Qalifah Cattery

Qalifah Cattery Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Qalifah Cattery, Pet service, Bukit Mahkota, Bangi, Selangor.

08/07/2023

Harold

Qalifah x KaalipsoKitten 2Black smokeDOB 18.12.22
15/02/2023

Qalifah x Kaalipso

Kitten 2
Black smoke
DOB 18.12.22

Qalifah x KaalipsoKitten 1DOB 18.12.22
12/02/2023

Qalifah x Kaalipso

Kitten 1

DOB 18.12.22

Queentina in houseNot for sale
24/01/2023

Queentina in house

Not for sale

Stay tune
26/12/2022

Stay tune

FIFE INTERNATIONAL CAT SHOW PARADIGM MALL JOHOR BARUQALIFAH BLACKY3rd BEST OPEN MALE NEUTER1 CAPCongrats Kel Ahmad
24/07/2022

FIFE INTERNATIONAL CAT SHOW PARADIGM MALL JOHOR BARU

QALIFAH BLACKY
3rd BEST OPEN MALE NEUTER
1 CAP

Congrats Kel Ahmad

Welcome Versaillies to our catteryRagdoll male 1y 6kg
27/06/2022

Welcome Versaillies to our cattery

Ragdoll male 1y 6kg

Bersyukur masih diberi rezeki bawa pulang rosette ✌🏻With Kelana Ahmad
19/06/2022

Bersyukur masih diberi rezeki bawa pulang rosette ✌🏻

With Kelana Ahmad

Kita di sini
19/06/2022

Kita di sini

18/06/2022

Preparation to cat show tomorrow by Kalipso Cattery. Wish me luck tomorrow

02/05/2022
Alhamdulillah dpt best kitten di Ring 2 pada Northern Feline Fun Show, Penang.TQ partner Kelana Ahmad
26/03/2022

Alhamdulillah dpt best kitten di Ring 2 pada Northern Feline Fun Show, Penang.

TQ partner Kelana Ahmad

Ada rezeki hari ini ✌🏻
21/11/2021

Ada rezeki hari ini ✌🏻

Puerto Riko
19/10/2021

Puerto Riko

18/10/2021
White lion in the making
18/10/2021

White lion in the making


Quentina in the houseWith Kelana Ahmad  **n
13/10/2021

Quentina in the house

With Kelana Ahmad


**n

25/09/2021

[SCAMMER]

Baru-baru ni, ada kes scammer kucing. Berikut ada beberapa tips untuk beli kucing.

1. Breeder/cattery
Semua orang boleh jadi breeder. Tapi bukan semua breeder ada etika, bukan semua breeder boleh hasilkan kucing yang cantik, sihat, manja seperti yang kita harapkan. Kita beli kucing mestilah nak kucing yang terbaik kan? Ke uolls tak kisah bela kucing ala-ala rimau kat rumah, jenis nak pegang pun kena kokak.
Maka nya, dapatkan dari cattery yang reputable. Survey tentang pencapaian breeder/cattery tersebut. Jika breeder/cattery tersebut newbie, stalk la account social media mereka tu so uolls boleh nilai sendiri samada mereka tu genuine atau scammer.

2. Kucing berbaka
Bila mencari kucing berbaka, carilah yang ada sijil. Sijil ni mengesahkan ketulinan baka kucing. Kang beli harga ribu-ribu, tapi sebenarnya kena scam kucing tu sebenarnya cross breed (unless cross breed yang dibenarkan dalam organization seperti scottish mix bsh).

3. Harga
Contoh: Maine c**n purebreed harga RM1k. Janji manis siap cert pulak. Uolls pulak terus melompat nak grab sebab murah. Hati-hati guys. Kalau harga tak masuk akal macam ni, harapan tinggi you kena scam atau kucing tu ada masalah.
Memang harga ni adalah sangat subjective. Ada breeder jual murah, ada breeder jual mahal. Bermula dari lahir hingga la tempoh rehome, banyak kos, masa dan tenaga telah dikorbankan demi menghasilkan kucing idaman uolls. Trust me, you pun boleh nangis nak follow 100%.

4. After sales service
Ni sangkut paut point no.1. Kerana ada je kes breeder yang tidak jujur. Ada je kes breeder not found after kucing dah rehome ke new parents. New parents stuck tak tau apa nak buat bila kucing ada masalah. Pertanyaan dijawab sambil lewa. Paling sedih, kena block terus. Terkontang kanting lah si new parents dok up status bertanya apa permasalahan tentang kucing nya di social media untuk mendapatkan bantuan.

