Ara pets garden

  • Home
  • Ara pets garden

Ara pets garden Kami di Ara Pets Garden membekal dan menjual haiwan peliharaan dan daging arnab fresh. Kami berpusat di Pasir Puteh, Kelantan.
(1)

Kami menyediakan penghantaran bagi sekitar Kelantan. Terjamin murah dan mesra pelanggan. Kami juga membekalkan haiwan exotic yang berlesen bersesuaian dengan permintaan dan syarat kelulusan daripada pihak berkenaan

Assalamualaikum ,,Kami membuka peluang internship dalam bidang :1) Zoology2) SAINS DAN PENGURUSAN SUMBER HAIWAN 3) AGRIC...
09/03/2022

Assalamualaikum ,,
Kami membuka peluang internship dalam bidang :
1) Zoology
2) SAINS DAN PENGURUSAN SUMBER HAIWAN
3) AGRICULTURAL SCIENCE
4) VETERRINARY MEDICINE
Syarikat : ARA PETS GARDEN
Lokasi: Berdekatan Bandar Lama Pasir Puteh, Kelantan
Kelebihan :
✅Elaun + komisen disediakan
✅Peluang belajar ilmu baru
Berminat untuk menjalani latihan industri di ARA PETS GARDEN?
Terus wasap
www.wasap.my/0128674464/LatihanIndustri2022ARAPETSGARDEN

Fakta Menarik Burung Merpati 🪶 🔶 Jenis-jenis burung merpati ▪️Merpati Pedaging ▪️Merpati Pacuan ▪️Merpati Hiasan ▪️Merpa...
14/12/2021

Fakta Menarik Burung Merpati 🪶

🔶 Jenis-jenis burung merpati
▪️Merpati Pedaging
▪️Merpati Pacuan
▪️Merpati Hiasan
▪️Merpati Bulu & Hiasan

🔶 Jangka hayat merpati
Burung merpati mempunyai jangka hayat yang berbeza, ada yang boleh hidup dari 3 – 5 tahun hingga ke 15 tahun. Ini adalah bergantung kepada banyak faktor termasuk pemangsa semula jadi dan juga gangguan manusia.

🔶Makanan dan kesihatan
Burung merpati adalah jenis yang mudah dibela oleh mana-mana peminat burung. Diet burung merpati juga mudah diperolehi di pasaran. Bagaimanapun burung jenis ini memerlukan tempat yang bersih jika tidak burung mudah dijangkiti penyakit, naik puru di kaki dan mata ataupun kutu mudah membiak di badannya. Burung merpati juga perlu di beri ubat antibiotik dan vitamin supaya sentiasa sihat.

Alhamdulillah sampai juga sangkar baru yang kita order ☺🤲 Harap harap arnab ternakan Ara pets garden akan lebih selesa d...
12/12/2021

Alhamdulillah sampai juga sangkar baru yang kita order ☺🤲 Harap harap arnab ternakan Ara pets garden akan lebih selesa dalam rumah baru lepasni 😗✨

Cara Mengatasi Penyakit White Spot Pada Ikan Gapi 🐠 🟦Tingkatkan paras oksigen 🟦Berikan Methylene Blue 🟦Suhu air 30 darja...
11/12/2021

Cara Mengatasi Penyakit White Spot Pada Ikan Gapi 🐠

🟦Tingkatkan paras oksigen
🟦Berikan Methylene Blue
🟦Suhu air 30 darjah celsius
🟦Berikan garam ikan
🟦Berikan daun ketapang atau air rendaman daun ketapang
🟦Berikan makanan ikan yang bersih dan berkualiti

Assalamualaikum dan selamat pagi semua🥰 Ara Pets Garden nak share sedikit info menarik tentang burung merak✨🦚Sebutan 'pe...
09/12/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua🥰

Ara Pets Garden nak share sedikit info menarik tentang burung merak✨

🦚Sebutan 'peacock' dalam bahasa Inggeris sebenarnya lebih merujuk pada burung merak jantan. Sementara itu, betina disebut 'peahen' dan anak-anaknya disebut 'peachick'. Dalam bahasa Inggeris, burung merak, baik jantan ataupun betina, lebih tepat disebut sebagai 'peafowl'.

🦚 Terdiri daripada 3 species iaitu:
1️⃣ Merak biru atau merak India (Pavo cristatus) berasal daripada India dan Sri Lanka
2️⃣Merak hijau atau merak jawa (Pavo muticus) yang ditemui di Myanmar sehingga ke pulau Jawa.
3️⃣Merak kongo (Afropavo congensis) yang hidup di Republik Demokratik Kongo.

🦚Merak jantan memiliki bulu dan ekor yang panjang. Aksi mengembangkan bulu ini kerap dilakukan merak jantan untuk menarik perhatian betina. Mereka akan mengangkat ekornya dan melebarnya sisi ke sisi lalu menggetarkannya.

