03/01/2023
Nak tak kerja di Dubai?
Dubai memang membuka peluang kerja untuk orang ramai dari luar negara. Infact, 90% "orang Dubai" adalah warga asing. Termasuk lahh saya... cuma, saya berniaga.
Ekonomi di sini dijalankan oleh orang asing.
Sebab tu la di sini sekadar contoh, ada lebih sejuta orang Pakistan, 500,000 rakyat Mesir, 700,000 orang Filipina, 200,000 orang Indonesia, tapi...
Ada 2,000-3,000 ribu je orang Malaysia.
Kalau anda diberi peluang, berminat tak kerja di luar negara? (tak kira la Dubai atau mana sahaja)
Nak harap orang Arab tempatan, memang tak cukup sebab depa ada sejuta je rakyat. Sebab tu la peluang kerja dan berniaga dibuka untuk orang luar.
So, macam mana nak dapat kerja di Dubai?
Inilah langkahnya...
Langkah pertama adalah, seperti biasa, guna laman web cari kerja di Dubai. Saya kongsikan beberapa kat ruang komen. Dan cari la kerja mengikut bidang anda.
Hantar CV anda secara online je.
Next, akan diadakan temubual melalui zoom/video call. Temubual kerja melalui zoom adalah suatu yang biasa di sini.
Sebelah pejabat saya ada recruitment agency. Memang hari-hari nampak mereka buat zoom interview untuk orang luar cari kerja.
Dan jika diterima kerja, syarikat akan uruskan semua document untuk bekerja (seperti visa pekerjaan) dan menetap di Dubai (residency visa). Memang undang2 sini syarikat uruskan segala2.
Khalas! Inilahh satu2nya bahasa Arab yang saya tahu. Maksudnya, settle!
Bergantung kepada kerja, sesetengah tempat kerja memberi tempat tinggal. Ini paling best sebab dapat jimat banyaakkkk duit. Ramai rakyat Malaysia yang kerja sini memang dapat rumah!
Soalan saya... kalau anda diberi peluang, anda pilih negara mana?
Ni kalau nak cari kerja. Kalau menjalankan perniagaan seperti saya, lain prosesnya. Nak tau?
Dalam keadaan harga barangan yang meningkat kini dan ekonomi 2023 tak menentu, mungkin anda nak mulakan perniagaan sambilan.
Jika anda ingin tahu perniagaan apa yang terbaik dan menguntungkan, ikuti webinar percuma bersama saya hari ini di www.NakJualApa.com
Ramai yang telah mendapat idea perniagaan sambilan melalui webinar percuma ini.
-ik
dubai