Servis Hantar Kucing Sakit Guar Chempedak

  • Home
  • Servis Hantar Kucing Sakit Guar Chempedak

Servis Hantar Kucing Sakit Guar Chempedak Servis hantar Meow yang sakit ke veterinar, Tolong Bagi Meow Jalanan di Guar Chempedak Makan & Minum
(1)

01/03/2022

HIGHLIGHT ☎️☎️☎️

Untuk sesiapa yang call saya sebab nak inform ada kucing yang dibuang orang, kucing beranak di dalam kedai, kucing beranak tanpa ibu, accident dilanggar kenderaan atau segala kesusahan yang dialami kucing liar,

sila pastikan anda bersedia dengan bayaran yang saya akan minta untuk kos rawatan.

Saya tidak perlukan anda untuk menambah kepada masalah yang ada, sekiraya mahu tolong, buat cara mahu tolong dengan bawa ke veterinar.

Kalau anda kasihan sangat sehingga menitis air mata sekalipun, sediakan wang untuk rawatan.

Menangis tanpa wang tidak akan diberikan ubatan dan rawatan percuma oleh dr veterinar.

Kalau kucing anda sendiri terkena hawaq atau parvo virus pon jangan call saya.

Sebab rawatan dia adalah sekitar RM500++. Saya tahu anda kedekut dan tak mahu keluar duit. Anda mungkin anak ramai tapi orang lain pon anak ramai juga.

Hawaq terjadi sebab anda sebagai tuan kucing leka dan berkira untuk vaksin kucing anda. Jadi, padan muka anda.

Jadi, kalau tiada duit untuk rawatan, jangan call saya juga.

Tolong jangan call saya sekiranya ada ternampak kucing sakit jika anda sendiri tidak mahu biaya kos rawatan.

Nak buat baik dengan binatang boleh tapi bukan dengan duit saya.

Harap Faham wahai warga guar chempedak sekalian.

Alhamdulillah selesai divaksin.. Terima kasih mengambil servis penghantar dari cat delivery..
02/10/2021

Alhamdulillah selesai divaksin.. Terima kasih mengambil servis penghantar dari cat delivery..





VIRUS PARVO!!! Baca lah kawan2 jika kita benar-benar sayangkan kucing kita. Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanafa...
02/10/2021

VIRUS PARVO!!!

Baca lah kawan2 jika kita benar-benar sayangkan kucing kita. Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanafaat untuk kita bersama, In Syaa Allah.....

PESANAN untuk penyayang kucing. Jika kita benar-benar sayangkan kucing kita, sangat penting untuk kita kenalpasti beberapa simptom parvo
atau nama penuhnya feline panleukopenia virus (FPV) yang disebabkan oleh virus parvo. Kalau orang Melayu, kita biasa panggil penyakit ini hawar kucing, kerana jika seekor dijangkiti, dia mudah menular pada kucing-kucing lain, melainkan kita pantas bertindak dengan mengasingkan kucing yang dijangkiti itu...pengasingan bermaksud bukan sahaja meletakkan kucing yang dijangkiti itu ke dalam kandang, malah kandang itu juga perlu diletakkan jauh atau terpisah dari kucing-kucing yang lain.

Penyakit ini boleh menjangkiti kucing dalam semua peringkat umur, tetapi bagi kucing yang memang kurang sihat yang sistem immune nya lemah, dan anak kucing, jangkitan ini biasanya membawa maut.

Perlindungan paling berkesan daripada virus ini adalah vaccination. Sebab itu, adalah digalakkan bagi kucing untuk divaksin seawal ketika berumur 8 minggu, diikuti dengan dua booster pada dua bulan berikutnya. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kucing yang telah divaksin akan kebal daripada virus ini. Kucing saya sendiri yang semuanya divaksin pernah dijangkiti.

Simptom paling jelas bagi kucing yang dijangkiti virus parvo ini ialah muntah (biasanya muntah berwarna kuning), cirit birit (najis berwarna kekuningan dan akan berbau sangat busuk), kucing akan jadi lemah dan akan hanya duduk setempat, demam (ini agak sukar bagi kita hendak pastikan, melainkan jika kita ada thermometer vetrinary seperti yang digunakan oleh doktor haiwan), dan jika jangkitan sudah teruk, biasanya kucing akan mengalami sawan dan berbuih di mulut.

Bagi saya, simptom yang paling mudah untuk saya mula bertindak ialah bila kucing saya mula kelihatan lemah, menangkupkan mukanya walaupun ketika nak makan atau minum. Biasanya dalam tempoh sehari dua daripada mula kucing yang dijangkiti mula kelihatan lemah, dia akan muntah, diikuti dengan cirit birit.

