Tenang Rabbitry

  • Home
  • Tenang Rabbitry

Tenang Rabbitry Disini segalanya tentang arnab

11/02/2023

Terima kasih yang sudi membaca page ini.

Semoga ilmu yang ada didalamnya memberi manfaat untuk kesejahteraan si bulus telinga panjang.

🥰

17/03/2022

Jualan clear sangkar

Walaupun hati sayang, tapi kali ni kami terpaksa lepaskan 😥

Pm nombor Cikgu Ain ni ye 0176126712 atau 0177282592 Ustazah Ummi

Nombor 013 di page tidak valid buat masa ni

Terima kasih

Offer sehingga 9 malam ini sahaja ! 😲Serendah dua kosong kosong maharnyaAsal tiga lima kosongSiapa cepat dia dapatAda 10...
07/01/2022

Offer sehingga 9 malam ini sahaja ! 😲

Serendah dua kosong kosong maharnya

Asal tiga lima kosong

Siapa cepat dia dapat

Ada 10 ekor gais

Pm segera 0176126712 / 0177582592

Offer 24jam sahaja!!! 9.00PM : 6 JANUARI hingga 9.00PM : 7 Januari10 ekor HL dan 1 ekor ND Hanya 2ooo lumpsumPembelian s...
06/01/2022

Offer 24jam sahaja!!!

9.00PM : 6 JANUARI hingga
9.00PM : 7 Januari

10 ekor HL dan 1 ekor ND

Hanya 2ooo lumpsum

Pembelian sepasang boleh pm nombor ini sahaja 0176126712 / 0177282592

*Tidak termasuk cas penghantaran
*Penghantaran sekitar laluan Tol (Bukit Gambir - KL) dan ( Bukit Gambir - JB) sahaja

4 buck ( 6 bulan )
3 doe ( 6 bulan )
4 doe for pet only ( 2 tahun )

*Gambar ND doe 2years for pet only

Lagi gambar esok insyaAllah




Makluman penting!Nombor di page FB kami ada masalah. Jadi minta boleh hubungi nombor di bawah ye 😊Feel free too contact ...
22/12/2021

Makluman penting!

Nombor di page FB kami ada masalah. Jadi minta boleh hubungi nombor di bawah ye 😊

Feel free too contact 017 7282592 OR 017 6126712 for further details. Tq 🤗




Good evening everyone! :) We are ready for rehome. Feel free too contact 0177282592 OR 0176126712 for further details.  ...
26/10/2021

Good evening everyone! :)

We are ready for rehome.

Feel free too contact 0177282592 OR 0176126712 for further details.




Assalamualaikum semuaaaaa ☺️ Ini dia! si bulus telinga jatuh for rehome. Sempena merdeka ni, kita ada buat tawaran bagi ...
29/08/2021

Assalamualaikum semuaaaaa ☺️

Ini dia! si bulus telinga jatuh for rehome. Sempena merdeka ni, kita ada buat tawaran bagi yang booking SEBELUM 1 September 2021 jam 6.00 petang.

🎯🎯🎯🎯🎯🎯🎯
🌷 Penghantaran percuma
🌷 Pallet dan serbuk Elite Plus
🌷 Khidmat nasihat percuma bagi yang baru nak bela.

Cepat! Cepat!!! Cepat ‼️‼️‼️

Mesej laju-laju ke nombor 019-5300616.




Available trip ke Johor Bharu esok, Isnin 2 Ogos 2021FREEGIFT disediakan 🥰 Berminat pm lelaju 👇
01/08/2021

Available trip ke Johor Bharu esok, Isnin 2 Ogos 2021

FREEGIFT disediakan 🥰

Berminat pm lelaju 👇




25/03/2021

Hitam manis dan putih melati untuk rehome! 🤗🤗






Terima kasih customer yang sabar menanti ketibaan si bulus ni 😃 Masa booking usia baru 20 hari, dapat ditangan usia 3 bu...
13/03/2021

Terima kasih customer yang sabar menanti ketibaan si bulus ni 😃

Masa booking usia baru 20 hari, dapat ditangan usia 3 bulan. Lamaaaa... MashaAllah.

