Pethealth Advisor at Pencinta Haiwan

Pethealth Advisor at Pencinta Haiwan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pethealth Advisor at Pencinta Haiwan, Seremban.
(2)

Perkhidmatan Rawatan Ternakan & Haiwan Peliharaan, Membekal Ubat-Ubatan Serta Supplement Tambahan Untuk Haiwan, Membekal Ternakan Hidup dan Haiwan Peliharaan dan Khidmat Nasihat Veterinar.

27/03/2022
PENGHANTARAN FRESH WETFOOD FORMULA  ANTI CACING & ANTI BULU GUGUR UTK SEMUA PELANGGAN2 KAMI YG DAH PRE-ORDER... STOK TER...
21/10/2020

PENGHANTARAN FRESH WETFOOD FORMULA ANTI CACING & ANTI BULU GUGUR UTK SEMUA PELANGGAN2 KAMI YG DAH PRE-ORDER... STOK TERHAD...😍

UNTUK TEMPAHAN BLH KLIK LINK www.wasap.my/601156231526/wetfood 😍🐱
PASTI SI COMEL MENYUKAINYA..CUBALAH😘



πŸŽ‰πŸŽPROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIAπŸŽπŸ’ŠWETFOOD FORMULA SIHAT, CANTIK & GEBU🐱🐈Untuk pembelian berjumlah 8 bekas & ke atas kami ...
15/09/2020

πŸŽ‰πŸŽPROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIAπŸŽπŸ’Š

WETFOOD FORMULA SIHAT, CANTIK & GEBU🐱🐈

Untuk pembelian berjumlah 8 bekas & ke atas kami akan beri hadiah pilihan seperti berikut :

🎁PILIHAN 1️⃣ Hadiah 2 bekas Wetfood.

🎁PILIHAN 2️⃣ Rawatan Cacing, Kutu dan Kurap untuk 1 ekor kucing.

Untuk pembelian berjumlah 10 bekas & ke atas p**a, kami akan beri hadiah seperti berikut :

πŸŽπŸ’‰πŸ’ŠImunisasi (Vaksin) termasuk buku Pet Health Record untuk 2 ekor kucing.

***Promosi ini terpakai untuk pesanan atau pembelian bermula dari 15 Sept 2020 hingga 30 Sept 2020 sahaja.😍

πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ"SELAMAT HARI. MALAYSIA"πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰
16 SEPTEMBER 2020

PENGHANTARAN FRESH WETFOOD FORMULA  ANTI CACING & ANTI BULU GUGUR UTK SEMUA PELANGGAN2 KAMI YG DAH PRE-ORDER... STOK TER...
04/09/2020

PENGHANTARAN FRESH WETFOOD FORMULA ANTI CACING & ANTI BULU GUGUR UTK SEMUA PELANGGAN2 KAMI YG DAH PRE-ORDER... STOK TERHAD...😍

UNTUK TEMPAHAN BLH KLIK LINK www.wasap.my/601123789404/wetfood 😍🐱
PASTI SI COMEL MENYUKAINYA..CUBALAH😘



TERIMA KASIH KPD SEMUA PELANGGAN2 KAMI ORDER WETFOOD FORMULA SIHAT CANTIK & GEBUπŸ€—πŸ˜ŽSMOGA HAIWAN KESAYANGAN ANDA SIHAT,GEB...
04/09/2020

TERIMA KASIH KPD SEMUA PELANGGAN2 KAMI ORDER WETFOOD FORMULA SIHAT CANTIK & GEBUπŸ€—πŸ˜Ž

SMOGA HAIWAN KESAYANGAN ANDA SIHAT,GEBU & TIADA MASALAH KECACINGAN LAGI...πŸ€—πŸ˜ŽπŸ˜



PENYAKIT PARVO VIRUS PADA KUCINGBanyak kes kucing mati disebabkan oleh virus Parvo. Apa itu virus parvo? Macam mana nak ...
18/06/2020

PENYAKIT PARVO VIRUS PADA KUCING

Banyak kes kucing mati disebabkan oleh virus Parvo. Apa itu virus parvo? Macam mana nak elak kucing anda dari diserang virus ni? Apa simptom parvo?

Virus parvo adalah virus yang menyebabkan penyakit yang teruk pada kucing, terutamanya anak kucing. Ia boleh membawa maut. Virus ini juga dikenali dengan nama Feline Infection Enteritis (FIE) dan Feline panleukopenia. Virus ini sangatlah kuat daya tahannya dan boleh hidup di persekitaran luar pada tempoh masa yang lama. Sedihnya virus ini menyebabkan kadar kematian yang tinggi dengan wabak ini masih boleh dilihat pada sekump**an kucing yang tinggal bersama-sama dengan kucing yang tidak divaksin. Virus ini tidak boleh dijangkiti oleh manusia dan juga anjing. Namun virus Canine Parvovirus (parvo anjing) boleh dijangkiti oleh kucing.

Macam mana kucing boleh dijangkiti virus Parvo
Virus parvo boleh hidup di persekitaran selama setahun dan memerlukan kuman yang khas untuk membunuhnya. Kebanyakan kucing mudah diserang virus parvo dari kawasan yang tercemar (terkena najis yang ada virus parvo) berbanding dari jangkitan secara terus oleh kucing yang dijangkiti virus parvo. Virus ini tersebar dengan pantas melalui kucing dan kebanyakan kucing mengeluarkan virus parvo melalui najisnya hanya untuk beberapa hari sahaja, walaupun kadang-kadang boleh menjangkau sehingga enam minggu. Walaubagaimanapun virus ini juga boleh tersebar melalui pergaulan terus dengan kucing yang dijangkiti, terutamanya di persekitaran yang mempunyai banyak kucing.

