Fauzi Jipri Official

Fauzi Jipri Official Fauzi Jipri merupakan konsultan kesuburan tanah dan tanaman anda. Tanah anda bermasalah dan tidak subur? Jangan risau. Saya boleh bantu anda. �

02/06/2021

KESAN BURUK PENDEDAHAN KEPADA RACUN PEROSAK

Artikel ini bertarikh 9 Dis 2012, sesuai utk pembacaan para pengusaha pertanian.

=======================

BANGI, 9 Dis 2012 – Sekump**an penyelidik UKM mencadangkan pesawah diberi latihan mengenai cara racun serangga diguna dan dikendalikan bagi memastikan mereka dilindungi daripada kesan buruk pendedahan kepada racun perosak itu.

Pasukan penyelidik itu diketuai Dr Rozita Hod dan terdiri dari Dr Azimatun Noor Aizuddin, Dr Shamsul Azhar Shah(Profesor Madya), Dr Mohd Rohaizat Hassan, Dr Nazarudin Safian and Dr Mohd Hasni Jaafar (Profesor Madya), semuanya daripada Jabatan Kesihatan Masyarakat, Pusat Perubatan UKM, Cheras Kuala Lumpur.

Mereka mendapati 75 peratus daripada pesawah di situ mengalami sekurang-kurangnya satu simptom pendedahan kepada racun serangga.

“Kami juga mengesan racun serangga perosak chloryrifos dalam darah tujuh peratus daripada 100 responden terlibat, dengan purata 7.29 nanogram setiap satu mililiter darah (sd 5.84 nanogram setiap mililiter), kata Dr Rozita.

“Kehadiran simptom pendedahan kepada racun itu membuktikan bahawa kebanyakan petani terdedah kepada kesan buruk racun serangga perosak.”

Hasil penyelidikan itu diterbitkan dalam laporan mereka bertajuk “Tahap Chlorpyrifos dalam Darah dan Simptom Pendedahan di kalangan Pesawah di Sabak Bernam.”

Dr Rozita berkata: “sebilangan besar pesawah terlibat didapati terdedah kepada penggunaan tidak selamat racun serangga perosak dan menunjukkan bahawa penggunaan tidak selamat racun serangga perosak masih menjadi satu isu utama sebagaimana terdapat di negara-negara membangun.

“Kadar keracunan akibat pendedahan kepada chlorpyrifos masih tinggi manakala tidak banyak kajian pencegahan dijalankan tetapi apa yang perlu adalah penilaian semula langkah-langkah pencegahan semasa dan dasar berkaitan penggunaan racun perosak.”

Matlamat penyelidikan lintang-rentas pasukan dari PPUKM itu adalah untuk mengumpul maklumat asas kadar racun chlorpyrifos dalam darah dan hubungannya dengan simptom pendedahan kepada racun perosak.

Pesawah yang terlibat dalam kajian itu ditanya mengenai simptom yang mereka alami dalam masa 24 jam selepas menggunakan racun serangga perosak.

Petanda yang paling biasa dialami adalah pening kepala (41 peratus), mata merah (40%) dan sakit kepala (25%). Hasil kajian mengenai tabiat di tempat menyembur racun serangga perosak p**a menunjukkan 83% pesawah mengakui mencampurkan lebih dua jenis racun, 99% memberitahu mereka menggunakan balang kosong selepas itu untuk tujuan lain dan 54% membuang balang sudah digunakan di tempat membuang sampah terbuka.

Contoh-contoh darah diambil daripada pesawah-pesawah mendapati 7% dikesan ada chlorpyrifos dengan tahap purata 7.29 nanogram setiap mililiter dengan tahap sisihan 5.84ng/ml.

Dr Rozita berkata bahawa pesawah-pesawah itu didapati mempunyai tahap rendah disegi amalan selamat menggunakan racun serangga perosak walaupun mereka tahu mengenai akibatnya.

