Betta Boy

Betta Boy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Betta Boy, Pet breeder, Taman Sutera, .

14/05/2021

Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Dunia Tipu Tipu😘

Di hari yg mulia ini kami Betta Boy menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua 🙏🏻 Agak lama kami menyepi. Hati ni sedih sebenarnya. Farm kami skrg terpaksa berehat sebentar disebabkan anak2 fry kami dan ikan2 kami banyak yang mati keracunan.

Ada beberapa ekor ikan yg dpt diselamatkan. Induk2 and fry yg baru boleh dikatakan semuanya x dapat diselamatkan.

Jadi buat masa skrg kami berehat sebentar dan akan buat perancangan lain di masa hadapan. Bagi yg baru nak mula breeding, teruskan semoga berjaya!! 🔥🔥

Semoga sahabat2 dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.



22/04/2021

Assalamualaikum,
Selamat Pagi Dunia Tipu Tipu 🥰

Anak2 luar rumah yg terbiar 🤣🤣



19/04/2021
19/04/2021

Assalamualaikum.
Selamat Pagi Dunia Tipu Tipu 😘

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan 🥰


18/04/2021

Assalamualaikum,
Selamat Tengahari Dunia Tipu Tipu 🥰🥰

Tengah masak juadah berbuka ke tu? Hehehe rasanya abam dah post pgi td tapi tak keluar, baru perasan. Saja lah hujung2 minggu ni kita tengok anak2 kt luar rumah, Eh!! 😱😱 dah ada yg full block lah hahahaha, saja letak luar sebab kt dalam dah penuh.

Bila dah kt luar tu paham2 ler, dia terabai sikit 🤣. Hahahaha boleh lah colour cantik tapi form body kureng sikit. Boleh lah jual mur mur. Hehehe

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan 🥰😘


Alhamdulillah,Terima Kasih buyer dari Bangi Azmal Jamal datang beli ikan Candy Galaxy.Penat jaga ikan halfmoon katanya, ...
13/04/2021

Alhamdulillah,

Terima Kasih buyer dari Bangi Azmal Jamal datang beli ikan Candy Galaxy.

Penat jaga ikan halfmoon katanya, kali ni amik plakat plak.


Assalamualaikum,Selamat Tengah Hari Dunia Tipu Tipu,Beruntung betul buyer kita ni, masa beli ikan awal2 hari tu. Ikan be...
10/04/2021

Assalamualaikum,
Selamat Tengah Hari Dunia Tipu Tipu,

Beruntung betul buyer kita ni, masa beli ikan awal2 hari tu. Ikan beshe beshe je. sekali dia dah pecah colour nahhhhhh! 😍😍😍 Sejuk mata memandang hihihi.

Thank you buyer!!


06/04/2021

Assalamualaikum,
Salam Magrib Dunia Tipu Tipu 🌥

Harini mood agak kiciwa sikit sebab tadi appointment anak, doc cakap ukur lilit kepala besar sikit dari normal. Terpaksa refer ke hospital and buat appointment baru. Balik2 tengok pulak anak2 yg kita masuk tempat grooming. Tambah lgi stress hahahaha, colour x naik lgi full block. Jem paleee.

Hahahaha takpa nak, kita masuk lgi grooming tank utk seminggu lgi. Tengok boleh full ke idok 🤣🤣

Mana kawan2 yang nak cari ikan cantik tapi harga berpatutan, boleh lah roger kami. InshaAllah kita bagi sampai jadi ya.

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.


05/04/2021

Assalamualaikum,
Selamat Pagi Dunia Tipu Tipu 🌥🌥

Minggu ni kita nak start grooming anak2 ikan yg ada potensi untuk keluarkan lagi colour dekat badan.

InshaAllah kalau berkesempatan kami buat video grooming.

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan 🥰🥰


01/04/2021

Assalamualaikum,
Selamat Petang Dunia Tipu Tipu 🥰

Okay ini community tank kami untuk female2 dari first batch. Alhamdulillah banyak yg jadi cantik2. Ini semua belum di groom tapi colour dah naik banyak. Nanti kami ada masa kami amik gambar sekor2, sekarang tak dan lagi sebab b*k kerja lain.

