14/10/2022
Tips Jaga Anak Kucing Tanpa Ibu
Menjaga anak kucing baru lahir dan tanpa ibunya memerlukan komitmen dan tenaga yang tinggi.
Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diambil tahu :
• UMUR
Penting diketahui kerana kuantiti susu yang perlu diberikan berbeza mengikut usia anak bulus
• SUSU
Anak kucing perlu diberi susu mengikut jumlah dan kekerapan yang betul.
Boleh rujuk seperti berikut :
• Umur 1 minggu
Sus**an sebanyak 3ml - 4ml dan beri setiap 2 jam
• Umur 2 minggu
Sus**an sebanyak 5ml - 6ml dan beri setiap 3 jam
• Umur 3 - 4 minggu
Sus**an sebanyak 12ml - 18ml dan beri setiap 4 jam
• Umur 4 minggu keatas
Sus**an sebanyak 12ml - 18ml setiap 8 jam.. Anda juga digalakkan memberi makanan pejal pada umur ini.
Dalam pemberian susu pada anak kucing, ada beberapa TIPS PENTING untuk anda.
• SUHU SUSU- Susu SEJUK boleh mengakibatkan kembung perut pada anak kucing.
• BANCUHAN- Susu seharusnya dibancuh dengan air suam. Uji pada kulit dikawasan nadi anda supaya tidak terlalu panas. Susu yang dibancuh biasanya perlulah mengikut kadar cairan yang ditetapkan. Jika terlalu PEKAT boleh menyebabkan sembelit, jika terlalu CAIR anak kucing akan kekurangan zat dan cepat lapar.
• POSISI- pastikan kepala anak kucing tidak terlalu mendongak ketika minum susu dari botol. Ditakuti susu masuk ke peparu.
• ALAT-gunakan botol susu khas untuk kucing atau picagari.
• ELAKKAN dari memicit botol susu, biar anak kucing menghisap susu dari botol. Jika guna picagari titiskan perlahan-lahan.
HABA
Anak kucing yang baru lahir mudah sejuk (hypothermia) kerana ketiadaan lapisan lemak bawah kulit dan mekanisma badan tidak mampu mengawal suhu badan sendiri. Hypothermia boleh membawa maut pada anak kucing. Oleh itu anda perlu menggunakan beg air panas untuk memanaskan badan anak kucing sehingga anak kucing berumur 3 minggu.
Masukkan air panas (selepas didih) sebanyak 250-300 ml kedalam beg air panas. Pastikan beg air panas tidak kembung sebelum anda tutup skru beg air panas itu. Letakkan beg air panas dibawah selimut supaya tidak terlalu panas untuk anak kucing tersebut.
Lebih elok jika anda memakaikan anak kucing dengan sarung kaki terpakai yang diubahsuai.
Paling mudah, letakkan sebanyak mungkin lapis selimut dalam kotak anak kucing anda atau beberapa anak patung lama supaya anak kucing dapat memanaskan badan mereka.
RANSANGAN KENCING/BERAK
Untuk anak kucing yang mempunyai ibu, ibu kucing biasanya akan menjilat dan membersihkan kemaluan anaknya. Tetapi untuk anak kucing yang tiada ibu, anda perlu "meniru" perbuatan ibu kucing dengan mengelap berulang kali dikemaluan anak kucing tersebut menggunakan kain/ tisu yang dibasahkan sedikit air.
Rangsangan perlu dilakukan setiap kali anak kucing minum susu. Anak kucing (berumur 2 minggu kebawah) tidak pandai lagi untuk buang air kecil/besar sendiri. Jika rangsangan tidak diberikan, pundi kencing akan bengkak dan sakit. Anak kucing akan sakit dan tidak selasa dan anda boleh lihat anak kucing akan kurang minum susu.