Kucing yang macam mana mudah dijangkiti virus Parvo?
Anak kucing lebih mudah untuk dijangkiti virus ini terutamanya apabila antibodi yang mereka terima dari susu ibu berkurangan semasa usia empat ke 12 minggu. Kucing dewasa yang tidak vaksin juga mudah dijangkiti virus ini dan berisiko untuk membolehkan penggalak virus ini berlalu.

Apakah tanda-tanda kucing yang dijangkiti virus Parvo?
Tidak semua kucing yang dijangkiti virus Parvo menunjukkan tanda-tanda, namun kucing anda mungkin dijangkiti virus Parvo jika menunjukkan tanda tanda seperti berikut:

Muntah
Mengeluarkan buih atau basah pada keliling mulut
Suhu badan yang berubah ubah (selalunya suhu badan tinggi semasa jangkitan awal, berkurangan hari demi hari)
Lapar dan dahaga dengan ketidakupayaan untuk minum dan makan
Cirit birit kadang kala ada darah
Malangnya, kadang kala tiada tanda tanda yang dapat dikesan dan kucing terus m4ti tanpa amaran. Jika kucing betina yang bunting dijangkiti virus Parvo ini, anak anaknya mungkin kerosakan otak. Setelah lahir anak anak ini mempunyai masalah imbangan yang menyebabkan mereka jalan terhuyung hayang. Semasa menyusu juga anak anak ini akan mempunyai masalah kerana kepala mereka akan terangguk angguk.

Bagaimana virus Parvo ni didiagnosis?
Vet akan mengambil sampel darah dan najis dari kucing yang sakit untuk mengesan virus tersebut. Jika kucing itu sudah mati, vet juga boleh menghantar sampel usus untuk mengesan virus parvo. Jika anda hendak tahu jika kawasan anda dijangkiti virus Parvo atau tidak walaupun tiada kucing anda yang menunjukkan tanda-tanda, kucing anda juga boleh diuji dengan antibodi yang kuat untuk melawan virus parvo.

Bagaimana untuk merawat virus Parvo?
Buat masa ini tiada penawar untuk virus Parvo ini. Namun jika virus ini dikesan pada kucing anda, anda boleh merawat simptom simptomnya dan ada kebanyakkan kucing boleh sihat dengan rawatan rapi termasuk cara jagaan yang terbaik, terapi menambah cecair dalam badan dan menggalakkan kucing anda makan. Rawatan untuk virus Parvo ini hanya untuk mengawal simptom yang ada sementara sistem imunisasi kucing melawan virus ini. Antibiotik tidak memberi kesan terhadap virus ini namun Veterinar mungkin berikan kucing anda antibiotik hanya untuk menggelak jangkitan lain yang menyerang kucing anda dan ubat untuk mengurangkan muntah juga akan diberi sekira perlu.

Bagaimana untuk mengelak dari terkenanya virus Parvo?
Vaksinasi adalah jawapan kepadanya. Vaksinasi utama selalunya bermula semasa kucing berumur 8 atau 9 minggu dengan vaksinasi kedua pada tiga atau empat minggu seterusnya. Vaksin parvo selalunya bergabung dengan penyakit yang lain seperti virus selesema kucing. Penjagaan rapi diperlukan apabila memvaksin kucing betina yang bunting untuk mengelak dari dijangkiti virus Parvo kerana ada vaksin yang memberi efek kepada anak kucing yang belum lahir. Kebersihan yang bagus, prosedur pengasingan terhadap kucing yang dijangkiti juga sangat efektif dalam menggelakkan penyebaran jangkitan ini.

Feedback terbaik dari owner patient... SAPA KATA SPORO TAK BOLEH BAIK DAN TAK BOLEH DIRAWAT, walaupun keadaannya dah kri...
14/06/2020

Feedback terbaik dari owner patient... SAPA KATA SPORO TAK BOLEH BAIK DAN TAK BOLEH DIRAWAT, walaupun keadaannya dah kritikal. Alhamdulillah, owner pada patient ni sangat gembira bila bulusnya yg menghidap SPORO telah menunjukkan tanda2 penyembuhan yg sangat ketara hanya dlm masa 14 hari.
Pada hari pertama saya merawatnya keadaannya memang sangat tenat dan kudis Sporo dah berlubang hampir ke usus diperutnya, setelah 14 hari proses rawatan, kudis dah kering.Ada teknik rawatan khusus untuk penyakit SPORO ni yg perlu diamalkan. SYARATNYA ikut apa yg saya arahkan utk rawatannya, Inshaa Allah dengan izin Allah πŸ‘πŸ‘πŸ‘

😻 _*PET GROOMING PROMO PACKAGE *_ 😸Kami menawarkan service pet grooming terus ke rumah anda, menjimatkan masa papa2 dan ...
07/06/2020

😻 _*PET GROOMING PROMO PACKAGE *_ 😸

Kami menawarkan service pet grooming terus ke rumah anda, menjimatkan masa papa2 dan mami2 si bulus, semasa proses grooming, papa mami bulus boleh siapkan kerja masing2, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Tak perlu nak buang masa dah berjam2 menunggu si bulus siap di grooming!!!! Mudah kan?!,πŸ‡πŸ±PASTINYA MURAH & MENJIMATKAN MASA🐰