Daerah Sabak Bernam dipilih untuk kajian itu kerana ia mempunyai 10,213 daripada 19,665 pesawah yang didaftar di Selangor. Didapati juga 90 peratus daripada pesawah menggunakan chlorpyrifos sebagai racun serangga perosak. Ia begitu pop**ar kerana mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan.

Langkah pencegahan serangga menggunakan racun serangga perosak seperti chlorpyrifos pada dos yang tinggi dilakukan sebelum bermulanya musim menanam dengan membasahkan tanah, suatu amalan biasa petani yang terlibat dalam sistem penanaman intensif tropika.

Chlorpyrifos adalah racun serangga perosak organfosfat. Ia berkesan dalam mengawal ulat pangkas, cacing akar jagung, lipas, ulat, pijat, anai-anai, lalat, semut api dan kutu.

Sesetengah petani menggunakannya sebagai racun serangga pada bijirin, kapas, di ladang buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran di samping pada pokok hiasan.

Ada juga yang menggunakannya terhadap biri-biri dan ayam turki, untuk rawatan di kandang kuda, kandang anjing, di dalam rumah, bangunan di kebun, balang penyimpanan dan pusat komersial.

Chlorpyrifos bertindak terhadap serangga perosak semata-mata sebagai racun dengan sebahagiannya meracuni perut. Ia boleh diperolehi dalam bentuk biji halus, serbuk dan emulsi pekat.

Di Sabak Bernam, pesawah menanam padi setiap lapan hingga 10 bulan kerana menggunakan cara penanaman moden. Mereka menggunakan traktor untuk menyemai padi, tidak seperti cara tradisional yang menggunakan kuku kambing.

Beliau menjelaskan oleh kerana ini adalah satu kajian rentas-lintang, mereka menggunakan contoh rawak pelbagai peringkat yang dilakukan di enam buah daerah kecil yang dipilih daripada satu senarai daerah kecil di Sabak Bernam.

Kesemuanya seramai 100 orang pesawah dari Kampung Tebuk Pulai, Kampung Parit 1, Kampung Parit 2 (Timur), dan Kampung Parit 2 (Barat) dipilih sebagai responden. Ukurtara digunakan adalah pesawah telah menggunakan racun serangga perosak, chlorpyrifos, selama enam bulan, tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan dan bersetuju memberi sampel darah.

Dr Rozita berkata 99 peratus responden adalah lelaki Melayu dengan 52 peratus daripada mereka menerima pendidikan menengah. Hanya empat peratus daripada mereka itu tidak ke sekolah formal. Majoriti diantara mereka juga sudah berkahwin.

Jangka masa purata mereka sudah bekerja dalam sektor pertanian adalah 21.4 tahun dan telah menggunakan racun perosak itu paling kurangnya selama 5.5 tahun.

Semua responden diberikan satu senarai soalan untuk mendapatkan maklumat mengenai sosiodemografi, penggunaan racun serangga perosak di samping pendedahan kepadanya.

Kesan chlorpyrifos terhadap manusia adalah sederhana. Beberapa kajian melaporkan kesan terburuk chlorpyrifos ke atas manusia adalah menjejas sistem saraf, sistem pernafasan, sistem jantung di samping kulit dan mata.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan penyerapan ke dalam kulit adalah terbatas. Simptom pendedahan termasuk kebas, terasa dicucuk-cucuk, nyahkoordinasi, sakit kepala, pening, menggigil, loya, kekejangan di abdomen, berpeluh dan penglihatan yang kabur.

Kump**an yang mudah diserang termasuklah mereka yang mempunyai masalah pernafasan, baru saja terdedah kepada penyekat kolina atau gangguan fungi hati.

Keracunan yang kronik oleh kerana pendedahan yang lama atau berulangkali mungkin menyebabkan ingatan dan konsentrasi terganggu, kebingungan, kemurungan teruk, meragam, kekeliruan, pening, sukar bercakap, lambat bertindakbalas, mengigau, berjalan dalam tidur, mengantuk atau sukar tidur.

