Theo Betta Fish

  • Home
  • Theo Betta Fish

Theo Betta Fish Betta Fish Breeder & Reseller Sabah

Betta fish everywhere...even Di klinik desa pun ada orang jual betta fish:)
17/02/2021

Betta fish everywhere...even Di klinik desa pun ada orang jual betta fish:)

06/02/2021

Halfmoon Betta sedang santai Di ‘posisi’
Senang saja mau kenalpasti betta fish jenis ini.
Kamurang tengok saja ekor dia yang berbentuk separuh bulan penuh.
Selepas iti kamu tengok ekor dia selagi 180 darjah bentuknya.
Video credit to Safrin Umak

"..Apa 'Betta Fish' Makan?..."Ikan Laga atau Betta Fish boleh makan baja ikan dan juga makanan hidup yang kita boleh dap...
06/02/2021

"..Apa 'Betta Fish' Makan?..."
Ikan Laga atau Betta Fish boleh makan baja ikan dan juga makanan hidup yang kita boleh dapati dari kedai.
Makanan merupakan salah satu perkara penting dalam penjagaan ikan laga.
Dari kecil hingga ke saiz matang, makanan banyak memberi impak dan kesan keatas ikan laga anda.
Makanan yang betul disertai dengan kuantiti yang betul akan menjadikan ikan anda sentiasa aktif.
Ini penting supaya anda dapat sentiasa menikmati keunikan dan kecantikan ikan laga anda :)
Jadi apa makanan terbaik untuk ikan laga anda?
Tidak dapat dinafikan makanan hidup seperti cacing, jentik-jentik, nyamuk, serangga kecil dan daphnia merupakan antara makanan terbaik untuk ikan laga.
Ini kerana ianya lebih semulajadi dan berkhasiat.
Tetapi kini terdapat pelbagai jenis makanan ikan laga segera terdapat di pasaran.
Dari yang murah hinggalah yang mahal.
Ada makanan yang menjanjikan ekor ikan akan menjadi lebih cantik dan tak kurang juga ada yang menjanjikan tumbesaran yang cepat.
Malah kini terdapat p**a makanan hidup yang disejukbekukan.
Tetapi dapatkah makanan segera dan makanan sejuk beku ini menggantikan makanan hidup?
INGAT: JANGAN SESEKALI MEMAKSA 'BETTA FISH' ANDA MAKAN!
*Ada sesetengah orang memberi makanan dalam kuantiti yang banyak dengan harapan ikan akan cepat besar.
Tetapi ikan mereka bukan sahaja tidak membesar, malah yang lebih teruk lagi, ada ikan yang mati.
Ini kerana air ikan tersebut telah menjadi busuk dan dicemari oleh sisa makanan yang ditingalkan oleh ikan.
Malah ada juga yang mati disebabkan terlebih makan atau "over feeding".
Seperti manusia, ikan hanya mampu makan untuk kuantiti tertentu dalam satu-satu masa.
Adalah lebih baik memberi ikan makan dalam kuantiti yang sedikit dan pastikan ikan anda tidak meninggalkan sisa makanan.
Pastikan anda sedut sebarang lebihan makanan.

* Beri pelbagai makanan

* Apa perasaan anda sekiranya anda makan makanan yang sama setiap hari?
Tentu bosan bukan?.
Begitu juga dengan ikan laga anda.
Kelpebagaian makanan dapat memastikan ikan mendapat zat-zat yang diperlukan.
Beri makanan hidup dan makanan palet secara berselang seli.
Ini bagi memastikan ikan anda dapat menerima dan biasa dengan makanan yang diberikan.
Anda juga pasti takut dan ragu-ragu sekiranya disuruh makan makanan yang anda tidak biasa lihat atau makan bukan?
Jadi latih dan biasakan ikan anda dengan pelbagai jenis makanan.
Sekiranya ketiadaan sesuatu makanan, ikan anda pasti dapat menerima makanan penganti dengan senang hati.