Tapi sekali pandang gambar terus jatuh hati, terus sabar setia menanti 🤭





Si comel untuk disayangi 🥰  Nertheland Dwarf Jantan
06/03/2021

Si comel untuk disayangi 🥰

Nertheland Dwarf
Jantan





Antara bahan yang kami bekalkan kepada pelanggan yang mengambil arnab di Tenang Rabbitry. 1. Pallet 2. Elite plus untuk ...
28/12/2020

Antara bahan yang kami bekalkan kepada pelanggan yang mengambil arnab di Tenang Rabbitry.

1. Pallet
2. Elite plus untuk bancuhan 5 liter air.
3. Khidmat nasihat
🎯 Rehatkan arnab di sangkar untuk bantu dia serasikan diri dengan suasana baru sekurangnya 3 hari.
🎯 Beri minum Elite Plus selama seminggu
🎯 Tukar pallet semasa dengan baru perlahan-lahan

Untuk memastikan arnab berjaya menempuhi (survive) sebarang situasi. Arnab sihat, tuan bahagia. ☺️






Arnab Nertheland dwarf (ND) untuk di pinang 🐰🤗Jantan 54 hari Pet Quality Lightly mark Booking dulu, cukup 2 bulan kita b...
22/12/2020

Arnab Nertheland dwarf (ND) untuk di pinang 🐰🤗
Jantan
54 hari
Pet Quality
Lightly mark

Booking dulu, cukup 2 bulan kita baru let go. PM us for details 😀






30/11/2020

"Masa untuk berdikari ya anak-anak!" Kata ibu. 😁
Usia 32 hari, TR dah mula pisahkan induk dengan anak-anak. Dan akan diletak semula bersama dua hari sekali bergantung kepada keadaan ibu dan anak sampai usia 56 hari. Kenapa tau? Ikut pengalaman baru 3 tahun jagung membela ni..

🐰 Ada kes, anak-anak merajuk bila dipisahkan. Diam je kat bucu sangkar.Taknak makan dan minum. Bila letak induk semula, elok je makan minum dan aktif.

🐰 Ada kes, induk p**a yang nampak sedih. Nampak makan minum sikit/taknak dan selalu nampak macam mencari-cari sesuatu. Bila letak anak semula, elok je makan minum. Elok je dia berehat sambil menjulurkan kaki.

Dan proses pemantauan ini akan berterusan sampai usia anak 56 hari / 8 minggu / 2 bulan. Arnab ni makhluk bernyawa kan, walau pun tiada akal, tapi tetap ada emosi. Kita santuni mereka, insyaAllah mereka akan sihat dan bahagia. Kita pun tenang dan gembira.







Assalamualaikum. Inilah dia rutin pagi sangkar bahagian dalam : 1. Beri makan 2. Refill air minuman 3. Sembur EM di tray...
20/11/2020

Assalamualaikum. Inilah dia rutin pagi sangkar bahagian dalam :

1. Beri makan
2. Refill air minuman
3. Sembur EM di tray untuk kurangkan bau
4. Cek baby arnab (dah susu dan kesihatan)
5. Sapu dan mop lantai




Alhamdulillah, semalam TR menerima kelahiran setelah beberapa bulan bergelut dengan isu mating tak jadi. welcome kits to...
22/10/2020

Alhamdulillah, semalam TR menerima kelahiran setelah beberapa bulan bergelut dengan isu mating tak jadi.

welcome kits to this world 💖

Jj's Oxy + TR's Dumbo




16/10/2020

Salam Jumaat berbunga-bungaaa 😉😁

3 manfaat ginseng jawa untuk arnab :
🌷 Herba kseuburan untuk induk dan pejantan
🌷 Booster susu bagi induk yang beranak
🌷 Khasiat protein sesuai untuk anak-anak atas 1 bulan






23/09/2020

Fakta berkaitan arnab...