πŸ’₯ DRY GROOMING
πŸ’₯ BASIC BATH GROOMING
πŸ’₯ MEDICATED GROOMING
πŸ’₯ FLEA GROOMING & FUNGUS TREATMENT
πŸ’₯ SHORT TRIM
πŸ’₯ LONG TRIM
πŸ’₯ LION CUT @ DINO CUT + FREE FUNGUS TREATMENTπŸ₯°*

🏡 FUNGUS TREATMENT ( OPTIONAL)

***All grooming service included (except LION @ DINO CUT) :

πŸ”° *- EAR WASH*
πŸ”° *- EYE WASH*
πŸ”° *- NAIL CLIPPING*
πŸ”° *- FRAGRANCE SHAMPOO @ MEDICATED SHAMPOO @ FLEA SHAMPOO WASH*
πŸ”° *- CONDITIONING*
πŸ”° *- BLOW DRY*
πŸ”° *- COMB & STYLING*
πŸ”° *- PET PERFUME*

Boleh pm terus untuk detail dan tempahan πŸ‘‡
http://www.wasap.my/+60173480840/GROOMING

03/06/2020

DELIVERY WET FOOD & CAT GROOMING HARI AHAD NI AREA REMBAU..SAPA2 NK MASUK LIST BLH INFO AWAL YA..BLH SEKALI JALANπŸ€—

TERIMA KASIH UNCLE DARI TAMAN DESA ORKID SENAWANG ORDER 3 BEKAS WET FOOD FORMULA 1, WETFOOD FORMULA SIHAT CANTIK & GEBU ...
31/05/2020

TERIMA KASIH UNCLE DARI TAMAN DESA ORKID SENAWANG ORDER 3 BEKAS WET FOOD FORMULA 1, WETFOOD FORMULA SIHAT CANTIK & GEBU DGN DADDY UJANG BELLAπŸ€—πŸ˜Ž

SMOGA KAWAN2 UJANG BELLA SIHAT,GEBU & TIADA MASALAH KECACINGAN LAGI...πŸ€—πŸ˜ŽπŸ˜



Terima kasih pada customer kami dari Kuala Pilah, beli WETFOOD FORMULA SIHAT CANTIK & GEBU.. Semoga meow nya jadi lebih ...
30/05/2020

Terima kasih pada customer kami dari Kuala Pilah, beli WETFOOD FORMULA SIHAT CANTIK & GEBU.. Semoga meow nya jadi lebih sihat dan gebu lepas ni...

Anda nak kucing anda gemuk, sihat, gebu, bulu kembang dan berkilat, serta lincah dan aktif😍Produk baru saya hasilkan, WE...
28/05/2020

Anda nak kucing anda gemuk, sihat, gebu, bulu kembang dan berkilat, serta lincah dan aktif😍

Produk baru saya hasilkan, WET FOOD utk kucing kesayangan. Resipi dan formula saya sendiri. Formula yang dilengkapi dengan gabungan nutrien yang diperlukan, sumber protin yang tinggi, multi vitamin serta anti-kecacingan dan beberapa BAHAN RAHSIA berupa ubat-ubatan khas. Tiada kandungan garam apatah lagi bahan pengawet.

Dan tak kurang juga pentingnya, produk Wetfood ini disedia dan dihasilkan pastinya melalui proses yang bersih, suci dan hygiene melalui sumber dan bahan-bahan berkualiti dan bersih serta paling penting HALAL.

Formula yang diadun hasil melalui 25 tahun pengalaman dalam bidang veterinar, pasti kucing kesayangan anda gemuk, sihat, bulu berkilat, gebu serta lincah dan aktif.

Dari segi harga p**a, murah sahaja, pengeluaran stok terhad, berminat boleh pm atau whatsapp ke 0173480840.

FUH BARU SIAP SETENGAH DARI ORDAR NIπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚MAU XTDO KANG NI..HARHAR..XPE KITE MAHUKAN YG TERBAIK UTK SI BULUS MANJA KORG😻YG ...
27/05/2020

FUH BARU SIAP SETENGAH DARI ORDAR NIπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚MAU XTDO KANG NI..HARHAR..XPE KITE MAHUKAN YG TERBAIK UTK SI BULUS MANJA KORG😻YG DAH ORDaR HARINI,ESOK DADDY UJANG & BELLA ANTA YE..KORANG TUNGGU😘

DIADUN DGN PENUH KASIH SYG MANJA CINTA HATIKU...😍😎MODEL PULAK X KESIAN BAU2 JE TRUS DTG...KAN XPASAL JADI MODEL SAMBILAN J*P KAT SITU..NASIB NGKO LA UJANG OI..NASIB DADDY SAYANG KAMU TAU..TPI KAMU PNYE DADDY DAH SIMPANKAN BUAT STOK...NI UTK KAWAN2 KAMU PNYE...πŸ€—

UJANG & BELLA PN BARU JGK CONSUME WET FOOD FORMULA 1 NI..SBB DADDY DIA BARU CIPTA FORMULA TERBAHEK NI😍NTI TGK LA KEMENJADIAN BEFORE & AFTER BESOR GEDABAK MEMASING DISEBABKAN WET FOOD BERKHASIAT ANTI CACING,VITAMIN,PROTEIN,NUTRISI & MCM2 LAGI RESEPI RAHSIA DARI DADDY UJANG & BELLA HOKEYH😍😎

COD WET FOOD FORMULA 1 HARINI XMENANG TANGAN TEKAU EH..TERIMA KASIH BYK2 YE TUAN2 BULUS SEKELIAN...😎😍WET FOOD YG DIADUN ...
27/05/2020

COD WET FOOD FORMULA 1 HARINI XMENANG TANGAN TEKAU EH..TERIMA KASIH BYK2 YE TUAN2 BULUS SEKELIAN...😎😍

WET FOOD YG DIADUN DAN DIRUMUS KHAS MENGIKUT FORMULA TERSENDIRI, TINGGI PROTIN, MENGANDUNGI BAHAN SAYURAN, ANTI KECACINGAN SERTA MULTIVITAMIN, DAN BEBERAPA BAHAN RAHSIA UBAT2AN DAN HERBA KHAS UNTUK SI BULUS LEBIH SIHAT, GEMUK DAN GEBU, BERPANDUKAN PENGALAMAN SELAMA LEBIH 25 TAHUN DALAM BIDANG VETERINAR.