"...Jenis - jenis Ikan Laga ( Betta Fish )..."1. Halfmoon Betta /  Bulan ( HM )Karin bulan boleh dilihat terus kepada ek...
06/02/2021

"...Jenis - jenis Ikan Laga ( Betta Fish )..."
1. Halfmoon Betta / Bulan ( HM )
Karin bulan boleh dilihat terus kepada ekornya,ikan ini mempunyai ekor yang berbentuk separuh bulan penuh. Halfmoon yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk 180 darjah.
2. Crowntail Betta / Matahari ( CT )
Yang nie memang jelas terlihat pada ekor ikan.Orang putih menggelar ikan nie crowntail kerana ekornya yang berbentuk mahkota. Masyarakat melayu menggelarnya karin matahari kerana ekornya yang seakan dengan sinaran cahaya matahari.
3. Halfmoon plakat Betta / Plakat ( HMPK )
Halfmoon plakat mempunyai ciri yang sama dengan plakat namun mempunyai ekor yang berbentuk halfmoon seperti gambar diatas.
4. Plakat Betta ( PK )
Ikan laga ni boleh dikenal pasti dengan sirip atas yang pendek dan sirip bawah yang memanjang. Plakat juda datang dalam bentuk halfmoon dan crowntail (yang biru) . Plakat ni mempunya ekor yang membulat berbeza dengan HMPK
5. Double tail Betta ( DT )
Mempunyai ekor yang berbelah dua. Juga datang dalam banyak bentuk iaitu Halfmoon, Crowntail,Veiltail dan Giant.
6. Big Ear Betta / Dumbo
Mempunyai sirip kiri kanan yang besar. Kebanyakan jenis nie bersirip putih dan juga ada dalam bentuk halfmoon.
7. Veiltail betta ( VT )
Ikan laga nie mempunyai ekor yang memanjang seperti langsir (veil) . Ikan nie boleh dikenal pasti terus dan mudah dibezakan seperti gambar diatas. Mudah dijumpai dikedai ikan .
8. Giant Betta
Ni datang dalam banyak jenis dan mudah dikenalpasti.Saiz ikan nie 2 kali ganda besar dari ikan normal. Biasa saiznya 2.5inch dan keatas.
9. Delta Betta / SuperDelta ( SD )
Delta mempunyai ekor yang panjang berbetuk bulat dan SuperDelta mempunyai ikan yang sama tapi lebih besar 160-179 darjah. Kebanyakan jenis nie hujung ekor bentuk bulan berbeza dengan halfmoon.
10. Combtail Betta ( CB )
Ekor kelihatan seperti karin matahari tapi berbentuk jarum yang lebih kecil, berbentuk seperti sikat (comb) .
11. Longtail Betta ( LT )
Ikan laga nie ade ekor yang panjang seperti gambar. Berbeza dengan ekor veiltail.
12. Rosetail Betta
Ikan laga nie mempunyai ekor yang berbentuk bunga dan beralun.
13. Feather Tail Betta ( FT )
Mempunyai ekor yang berbentuk seperti bunga tapi lebih tajam seperti bulu burung (feather)
14. Spade tail Betta
Ikan nie ade ekor yang bermuncung tajam berbentuk seperti penyodok (spade) .
15. Round tail Betta
Ikan nie mempunyai ekor yang berbentuk bulat seperti gambar diatas.
Sumber Google

Apa Itu 'Betta Fish'?Betta Fish juga dikenali sebagai 'Ikan Laga' Betta Fish atau lebih dikenali sebagai Ikan Laga merup...
06/02/2021

Apa Itu 'Betta Fish'?
Betta Fish juga dikenali sebagai 'Ikan Laga'
Betta Fish atau lebih dikenali sebagai Ikan Laga merupakan sejenis ikan air tawar yang boleh dipelihara di akuarium dan menjadi antara salah satu ikan hiasan.
Ia berasal daripada lembangan sungai Mekong, Thailand.
Di Malaysia, khususnya di Sabah, betta fish ini telah menjadi agak pop**ar dalam kalangan warga tempatan sebagai hobi, pemeliharaan ikan ( breeder ) dan juga sebagai pendapatan sampingan.
Ikan betta yang memiliki peminat tersendiri sama ada dewasa mahupun kanak-kanak disifatkan mudah membiak sekiranya kena pada caranya.



Pic credit to google

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Theo Betta Fish posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share