👉🏼 frasa “breed like rabbits” itu tersangatlah benar
👉🏼 arnab jantan dipanggil “bucks”
👉🏼 arnab betina dipanggil “does”
👉🏼 semasa proses mengawan, penternak wajib membawa betina ke sangkar jantan, TIDAK boleh sebaliknya...
👉🏼 arnab ialah induce ovulator
👉🏼 arnab bunting sebulan sahaja
👉🏼 proses melahirkan pada arnab dipanggil “kindling”.
👉🏼 anak arnab dipanggil “kit” dan lahir dalam keadaan “altricial”
👉🏼 susu arnab sangat pekat dengan nutrisi iaitu 3 kali ganda lebih tinggi nutrisi dibandingkan dengan susu lembu
👉🏼 “Weanling” ialah istilah untuk anak arnab yang dalam proses putus susu
👉🏼 “Weanling” mudah terdedah kepada penyakit

kredit Puan Aisyah Ridha (Pengasas Good Tree Garden)





Dah nak maghrib ni.Saya masuk tidur dulu! 😴😴😴Tahukan anda? Spesis kami (Lagomorfa) tidur di waktu maghrib dan subuh. Lai...
09/09/2020

Dah nak maghrib ni.Saya masuk tidur dulu! 😴😴😴

Tahukan anda?
Spesis kami (Lagomorfa) tidur di waktu maghrib dan subuh. Lain-lain masa hanya tidur sekejap-sekejap (take a nap). Kami bukan tidur siang dan berjaga malam seperti burung hantu tau (Nocturnal)

so.... kalau nak bermain dengan saya, elakkan di dua waktu ini ye!




27/08/2020

Nama die Rain. 🌧️

Sebab orang hantar die masa hujan.

Masa tu keadaan dia sangat teruk dengan kurap dan luka yang berulat.

Kami rawat, dengan ivectin dan ubat titis biru.

Alhamdulillah kurap dan luka sembuh, dan bulu gugur sangat banyak.

Mungkin faktor bertukaran ke bulu baru.

Arnab, apabila dalam proses pertukaran bulu ni, akan jadi sangat sensitif dan mudah stress.

Jadi, kita sikat untuk bantu mudahkan proses.

Terima kasih menonton 🤗




Ada ni haaaa... masih beroperasi seperti biasa 😊 Pagi kita pantau induk dan kits, bagi ubat pada yang kurang sihat dan p...
10/08/2020

Ada ni haaaa... masih beroperasi seperti biasa 😊 Pagi kita pantau induk dan kits, bagi ubat pada yang kurang sihat dan pastikan air cukup. Petang p**a kita bagi makan semua 😉

Ini, sedikit perkembangan Tenang Rabbitry.




Assalamualaikum semua! 🤗 macam mana? Berjaya tak jadikan si bulus kesayangan dengar arahan kita sebagai tuan? Ha? Belum?...
08/07/2020

Assalamualaikum semua! 🤗 macam mana? Berjaya tak jadikan si bulus kesayangan dengar arahan kita sebagai tuan?

Ha? Belum? Takpe, usaha tangga kejayaan. Keep it up ok! 💪

Hari ni nak share berkenaan ‘potty train’ (latih arnab untuk kencing dan berak di tempat yang disediakan)

Kenapa penting? Allahu.. kalau kita tengah syok main dengan dia, tiba-tiba dia kencing merata, agak apa reaksi kita? baik-baik kita nak jadikan terapi, haih.. jadi berapi p**ak 🤦‍♀️

Alat yang diperlukan :
1. Besen 4 segi
2. Timothy Hay
3. Lampin pet pakai buang / kain buruk

Admin ada terjumpa video ni, jom tengok macam mana nak potty train arnab.