Kucing yang sudah menampakkan simpton perlu dibawa ke vet sebab lebih cepat

02/10/2021




02/10/2021

Lepas vaksin terus hantar masuk sekolah duduk asrama.. Jangan buas2 ok.. 20 ekor pelajar baru

Alhamdulillah selesai, 27/09/21 maaf tak sempat post.. 17 ekor untuk divaksin, 1 ekor kasi, 4 ekor kena hawaq..
29/09/2021

Alhamdulillah selesai, 27/09/21 maaf tak sempat post.. 17 ekor untuk divaksin, 1 ekor kasi, 4 ekor kena hawaq..




Siap untuk divaksin dan fungus untuk hari ni..
27/09/2021

Siap untuk divaksin dan fungus untuk hari ni..

22/09/2021

Oyen tumpas lagi.. Trip ke dua untuk hri ni.. Owner cakap kena langgar semalam. dari segi luaran tak nampak apa yang serius tapi hari ni kucing tak boleh berjalan and tak lalu makan..

Untuk hari ni punya pesakit.. Tu pentingnya vaksin dikk.. Sekurang kurangnya boleh elakkan kucing daripada kena penyakit...
21/09/2021

Untuk hari ni punya pesakit.. Tu pentingnya vaksin dikk.. Sekurang kurangnya boleh elakkan kucing daripada kena penyakit penyakit sedemikian..😭

Vaksin tak seberapa sangat yaa akak2 abg2 adik2 berbanding kucing 🐈kena penyakit yang macam gambar di bawah.. Kos rawatan sahaja boleh pergi ke 5 6 ratus..

Paling sedih kucing kesayangan tak dapat di selamatkan atas sebab lambat hantar ke veterinar atau sebagainya.. 😭🤧

20/09/2021

🤧

Tnggu nombor giliran sebab full... hrini ada 2 ekor meow 1 ada owner 1 xdk owner. Dua2 kritikal 1 mcm kanser 1 stray cat...
17/09/2021

Tnggu nombor giliran sebab full... hrini ada 2 ekor meow 1 ada owner 1 xdk owner. Dua2 kritikal 1 mcm kanser 1 stray cats patah kaki kereta langgar.

Sebab kritikal kami bwk ke sni(pic di bawah). Doa2 semua bagi depa sembuh terutamanya yg stray cats.

Alhamdulillah untuk vaksin hari ni selesai satu group.. 10 ekor full dalam kereta
13/09/2021

Alhamdulillah untuk vaksin hari ni selesai satu group.. 10 ekor full dalam kereta

10 ekor vaccine today
13/09/2021

10 ekor vaccine today

Malam ni ada sekor stray kitten yang sakit di medan mara.Nak tutup mata dan berharap dia hidup sendiri bukan caranya. Ja...
10/09/2021

Malam ni ada sekor stray kitten yang sakit di medan mara.

Nak tutup mata dan berharap dia hidup sendiri bukan caranya. Jadi, saya pon selamakan walaupun tak tahu lagi masa depan dia macam mana ada orang nak adopt ka tak😅.

Tq dkt Akak yang tolong jaga dia kejap malam nk sebelum saya bawak dia ke vet esok untuk rawatan.

Kalau ada sapa2 nak adopt, boleh whatapps saya 0193408867 Faris

Hi semua, hrini saja dekat pekan guar dah ada 5 ekor anak tak sampai seminggu dibuang begitu sahaja. 1 di depan Sahabat ...
09/09/2021

Hi semua, hrini saja dekat pekan guar dah ada 5 ekor anak tak sampai seminggu dibuang begitu sahaja.

1 di depan Sahabat Pet shop dekat longwan.

1 di minimarket dekat dengan borong din.

3 dekat kampung pasir.

Jadi, kalau lepas ni kawan-kawan semua ada nampak orang yang dok buang kucing, tolong ambik gambar dia tengah buang & juga nombor plate.

Boleh bagi dekat saya dan saya akan bukakan saman dari veterinar sekitar 20k kepada individu tidak bertanggunjawab tersebut.

Bersama-sama kita menolong cik-cik meow yang tidak bernasib baik seperti kucing kita di rumah dengan belas ihsan dan perlindungan.

Number whatapps saya 0193408867 - FARIS

09/09/2021
SEPERTI manusia biasa, ada masanya si kucing juga akan berdepan dengan masalah kesihatan seperti sakit-sakit dan demam j...
09/09/2021

SEPERTI manusia biasa, ada masanya si kucing juga akan berdepan dengan masalah kesihatan seperti sakit-sakit dan demam juga. Apa pun, kadang dengan sedikit 'sentuhan' kita pun mampu membantu si meow ini.🤲😊🤧

Awat ada cik meow kita nampak ada air liur meleleh? Selalu kita nampak cik meow jadi macam ni adalah cik meow jalanan ma...
06/09/2021

Awat ada cik meow kita nampak ada air liur meleleh?

Selalu kita nampak cik meow jadi macam ni adalah cik meow jalanan macam di market, pasar borong atau di jalanan yang mana tak dak tuan.

Depa ni sangat terdedah kepada penyakit hawaq dan hawaq tak dak ubat dan hanyalah pencegahan sahaja iaitu vaksin sebelum kena.