Mereka juga boleh mengalami keadaan seperti selesema dengan sakit kepala, loya, lemah, hilang selera makan dan risau. Banyak kajian seberang laut yang menganggar dan mengukur corak pendedahan dan pemantauan bioloji chlorpyrifos.

Simptom pendedahan berubah-ubah bergantujng kepada isi kompaun kimia. Satu kajian mendapaati bahawa 95 peratus petani mengalami sakit-sakit pada badan mereka manakala 82 peratus lagi mendapati mata mereka merah selepas melakukan kerja-kerja menyembur racun.

Kajian kami, kata Dr Rozita, mendapati 41 peratus petani mengadu sakit kepala dan 40 peratus mendapati mata mereka merah.

Kompaun organofosforus disahkan sebagai kimia yang mempunyai kesan keracunan saraf yang berbahaya. Ia banyak digunakan baik dalam sektor industri mahupun pertanian.

Kesan neurotoksik boleh dibahagikan kepada beberapa kump**an aksi. Aksi utama adalah rencatan hormon asetilkolinesterase yang kekal, yang boleh menyebabkan pengump**an asetilkolin dan stimulasi berlebihan reseptor nikotinik dan muskarinik.

Ini akan menghasilkan kesan kolinergik. Ataksia (ketidakseimbangan badan) dengan degeneras akson dan myelin(selaput saraf dan otak) merupakan satu lagi kesan toksin daripada racun makhluk perosak dari kump**an organofosfat ini.

Dos yang tinggi akan menyebabkan kematian akut/mengejut sel saraf dalam otak seseorang individu. Walau bagaimanapun, mekanisme sebenar bagaimana kesan ini berlaku masih belum difahami sepenuhnya.

Dalam kajian ini, kemungkinan pesawah dan ahli keluarga mereka terdedah kepada bahaya racun makhluk perosak ini adalah tinggi memandangkan ramai daripada mereka menyimpan bahan itu sama ada di dalam rumah atau dalam pondok di belakang rumah mereka.

Rumah itu juga terletak di sebelah atau dekat kawasan sawah dan sisa semburan itu boleh di bawa angin yang bertiup.

Hasil kajian yang sama mendapati 21 peratus daripada pesawah tinggal kurang dari 50 ela dari kawasan mencampur racun. Satu kajian di kalangan penduduk Malaysia yang tinggal bersebelahan dengan kawasan pertanian pada tahun 2000 mendapaati 7.3 peratus daripada mereka mempunyai chlorpyrifos dalam darah mereka.

Di Amerika Syarikat setinggi 50 peratus sedangkan satu lagi kajian mendapati sehingga 74 peratus responden yang tinggal di kawasan bandar yang menerima perkhidmatan mengawal anai-anai menggunakan chlorpyrifos mempunyai kesan racun itu dalam darah mereka.

Satu lagi kajian di kalangan ibu mengandung dan bayi mereka mendapati 98 peratus responden mempunyai kesan racun itu dalam tubuh mereka.
=======================

Tuan Puan....
Hayati dan Fikir

FJ

Bosan duduk rumah sepanjang Lockdown?Nak tambah pendapatan isi rumah?Nak jadi agen Bio Usagi?Saya boleh bantu. Whatsapp ...
01/06/2021

Bosan duduk rumah sepanjang Lockdown?

Nak tambah pendapatan isi rumah?

Nak jadi agen Bio Usagi?

Saya boleh bantu. Whatsapp sahaja saya. Klik link di bawah 👇🏻👇🏻

Wasap.my/60138484860/AgenBUpkp3

Wasap.my/60138484860/AgenBUpkp3

Wasap.my/60138484860/AgenBUpkp3

Sempena ‘Total Lockdown’ jom bershopping online Bio Usagi di platform Shopee. Kami berikan anda diskaun antara 9% ~ 33% ...
31/05/2021

Sempena ‘Total Lockdown’ jom bershopping online Bio Usagi di platform Shopee.

Kami berikan anda diskaun antara 9% ~ 33% untuk Bio Usagi dan Bio EMAS pelbagai saiz.