👉👉 https://m.youtube.com/watch?v=QwjSRwMcOgo&feature=youtu.be






Cara-cara untuk ajar arnab p**p & p*e dalam toilet mereka sendiri. Ini video pertama saya, maaf atas kekurangan. Jika ada cadangan untuk penambah baikkan, bo...

Rezeki. Selain si bulus ni memberi keceriaan dan ketenangan di Tenang Rabbitry, disini kami belajar erti sebenar rezeki....
30/06/2020

Rezeki.

Selain si bulus ni memberi keceriaan dan ketenangan di Tenang Rabbitry, disini kami belajar erti sebenar rezeki. Bukan hanya pada wang semata, tapi pada taqdir yang baik dan orang-orang sekeliling yang Allah kirimkan kepada kita.

Terima kasih semua atas sokongan. Doakan kami sentiasa menjadikan tugas ini sebagai salah satu wasilah memperbaiki diri. 🙂

Caption :

Gambar 1 - Produk barn JJ, setelah lama menanti akhirnya dalam barn kami (Rezeki berguru dengan yang pakar)
Gambar 2 - Admin TR jalan-jalan barn kawan penternak Arnab Pedaging Muhammad Asrol (rezeki menyambung silaturrahim)
Gambar 3 - Bakal penternak dari Kuantan datang untuk belajar sedikit sebanyak tentang arnab. (Rezeki tetamu datang membawa berkat)





24/06/2020

Assalamualaikum semua 🌹

Ada orang tanya admin,
🤔 boleh ke arnab dijinakkan?
🤔 Haish... macam mana p**a nak potty trained arnab ni? Selalu kucing je.....
🤔 Boleh ke arnab datang bila kita panggil?
🤔 Ok ke nak bawa arnab travel?

Jawapannya......
BOLEH belaka 😃

Saya kongsikan tips awal untuk jinakkan si bulus
🐰 Cari arnab yang berusia 2- 4 bulan - Semasa usia ini, arnab masih dalam fasa nak kenal dunia. Mudah dimanja dan mudah dilatih. Kita nak latih dia supaya ikut arahan pun boleh. Terkedek-kedek budak kecik ni nak faham. 😄

🐰 Bagi nama dan panggil setiap hari. Terutama waktu pagi dan malam. “Onish..Onish..Onish!!!” Contoh je.

🐰 Hari-hari sentuh dan belai dia. Arnab faham kita manjakan dia dengan usap di kepala. Dia sangat s**a bila kita bersihkan mata atau urut muka dia. Jangan usap bawah dagu p**ak, ini arnab ye bukan kucing 😅

🐰 Gunakan suara yang rendah untuk bagi arahan dan suara tinggi untuk melarang. Kena konsisten supaya mudah dia nak faham.

🐰 Berdua-duaan dengan dia bila nak latih. Arnab ni ‘prey’ (menjadi mangsa). Dia mempunyai sensitiviti yang sangat tinggi. Dengar bunyi asing walaupun kertas terbang pun dia sangat terganggu. Apatah lagi bila ada orang lain.

🐰 Elakkan bermain dengan mereka di waktu Subuh dan Maghrib. Arnab tidur pada waktu ini. Masa-masa lain tu dia ‘take a nap’ sahaja. Anda akan menyebabkan dia moody sepanjang hari. Siap la, garang lain macam dia nanti 😷

🐰 Setiap kali nak approach (dekati) datang dari arah tepi, kiri atau kanan. Elakkan datang dari depan sebab itu adalah blind spot matanya. Sampai ke sudah, tak mau dia kat kita.

🐰 Beri ganjaran untuk setiap arahan dan larangan yang dia patuhi.

InsyaAllah lain-lain perkara saya kongsikan akan datang ok! 🙂 stay tuneeeeddd....

Caption video : saya seru nama untuk memanggil. Suara tinggi ‘hah!!’ untuk larang dia naik sofa (kalau biarkan, memang sampai tu) dan puji bila dia patuh.