Mana2 yang nak cuba2 breed boleh lah PM kami ya. InshaAllah kita boleh bincang harga. Jangan takut untuk PM kami, semua orang bermula dari bawah. 😘😘 Kami pun bukan otai2 😅

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan 🥰


Belanja sikit, tapi lampu pink ni buat colour ikan lain maciam plak 🤣🤣
31/03/2021

Belanja sikit, tapi lampu pink ni buat colour ikan lain maciam plak 🤣🤣

30/03/2021

Assalamualaikum,
Selamat Pagi Dunia Tipu Tipu,

Maaf lah lama tak update 😅, maklumlah musim2 orang kahwin sekarang ni.

Semalam kami tengok female2 multicolor,koi,candy kami dah naik colour elok. So kami rasa macam nk open sale untuk female. Colour cun (belum grooming) form pun cantik. Boleh lah bagi yang nak cuba2 breed ikan laga.

Tunggu update dari kami ya.

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.


23/03/2021

Assalamualaikum,
Selamat Pagi Dunia Tipu Tipu 🌥🌥

Macam biasa rutin harian kita sebelum bagi makan kita kene bagi ikan flare dulu. Supaya ikan dapat buang najis2 dalam perut dia dulu. Sama macam kita lah kan pagi2 mesti membuang dulu 🤣🤣

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.


20/03/2021

Assalamualaikum,
Selamat Tengahari Dunia Tipu Tipu ☀️☀️

Sihat ye sahabat2 semua? Nak update sikit tentang ikan laga yg kita breed itu hari, kemungkinan gagal sebab semalam kami check masih takda telur dalam sarang buih. Jadi kami pun dh alih betina takut kene serang ngn jantan.

Hah mcm tu lah yer, kadang2 jadi kadang2 idok. Mungkin kene menuntut ilmu lgi dengan sifu2 lama. 🙂🙂 tapi selalunya kami breed banyak pasang.

Okay baik, petang ni kita shot ikan2 yg tengah dalam process mutasi.

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.


18/03/2021

Assalamualaikum,
Selamat Tengahari Dunia Tipu Tipu ☀️☀️

‼️ Update ‼️

Okay ikan semalam yang kita nak breed tu, dah banyak buih. Hah ni salah satu petanda baik. So dah boleh lepaskan si betina and kita biar dorg kawin satu malam lagi. Jangan selalu bukak tengok dorg, ikan boleh stress and terganggu nanti process kawin hehehehe

Okay esok kita update lgi. Nanti kami tunjukkan mcm mana nak tau buih2 tu dah ada telor ke belum? Haaaa tunggu yaaaa

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.


17/03/2021

Assalamualaikum,
Selamat Petang Dunia Tipu Tipu ⛈⛈

Okay seperti yg dijanjikan, kami tunjuk skit cara2 nak breed ikan laga bagi yg nak breed dalam rumah sebagai hobi suka2. Mana lah tau ikan yg sahabt2 breed ni ada nilainya dan boleh mendatangkan duit 🥰🥰

Mungkin video ini tak terlampau details tapi basic nya ada disitu. Ini ada lah cara2 yang paling asas. Kalau nak di ikutkan, banyak lagi bahan2 supplement yg tuan2 boleh tambah untuk mempermudahkan process breed. Tapi kita kongsi cara yg paling basic dahulu. Make sure Jantan lgi besar dari betina yaa 😅

Okay untuk first step, kita dah buat. Yang seterusnya kami akan update dari masa ke semasa. Jadi atau tidak, tungguuuuuu 🤣🤣🤣

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan 🥰


17/03/2021

Assalamualaikum,
Selamat Pagi Dunia Tipu Tipu 🌥🌥

Hari ni agak menyedihkan sedikit sebab banyak induk2 kami mati secara mengejut. Banyak faktor yg boleh menyebabkan ikan mati, mungkin faktor cuaca yg panas dan tiba2 hujan ni membuatkan suhu air berubah. Harga untuk induk pun bukan murah ye sahabat2 sekalian. Ini antara cabaran yg breeder2 perlu hadapi. So bila nk minta diskaun nt bincang lah elok2 dgn breeder yer 🥰🥰.

Semoga sahabat2 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.


16/03/2021

Assalamualaikum,
Selamat Tengahari Dunia Tipu Tipu ☀️☀️

Seperti yang dijanjikan minggu lepas, inshaAllah malam ni kita akan breed ikan laga sekaligus buat tutorial untuk breed ikan laga.

Semoga sahabat2 sekalian dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.


Address

Taman Sutera

43000

Telephone

+60129778801

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Betta Boy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share