPM, UPSR tak reti baca buku dll. Just ada instict sahaja.

Tapi dengan segala kekurangan itu, haiwan2 ini tidak pernah mengeluh, menyalah Tuhan dll. Mereka happy sahaja. Bahkan Quran kata, burung kerjanya berzikir & bertasbih sj....

Saya sampaikan cerita2 ini agar kita, makhluk ciptaan Tuhan paling perfect tidak mudah mengeluh, menyerah, menyalah atau mengalah.

Kita ada banyak kekuatan. Dan kita still ada Tuhan.

Just do the best,jangan putus asa, hentikan negativity & kuatkan connection dengan Tuhan. Nanti Dia akan aturkan rezeki terbaik untuk kita, tak kiralah sekarang zaman meleset atau tidak.

Sebab rezeki kita bukan ditentukan based on kemelesetan ekonomi. Ia ditentukan oleh Ar-Razzaq.

Bertawakkal kuat kepadaNya, sbb bila Tuhan nak bantu, ulat dalam batu pun gemuk-kenyang diatur rezekinya.

Takkan kita yg hidup di tengah kota yg cukup banyak sumber ini boleh papa-kedana?

Just think, deeply.
Just syukur deeply.

Pasti Tuhan aturkan banyak punca rezeki 'min haisu laa yahtasib'.
Us Asraff Ayobb

P.S : perkara ini akan mudah jika connection kita dengan Tuhan 'kuat' signal wifinya. Anda dah kuasai ke belum 'wifi' Tuhan, Al-Quran?

Jika masih struggle nak baca Quran, cuba dapatkan 2 buku tajwid terbaru saya ni. Amaran awal : ia ditulis khas untuk mereka yg ingin short-cut, bukan long-cut.

Ia ditulis guna bahasa orang awam, bukan istilah arab yg susah nak faham. Dapatkannya pd harga diskaun pre-order (kena cepat, kuota dah nak habis) dgn melayari :

http://www.furqanworks.com/preorder/

Jualan  combo terhangat di pasaran
19/12/2015

Jualan combo terhangat di pasaran

Disember hot seller
19/12/2015

Disember hot seller

Promosi hebat hujung tahun 2015
19/12/2015

Promosi hebat hujung tahun 2015

Address

Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muddy Pettopia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Pet sitting in Kuala Lumpur

Show All