🦚Merak betina tidak memiliki warna bulu yang menarik seperti jantan kerana ia harus bersembunyi daripada pemangsa semasa proses mengeram telur dan membesarkan anak-anaknya.

08/12/2021

Stock baji C pun aväilable lagi ni

Alhamdulillah customer datang beli ayam arab 😊 semoga sentiasa dimurahkan rezeki 🤲🏻😊
07/12/2021

Alhamdulillah customer datang beli ayam arab 😊 semoga sentiasa dimurahkan rezeki 🤲🏻😊

Ikan Tuxedo Red Koi comey sedia untuk berpindah alamat di Ara Pets Garden area PASIR PUTEH KELANTAN😁.  Jika berkelapanga...
05/12/2021

Ikan Tuxedo Red Koi comey sedia untuk berpindah alamat di Ara Pets Garden area PASIR PUTEH KELANTAN😁. Jika berkelapangan boleh datang walk-in untuk tengok ikan cantik-cantik di sini😍.

Berminat boleh wasap kami dengan tekan link di bawah ini https://wa.link/lw5322

Kalau berminat nak tahu lebih banyak info atau haiwan-haiwan peliharaan yang comel-comel, boleh singgah di page kami Ara Pets Garden. Kami akan update stock-stock haiwan di sini👌🏻✨

5 LANGKAH UNTUK MEMBIAKKAN BURUNG BAJI 😇✨1️⃣ Mengenalpasti jantina burung baji2️⃣ Menyediakan nestbox atau aviary yang s...
04/12/2021

5 LANGKAH UNTUK MEMBIAKKAN BURUNG BAJI 😇✨

1️⃣ Mengenalpasti jantina burung baji
2️⃣ Menyediakan nestbox atau aviary yang sesuai dan selesa untuk baji
3️⃣ Mengehadkan jumlah telur kepada 6 atau 7 sahaja untuk baji mengeram
4️⃣ Mengasingkan anak baji mengikut saiz
5️⃣ Mengasingkan anak baji daripada parents / induk

Semoga bermanfaat 🥰

01/12/2021

Mini Rex, fav ramai pencinta arnab ni 😍😍😍

Ara pets garden nak buat sharing sikit tentang mini rex kami versi dulu dan sekarang hehe 😆 dua dua pon comel ✨

Jemput singgah page kami untuk lihat banyak lagi gelagat haiwan dan info menarik 🤩🤩 Jangan lupa follow dan like sekali

JAWATAN KOSONG KEMASUKKAN SEGERA ❗di Ara pets garden Lokasi : Kampung Gong Kua, Bandar Lama Pasir Puteh KelantanBerminat...
29/11/2021

JAWATAN KOSONG KEMASUKKAN SEGERA ❗di Ara pets garden

Lokasi : Kampung Gong Kua, Bandar Lama Pasir Puteh Kelantan

Berminat boleh hubungi : 017-9649590 (Ara Pets Garden)

Khasiat Tulang Sotong 🦑Tulang sotong merupakan sumber yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk burung atau unggas yang j...
29/11/2021

Khasiat Tulang Sotong 🦑

Tulang sotong merupakan sumber yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk burung atau unggas yang jenis bertelur. Jika dahulunya tulang sotong dibuang bergitu sahaja. Kini sudah menjadi harga untuk sesetengah masyarakat yang menyedari kepentingan tulang sotong untuk ternakan.

Kebanyakkan tulang sotong ini mudah didapati di persisiran pantai kerana habitatnya dia dalam laut. Sotong yang mati atau menjadi mangsa kepada hidupan lain akan meninggalkan tulangnya dan akan hanyut ke daratan.

Antara kepentingan tulang sotong katak kepada haiwan adalah dapat menambah khasiat seperti burung baji, kakak tua, serindit, lovebird dan lain-lain. Ia penting untuk menguatkan atau menambah ketebalan kulit telur dan juga tulang-tulang burung. Sumber kalsium untuk burung. sebagai alat mainan dan baik untuk pembiakan burung.

Lutino albino pun available di Ara pets garden
28/11/2021

Lutino albino pun available di Ara pets garden

⭐️PEMBIAKAN⭐️BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB🐰 ?🔆Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukk...
27/11/2021

⭐️PEMBIAKAN⭐️
BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB🐰 ?

🔆Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.

🔆Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.


🔆Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

Selamat pagi semua !! Semoga urusan kita harini dipermudahkan 😇😇😇Banyak kosong lagi sangkar baru ni 😱 agak- agak Ara pet...
25/11/2021

Selamat pagi semua !! Semoga urusan kita harini dipermudahkan 😇😇😇

Banyak kosong lagi sangkar baru ni 😱 agak- agak Ara pets garden nak letak apa dalam sangkar ni ye 🤪🤪

24/11/2021

Barang comey sedia untuk berpindah alamat di Ara Pets Garden, area PASIR PUTEH KELANTAN😁.
Jika berkelapangan boleh datang walk-in untuk tengok burung-burung cantik ni😍.