ALHAMDULILLAH MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENCINTA2 KUCING,XLAMA LAGI GEBU GEBAS SIHAT & BERTAMBAH BULAT2 LA KUCING KORANG TU😻

SMLM BATCH PERTAMA DILANCARKAN 9 BEKAS LICIN....HARINI BATCH KE 2, 13 BEKAS LICIN.HARINI MASUK ORDER BARU 20 BEKASπŸ˜‚
ESOK KITE ANTA KE RUMAH TUAN BULUS MEMASING YE...😎😘

KAMI COD SEKITAR SEREMBAN SAHAJA...MANA YG BERTANYA LUAR KAWASAN TU INSHA ALLAH KAMI RESERCH DULU YE KETAHANAN WET FOOD UTK POS BY KURIER...SMPAI KE LANGKAWI ADA PERMINTAAN..SYUKUR ALHAMDULILLAH...REZEKI ANAK...😘😍😎




Pemeriksaan kesihatan haiwan secara berkala dapat melindungi haiwan kesayangan anda dari sebarang penyakit merbahaya..
27/05/2020

Pemeriksaan kesihatan haiwan secara berkala dapat melindungi haiwan kesayangan anda dari sebarang penyakit merbahaya..

TADAAA...INI DIA "HOMEMADE WET FOOD" UTK KUCING KORG2 TU..DARI EXTRA TINGGAL 3 PENYUDAHNYE MENDERU PULAK ORDaR BARU MASY...
26/05/2020

TADAAA...INI DIA "HOMEMADE WET FOOD" UTK KUCING KORG2 TU..DARI EXTRA TINGGAL 3 PENYUDAHNYE MENDERU PULAK ORDaR BARU MASYUKπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

BUKAN KALENG2 WET FOOD GAIS..INI WET FOOD MCM2 DALAM DOK ADA..(BUKAN WET FOOD YG RM1 RM2 RM3 TU YE..HARHARπŸ˜‚)INI WET FOOD SIAP VITAMIN,ESTRAK MELEBAT SERTA MENGGEBUKAN BULU SI COMEL & MCM2 LAGI RAMUAN KHASIAT UTK ANAK BULUS KORG2 TU..

CARA PENYEDIAAN & PEMBUATANNYA PULAK BUKAN BESHE2 GAIS..BERJAM2 SMPAI SEGALA MACAM MAK NENEK HANCUR LEBUR & STILL ADA TULANG2 SKIT SBB NK BG KALSIUM KT SI BULUS KORNG2 ITEW...😍😎😘

****tgh nk packing santet2 utk anto esoknye ke rumah tuan kucing masing2...siap sedia mana yg dah ordar & special big thnkx support😘😍😎
*****1ST review..next review coming soon...skali testimoni 2 ekor kucing aku dok pelahap skali mkn...wait 4 this😘😍😎

Untuk tempahan boleh comment atau pm ya.. Harga???? Pasti terkejut.. Murahhhhh!!!!!

PENYAKIT SPORO KUCINGAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan p**a permasalahan berkaitan PENYAKI...
22/05/2020

PENYAKIT SPORO KUCING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan p**a permasalahan berkaitan PENYAKIT SPORO Pada Kucing.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kesihatan haiwan boleh jugak whatsapp saya πŸ‘‡πŸ‘‡
https://wa.me/60173480840?text=THE%20ANIMAL%20%26%20PET%20WORLD

☎ *Hubungi kami untuk servis berikut πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡*
βœ… Khidmat nasihat berkaitan kesihatan haiwan peliharaan dan ternakan.
βœ… Rawatan haiwan dan ternakan yang sakit.
βœ… Pembekak produk-produk, penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan untuk ternakan dan haiwan peliharaan.
βœ… Membekal ternakan lembu dan kambing untuk pemeliharaan atau Aqiqah dan Korban serta pelbagai majlis.

*SENAWANG ANIMAL & PET WORLD ENTERPRISE*
(003096297-D)

πŸ‘¨β€πŸ« KAMI BERPENGALAMAN SELAMA LEBIH 25 TAHUN DALAM INDUSTRI BERKAITAN VETERINAR.

