Dari jenama lokal – penuh dengan nutrisi dan harga berpatutan.
Siri makanan kering untuk kucing daripada Power Cat dibuat dengan bahan semula jadi yang dijamin Halal ini, mengandungi 32% protein dan boleh didapati dengan dua perisa iaitu tuna dan ikan lautan segar. Manfaat di dalam makanan kucing Power Cat ini termasuklah mengekalkan sel darah merah, menguatkan tulang dan gigi, memperbaiki sistem pencernaan dan saraf, menjelaskan visual, menguatkan imunisasi dan mengekalkan bulu yang sihat serta berkilau.
Sesuai untuk kucing yang tidak cerewet atau memilih makanannya. Dengan harganya yang berpatutan dan penjimatan berganda.
Khas buat si parsi anda – kulit dan bulunya kekal sihat
Kucing parsi adalah salah satu baka kucing yang cerewet tentang makanan dan sering mengalami kesulitan untuk menerima makanan kucing biasa. Usah khuatir kerana Royal Canin ada jawapannya! Royal Canin menyokong pembentukan bulu yang panjang dan lebat dengan mengandungi nutrien dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit dan bulu.
Diperkaya dengan Omega 3 dan asid lemak Omega 6, rumusannya membantu mengurangkan bebola bulu dan sistem pencernaan lebih baik. Kibble makanan Royal Canin ini mempunyai bentuk seperti kacang badam yang direka khas untuk memudahkan proses kucing anda untuk makan dan mengunyah.
3. ME-O Gold Edition
Tambahkan berat badan kucing anda dengan makanan seimbang ini.
Makanan kucing daripada ME-O ini diperbuat daripada daging ayam berkualiti tinggi yang mempunyai 3 jenis formula mengikut baka dan jenis kucing anda daripada baka parsi, kucing liar (stray cat) dan kucing indoor dimana masing-masing mempunyai cara hidup dan selera yang berbeza. Untuk meningkatkan berat badan kucing kesayangan anda, makanan yang diberikan seharusnya tepat dan memenuhi segala nutrien yang diperlukan untuk membina otot yang sihat.
Siri Me-O Gold Edition menyediakan nutrien yang seimbang dengan mengandungi protein tinggi untuk menyokong tumbesaran dan selera si bulu comel anda. Kucing anda tidak akan mudah menolak makanan dari produk ini. Seleranya juga akan bertambah.
4. MISHA Dry Cat Food
Kandungan Omega 3 – membuatkan bulu si manja anda lebih bersinar productnation
Makanan kucing daripada jenama Misha ini lengkap dengan nutrien seimbang dengan Taurin, Glukosamin serta minyak Omega 3 dan 6 untuk memberi hasil kulit sihat. Bulu kucing anda juga akan bersinar dengan penglihatan yang jelas dan sendi yang kuat. Produk ini juga mengandungi protein yang tinggi daripada sumber ikan dan daging asli untuk menyokong tumbersaran si manja.
Sesuai untuk kucing anda yang mengalami bulu kasar dan kusut, makanan kucing Misha ini akan membuatkannya kekal lebat, bersinar dan mewah tanpa perlu grooming selalu!
5. MIA MICHEL Dry Cat Food
Terbaik untuk si manja yang seringkali mengalami keguguran bulu .
Siapa tidak menggemari ikan mewah, lagi-lagi jika ianya diterbangkan khas daripada Norway. Tentunya si manja anda akan berselera dengan makanan kering daripada Mia Michel ini, yang diambil khas daripada perairan Norway. Jika kucing anda mengalami keguguran bulu yang terlampau atau mengalami Alopecia iaitu sejenis penyakit kulit kurap, cuba tukarkan makanan kucing anda kepada yang mengandungi rumusan untuk melebatkan bulu bagi membantu meningkatkan pertumbuhan bulu si comel.
Belilah produk makanan yang mengandungi bahan nutrisi serta zat penting seperti vitamin serta mineral optimum, omega 3 dan 6 daripada bahan kandungan dalam makanan ini.
6. GLORY CAT For Cat and Kitten
Kurangkan bau najis si manja dengan bahan organik semula jadi.
Kepada si manja anda yang tidak atau belum disunat, mungkin anda sedar bahawa si manja mempunyai najis dan air kencing sangat kuat baunya. Ini kerana hormon di dalam badan kucing dan ianya 100% normal bagi kucing yang tidak disunat.
Diperkaya dengan ekstrak ubi kayu, serat semula jadi dan prebiotik yang dapat membendung bau najis serta membantu menyihatkan sistem pencernaan. Ianya juga membantu menyihatkan bulu dan kulit, menggalakkan sistem imunisasi serta mempunyai rumusan kurang sodium (garam) untuk melindungi sistem urinari si manja.
7. PURINA One Kitten Food with Chicken
Sesuai untuk anak kucing (kitten) – kunyahan menjadi lebih mudah
Ada perbezaannya antara makanan untuk anak kucing (kitten) dan kucing dewasa. Nutrisi dan bentuk makanannya juga tidak sama. Ini kerana kitten kebiasannya tidak boleh menelan makanan yang terlalu besar seperti kucing dewasa. Diperbuat daripada daging ayam sebenar dan mengandungi nutrien penting berkualiti tinggi.
Sesuai untuk anak kucing dari umur 3 minggu ke atas sebagai alternatif penggantian susu badan ibu kucing. Diuji oleh ahli pemakanan haiwan Purina, selamat untuk semua jenis kucing.
8. BLACKWOOD Original Formula Chicken and Brown Rice
Makanan kucing tinggi dengan protein dan rasanya mewah
Jika anda mempunyai baka kucing tertentu dengan selera cerewet, cubalah Blackwood yang mengandungi protein tinggi disediakan secara istimewa serta khas untuk mengekalkan nutrien dan khasiat makanan itu. Diperbuat daripada isi daging ayam dan brown rice, ianya memenuhi keperluan tahap pemakanan yang ditetapkan oleh AAFCO.
Blackwood juga adalah makanan kucing natural, tidak menggunakan perisa tambahan dan pewarna tiruan yang akan menganggu sistem pencernaan si manja anda. Harganya sesuai dengan kualiti yang disediakan.
Kredit To : productnation