Ni sedikit sebanyak panduan. Maybe, kawan-kawan breeder boleh tokok tambah lagi point-point yang tertinggal. Sama-sama kita elakkan diri dari kena scam.

Nota: Jangan ada adegan kecam mengecam tentang isu rehome dan adopt kucing. Citarasa masing-masing tidak sama. Terpulang, you prefer adopt then you adopt. You nak beli then you beli. Hormat menghormati pandangan setiap orang.

Kredit to Zaza Dean

25/09/2021

Mungkinkah akan menjadi milik Qalifah Cattery dan Kaalipso Cattery

20/09/2021

HUKUM JUAL BELI KUCING

SOALAN :

Saya ada satu soalan yaitu apakah hukumnya jual beli kucing untuk dipelihara di dalam rumah?

JAWAPAN :

Hukum jual beli haiwan yang tidak boleh dimakan seperti kucing ada perincian padanya.

Jika kucing itu kucing liar yang tidak boleh diambil menafaat dengannya maka pendapat yang kuat ialah dilarang jual belinya kerana dilarang memeliharanya.

Dan jika kucing itu boleh diambil menafaat seperti kucing jinak yang biasa dipelihara di dalam rumah orang Islam maka hukum jual belinya ada dua pendapat.

Jumhur ulamak mengharuskan jual belinya dari kerana harus memeliharanya manakala pendapat sebahagian ulamak melarang jual belinya.

Berkata Imam Ibnu Quddamah :

وأما الهر فقال الخرقي يجوز بيعها وبه قال ابن عباس والحسن وابن سيرين والحكم وحماد والثوري ومالك والشافعي وإسحاق وأصحاب الرأي . وعن أحمد أنه كره ثمنها . وروي ذلك عن أبي هريرة وطاوس ومجاهد وجابر بن زيد

Artinya : “Dan adapun kucing itu maka telah berkata oleh Imam Al-Kharqi harus jual belinya dan dengannyalah berkata oleh Ibnu Abbas r.a. dan Al-Hasan dan Ibnu Sirrin dan Al-Hakam dan At-Tsauri dan Malik dan Syafie dan Ishaq dan Ashab Ar-Ra’yi. Dan daripada Imam Ahmad sungguhnya beliau memakruhkan harganya. Dan diriwayatkan akan yang demikian itu dari Abu Hurairah r.a. dan Thawus dan Mujahid dan Jabir bin Zaid.” (Kitab Al-Mughni)

Dan dalil yang menjadi sandaran mereka yang melarang jual belinya ialah hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Az-Zubair katanya :

سَأَلْتُ جَابِرًا، عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ؟ قَالَ: «زَجَرَ النَّبِيُّ ﷺ عَنْ ذَلِكَ

Artinya : “Aku telah bertanya akan Jabir r.a. dari harga anjing dan kucing. Jawab beliau : Telah melarang oleh Nabi saw daripada yang demikian itu.” (Hadith riwayat Muslim)

Berkata Imam Nawawi :

واحتج أصحابنا بأنه طاهر منتفع به , ووجد فيه جميع شروط البيع بالخيار فجاز بيعه كالحمار والبغل , والجواب عن الحديث من وجهين ( أحدهما ) جواب أبي العباس بن القاص وأبي سليمان الخطابي والقفال وغيرهم أن المراد الهرة الوحشية فلا يصح لعدم الانتفاع بها إلا على الوجه الضعيف القائل بجواز أكلها ( والثاني ) أن المراد نهي تنزيه , والمراد النهي على العادة بتسامح الناس فيه , ويتعاورونه في العادة , فهذان الجوابان هما المعتمدان

Artinya : “Dan telah berhujjah oleh Ashab kami dengan bahawasanya kucing itu ialah suci yang diambil menafaat dengannya dan didapati padanya segala syarat jual beli dengan khiar maka harus oleh jual belinya seperti mana keldai dan baghal. Dan jawapan daripada hadith tersebut dengan dengan dua wajah : Pertamanya jawapan daripada Abu Al-Abbas bin Al-Qas dan Abu Sulaiman Al-Kattabi dan Al-Qaffal dan lain dari mereka itu bahawasanya yang dikehendaki dengan kucing disini (dalam hadith larangan) ialah kucing liar maka tidak sah ia kerana ketiadaan diambil menafaat dengannya melainkan atas wajah yang dhaif perkataan mereka yang mengharuskan makannya. Dan jawapan kedua bahawasanya yang dikehendaki disini ialah larangan makruh dan dikehendaki dengan larangan itu ialah atas kebiasaan manusia bermudah dan saling mencarinya. Maka inilah dua jawapan yang muktamad keduanya.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)

Berkata sebahagian fuqahak adalah menafaat kucing yang dipelihara di dalam rumah oleh kebanyakkan orang itu ialah warnanya yang cantik atau jinaknya menyenangkan hati pemiliknya.

