Global Veterinary Sdn Bhd

  • Home
  • Global Veterinary Sdn Bhd

Global Veterinary Sdn Bhd SERVICES:
1. Veterinary Drugs Supplier
2. Veterinary Instruments & Equipments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Untuk makluman semua pelanggan GLOVET, terdapat masalah teknikal dari pihak Telekom...
25/10/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua pelanggan GLOVET, terdapat masalah teknikal dari pihak Telekom Malaysia (TM) di kawasan sekitar kami, dan telah menjejaskan talian tetap kami.

Untuk sementara waktu, anda boleh menghubungi kami di:

1. 012-717 6470 (whatsapp sahaja) - Kedai
2. 017-248 0106 (call dan whatsapp) - Dr. Ariff
3. 013-935 9085 (call sahaja) - Pn. Asiah

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Terima Kasih

08/08/2021

Perkongsian video ini ditujukan terutamanya kepada para penternak kambing/ bebiri yang baru berkecimpung di dalam bidang ini. Ia sebagai rujukan ringkas dalam kaedah penentuan kuantiti makanan pada setiap ekor ternakan setiap hari. Ia juga sebagai panduan ringkas untuk penternak merancang keperluan makanan di masa akan datang.

Sharing ini adalah sebagai panduan untuk merawat lembu atau kerbau yang terjangkit dan tahap keterukannya 'severity' ada...
27/07/2021

Sharing ini adalah sebagai panduan untuk merawat lembu atau kerbau yang terjangkit dan tahap keterukannya 'severity' adalah rendah.
Antibiotik diberi bagi tujuan menangani secondary infection oleh bakteria yang menambah teruk lagi permukaan kulit yang terkesan. Ceftiofur dicadangkan terutamanya untuk merawat ternakan lembu susu kerana 'withdrawal period' atau tempoh kekang ambil susu adalah tiada. Penstrep dan amoxycillin adalah pilihan antibiotic yang berikutnya.
Anti-inflammatory diberi bagi tujuan mengurangkan keradangan pada kulit yang terkesan. Ia juga bagi tujuan menurunkan suhu badan ternakan yang demam.
Anti-parasitic bertujuan bagi membunuh vektor seperti lalat penghisap darah, culicoides atau sengkenit dari menyebarkan penyakit ini, Ia juga bertujuan bagi mengelak luka dari berulat.
Multivitamins seperti vitamin ADE dapat mempercepatkan proses pemulihan disamping meningkatkan tahap imuniti. Catosal dan antistress dapat menurunkan stress hormone agar ternakan lebih tenteram dan proses penyembuhan lebih cepat.
Perlu diingatkan, ikut dos ubat 👮‍♂️diatas dan ikut withdrawal period 👮‍♂️ yang disarankan pada botol ubat-ubat diatas

Fakta di gambar adalah berdasarkan kepada pertanyaan oleh para penternak berkenaan Vaksin BOVIVAX L*D-N sahaja:- Beri pa...
25/07/2021

Fakta di gambar adalah berdasarkan kepada pertanyaan oleh para penternak berkenaan Vaksin BOVIVAX L*D-N sahaja:
- Beri pada ternakan (Lembu dan Kerbau) yang sihat sahaja
- Umur lebih daripada 3 bulan atau telah cerai susu
- Selepas vaksin dibancuh, gunakan vaksin dengan kadar segera. Vaksini ini hanya bertahan selama 12 jam selepas dibancuh walaupun sentiasa diletakkan di dalam kotak sejuk
- Elakkan vaksin daripada terkena sinaran matahari dan sentiasa diletakkan di dalam kotak sejuk ketika melakukan proses vaksinasi
- Boleh disuntik pada ternakan bunting
- Boleh ambil susu selepas suntikan (no withdrawal period)

Kaedah bancuhan - Sedut 3 ml diluent dengan menggunakan picagari. Masukkan diluent ke dalam botol vaksin BOVIVAX L*D-N. ...
23/07/2021

Kaedah bancuhan - Sedut 3 ml diluent dengan menggunakan picagari. Masukkan diluent ke dalam botol vaksin BOVIVAX L*D-N. Goncangkan hingga larut serbuk vaksin tersebut. Extrak vaksin tadi ke dalam botol diluent semula. Ulang semula pada botol vaksin kosong tadi agar kita pastikan semua baki vaksin didalam botol vaksin telah habis terlarut. Masukkan semula ke dalam diluent. Sekarang, vaksin ini sudah terlarut kedalam 100 ml diluent tadi. Gunakan vaksin ini sebanyak 2 ml seekor pada bawah kulit di bahagian leher ternakan. Selamat mencuba.
Baru terima maklumat dari pihak pengeluar, Setelah lengkap dibancuh, 🏃‍♂️Efikasi vaksin ini hanya dapat bertahan selama 12 jam🏃‍♂️. Mohon pihak tuan dan puan agar dapat merancang dahulu pemberian vaksin ini bagi mengurangkan pembaziran.

Diluent untuk bancuhan vaksin BOVIVAX L*D-N
23/07/2021

Diluent untuk bancuhan vaksin BOVIVAX L*D-N

Vaksin BOVIVAX L*D-N bagi tujuan mencegah jangkitan penyakit Lumpy Skin Disease yang sedang menyerang lembu-lembu para p...
23/07/2021

Vaksin BOVIVAX L*D-N bagi tujuan mencegah jangkitan penyakit Lumpy Skin Disease yang sedang menyerang lembu-lembu para penternak

21/07/2021
Kepada para penternak yang dihormati, kadang-kadang kita terlepas pandang kepentingan Biosekuriti di ladang masing-masin...
21/07/2021

Kepada para penternak yang dihormati, kadang-kadang kita terlepas pandang kepentingan Biosekuriti di ladang masing-masing. Di sini kami kongsi bersama beberapa point perlaksanaan Biosekuriti untuk sama-sama kita amalkan agar ladang kita kurang masalah penyakit atau terhindar dari penyakit berjangkit.

14/07/2021

Ketahui kaedah pemberian vaksin terhadap penyakit L*D (Lumpy Skin Desease) untuk haiwan ternakan oleh Dr. Nor Azam Bahari

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian +60 12-717 6470

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60389451470

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Global Veterinary Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share