Info berkaitan Penyakit-Penyakit Haiwan boleh tengok di πŸ‘‡

πŸ‘ Like my fb Page πŸ‘‡
https://www.facebook.com/Petsenawang/
~~~~~~~~~~~~~~~~
Add my fb πŸ‘‡
https://www.facebook.com/pethealth.pencintahaiwan
~~~~~~~~~~~~~~~~
Follow my IG πŸ‘‡
https://www.instagram.com/invites/contact/?i=1mlzon4jltd0m&utm_content=fsnaj1i
~~~~~~~~~~~~~~~~

PENYAKIT SPORO KUCING

Apa itu SPOROTRICHOSIS?
Sporotrichosis atau sporo ialah penyakit kronik yang disebabkan oleh organisms, Sporothrix Schenckii yang ditemui di kayu, tumbuh tumbuhan dan tanah. Sporo sangat jarang untuk berlaku tetapi ia merupakan jangkitan kulat yang berpotensi untuk mengancam nyawa kucing anda. Manusia juga tidak terkecuali untuk dijangkiti dengan sporo ini. Kulat mudah memasuki badan kucing melalui luka yang terbuka di kulit. Sporo selalunya muncul seperti luka melecet pada hidung, telinga dan muka kucing namun boleh juga menjangkiti kawasan badan yang lain jika tidak dirawat.

Simptom simptom SPOROTRICHOSIS
Simptom yang dialami kucing bergantung kepada jenis sporo yang dijangkiti.
Lymphocutaneous Sporotrichosis

Benjolan kecil pada kulit tapi agak pejal
Berdiameter dalam 1-3 cm
Luka melecet dengan munculnya cecair
Melecet selalu berada di pinnae (hujung telinga), hidung dan kepala.
Depressi
Ketidakseimbangan
Demam
Cutaneous Sporotrichosis

Kelenjar limfa bengkak
Penyakit Limfa
Luka pada dermis
Kulit jadi berkerak dan mengeluarkan cecair
Disseminated Sporotrichosis

Demam
Osteoarticular sporotrichosis: Apabila jangkitan fungus sudah merebak ke sendi dan tulang.
Sporotrichosis meningitis: Apabila jangkitan fungus sudah merebak ke sistem saraf dan otak.
Anorexia Cachexia (kehilangan berat badan)
Punca SPOROTRICHOSIS
Seekor kucing boleh dijangkiti sporo apabila terkena sentuhan secara terus dengan organisma melalui luka pada kulit. Oleh kerana fungus dijumpai pada pelbagai jenis tumbuhan, seekor kucing boleh dijangkiti apabila benda asing menembusi kulit kucing (terkena duri tumbuhan) atau memakan salah dari tumbuhan yang mempunyai fungus sporo. Walaubagaimanapun, kucing lebih mudah untuk dijangkiti dengan luka tusukan yang membolehkan organisma sporo memasuki badan kucing. Kucing yang mudah dijangkiti sporo termasuklah

kucing jantan yang sering bergaduh
Rumah yang mempunyai banyak kucing
kucing yang lemah imunisasi
Kucing yang selalu berada di kawasan bertanah

Diagnosis SPOROTRICHOSIS
Sporo sukar untuk didiagnosis kerana simptom yang dikaitkan dengan penyakit ini mimik simptom penyakit kulit yang lain. Jadi veterinar akan memulakan diagnosis dengan meneliti sejarah perubatan kucing anda dan menyoal anda pelbagai soalan mengenai aktiviti kucing anda baru baru ini. Pergaduhan kucing yang baru berlaku, ekspos kepada dunia luar dan bermain di kawasan tanah kompot seperti kompot kebun akan membantu dalam diagnosis veterinar.

Dalam usaha untuk mengenepikan sebab yang utama dalam punca kulit melecet tersebut, veterinar akan melakukan diagnosis yang berbeza beza. Untuk menentukan bahawa kucing anda dijangkiti sporo, veterinar akan mengambil sampel darah, sampel urine dan sampel kulit.

Sporo mempunyai ciri ciri sitologinya yang tersendiri berbanding dengan penyakit yang menyebabkan kulit melecet yang selalu didiagnosiskan melalui kikisan kulit, via penilaian sinotologi dari sampel kulit. Sampel kulit boleh diambil dari kesan ulser pada kulit atau dari lelehan cecair yang keluar melalui luka.

Rawatan SPOROTRICHOSIS
Merawat kucing yang dijangkiti penyakit fungus memang memberi cabaran buat para veterinar. Terdapat pelbagai terapi ubat-ubatan yang boleh digunakan namun tidak semua diluluskan untuk kegunaan haiwan dan mempunyai kesan buruk yang ketara. Sila berbincang dengan veterinar anda mengenai kesan sampingan yang mungkin terjadi disebabkan penggunaan ubat-ubatan yang dipilih untuk merawat sporo pada kucing anda dan cara yang betul untuk memantau kucing anda di rumah. Rawatan terapuitik boleh berjalan selama 3 minggu ke sebulan dan veterinar anda mungkin ingin memilik untuk menyambung rawatan klinikal yang jelas. Ubat ubat tradisional yang digunakan untuk merawat sporo termasuk lah

Natrium Iodida (Sodium iodide)
Kalium iodida (Potassium iodide)
Ketoconazole
Itraconazole
Terbinafine
Pemulihan dari SPOROTRICHOSIS
Ikut segala arahan dari veterinar anda dan menyempurnakan segala rawatan terapuitik walaupun kucing tidak lagi menunjukkan tanda tanda penyakit sporo. Sporo ini selalunya dirawat selama sekurang kurangnya seminggu untuk memastikan spora fungus dikeluarkan terus dari badan. Jadi pastikan segala plan rawatan yang disediakan disempurnakan. Kesan buruk dari ubat rawatan sporo adalah perkara biasa untuk kucing yang dirawat, jadi veterinar akan meminta anda memantau kucing anda dengan sempurna di rumah.

Kucing yang menunjukkan tanda-tanda klinikal yang buruk perlu di bawa ke klinik veterinar dengan kadar segera kerana kemungkinan kesan ini membawa m4ut.

Oleh sebab sporo ini sejenis penyakit bawaan fungus, pastikan anda melindungi diri anda dengan sempurna apabila melakukan rawatan terhadap kucing anda. Lebih buruk, penyakit ini juga boleh memberi kesan kepada manusia termasuk menyebabkan kem4tian sekiranya haiwan yang dijangkiti menggigit atau mencakar kita.

Daripada aspek badan manusia, kesan daripada jangkitan kuman Sporo hanya dapat dirasai selepas dua bulan iaitu melalui simptom seperti bengkak dan bisul.

Kegagalan untuk mendapatkan rawatan segera menyebabkan bisul-bisul ini tumbuh di sepanjang nodus limfa dan paling teruk, ia boleh merebak ke dalam paru-paru dan seluruh badan, akhirnya menyebabkan kematian.

Cara Merawat Kucing Demam Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan p**a CARA MERAWAT KUCING DEMAM...
21/05/2020

Cara Merawat Kucing Demam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan p**a CARA MERAWAT KUCING DEMAM (Sama Juga Pada Anjing).

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kesihatan haiwan boleh jugak whatsapp saya πŸ‘‡πŸ‘‡
https://wa.me/60173480840?text=THE%20ANIMAL%20%26%20PET%20WORLD

☎ Hubungi kami untuk servis berikut πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
βœ… Khidmat nasihat berkaitan kesihatan haiwan peliharaan dan ternakan.
βœ… Rawatan haiwan dan ternakan yang sakit.
βœ… Pembekak produk-produk, penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan untuk ternakan dan haiwan peliharaan.
βœ… Membekal ternakan lembu dan kambing untuk pemeliharaan atau Aqiqah dan Korban serta pelbagai majlis.

SENAWANG ANIMAL & PET WORLD ENTERPRISE
(003096297-D)

πŸ‘¨β€πŸ« KAMI BERPENGALAMAN SELAMA LEBIH 25 TAHUN DALAM INDUSTRI BERKAITAN VETERINAR.

Info berkaitan Penyakit-Penyakit Haiwan juga boleh tengok di πŸ‘‡

Like my fb Page πŸ‘‡
https://www.facebook.com/Petsenawang/
~~~~~~~~~~~~~~~~
Add my fb πŸ‘‡
https://www.facebook.com/pethealth.pencintahaiwan
~~~~~~~~~~~~~~~~
Follow my IG πŸ‘‡
https://www.instagram.com/invites/contact/?i=1mlzon4jltd0m&utm_content=fsnaj1i
~~~~~~~~~~~~~~~~