Klik link ini 👇🏻👇🏻

❇️ Bio Usagi pek kecil 1kg (Diskaun 21%)
https://shopee.com.my/product/69087810/1270808351?smtt=0.69089268-1622503223.9

❇️ Bio Usagi pek guni saiz (S) 3kg++ (Diskaun 33%)
https://shopee.com.my/product/69087810/9359276811?smtt=0.69089268-1622503356.9

❇️ Bio Usagi pek guni saiz (L) 20kg ++ (Diskaun 9%)
https://shopee.com.my/product/69087810/6355867622?smtt=0.69089268-1622503465.9

❇️ Bio EMAS 1 L (Diskaun 12%)
https://shopee.com.my/product/69087810/3318458389?smtt=0.69089268-1622503499.9

Ayuh ber’lockdown’ bersama Bio Usagi
30/05/2021

Ayuh ber’lockdown’ bersama Bio Usagi

Apa nak dibuat sepanjang ‘Lockdown’ di rumah?

🤔🤔 Hmmmm. Apa lagi, kita berkebun lah di rumah. Terapi minda dengan tanaman sepanjang ‘lockdown’.

🪴🪴Berkebun secara organik, hasil yang dapat boleh dimakan seisi keluarga dengan selamat dan sihat tanpa sebarang penggunaan bahan kimia pada tanaman. Anda sihat, anak-anak sihat dan orang tersayang juga sihat dengan makanan organik dari hasil kebun sendiri.

🌻🌻 Bukan saja berkebun, tanam bunga pun boleh untuk landskap di keliling rumah anda. 🌹🥀🌺🌸🌼

🤓Nak saya bantu macam mana nak berkebun secara organik? 😊

Mudah sahaja, gunakan Baja Organik Premium Bio Usagi. ‘Tabur sahaja, pasti subur’.

🤓Macam mana nak beli?

Klik link kedai Shopee kami ini 👇🏻👇🏻

❇️ https://shopee.com.my/product/69087810/9359276811?smtt=0.69089268-1622330356.9

❇️ https://shopee.com.my/product/69087810/9359276811?smtt=0.69089268-1622330356.9

❇️ https://shopee.com.my/product/69087810/9359276811?smtt=0.69089268-1622330356.9

🔊🔊 Ada berita baik, sepanjang ‘lockdown’ yang bakal berlangsung ini, kami akan berikan anda
P R O M O S I ini

➡️ Less 3️⃣3️⃣% dari harga sebenar.
➡️ Less 3️⃣3️⃣% dari harga sebenar.
➡️ Less 3️⃣3️⃣% dari harga sebenar.

Cepat dapatkan segera. 🏃🏻‍♂️🏃🏻🏃🏻‍♀️ Rebut peluang yang ada. Anda pasti berpuas hati.

6 perkara ini perlu dikenal pasti sebelum sayur mula ditanam.1. LokasiPastikan ruang yang bakal diletakkan pasu menerima...
29/05/2021

6 perkara ini perlu dikenal pasti sebelum sayur mula ditanam.

1. Lokasi

Pastikan ruang yang bakal diletakkan pasu menerima pengamatan cahaya mencukupi. Hal ini penting untuk memastikan tanaman yang bersesuaian dengan persekitaran ruang tersebut. Ia merupakan salah satu langkah penting untuk memastikan sayur yang ditanam membesar dan mengeluarkan hasil yang optimum. Selain itu juga, pastikan lokasi yang telah dipilih mempunyai sumber air yang berhampiran bagi memudahkan anda melakukan penyiraman.

2. Jenis tanaman

Setelah mengenal pasti lokasi, langkah seterusnya adalah menentukan tanaman yang bersesuaian dengan pengamatan cahaya yang diterima di kawasan tersebut. Setiap jenis tanaman memerlukan kadar penjagaan yang berbeza. Untuk permulaan, anda digalakkan untuk menanam bayam dan kangkung kerana ia amat mudah ditanam dan cepat dituai. Jika kelihatan bayam atau kangkung yang ditanam memanjang dan tidak berdaun lebat, ini menunjukkan kawasan tersebut kurang penerimaan cahaya.

