Saya dapat noti di FB. Ada persian kena buang. Mula pelik, tapi saya tak pikir banyak dan terus rescue, pencinta kucing tak pikir banyak sebab lebih memikirkan makan minum depa ja.
Bawa pi klinik. Cek semua termasuk blood test. Memang mahal tapi niat pun nak tolong. So semakin lama saya semakin suka dan nak jaga sebab Miko dan mimi pun boleh terima. Cuma ada masalah kencing berdarah dan masih fasa berubat.
Bulu gulung saya dah botakkan, lion cut. Tengah duduk-duduk baru terpikir satu benda.
Adakah Meeka ni jadi mangsa breeder,
statik tu terus angkat tangan dan doa pukul 3.00 pagi. Waktu yang bagus untuk doa di dengar Allah SWT.
"Jika Meeka menjadi mangsa breeder tak berguna dan kejam memaksa kucing ibarat pelacur. Kau laknatlah manusia yang melakukan perkara sebegitu sekiranya islam, jika bukan biarlah yang indah dalam hidup dia hilang atas ketidak perikemanusiaan dia. Kau hukumlah dia dengan istidraj di mana tiada langsung pintu taubat terbuka untuknya"
Pedih. sakit. Manusia sekarang terlalu kejam mengalahkan binatang. Orang utan kat negara seberang pun boleh di paksa melacur, inikan pula seekor kucing.
Kos Meeka Ran :
RM1000 Done.
Lokasi :- Damansara Damai
Kredit : Mohd Faiz
Tak reti jaga jangan jaga!!😡
Kucing luar kena buat asing dengan kucing yang lain.
Dah sakit kau bagi balik pada owner,
Apa punya malanglah nasib anak kucing ni dapat tuan tak bertanggungjawab macam kau.
Ingat, kifarahnya ya.
Kalau anak kau buang time kau skait tua nanti jangan tanya kenapa pada anak.
Tapi fikir balik apa salah kau!!.
Semoga owner tabah dan terus kuat.. Manusia penyamar pencinta kucing memang ramai sekarang.
Kredit :- @ffjkento - Tik Tok
Alhamduliah. Tarikh 26 September 2023.
Meeka Ran dah mulai tunjuk tanda positif. 100% perhatian penuh.
Di ambil adopt atau kutip mulai tarikh 22 September 2023 pada pukul 10.00-11.00 pagi bertempat di Damansara Damai. Meeka Ran telah di adopt oleh Encik Muhammad Faiz bertempat di Damansara Damai.
Antara rawatan di lakukan :-
✅ Blood Test (All Clear)
✅ Kutu / Earmite
✅ Vaksin
✅ Selesema
Antara makanan yang di beli dengan sumbangan hamba Allah untuk Meeka dan Stray Cat yang lain:-
✅ RC Recovery
✅ RC Urinary sebab kencing berdarah
✅ Sheba Can
✅ Sheba Treats
✅ 30 Pack Kucinta/lain-lain (Stray Cat)(SHA)
✅ 30 Pack Kucinta/lain-lain (Stray Cat)(CP)
✅ Ubat Selesema
✅ Antibiotik
Keadaan Semasa :-
Meeka Ran semakin aktif dan nak keluar dari sangkar untuk bermain. Tapi tak boleh sebab masih dalam tempoh kuarantin 1 minggu.
Selepas satu minggu tinggal satu step terakhir rawatan.
✅ Lion Cut & Buang bulu bergumpal.
✅ Mandi
Siap kesemua treatment barulah di lepaskan didalam rumah untuk bermain bersama yang lain. Doakan perniagaan saya maju dan akan buat satu shelter atau hub untuk merawat stray cat terbiar. Ins sha Allah. Jika kucing-kucing terbiar dah sembuh dengan treatment, adoption akan dibuat dan di kenakan sedikit bayaran untuk cover ubatan lain untuk Stray cat yang lain. Kenapa kena bayar?.
Sebab tak nak kes buang kucing jadi lagi. Bila duit itu keluar barulah kita menghargai apa yang kita bayar.
Bukan jualan kucing, jangan risau. Kucing di kutip kalau sakit, kami rawat tak akan jual pun cuma bayaran tetap akan di kenakan untuk rawatan kucing berikutnya.
Terima kasih atas yang menyumbang. 100% pada kucing sahaja kami uruskan sumbangan tu. termasuk Kumok, Minah, Ciam, Tam teh dan beberapa ekor yang lain.
Terima kasih orang baik😊
Oh lupa, antara peniaga pembagi makanan untuk stray cat di Damansara Damai & Sungai Buloh. Support Nasi Kukus Ayam Dara, Bertempat di Apartmen Idaman. Sebab owner dan pekerja banyak menyumbang makanan mem
Meeka Rin
Kredit : Moh Faiz
Seekor kucing yang di jumpai oleh seorang prihatin sebelum di adopt menjadi sebahagian dari keluarga Miko & Mimi.
'Sayang kucing biar ia bebas dalam.rumah kerana dia keluarga, bebasnya dia kat luar itulah bahaya sebab kita tak tahu niat manusia samada buang, khianat, racun, anjing dan bermacam bahaya yang mungkin menimpa dia.'
Sayangilah haiwan peliharaan anda kerana ia juga makhluk Allah SWT
Kredit : FB - Mohd Faiz
@Brobertopi - TikTok