📲Berminat boleh wasap kami dengan tekan link di bawah ini https://wa.link/hinvt3 .

Kalau berminat nak tahu lebih banyak info atau haiwan-haiwan peliharaan yang comel-comel, boleh singgah di page kami Ara Pets Garden. Kami akan update stock-stock haiwan di sini👌🏻✨

Alhamdulillah harini 3 ekor ibu beranak 😊 Total newborn 14 ekorMoga ibu-ibu rajin menyusu laa anaknya
23/11/2021

Alhamdulillah harini 3 ekor ibu beranak 😊 Total newborn 14 ekor

Moga ibu-ibu rajin menyusu laa anaknya

22/11/2021

Amboi main kejar kejar pulak kita petang ni 🤣🤣🤣

22/11/2021

Pagi-pagi cuci mata tengok koleksi-koleksi burung baji di Ara Pets

Yeay burung merak kita dah berjaya dipindahkan ke rumah yang lebih besar dan selesa 🤩 Harap- harap lepasni burung merak ...
21/11/2021

Yeay burung merak kita dah berjaya dipindahkan ke rumah yang lebih besar dan selesa 🤩 Harap- harap lepasni burung merak ni lebih aktif daripada biasa ☺✨

Jemput singgah page Facebook kami Ara pets garden untuk lebih banyak info menarik 😁😁 Jangan lupa follow dan like sekali yee 😉

📍 PENYAKIT-PENYAKIT UMUM BURUNG BAJI (BUDGIE) 📍1️⃣ Kekurangan - Kekurangan dalam diet boleh berlaku kepada burung yang m...
20/11/2021

📍 PENYAKIT-PENYAKIT UMUM BURUNG BAJI (BUDGIE) 📍

1️⃣ Kekurangan - Kekurangan dalam diet boleh berlaku kepada burung yang makan diet benih terutamanya kerana benih tinggi kandungan lemak dan kurang vitamin

2️⃣ Parasit Giardia - Parasit ini hidup di dalam air minuman dan mandian burung dan boleh berpindah masuk ke dalam saluran usus burung. Antara gejala setelah terkena penyakit ini adalah burung akan menggaru seolah-olah mereka mempunyai kutu. Cirit-birit dan pengeluaran lendir yang berbau busuk adalah kesan sampingan akibat parasit ini

Assalamualaikum dan selamat pagi semua🤩. Harini Ara pets garden nak share sedikit info tentang jenis-jenis penyakit ayam...
18/11/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua🤩. Harini Ara pets garden nak share sedikit info tentang jenis-jenis penyakit ayam yang biasa terjadi di Malaysia.

PENYAKIT AYAM DI MALAYSIA 🐓

Antara penyakit ayam kampung yang biasa menyerang penternakan ayam kampung di Malaysia adalah :

🐔Penyakit Sampar Ayam (ND)
Penyakit ini amat berbahaya yang boleh menyebab kematian mengejut yang tinggi, sehingga keseluruhan reban mampu mati. Ia menyerang sistem pernafasan, pendarahan usus dan sistem saraf.

🐔Penyakit Gumboro (IBD)
Penyakit ini menyebabkan sistem pertahanan penyakit ayam lemah. Ia boleh disamakan seperti AIDS pada manusia. Apa jangkitan Gumburo berlaku, ayam lebih mudah terkena pelbagai penyakit lain.

🐔Penyakit Berak Darah (Coccidiosis)
Ini juga adalah penyakit yang berbahaya dan sering berlaku. Terdapat beberapa peringkat dan beberapa jenis bakteria dari kumpulan Eimeria spp. Apabila ayam telah berak bercampur darah, ia boleh membawa maut dalm tempoh 7 hari.

🐔Berak Kapur (Pollurum)
Ayam akan menjadi murung dan kurang selera makan. Najib ayam akan cair dan erdapat warna putih.

🐔Infectious Coryza
Menyebabkan mata ayam bengkak dan kurang selera makan.

Selamat pagi semua !! Cuaca yang baik pagi ni kita penuhi dengan sedikit perkongsian tentang arnab ND ☺️✨ND stands for N...
15/11/2021

Selamat pagi semua !! Cuaca yang baik pagi ni kita penuhi dengan sedikit perkongsian tentang arnab ND ☺️✨

ND stands for Netherland Dwarf 🐰 Saiznya yang kecil membuatkan ia sangat dikenali sebagai arnab hiasan atau arnab pameran 🤩 Saiz badan dan telinga yang kecil molek menyebabkan mereka kelihatan seperti anak walaupun sudah ke alam dewasa, comel sangattt 😍😍

Jemput singgah page Ara pets garden untuk explore lebih banyak info menarik tentang haiwan kesayangan ✨ Jangan lupa follow dan like sekali 🥳

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ara pets garden posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ara pets garden:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share