3. Bekas tanaman

Perkara utama yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan bekas tanaman adalah sistem pengairan. Pastikan bekas yang dipilih mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan lebihan air siraman kerana akar tumbuhan berpasu tidak tahan kepada masalah air bertakung. Ia antara punca utama yang menyebabkan tumbuhan mati. Selain itu, pilih saiz bekas mengikut keperluan tumbuhan apabila sampai usia matang. Ia penting bagi mengelakkan masalah kepadatan akar atau pokok di dalam bekas yang bakal ditanam kelak.

4. Pembajaan

Pastikan pembajaan dilakukan secara berkala. Untuk bekas tanaman yang perlu menjalani proses tanaman semula, gaulkan medium tanaman berpasu dengan baja kerana keperluan nutrien sedia ada telah berkurangan. Anda digalakkan untuk menggunakan baja organik atau sediakan sendiri baja kompos dari sisa buangan dapur.

5. Medium tanaman pasu

Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai sistem saliran yang baik untuk tanaman berpasu. Penggunaan medium kompos seperti dari sabut kelapa amat disarankan kerana selain berfungsi sebagai medium tanaman ia juga berupaya membekalkan sumber nutrien kepada tumbuhan.

6. Penyiraman

Kenal pasti kadar penyiraman yang diperlukan oleh tumbuhan sebelum ditanam. Susun atau letakkan tumbuhan anda mengikut kategori keperluan siraman untuk memudahkan penyelenggaraan. Kebiasaannya sayuran berbatang lembut seperti kangkung dan bayam memerlukan air yang banyak. Oleh itu, pastikan penyiraman dilakukan secara berkala mengikut keperluan tumbuhan.

Kompos terbaik adalah Bio Usagi. Jom guna Bio Usagi. 😊

27/05/2021

3 kaedah terbaik untuk meneutralkan tanah bersifat tinggi alkali.

Tanah tinggi alkali merupakan faktor kepada tanah tidak subur. Orang kampung panggil tanah masam. Bagi tanah yang dalam bersifat alkali, untuk meneutralkannya perlu menurunkan tingkat kemasamannya. Tanah alkali memiliki tingkat kemasaman di atas atau lebih dari 6.5. Di bawah ini ada 3 kaedah yang boleh dilakukan untuk menurunkan pH tanah antara lain:

1. Memberikan serbuk belerang atau sulfur terbukti dapat menurunkan tingkat kemasaman tanah. Akan tetapi ada beberapa faktor yang mempengaruhi keefektifan belerang iaitu suhu, bakteria pengurai, kelembapan dan sebagainya. Sehingga pemberian sulfur pada tanah alkali memerlukan waktu yang cukup lama sampai tanah menjadi neutral.

2. Cara lain yang boleh dilakukan untuk menurunkan tingkat kemasaman tanah iaitu dengan memberikan hampas teh ataupun kopi. Hampas dari kedua bahan tersebut dapat menurunkan pH tanah meskipun tidak secara signifikan, sehingga perlu dilakukan secara teratur agar mendapatkan hasil yang maksima. Selain itu hampas kopi dan teh mengandungi banyak nutrisi yang penting bagi tanaman seperti fosforus, magnesium, nitrogen, dan potasium. Kekurangan dari cara ini iaitu tidak dapat diaplikasikan pada kawasan yang luas atau hanya dalam skala kecil saja.

3. Menggunakan bahan organik seperti kompos. Ia terbukti dapat menurunkan pH tanah sebab bahan tersebut bersifat ‘membaikpulih’. Cara ini sangat sesuai bagi petani yang menerapkan sistem perkebunan organik. Selain menurunkan pH tanah, meterial organik dapat memperbaiki sistem aliran, keliangan serta pengudaraan di dalam tanah.

Jadi, kaedah terbaik dan pantas adalah dengan menggunakan kompos. Bio Usagi antara kompos terbaik yang boleh digunakan untuk membaikpulih tanah masam.

