Kes harini di Klinik Haiwan Dan Surgeri Saujana Puchong. Kucing bernama Dai Dai di bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana luka di bahagian mukanya berpunca daripada manga pintu yang terjatuh dan terkena pada mukanya. Jadi kami berikan rawatan segera dengan mencuci luka Dai Dai dan menjahit luka yang terkoyak.
Sekiranya haiwan kesayangan anda mengalami luka, cepat cepat bawa ke klinik haiwan ye sebelum jangkitan berlaku.
Jika anda ingin khidmat nasihat daripada klinik kami, boleh terus hubungi kami atau datang ke klinik kami . 🤗🤗
Kes harini di Klinik Haiwan Dan Surgeri Saujana Puchong. Owner kucing bawa kucingnya, Dai Dai ke klinik kami untuk mendapatkan rawatan. Dai Dai mengalami luka di kepalanya berpunca daripada manga pintu yang jatuh dan terkena pada bahagian muka Dai Dai. Jadi kami berikan rawatan dengan mencuci lukanya dan menjahit luka yang terkoyak di muka Dai Dai.
Jika haiwan kesayangan anda tidak sihat, boleh terus ke klinik kami untuk mendapatkan rawatan juga ye. 🤗🤗
AURAL HEMATOMA? APA TU? 🤔
Aural Hematoma ialah satu keadaan di mana cecair atau darah terperangkap antara tulang rawan telinga dan kulit telinga.
Benjolan cecair ini menyebabkan cuping telinga kucing menjadi tidak lurus.
APAKAH FAKTOR BERLAKUNYA AURAL HEMATOMA?
Hematoma berlaku disebabkan:
1. Trauma yang menyebabkan saluran darah di telinga pecah.
2. Masalah kegatalan di bahagian telinga.
APA KESAN JIKA AURAL HEMATOMA TODAK DIRAWAT?
1. Anatomi telinga kucing berkemungkinan berubah secara kekal.
2. Jangkitan bakteria yang teruk dan boleh mengakibatkan cuping telinga terpaksa dipotong.
Anak bulus anda tidak seceria kebiasaanya, boleh datang ke klinik kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.
Suprise Birthday Dr Redzuan by Team Klinik Haiwan & Surgeri Saujana Puchong