16/09/2021
COMEL LA ARNAB! BOLEH KE MAKAN?
Ramai lagi yang belum pernah makan arnab. Bila ditanya, kebanyakan jawapannya tak sampai hati, boleh ke makan arnab..
Soal halal daging arnab tak perlulah nak terangkan. Ada juga hadis Rasulullah saw mengukuhkan lagi yang daging arnab ni halal dimakan.
Ok geng, arnab ternakan ni ada 2 jenis;
1. Pedaging
- Baka NZ White yang paling banyak diguna untuk ternakan arnab pedaging seluruh dunia.
(Faktor: Cepat membiak/matang)
- Baka Chincilla juga ada digunakan. Rangka badan yang sedikit besar kerana struktur tulang
- Baka FG iaitu antara baka arnab terbesar di dunia. Berat boleh melebihi 6kg. Baka pure kurang digunakan untuk ternakan komersial.
(Faktor: Lambat matang, kos tinggi)
❗Kebanyakan daging arnab dijual di Malaysia adalah baka New Zealand White❗🐇
2. Hiasan
- Kebiasaan diternak sebagai peliharaan atau pertandingan
- Banyak baka-baka yang biasa diternak di Malaysia
- Kurang digunakan untuk tujuan daging kerana saiz badan yang sederhana & kecil