Jika anda ingin mendapatkan khidmat nasihat PERCUMA dalam kesuburan tanah dan tanaman anda. Bolehlah Whatsapp saya 0138484860. Atau, letakkan nombor anda diruangan komen atau PM. Nanti saya akan hubungi Tuan/Puan.

Fauzi Jipri
Konsultan Kesuburan Tanah dan Tanaman

Perbezaan Baja Organik dan Baja Sintetik (Kimia)- Baja Organik akan memberi makan kepada tanah. Tanah akan jadi subur. A...
27/05/2021

Perbezaan Baja Organik dan Baja Sintetik (Kimia)

- Baja Organik akan memberi makan kepada tanah. Tanah akan jadi subur. Apabila tanah subur, tanaman akan mendapatkan makanan yang cukup dari tanah yang subur. Tanaman akan menjadi lebih subur disamping tanah juga subur. Dalam masa yang sama, peranan mikroorganisma dapat dipertingkatkan didalam tanah dan tanaman.

- Baja Kimia hanya berperanan memberikan makanan kepada tanaman sahaja tanpa menyuburkan tanah. Jika kandungan baja kimia berlebihan, tanah akan menjadi rosak dan tidak subur.

Oleh itu, jom guna Bio Usagi.

Anda ada masalah pokok bunga kurang subur?Atau tanah kawasan anda kurang subur?Anda perlukan khidmat konsultasi suburkan...
27/05/2021

Anda ada masalah pokok bunga kurang subur?
Atau tanah kawasan anda kurang subur?

Anda perlukan khidmat konsultasi suburkan tanah anda secara PERCUMA? Saya sediakan khidmat nasihat PERCUMA pada anda.

Dan kami ada produk terbaik untuk masalah kesuburan tanaman dan tanah anda. Namanya BIO USAGI.

Mana nak dapat Bio Usagi ni? Senang ja. Boleh dapatkan di Kedai kami di FJ TRADING Cawangan Langkap. Lihat pada lokasi link 👇🏻👇🏻
———————————————————-
FJ Trading - Kedai Pembekal Input Tanaman dan Ternakan
05-651 3312
https://goo.gl/maps/9mDW3syJa1nAs2c8A
———————————————————
Baja Bio Usagi ini boleh untuk:

- Semua jenis pokok bunga
- Semua jenis pokok buah
- Semua jenis pokok sayuran
- Tanah yang tidak/kurang subur
- Pokok yang tidak mahu berbuah
- Pokok sawit
- Tanaman fertigasi
- Semaian biji benih
- Dan lain-lain lagi.

Bio Usagi ini dijamin berkesan. Ia 100% organik. Tidak panas. Dijamin berkesan.

27/05/2021

BAJA
Tidak mampu mengekalkan kesuburan tanah dan terhad untuk memberikan sumber nutrien pada tanaman sahaja.

27/05/2021

KOMPOS
Membantu kesuburan tanah, membina semula atau membaiki struktur tanah dan sumber nutrien tanaman.

Jom guna Bio Usagi
23/05/2021

Jom guna Bio Usagi

Kongsi ilmu sikit.
19/05/2021

Kongsi ilmu sikit.

RAWAT DAN SUBURKAN TANAH

Soalan: Saya duduk dikawasan perumahan dan tanah di kawasan itu nampak gaya tidak subur. Banyak pasir dan bila tanam apa-apa pokok sentiasa tidak menjadi. Jadi, apa penyelesaian untuk rawat tanah seperti itu?

Jawapan: Mudah saja, jika Tuan-tuan dan Puan-puan ingin merawat tanah kawasan perumahan menjadi sangat subur dan selamat, anda semua perlulah beralih kearah yang lebih ORGANIK.

Secara saintifiknya, kaedah rawatan tanah secara organik adalah lebih berkesan dan sebenarnya TIADA sebarang rawatan tanah yang melibatkan penggunaan bahan kimia yang bersesuaian.

