MFM Farm

MFM Farm Ternakan, Tanaman, Masakan

Lama juga tak post kat sini. Agak busy sikit lately ni. Work in progress. In shaa Allah. Sikit je lagi πŸ‘
16/07/2024

Lama juga tak post kat sini. Agak busy sikit lately ni. Work in progress. In shaa Allah. Sikit je lagi πŸ‘

09/05/2024

Berita baik untuk semua!!
Permohonan Kursus Pemindahan Teknologi Penyediaan Makanan Ikan Air Tawar Peringkat Ladang Bagi Penternak 2024 di IPP Glami Lemi telah dibuka. Permohonan boleh dibuat melalui Portal dtims mulai 9 Mei 2024 hingga 24 Mei 2024. Peserta adalah terhad.

Pendaftaran : https://www.dtims.intan.my/detail_course/vyp9JAgRQqQwpbzR

09/05/2024

Berita baik untuk semua!!
Permohonan Kursus Pemindahan Teknologi Pembiakan Ikan Patin 2024 di IPP Glami Lemi telah dibuka. Permohonan boleh dibuat melalui Portal dtims mulai 9 Mei 2024 hingga 29 Mei 2024. Peserta adalah terhad.

Pendaftaran : https://www.dtims.intan.my/detail_course/knMv9BNKEVh7Zyci

24/04/2024

Kepada warga Seremban yang berdekatan dengan Balairaya Taman Rashibah Indah Temiang boleh hadir ke Program Jualan Nismilan untuk mendapatkan barang keperluan seperti beras, telur, ayam , ikan dan sayuran pada 26 April 2024 bermula jam 8.30 pagi hingga kehabisan stok.



04/04/2024

LANGKAH BERJAGA-JAGA DALAM MENGHADAPI PERMULAAN FASA PERALIHAN MONSUN

Jabatan Meteorologi Malaysia pada 25 Mac 2024 telah mengeluarkan kenyataan akhbar berkaitan Permulaan Fasa Peralihan Monsun yang dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Cuaca yang panas serta kering yang sedang berlaku di Negara ini dijangka akan beransur pulih menjelang pertengahan April.

22/02/2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi pemula ternak macam saya ni, inilah info serba sedikit sebelum mula ternak ika...
14/02/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi pemula ternak macam saya ni, inilah info serba sedikit sebelum mula ternak ikan tilapia.

Ilmu πŸ“—πŸ“˜πŸ“™πŸ“•πŸ“–
Ilmu ternak ikan sememangnya kena ada. Tanpa ilmu memang akan menyukarkan kita untuk buat sesuatu perkara.

Tempat & Bekas/Tank πŸͺ£
Untuk permulaan (nak try & error) bolehlah mulakan dengan jumlah ikan yang sedikit. Jumlah ikan menentukan bekas/tank yang diperlukan. Lagi banyak ikannya, lagi besarlah tanknya.


Filter (penapis air)
Filter ada bermacam2 jenis dekat luar. Tak kesah apa jenis yang tuan2 nak gunakan filter, yang penting kita tau media yang perlu digunakan.

Sistem filter
RAS (Recirculating Aquaculture System) & Bioflok. Serba sedikit mengenai RAS dan Bioflok. Kedua2 sistem ini sesuai digunakan untuk ternak ikan tilapia. Bagi penternak yang s**a tengok ikan dalam bekas/tank, boleh la gunakan sistem RAS. Bagi yang tak kesah nampak ikan ke tak, atau pun untuk komersial, boleh gunakan sistem Bioflok. Berbeza dengan RAS air yang jernih, Bioflok airnya agak keruh (Kelabu coklat hijau).

Fresh Water Test Kit πŸ”¬πŸ”¬πŸ”¬
Alat ni digunakan untuk kita cek keadaan air (parameter air) dalam bekas/tank ternak kita. Boleh cek PH, Ammonia, Nitrite dan Nitrate.

Makanan Ikan (pellet) 🍽️
Untuk Pellet, terdapat pelbagai size pellet. Pastikan kita beli yang saiz yang bersesuaian dengan saiz mulut ikan. Makanan sampingan untuk ikan tilapia ada banyak dan antaranya, nasi, daun ketum ayam, azola, kangkung, roti, perut ayam, cacing.

Ikan 🐟🐟🐟
Untuk permulaan, anak benih (anak ikan) saiz dalam 2/3 inchi ada dijual kedai2 akuarium. Harga seekor bergantung pada kawasan RM0.20 - RM0.30 seekor. Nak beli terus dari pemborong pun tiada masalah.

Info2 diatas adalah dari pengalaman saya sendiri sebagai pemula ternak ikan tilapia. In shaa Allah saya akan share lebih detail pada masa akan datang πŸ˜‰ Follow untuk info yang menarik.

Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan. πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰Semoga negara kita terus maju, aman dan damai.🀲🀲🀲Wilayah Madani, Rakyat H...
01/02/2024

Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan. πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰
Semoga negara kita terus maju, aman dan damai.🀲🀲🀲
Wilayah Madani, Rakyat Harmoni. πŸ‘

20/01/2024

Bermula dengan minat aquascape akuarium, sekarang ternak ikan p**a. Masih baru dalam bidang ternak. Banyak benda nak kena belajar lagi ☺️

Assalamualaikum/salam sejahtera. Saya baru lagi dalam bidang ternak ikan tilapia. Setelah beberapa bulan inilah hasilnya...
08/01/2024

Assalamualaikum/salam sejahtera. Saya baru lagi dalam bidang ternak ikan tilapia. Setelah beberapa bulan inilah hasilnya. Baru ada masa nak upload.

Tank biru (100gallon)
150 ekor anak benih
Makan autofeeder - pellet F01, 2 kali sehari

Tank hitam (200gallon)
Remaja 50+- ekor
Makanan autofeeder pellet F03 3 kali sehari

Filteration
3 tong cat (20L)
Tong 1 - sponge 3 jenis (vortex)
Tong 2 - biomedia (coral,lava rock, pumice stone) + k1
Tong 3 - water pump

Disebabkan jauh dari rumah, seminggu sekali sahaja saya dtg untuk topap segala2nya.

Address

Wadi Benar, Pt25768

71700

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60132646907

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MFM Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MFM Farm:

Videos

Share