CARA MERAWAT KUCING DEMAM
Demam adalah respons kekebalan tubuh yang normal untuk membantu tubuh agar cepat pulih dari serangan penyakit dengan membunuh bakteria yang sensitif terhadap panas.

Panas yang muncul kerana demam juga akan meningkatkan aliran darah ke jaringan yang terluka untuk membantu memperbaikinya.

Akan tetapi, beberapa kes tertentu demam boleh menjadi sesuatu yang berbahaya.

Apabila kucing anda demam, anda boleh membantu meredakannya agar kucing tersebut pulih dengan cepat.

Anda juga boleh mencuba beberapa ubat.

Buatlah kucing Anda merasa nyaman agar demamnya sembuh dan kondisinya kembali normal.

1. Kenali gejala demam dalam kucing. Rentang suhu rektum kucing normal adalah dari 37. 7Β° C hingga 39.4 Β° C. Sekiranya anda mengalami masalah mengukur suhu badan kucing, perhatikan beberapa gejala yang menunjukkan demam di bawah:
>Selera makan yang buruk
>Lembap
>Malas untuk bergerak
>Lemah
>Banyak bulu jatuh
>Tidak sanggup menyertai kucing lain
>Bernafas cepat dan pendek
>Gementar
>Tidak banyak penjagaan diri
Kerana kebanyakan demam timbul kerana keadaan yang mendasari, sedar beberapa gejala lain seperti cirit-birit, muntah, bersin, batuk, atau kulit bengkak. Ini boleh menjadi petunjuk bahawa kucing anda sakit.

2. Ukur suhu kucing anda. Kemunculan gejala adalah tanda yang baik bahawa anda tahu bahawa kucing mempunyai demam. Walau bagaimanapun, satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti ialah mengukur suhu menggunakan termometer. Anda boleh mengukur suhu kucing melalui rektum atau telinga.

>Sediakan peralatan yang anda perlukan. Anda memerlukan termometer, pelincir (contohnya jeli petroleum atau K-Y), alkohol dan tisu, dan makanan kucing.
>Sekiranya anda menggunakan termometer kaca, pukulkan termometer sehingga air gergasi berada di bawah garis 35 Β° C. Anda lebih baik menggunakan termometer digital. Gunakan termometer yang direka khusus untuk haiwan untuk mengukur suhu melalui telinga.
>Berikan pelincir pada termometer jika anda mengukur suhu kucing melalui rektum.
Kucing kucing anda menggunakan satu lengan, atau meminta orang lain untuk memegangnya. Angkat ekor.
>Masukkan termometer ke rektum kucing dengan kedalaman kira-kira 2.5 cm. Biarkan termometer kaca tinggal di sana selama kira-kira 2 minit. Cabut plag termometer digital semasa bunyi.
>Bersihkan termometer menggunakan alkohol dan tisu.
>Beri makanan kepada kucing anda untuk menghiburkan dia.
>Segera bawa ke doktor haiwan jika kucing anda mempunyai demam lebih daripada 39 Β° C. Demam tinggi boleh membuat organ kucing rosak.

