21/01/2025
Pada usia 62 tahun dengan kesemua enam anaknya telah dewasa dan suami p**a sudah bersara, seharusnya suri rumah ini dapat menarik nafas lega kerana tidak lagi perlu terkocoh-kocoh pada waktu pagi menguruskan keluarga.
Namun, tiada istilah rehat dalam kamus hidup Ramlah Darus yang kekal sibuk seawal 7 pagi. Ketika keluarga lain menjamah sarapan, dia sudah terbongkok-bongkok di bahagian belakang rumah, menguruskan puluhan ekor anak kucing terbiar atau terbuang yang diselamatkannya.
Tidak bersendirian, suaminya Salim Dahri, 61, seorang pesara polis, turut membantu membersihkan najis serta memberikan makanan dan air minum kepada “anak-anak bulus” itu yang diletakkan di dalam kurungan.
Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/bfokus/news.php?id=2384554
đź“· Zulfadhli Zulkarnain | BERNAMA