Catsitter Duo-Mak dan Anak
Apa yang penting???
Kerjasama!!!
Ni lah partner mama cat dalam cat sitting ni.. Mama kepada mama cat 🤭🤭🤭
Ada yang tanya full time ke buat cat sitter ni?? Jawapannya tidak… Buat bila ada waktu lapang..
Pertama, sebab memang sukakan kucing.. Kira macam 1 cara nak healing lah.. Dapat jumpa dan main dengan pelbagai jenis baka kucing yg comel2.. Maklumlah kucing2 kat rumah ni semua kucing kampung.. Teringin juga kadang tu nak belai gomol ragdoll, bsh ni 🤪🤪
Kedua, adalah untuk menampung keperluan kucing yang direscue sebanyak 15 ekor kat rumah ni.. 1 bulan 2 guni Belif Cat food dewasa yg 18kg tu, 6 pek Kawan Tofu Cat Litter yg 7L tu.. Belum lagi cat treats dan wet food depa.. Lepastu kena kumpul bajet nak beli baru apa2 cat accesories macam cat tree, scratcher, cat box depa yg akan rosak dalam tempoh 4 5 bulan tu.. Kucing kampung kan pepaham la buas nya macam mana 😂😂😂.. Macam nak roboh cat house ni kalau tengah hyper tu..
Ketiga, duit lebih hasil cat sitting digunakan untuk feed stray cats pula.. Tempat kerja mama cat ni dekat sangat dengan pasar pagi.. Tau2 la pasar ni tempat apa kan?? Kucing2 ni pula tau je siapa yang berhati tisu.. Sentiasa ada je tunggu nak minta makanan.. Kita ni manalah nak sampai hati nak biorkan deorang kelaparan.. Ada yang tak sihat, sarat mengandung, kurus kering.. Beli la 1 guni kibbles Pet Land yg 10kg tu utk sebulan makan bagi kucing stray ni..
Keempat, ada baki duit extra kalau duit inilah yang digunakan nak topup perbelanjaan harian, nak menyoping ke..
Kehidupan sekarang keras.. Tapi x bermaksud x boleh survive.. Semua bergantung sejauh mana kita mampu berkorban masa dan tenaga demi kehidupan yang lebih selesa buat yang tersayang dan diri sendiri.. Hidup kena kreatif dan adapt dengan situasi semasa.. Jangan asyik mengeluh dan komplen je tapi 1 hari dah dok melepek atas katil je..
Jom support Bibik 4 Cats agar mama cat dapat berterusan membantu kucing2 diluar sana.. Ni lah ikhtiar kami agar dapat membantu
Tak… Sekarang ni hang nak bibik cuci taik hang ka bibik dukung hang?? Hang pilih sekarang!!! 🤨🤨🤨
P/s: Ni si oyen regular customer.. Bibik kandung depa ni kalau book mesti sebulan.. Dapatlah majikan2 ni merasa dapat bibik angkat.. Manjah sekali bulus2 ini 🥰🥰🥰