3.Periksa badan kucing. Perlahan-lahan tekan badan kucing dengan jari-jari anda dan sapu perlahan-lahan (ini dipanggil palpation). Rasa apa-apa kecederaan seperti patah tulang, pembengkakan pada kelenjar getah bening, jangkitan luka, abses, atau tumor. Segala-galanya boleh membuat kucing anda demam.
>Mungkin anda boleh atau tidak dapat merasakan tulang patah dalam kucing. Pecah boleh menyebabkan lebam atau bengkak di kawasan pecah. Apabila anda melanda kawasan itu, kucing anda akan bertindak balas kerana berasa sakit. Periksa kucing anda dengan lembut.
>Anda boleh merasakan pembengkakan kelenjar getah bening di bawah rahang kucing dan di sekeliling bahu. Bengkak juga boleh muncul di bahagian belakang kaki atau berhampiran pangkal paha.
>Segera kucing anda ke doktor haiwan jika anda melihat mana-mana gejala ini. Keadaan ini perlu mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.
>Demam dalam kucing mungkin hanya tindak balas imun yang normal apabila gejala tidak muncul. Ikuti langkah-langkah dalam artikel ini seperti yang diarahkan kecuali demam dalam kucing tidak hilang selama lebih daripada 24 jam. Jika kucing anda mempunyai demam selama lebih dari 24 jam, segera pergi ke doktor haiwan untuk nasihat dan rawatan.

4. Keluarkan haba badan kucing. Haba di dalam badan kucing boleh dikurangkan melalui kelenjar peluh yang ada di kuku atau melalui pernafasan. Bantu demam yang lebih rendah dalam kucing untuk mendapatkan suhu badan mereka. Bawa kucing anda ke bilik yang sejuk, gelap, sebaiknya sebuah bilik lantai batu atau seramik untuk membolehkan kucing berbaring di sana dan memindahkan haba ke lantai. Beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membantu kucing menyejukkan badan di antara:

>Letakkan kipas di atas lantai untuk mengalirkan udara sejuk ke seluruh badan kucing.
>Tampalkan pek ais pada kuku atau badan kucing.
>Basahkan bulu dengan air jika kucing anda boleh menerimanya. Anda boleh menggunakan kain basah atau botol semburan untuk membasuh bulu. Penyejatan boleh membantu menyejukkan badan kucing.

5. Berikan banyak air. Demam boleh berlaku disebabkan oleh dehidrasi, dan juga boleh menyebabkan dehidrasi. Menyediakan air bersih pada setiap masa dalam kucing adalah penting. Sekiranya kucing anda mengalami masalah minum, beri dia jarum suntikan (tiada jarum). Demam boleh dikurangkan jika kucing mendapat semula cairan yang hilang (ini adalah sebab mengapa kucing diberikan cecair IV di klinik veterinar).
>Kucing yang demam akan menjadi malas untuk bangun dan berjalan, jadi letakkan air berhampiran. >Anda boleh mengelap gusi menggunakan air suam.
>Selain air, anda juga boleh menyediakan penyelesaian Gatorade atau elektrolit untuk kanak-kanak dalam kucing kucing. Ini boleh membantu mengembalikan keseimbangan elektrolit dalam kucing, terutamanya jika kucing anda mempunyai cirit-birit atau muntah.Gunakan picagari untuk memohon Gatorade kepada kucing.
>Jika anda tidak boleh memohon kucing ke kucing dengan menggunakan picagari, cubalah membekukan Gatorade atau air dalam kotak. Mungkin kucing itu lebih berminat untuk menjilat kiub ais daripada minum (dan kiub ais dingin akan membantu menyejukkan suhu badannya).
>Jangan memberi susu kepada kucing kerana haiwan ini sangat sensitif terhadap laktosa. Susu boleh membuat kucing anda sakit dan menyebabkan cirit-birit, loya, atau muntah.

6. Pastikan kucing anda makan. Demam mengalirkan banyak tenaga dan boleh membuat kucing menjadi sangat lemah. Ada kemungkinan kucing anda tidak mempunyai keinginan untuk makan makanan keras. Anda boleh menambah makanan dengan memberikan makanan yang lembut. Sesetengah pilihan yang baik termasuk telur hancur atau ikan tuna yang dicuci dengan pemproses makanan.
>Jika kucing tidak mahu makan makanan yang padat atau lembut, gunakan picagari untuk memberikan susu pengganti kepada kucing (boleh didapati di kedai haiwan kesayangan). Ini adalah makanan yang direka untuk diberikan kepada kucing atau kucing yang sakit yang kehilangan ibu mereka. Gunakan jarum suntikan (tanpa jarum) yang mempunyai kapasiti 5 cc hingga 10 cc.
>Letakkan hujung picagari di sudut mulut kucing, berhampiran p**i. Anjing dan kucing yang refleks akan menelan apa saja yang melepasi kawasan ini di mulut mereka.
>Sekiranya kucing anda tidak dapat makan, tanya doktor anda untuk memberi suplemen cecair tinggi kalori. Kucing boleh mengambil suplemen ini sehingga mereka cukup sihat untuk makan makanan pepejal sekali lagi.

7. Beri vitamin B dan makanan tambahan kepada kucing anda. Memberi pemakanan yang baik kepada kucing untuk meningkatkan selera makan. Anda boleh mencukupi dengan menyediakan vitamin B-kompleks dan tenaga tambahan.
Vitamin dan suplemen tenaga seperti Nutri-Plus Gel (dengan dos 5ml dalam sehari selama 5 hari) boleh diberikan untuk mengatasi keletihan dan kurang nutrien.