Sekiranya tanah di kawasan perumahan anda berpasir. Penyelesaian mudahnya adalah dengan cara anda perlulah menggembur tanah tersebut dengan sejumlah bahan organik seperti kompos (gunalah kompos Bio Usagi😁).

Tujuan kompos adalah memegang nutrien dan air didalam tanah sekaligus akan memberi kesuburan pada tanah dan tanaman.

Sebagai contoh kawasan seluas 2x4' kaki boleh digaulkan tanah tersebut dengan sejumlah 10kg kompos organik. Hal ini bertujuan untuk merawat dan membaik pulih struktur tanah.

***Jangan guna tahi ayam yang tidak diproses. Kerana ia adalah sumber ammonia yang tinggi dan merupakan agen patogen. Kemungkinan besar tanah tidak akan subur.

Ramai yang bertanya berkenaan kulat putih pada tinja ternakan terutamanya arnab.1. Benda putih ini adalah sejenis fungi ...
19/05/2021

Ramai yang bertanya berkenaan kulat putih pada tinja ternakan terutamanya arnab.

1. Benda putih ini adalah sejenis fungi dikenali sebagai trichoderma dan dari keluarga Hypocreaceae. Trichoderma digunakan sebagai kawalan biologi untuk membunuh ganoderma yang banyak menyerang tanaman kelapa sawit. 'Kulat bunuh kulat'.

2. Kulat ini bersaiz mini dan sangat bagus untuk proses pereputan. Saya gunakan kulat ini dalam pembuatan baja kompos Bio Usagi.

3. Kulat ini hidup pantas dalam keadaan suhu antara 25 - 30°c, tetapi ada yang mampu hidup pada suhu sekitar 45°c . Ia adalah mikroorganisma baik yang datang dari tanah untuk uraikan bahan organik.

4. Sebaran spora ia tidak jauh. Cukup, berjarak 1 meter sudah selamat. Janganlah pergi hidu rapat-rapat dengan tricho ini.

5. Dalam Bio Usagi ada trichoderma.

RAWAT DAN SUBURKAN TANAHSoalan: Saya duduk dikawasan perumahan dan tanah di kawasan itu nampak gaya tidak subur. Banyak ...
18/05/2021

RAWAT DAN SUBURKAN TANAH

Soalan: Saya duduk dikawasan perumahan dan tanah di kawasan itu nampak gaya tidak subur. Banyak pasir dan bila tanam apa-apa pokok sentiasa tidak menjadi. Jadi, apa penyelesaian untuk rawat tanah seperti itu?

Jawapan: Mudah saja, jika Tuan-tuan dan Puan-puan ingin merawat tanah kawasan perumahan menjadi sangat subur dan selamat, anda semua perlulah beralih kearah yang lebih ORGANIK.

Secara saintifiknya, kaedah rawatan tanah secara organik adalah lebih berkesan dan sebenarnya TIADA sebarang rawatan tanah yang melibatkan penggunaan bahan kimia yang bersesuaian.

Sekiranya tanah di kawasan perumahan anda berpasir. Penyelesaian mudahnya adalah dengan cara anda perlulah menggembur tanah tersebut dengan sejumlah bahan organik seperti kompos (gunalah kompos Bio Usagi😁).

Tujuan kompos adalah memegang nutrien dan air didalam tanah sekaligus akan memberi kesuburan pada tanah dan tanaman.

Sebagai contoh kawasan seluas 2x4' kaki boleh digaulkan tanah tersebut dengan sejumlah 10kg kompos organik. Hal ini bertujuan untuk merawat dan membaik pulih struktur tanah.

***Jangan guna tahi ayam yang tidak diproses. Kerana ia adalah sumber ammonia yang tinggi dan merupakan agen patogen. Kemungkinan besar tanah tidak akan subur.

Okay guys. Semalam ramai minta saya berikan sedikit tips untuk suburkan tanah.Ini ada sedikit informasi berkaitan tips u...
18/05/2021

Okay guys. Semalam ramai minta saya berikan sedikit tips untuk suburkan tanah.

