18/07/2022
🙀 BETUL KE COKLAT BAHAYA UNTUK KUCING? 🙀
Kenapa manusia makan ok, tapi kucing makan bahaya p**a?
Mesti korang banyak kali dengar orang kata macam ni tapi masih tak pasti kan?
Takpe, harini biar Hani terangkan.
MEMANG BETUL, COKLAT BERBAHAYA UNTUK KUCING!
Coklat boleh menyebabkan kucing kesayangan kita jadi muntah2, demam, dan dehidrasi.
Perkara ini adalah kerana, coklat mengandungi theobromine (methylxanthine) yang sangat berbahaya kepada kucing.
Ianya juga boleh menyebabkan gangguan pada jantung, dan juga fungsi susunan saraf pusat yang menyebabkan saluran cerna kucing terganggu.
Haa mulai harini jangan bagi dah kucing kita coklat ye.
Eh yang kita manusia pun, coklat yg ada kat pasaran tu tinggi kandungan gula ye!
Jaga-jaga! 😜