TR menerima kehadiran penghuni baru! 🌸Diorang dah buka mata tau.... 😉 Alhamdulillah.
23/06/2020

TR menerima kehadiran penghuni baru! 🌸

Diorang dah buka mata tau.... 😉

Alhamdulillah.



[Keletah si bulus] kami tolong terjemahkan gambar, enjoy!💕Binkying - Lari laju-laju pastu lompat! Bila tengah lompat tu ...
17/06/2020

[Keletah si bulus]
kami tolong terjemahkan gambar, enjoy!💕

Binkying
- Lari laju-laju pastu lompat! Bila tengah lompat tu dia pusingkan badan. Aura gembira dia tu, kita pun rasa tau 🥰 nasib baik tak terikut lompat.

Bunny Flop
- Masa awal-awal bela dulu, ilmu tengah kurang. Bila nampak je diorang buat aksi ‘flop’ ni, kecut peruuttttt! 😱 ingatkan mati! Alahaiii... Rupanya dia baring je 😅 bila kita datang dekat, elok je dia angkat kepala sambil mata terkebil-kebil tengok kita 😁

Relaxing
- Pastikan suhu di barn selesa, sangkar bersih dan kurang bising. Senang lah nak tengok keletah diorang yang ni. Kalau kita tenung lama-lama, dengan kita sekali rasa mengantuk. 😆 Bila arnab 3 S (selamat, selesa, sihat) pemilik akan rasa bahagia. Ye dak?

Cleaning
- Nak tengok diorang buat macam ni? Cuba perhatikan waktu selepas suboh dan maghrib. Waktu ni diorang bersihkan diri secara total (dari kaki sampai telinga). Adorable! 🌸Sebab tu arnab tak perlu dimandikan, sebab mereka pembersih. Lepas korek telinga pun diorang terus bersihkan tau! 🤭

Greeting
- Haaa... nak tengok dia buat gini, masa bagi makan. Elok je dia welcoming kita. Kadang-kadang kena kat dak2 yang baru nak up (anak arnab usia 1 bulan ke atas, baru mula makan) sampai memanjat kat dinding sangkar. Aigoo.. tak sabar nak makan punya pasal. 🤤

Aggression
- Gaya nak serang orang. Masukkan je tangan kita walaupun masa nak beri makan, diorang terjah dan acah nak gigit. 😵 biasanya betina yang sedang bunting. Mommy nak beritahu, Don’t mess with my kid! 😏

Sickness
- Tingkah laku yang sangat tak nak dilihat. Pasif, duduk je walaupun bagi makan, pagi-pagi tak ceria dan makanan tak berusik. 😭 seriously, its break our heart 💔 Tapi itulah lumrah makhluk bernyawa. Tenang. Bagi ubat dan jumpa Dr Veterinar.

Sumber : best4bunny.com / bunnylady.com / pengalaman sendiri








Team Tenang Rabbitry ke JB harini. Hantar 2 ekor HL rabbits ke 2 orang owner baru insyaAllah. Kawan2 doakan ye. 🤲😊
12/06/2020

Team Tenang Rabbitry ke JB harini.

Hantar 2 ekor HL rabbits ke 2 orang owner baru insyaAllah.

Kawan2 doakan ye. 🤲😊





Rezeki PKPB 🥰💕 ND, HL dan MixTerima kasih semua atas kepercayaan anda 🥰
09/06/2020

Rezeki PKPB 🥰💕

ND, HL dan Mix

Terima kasih semua atas kepercayaan anda 🥰





Syukur pada Allah selesai hantar rabbit ke JB semalam. Daging rabbit pun clear dah stok.
29/05/2020

Syukur pada Allah selesai hantar rabbit ke JB semalam.

Daging rabbit pun clear dah stok.






Si comel selamat berpindah ke Tongkang Pecah dan Segamat 💕Terima kasih! 👍
26/05/2020

Si comel selamat berpindah ke Tongkang Pecah dan Segamat 💕

Terima kasih! 👍




Dari kami Tenang Rabbitry 🌸
24/05/2020

Dari kami Tenang Rabbitry 🌸





Diskaun 20%Tinggal 4 ekor.Cepat!!!Sebelum 7 petang harini.
23/05/2020

Diskaun 20%

Tinggal 4 ekor.