Untuk lebih kepastian jangan lupa bawa kucing anda ke klinik veterinar atau boleh hubungi seperti nombor diatas.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan  permasalahan SEMBELIT PADA KUCING  (Sama Juga Pada Anji...
20/05/2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan permasalahan SEMBELIT PADA KUCING (Sama Juga Pada Anjing).

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kesihatan haiwan boleh jugak whatsapp saya πŸ‘‡πŸ‘‡
https://wa.me/60173480840?text=THE%20ANIMAL%20%26%20PET%20WORLD

☎ Hubungi kami untuk servis berikut πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
βœ… Khidmat nasihat berkaitan kesihatan haiwan peliharaan dan ternakan.
βœ… Rawatan haiwan dan ternakan yang sakit.
βœ… Pembekal produk-produk, penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan untuk ternakan dan haiwan peliharaan.
βœ… Membekal ternakan lembu dan kambing untuk pemeliharaan atau Aqiqah dan Korban serta pelbagai majlis.

SENAWANG ANIMAL & PET WORLD ENTERPRISE
(003096297-D)

πŸ‘¨β€πŸ« KAMI BERPENGALAMAN SELAMA LEBIH 25 TAHUN DALAM INDUSTRI BERKAITAN VETERINAR.

Info berkaitan Penyakit-Penyakit Haiwan boleh tengok di πŸ‘‡

πŸ‘ Like my fb Page πŸ‘‡
https://www.facebook.com/Petsenawang/

~~~~~~~~~~~~~~~~
https://www.facebook.com/pethealth.pencintahaiwan
~~~~~~~~~~~~~~~~

Sembelit Pada Kucing

Selalunya sembelit ringan pada kucing adalah perkara biasa yang berlaku pada kucing dan bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Walaubagaimanapun bagaimana anda hendak tahu sekiranya perkara ini menjadi serius dan perlukan perhatian veterinar?

Apa itu sembelit pada kucing?

Sembelit pada kucing adalah kondisi yang dijelaskan dengan kesukaran kucing membuang najis. Ini sebenarnya perkara biasa bagi kucing. Puncanya atau perkara yang mencetusnya adalah mungkin disebabkan oleh reaksi dari perubatan, kecederaan traumatik, diet yang tak sesuai, kurang minum air dan pelbagai lagi.
Tambahan lagi, sembelit pada kucing adalah pengalaman yang tidak selesa bagi kucing. Sembelit yang berterusan akan mengakibatkan pembesaran kolon yang tidak akan berubah. Sembelit yang serius mungkin akan menyebabkan kucing tidak mampu mengeluarkan najis dan kolon akan membesar. Hanya pembedahan sahaja yang dapat mengeluarkan najis yang terkumpul dalam perut kucing.

Kucing yang sembelit, kolonnya akan dipenuhi najis yang tidak akan bergerak makna kata tersangkut. Oleh kerana itu kolon kucing akan terluka. Keadaan ini selalunya dirawat dengan ubat-ubatan, perubahan diet dan e***a.

Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, sembelit kucing akan bertukar menjadi pendarahan. Ini adalah lebih serius dan sememangnya sangat sakit untuk dihadapi oleh kucing. Tambahan lagi kucing mungkin akan sengsara oleh megakolon. Ini adalah kondisi dimana kolon menjadi sangat luas dan tidak akan berfungsi dengan baik. Isu ini mungkin menjurus kepada kondisi sederhana dan mungkin tidak akan sembuh jika tidak dirawat. Ini juga mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian kolon yang rosak.

Punca sembelit pada kucing

Kucing akan sembelit kerana beberapa punca. Ini termasuklah:

Menelan terlalu banyak bulu apabila merapi
Pengambilan air yang terlalu sedikit
Kurangnya bersenam
Berpenyakit
Kotak pasir yang kotor
Kucing stress di rumah
Sakit apabila membuang najis
Dehidrasi
Tambahan lagi apabila kucing memakan sesuatu yang sukar untuk dihadamkan juga boleh menyebabkan penyumbatan pada kolon. Inilah yang menyukarkan kucing untuk membuang najis. Pengambilan serat yagn sedikit juga boleh menyebabkan sembelit namun pengambilan serat yang berlebihan juga boleh menyebabkan sembelit. Ini adalah kerana serat mampu menyerap kelembapan dan mungkin menyebabkan najis tersekat.

Memikirkan punca kondisi ini bukan perkara mudah. Walaubagaimanapun adalah penting untuk anda mengawal sembelit tersebut.

Gejala sembelit kucing

Gejala yang jelas dilihat adalah kucing kelihatan terseksa apabila membuang najis. Kucing anda mungkin berbunyi dan hanya mengeluarkan najis dalam bentuk cecair sahaja. Dalam keadaan yang sederhana, kucing anda hanya menonggek namun tiada najis yang keluar ataupun sedikit sahaja yang keluar.

Tambahan lagi, kucing anda mungkin mengeluarkan najis cirit serta berdarah. Kucing yang sembelit juga mungkin akan membuang di luar kotak najis atau kerap pergi ke kotak najis namun tiada najis yang keluar.

Apa-apa pun sila bawa kucing anda ke veterinar berhampiran sekiranya anda mula menyedari kucing anda sukar untuk membuang najis.

Address

Seremban

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pethealth Advisor at Pencinta Haiwan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pethealth Advisor at Pencinta Haiwan:

Share