Dan berkata Imam Ar-Rafi’ie :

واعلم أن الحيوانات الطاهرة على ضربين: (أحدهما): ما ينتفع به، فيجوز بيعه
ومنه ما ينتفع بلونه أو صوته؛ كالطاوس والزرزور، وكذا الفيل والهرة، وكذا القرد، فإنه يُعلَّم الأشياء فيعلم

Artinya : “Dan ketahui oleh kamu sungguhnya segala haiwan yang seuci itu terbahagi atas dua bahagi : Pertamanya haiwan yang boleh diambil menafaat dengannya maka harus jual belinya. Dan setengah dari haiwan itu ialah yang diambil menafaat dengan warnanya atau suaranya seperti burung merak dan burung jalak. Dan seperti itu juga gajah dan kucing. Dan seperti demikian juga beruk maka sungguhnya ia apabila diajar akan jadi pandai.” (Kitab Fathul ‘Aziz)

Apabila kucing itu boleh diambil menafaat pada memeliharanya maka haruslah oleh jual belinya.

Berkata Imam Nawawi :

بيع الهرة الأهلية جائز بلا خلاف عندنا إلا ما حكاه البغوي في كتابه في شرح مختصر المزني عن ابن القاص لا يجوز وهذا ش*ذ باطل مردود والمشهور جوازه وبه قال جماهير العلماء نقله القاضي عياض عن الجمهور وقال ابن المنذر أجمعت الأمة على أن اتخاذه جائز

Artinya : “Bermula jual beli kucing peliharaan dalam rumah itu harus tanpa khilaf di sisi kami melainkan apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Baghawi pada kitabnya pada mensyarahkan Mukhtasar Al-Muzani daripada Ibnu Al-Qas tiada harus itu ialah syaz dan batal dan ditolak. Dan yang masyhur ialah harusnya. Dan denganyalah telah berkata oleh majoriti ulamak yang telah memindahkannya oleh Al-Qadhi ‘Iyadh daripada jumhur. Dan berkata Ibnu Al-Munzir telah ijmak sekelian umat atas harus memeliharanya.” (Kitab Al-Majmu’)

KESIMPULAN

Harus memelihara kucing dengan ijmak ulamak.

Harus jual beli kucing jinak kerana boleh diambil menafaat dengannya disisi jumhur ulamak manakala sebahagian ulamak memakruhkan jual belinya.

Tersebut pada Majlis Fatwa Negeri Mesir :

فإنه يجوز لك شرعًا بيع قطتك، ويحل لك الانتفاع بثمنها وفقًا لما ذهب إليه جماهير العلماء والفقهاء

Artinya : “Maka sungguhnya harus bagimu pada syarak jual beli kucingmu dan halal mengambil menafaat dengan harga jual belinya kerana menikut pandangan jumhur ulamak dan fuqahak.” (Darul Ifta Mesir)

Kucing yang tidak dapat diambil menafaat dengannya seperti kucing liar seperti kucing yang tinggal dihutan dilarang jual belinya dengan larangan makruh atau haram.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Kita buat tempat bertenggek utk si Qorun ni pulak
04/09/2021

Kita buat tempat bertenggek utk si Qorun ni pulak

29/08/2021

My lovely ragdoll

Mungkinkah kitten ini akan membesar spt ayahnya?
29/08/2021

Mungkinkah kitten ini akan membesar spt ayahnya?

Fiersa @ 4 monthNiat di hati nk keep. Tp ada buyer pandai nego sampai terjual.Buyer ni x pernah jumpa. Tp mempercayai Qa...
05/07/2021

Fiersa @ 4 month

Niat di hati nk keep. Tp ada buyer pandai nego sampai terjual.

Buyer ni x pernah jumpa. Tp mempercayai Qalifah Cattery dan buat full payment sebulan lepas.

Tqvm buyer from Kemaman

Status: sold
02/07/2021

Status: sold

Address

Bukit Mahkota, Bangi
Selangor
43000

Telephone

+60193597755

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qalifah Cattery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Qalifah Cattery:

Videos

Share

Category


Other Pet Services in Selangor

Show All

You may also like