Ini ada sedikit informasi berkaitan tips untuk suburkan tanah buat anda semua.

Kalau tak paham boleh tanya ek. Jangan malu-malu ye.

Kesan Penggunaan BioEMAS dan Beneficial Solution.Bermula dari 26 April 2021 sehingga hari ini 17 Mei 2021 (21 hari).Pada...
17/05/2021

Kesan Penggunaan BioEMAS dan Beneficial Solution.

Bermula dari 26 April 2021 sehingga hari ini 17 Mei 2021 (21 hari).

Padang bola kelihatan sangat segar dan menghijau dengan baik.

Ini adalah projek usahasama antara Pejabat DUN Sg Manik dan FJ Trading Caw. Langkap dan mendapat tunjuk ajar dari Prof. Dr. Susilawati Kasim.
———————————————————
Cara penggunaan:-

1. Menggunakan ‘blower’ berkapasiti 20L.
2. Pastikan guna air tanpa klorin. Kami guna air parit sahaja.
3. Masukkan BioEMAS sebanyak 50mL. Ikutkan nisbahnya 1:1000, hanya guna 20mL sahaja, tetapi disebabkan untuk semburan permulaan supaya penyerapan lebih bagus, kami lebihkan sedikit.
4. Masukkan 5mL Beneficial Solution. Ia adalah baja nano yang kaya dengan humic acid di mana proses penyerapan lebih pantas.
5. Semburan dilakukan pada awal pagi atau lewat petang.
6. Kekerapan semburan awalan ialah seminggu 2 kali. Selepas sudah elok, kekerapan seminggu sekali sahaja.

Mudah, jimat dan tidak perlu pening-pening.

Ubah mentaliti ini.‘Bagi pokok baja yang banyak akan dapat hasil yang banyak.’Ini pandangan yang salah dan sama sekali t...
17/05/2021

Ubah mentaliti ini.

‘Bagi pokok baja yang banyak akan dapat hasil yang banyak.’

Ini pandangan yang salah dan sama sekali tidak boleh diikuti.

Sepatutnya....

‘Bagi baja pada pokok berdasarkan jumlah kekurangan nutrien yang diperlukan. Biar sikit, asalkan pokok akan subur.’

Macam mana nak tahu pokok perlukan sejumlah nutrien?

Haaaaaa. Saya akan tulis kemudian. 😎😎

17/05/2021

KOMPOS

Walaupon nama agak 'kampung' dan kelihatan ketinggalan zaman. Tapi ia merupakan satu inovasi dengan cara mengolah sesuatu barang tidak berguna menjadi lebih bermanfaat kepada manusia dan alam sekitar.

Ramai yang masih tidak tahu cara pembuatan kompos yang betul, walaupon anda lahir zaman 60an. Sedangkan kompos ini perkara lama yang melalui proses pembaharuan dengan cara inovasi.

Ya, inovasi dari sisa menjadi bahan berguna.

Oleh kerana itu, FJ amat komited dalam mengendalikan perancangan ini. Kita perlukan satu pembaharuan supaya masyarakat dapat menggunakan sisa dengan sebaiknya. Sebab itu, FJ telah meletakkan trademark perniagaan. Innovative by waste.

16/05/2021

Kesuburan Tanah

- Kesuburan tanah berkaitan dengan jenis nutrien yang hadir di dalam tanah, bentuknya dan ketersediaannya diserap oleh akar tumbuhan.

- Kesuburan tanah berbeza mengikut sumber asal tanah tersebut dari bahan induknya.

Fauzi Jipri
Konsultan Kesuburan Tanah dan Tanaman

Kepakaran saya.
16/05/2021

Kepakaran saya.

16/05/2021

Selamat datang ke page ini untuk mengetahui info berkaitan kesuburan tanah dan tanaman anda.

Address

No. 27, Lorong 1, Perumahan Awam Langkap 2, 36700 Langkap
Perak

Telephone

+601126684840

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fauzi Jipri Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fauzi Jipri Official:

Share


Other Perak pet stores & pet services

Show All