29/11/2021
Adakah anda tahu dan sedar daging arnab adalah antara daging putih terbaik dipasaran dan adalah makanan yang istimewa. Ia merupakan kombinasi jenis pemakanan berkhasiat & enak dimakan. Daging arnab mempunyai protein yang tinggi
Daging yang kaya dengan protein berkualiti iaitu dianggarankan = 21g bagi setiap 100g. Protein yang mudah cerna (digestible protein). Ini secara langsung membantu meningkat metabolisma. Anda semua tahu bahawa protein merupakan penting untuk pembentukan otot. Daging arnab boleh dijadikan sebagai sumber makanan berasaskan daging yang mempunyai sumber protein yang tinggi, kandungan lemak yang rendah dan juga mempunyai kandungan serat halus yg tinggi. Protein memainkan peranan yang besar untuk kesihatan badan Oleh itu, produk protein membentuk asas nutrisi untuk atlet, terutama pembina badan. Terdapat kajian telah menunjukkan bahawa daging arnab diserap dengan baik iaitu lebih daripada 90% protein masuk ke dalam badan. Sebagai perbandingan, protein dari susu oleh daging arnab lebih baik dari daging ayam yang hanya 54% protein sahaja yang dapat badan serap. Selain itu,daging arnab boleh diletakkan dalam diet untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis kerana daging arnab berguna untuk pesakit kencing manis ianya mengurangkan tahap glukosa dalam darah.
1. Rendah lemak dan kolesterol
Adakah anda tahu bahwa daging arnab lebih rendah lemak daripada kebanyakan daging lain (anggaran = 6g bagi setiap 100g daging, terutamanya bahagian sendi dan paha). Ia juga rendah kalori dan natrium daripada kebanyakan daging lain. Tahukah anda semua yang daging arnab mempunyai kadar paras kolesterol yang rendah? Daging arnab ini mempunyai paras kolesterol yang rendah iaitu sebanyak 1.39 mg/kg. Ianya sesuai dengan golongan yang ingin menjaga diet atau polar makanan mereka sebagai contoh orang yang mempunyai penyakit jantung dan diabetes. Selain itu, daging arnab juga rendah kalori sebanyak 150 kcal setiap 100 gram berbanding dengan daging ayam Ianya berbahaya untuk memakan kepingan ayam yang berbeza dalam bentuk salai, panggang dan panggang. Tahap kolesterol yang tinggi, yang boleh mencetuskan kebiasaan tidak sihat. Walaupun kalori daging arnab tidak tinggi seperti daging haiwan yang lain tetapi ianya sangat mengenyangkan. Bahagian kulit ayam juga mengandungi lemak tepu yang tinggi. Mengambil daging ayam bersama dengan kulitnya meningkatkan jumlah pengambilan lemak yang tinggi. Contohnya 100 gram dada ayam yang dipanggang tanpa kulit mengandungi 3.6 gram lemak (tepu dan tidak tepu), meningkat kepada 7.8 gram apabila kulit diambil sekali.
2. Sumber nutrisi,vitamin dan mineral yang sangat baik
Amat digalakkan untuk golongan muda dan tua yang mementingkan pemakanan berkhasiat, bagi wanita yang hamil dan ibu menyusu dan juga ahli s**an. Selain itu, anda tahukah yang daging arnab mempunyai sumber nutrisinya tersendiri. Tinggi vitamin B3 dan B12, fosforus, kalium dan selenium. Ini menyumbang kepada keseimbangan nutrisi untuk keperluan diet harian kita. Daging arnab mengandungi omega-3 dan omega-6 asid lemak, ia mempunyai vitamin A, PP, E, C. Tambahan p**a, daging arnab mengandungi banyak vitamin B-B1, B2, B4, B6, B9, B12. Dalam daging arnab terdapat unsur jejak yang berharga seperti magnesium, kalium, sulfur, klorin, kalsium, natrium, fosforus, dan sebagainya. Dengan nilai pemakanan yang tinggi, kandungan kalori produk agak rendah kira-kira 150 kcal setiap 100 gram produk. Nutrisi dalam daging arnab ini sesuai untuk memberi kesan kepada tubuh, menguatkan sistem imun, membersihkan usus daripada toksin dan gelangsar. Daging arnab disyorkan untuk alahan, dengan penggunaan biasa produk ini, alahan kepada perengsa lain akan menjadi kurang jelas
1. Daging arnab baik untuk golongan lelaki.
Selain itu, protein dalam daging arnab kepada golongan lelaki. Khasiat daripada daging arnab ini juga dapat meningkat kemampuan tenaga golongan lelaki. Ini disebabkan daging arnab mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi dan juga kadar paras lemak yang rendah. Jadi daging arnab ini sesuai sangat untuk dimasukkan dalam diet untuk para suami yang inginkan anak atau untuk menambah tenaga jika melakukan pekerjaan yang berat. Ransangan ini didorong oleh vitamin yang dikenal sebagai niasin. Ia mengubah karbohidrat menjadi tenaga.
2. Daging arnab membantu diet yang seimbang
Seperti yang anda tahu daging ayam selalu dimasukkan dalam menu diet tapi adakah anda tahu hanya beberapa bahagian daging arnab yang mempunyai kadar protein yang tinggi . Arnab dianggap daging yang paling benigna, selamat dan ringan, ia memberi kesan positif kepada perut dan usus, daging itu disyorkan untuk pesakit yang mempunyai penyakit saluran gastrointestinal. Makan daging tidak diancam oleh kembung, kembung atau pencernaan, ia boleh digunakan dengan selamat selepas operasi (usus tidak akan menyebabkan kebimbangan tambahan). Daging arnab hampir tidak pernah menyebabkan alahan, jadi ia digunakan untuk memberi makan pertama untuk bayi. Di samping itu, jikalau para ibu sudah bosan dengan menu berpantang anda, bolehlah cuba daging arnab dalam menu berpantang anda. Daging arnab ini sangatlah baik untuk wanita yang baru bersalin. Ianya dikatakan bagus untuk wanita yang telah bersalin untuk memanaskan badan. Selain itu, daging arnab memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem saraf pusat kanakkanak dan mempunyai kesan ke atas tubuh badan wanita dalam tempoh selepas bersalin. Daging arnab juga menstabilkan proses metabolisma dan melegakan gejala-gejala toksikosis pyridoxine.
Kesimp**annya, daging arnab ini mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri. Daging arnab dikenali sebagai daging yang sihat untuk kita ianya sama juga dengan. Ditambah p**a, daging arnab diternak sehingga beberapa bulan dan mencapai berat yang ideal. Untuk setiap arnab (karkas) nisbah daging adalah tinggi berbanding tulang. Ini bermakna lebih banyak daging untuk dimakan pada setiap hidangan
Ladang kami terletak di pinggir Bandar Pasir Mas, Kelantan, kami membekalkan daging (karkas) arnab segar sekitar Bandar Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah Kelantan. Kami juga membekalkan daging (karkas) ke Lembah Klang berdasarkan tempahan.
Maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi kami:
Call/Whatsapp 019-2350954 / 017-9640954
BARAKAH RABBITRY
Pasir Mas, Kelantan
Kredit: Frozen Malaysia