Cepat!!!

Sebelum 7 petang harini.

Assalamualaikum pagi! Sempena 2 hari berbaki Ramadan yang mulia ini TR nak umumkan 20% diskaun untuk yang membeli arnab ...
21/05/2020

Assalamualaikum pagi!

Sempena 2 hari berbaki Ramadan yang mulia ini TR nak umumkan 20% diskaun untuk yang membeli arnab pure breed HL da ND 😍

Bayaran booking dibuat pada 30 Ramadan / 23 Mei sebelum jam 7.00pm.

Penghantaran disediakan di tol dalam negeri JOHOR sahaja selepas seminggu Hari Raya insyaAllah.

Untuk negeri lain boleh bincang lanjut.

Pm segera.
Stok terhad

Mungkin kami akan hentikan pembiakkan sementara waktu bagi kerja-kerja naik taraf sangkar

www.wasap.my/60195300616
www.wasap.my/60195300616

Salam Nuzul Al-Quran dari kami Tenang Rabbitry 🙂17 Ramadhan 1441 H
10/05/2020

Salam Nuzul Al-Quran dari kami Tenang Rabbitry 🙂

17 Ramadhan 1441 H





09/05/2020

Sesi penggambaran dengan si budak-budak bulus ni macam inilah selalunya 💆‍♂️💆‍♂️
Shoot beribu-ribu, satu dua je yang cantik tu biasa. Nasib baik comel! 😇

Ini generasi yang membesar masa PKP. Alhamdulillah.




Rezeki PKP. Sepasang arnab mix bertukar milik. Terima kasih yaAllah 🤲🤗🙂
03/05/2020

Rezeki PKP.

Sepasang arnab mix bertukar milik.

Terima kasih yaAllah 🤲🤗🙂




Assalamualaikum.. 💗 Time PKP ni, mesti tengah cari idea nak buat apa kan kan kan??? Jom! TR nak ajak cuci-cuci mata ni😉K...
20/04/2020

Assalamualaikum.. 💗

Time PKP ni, mesti tengah cari idea nak buat apa kan kan kan???

Jom! TR nak ajak cuci-cuci mata ni😉

Kalau ada si bulus yang tejatuh dihati, PM kami terus tau 🤗 http://www.wasap.my/60195300616

Lokasi : Tangkak, Johor



Assalamualaikum semua 🙂 TR ingin berkongsi            🌸terapi haiwan kesayangan 🍃kepada anda! 🐰 📡 3 ekor arnab mix yang ...
08/04/2020

Assalamualaikum semua 🙂 TR ingin berkongsi

🌸terapi haiwan kesayangan 🍃

kepada anda! 🐰

📡 3 ekor arnab mix yang comel untuk dan ingin diberikan secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang terpilih mempunyai anak / keluarga/ diri sendiri yang mengalami :

1. Kesihatan mental (Depression, Post Trauma Syndrome Disorder, Anxiety)

2. Autisme atau ADHD

3. Belum direzekikan zuriat

💗Mengikut terma dan syarat💗

Jom hubungi kami di http://www.wasap.my/60195300616 dengan untuk maklumat lanjut 😉



Address


Telephone

+60195300616

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tenang Rabbitry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share

Pet Therapy

Bermula dengan hanya ingin menjadikan arnab sebagai terapi diri, membuatkan jatuh cinta kepada makhluk Allah yang comel ini. Bersempena dengan itu, Tenang dipilih sebagai nama perniagaan ini untuk berkongsi keindahan arnab sebagai terapi mencari ketenangan diri juga berharap agar arnab yang dipelihara mampu memberi sinar bahagia buat insan-insan yang cintakan haiwan.

#relaxwithrabbit #ND_HL_MIX #happyPills #appleofmyeyes