Tapi, meow di jalan sapa nak pi vaksin depa kan? itulah nasib kucing di jalanan.

Jadi iktibar dia jangan buang kucing merata-rata dan cakap tak pa sana tempat sumber makanan, banyak la hampa punya style.Hantar kucing ke pusat perlindungan kucing macam di taman bustana perlis.

Tak boleh hantar sebab busy upah orang atau anak menakan pi hantar, rezeki tak kurang aih!

Keadaan dia sama kalau orang tauk anak angkat hampa yang baru lahir dekat kl atau afrika sebab sana ada banyak makanan, agak-agak hidup dak anak angkat hampa? so, samalah dengan cik meow.

Untuk cik meow yang ada tuan, lain pulak ceritanya.

Bila suruh vaksin depa akan selalu cakap:

> "Tak pa aih, kucing kak bukan pi mana semua duduk dalam rumah"
> "Tak pa memang semua indoor tak kawan langsung dengan kucing liar"

Betui kucing tu tak pi mana tapi tuan kucing tu pi merata dunia. Walau ada seurat bulu kucing lekat di seluar atau baju yang man datang dari kucing luar yang ada hawaq, dia akan melekat dekat semua kucing dalam rumah dan insyaAllah tak sampai 48 jam banyak akan arwah.

Bila dah kena hawaq, mula la tuan kucing ni tereyak melalak sana sini dan nak vaksin. Dah tak sihat mana boleh vaksin. Depa akan selalu cakap

"Tak pa berapa pon kak akan bayar janji dia sihat"

Bila saya cakap kos rawatan (bukan ubat) sebab ubat masih belum wujud adalah minimum RM900++, mula la cakap kata:

"Tak pa lah, kalau umur dia panjang dia hidup la"..tadi sembang pandai sangat, meluat sungguh aku. Ingat harga rawatan kena hawaq ni cokodok ka?

Jadi, vaksinlah sebelum terlambat meow yang ada tuan dan meow di jalanan berbuat baiklah kepada mereka sebab mereka tiada siapa-siapa di luar sana.

Orang Guar, Gurun, Yan atau kawasan sekitar yang nak saya tolong bawak meow anda vaksin i veterinar swasta boleh upah saya bawak meow anda pi cuma kena habaq awai takot vaksin habis.

Harga vaksin standard sekitar RM50 ke RM60 tapi insyaAllah saya bagi diskaun jadi RM30 sahaja sebab tak nak nampak dah orang buang kucing sebab hawaq di market.

Boleh whatapps atau call number di bawah
0193408867 (Faris)

(Dari kiri Cik Lah, Cik Mon, Bosu)

Ada 2 veterinar yang akan saya hantar kalau kucing sakit.1. Veterinar pendang. Harga di sini adalah murah dan sini sesua...
27/08/2021

Ada 2 veterinar yang akan saya hantar kalau kucing sakit.

1. Veterinar pendang.

Harga di sini adalah murah dan sini sesuai kalau meow tak sakit kritikal.

Selalunya kalau bawak meow ke sini saya akan masukkan depa dalam ward/hospital meow sebab nak suruh dr jaga dan pantau dulu dalam sehari dua sebab kita tak pandai nak jaga kalau di rumah.

Selalunya kos rawatan di sini tak sampai RM100 cuma kalau yang kena buat pembedahan macam batu karang, beranak songsang, luka kena jahit yang kadang-kadang akan jadi RM100 lebih sikit.

>> Kos servis adalah RM60 untuk hantar ke ward dan ambil dari ward pada hari yang sama.

Tapi tidak termasuk bil ubat-ubat meow. Bagi saya sini adalah yang sangat murah.

2. Veterinar Alor Star KMC

Sini adalah tempat yang saya akan cadangkan kalau meow tu dah kritkal. Harga memang mahal tapi kualiti adalah yang terbaik anda pernah jumpa, berbaloi sangat.

Contoh, terkena sakit hawar yang keluar air liuh meleleh sebab tuan kucing yang cuai dan tak vaksin kucing masa meow tengah sihat, terjilat racun yang mana agak nazak dan lain-lain seangkatan dengannya.

Harga warded semalam adalah RM150 termasuk ubat yang sangat premium, makanan 1 hari RM50, dan pemantauan cctv 24 jam.

RM150 adalah sangat berbaloi sebab meow anda ada peluang yang tinggi untuk sihat balik seperti biasa. (saya rekemen sangat yang ni)

>> Kos hantar masuk ward dan keluar ward RM90.

Kalau nak tanya soalan, Whatapps link di bawah:

>> https://osini.co/hantarmeow
>> https://osini.co/hantarmeow
>> https://osini.co/hantarmeow

27/08/2021
27/08/2021
27/08/2021

Selamat Datang semua, ini adalah tempat untuk anda meminta bantuan kalau meow sakit atau kalau nak tanya apa-apa soalan pasal meow

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Servis Hantar Kucing Sakit Guar Chempedak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Servis Hantar Kucing Sakit Guar Chempedak:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share