10/09/2020
Perbezaan antara BSH,KORAT dan RUSSIAN BLUE
BRITISH SHORT HAIR
Baka ini berasal dari Britain
Mempunyai badan yang lebih pendek berbanding American Shorthair.
Mereka juga mempunyai warna bulu yang kurang berbanding American Shorthair.
Kepala:
Mempunyai muka yang lebar dan p**i yang tembam.Hidungnya sedikit mancung kerana mempunyai ‘stop’.Telinga kecil dan jauh dari satu sama lain.Matanya besar dan bulat
Bulu:
Mempunyai bulu yang pendek tetapi tebal.Warna yang biasa blue (keseluruhan berwarna kelabu) atau silver tabby
Badan:
Mempunyai badan yang pendek dan gebu.Ekornya sederhana panjang dengan pangkal ekor yang lebih tebal dari hujungnya.
WARNA:
Warna yang sering dilihat dari baka ini adalah biru(kelabu), dan seringkali disebut British Blue, walaupun mereka mempunyai warna dan corak berbeza, diantaranya solid, shaded, smoke, tabby, tortoishell, calico, dan bi-color.
Sementara British Shorthair adalah bukti bahawa mereka telah dikacukkan dengan baka lain sehingga mempunyai pelbagai warna, seperti shades coklat dan lavender atau pola Himalaya.
Bergantung dari warna bulunya, mata British Shorthair kemungkinan biru, kuning, hijau, biru-hijau, hazel atau warna tembaga. Kucing putih odd-eyed mempunyai satu mata berwarna biru dan satu mata berwarna kuning.
KORAT
Kucing Korat adalah kucing berwarna kelabu dengan mata berwarna hijau terang yang cantik serta telinga yang menonjol. Kucing Korat berasal dari Thailand dan dikatakan merupakan simbol nasib baik dan kemakmuran. Kucing Korat adalah adik beradik kepada kucing siam.
1.Berwarna kelabu perak
Warna bulu kucing korat adalah kelabu kebiruan namun mempunyai efek halo yang menunjukkan ton perak.
2.Sejarah Korat
Sebutan korat adalah ko-RAHT bukan KO-rat (rasa macam sama je kan?). Pertama kali ditemui di Ampur Pimai dan dinamakan sempena daerah Thailand iaitu Korat, kucing ini diperakui oleh Raja Rama V. Kucing Korat diimport ke Amerika Syarikt dari Mahajaya Cattery di Thailand.
3.Mata berwarna hijau terang
Kucing Korat lambat matang, jadi mata hijau zamrud ini tidak akan berkembang sehinggalah mereka berusia 2 ke 4 tahun. Sebelum usia itu, mata kucing korat adalah berwarna oren keemasan.
4.Badan yang tegap
Badan kucing Korat sebenarnya dibandingkan dengan fizikal bina badan untuk menunjukkan betapa tegapnya kucing ini.
5.Nama yang lain
Kucing Korat juga dikenali sebagai kucing Si-Sawat (disebut see-sa-what) oleh masyarakat Thailand, namun ada nama dan gelaran yang digunakan oleh orang Thai iaitu ‘Maled’ yang mempunyai warna seperti Dok Lao. Dok bermaksud bunga dan Lao adalah herba seperti serai.
RUSSIAN BLUE
Russian Blue,namanya sendiri telah menerangkan asal usul kucing ini iaitu dari negara Rusia, dan ia berrwarna “blue”, tapi jangan konfius “blue” di sini bukan bermaksud biru tetapi bermaksud kelabu.
Ciri -ciri kucing Russian Blue adalah pendiam, pemalu, penyayang dan lembut. Mereka kurang gemar bunyi bising tetapi s**akan muzik. Mereka selesa duduk di dalam rumah jika ditemani oleh orang yang mereka s**a. Bila dibandingkan dengan baka lain yang mempunyai warna kot blue seperti
British Shorthair, Burmese dan Korat, bulu Russian Blue berbeza dari segi tekstur dan warna.
Kepala:
Mukanya rata dari dahi ke hidung dan mempunyai whisker pad yang menonjol. Telinganya besar, tegak dan virus. Matanya bujur dan jauh dari satu sama lain.
Bulu:
Mempunyai bulu yang pendek tetapi dua kali ganda tebal dari kucing biasa.
Badan:
Mempunyai badan dan kaki yang panjang dan kurus. Ekornya panjang dan kurus.
Sejarah:
Baka ini berasal dari Archangel, Rusia. Ia dibawa ke serata Eropah oleh kelasi dan kapal.