30/08/2022
Kenapa kena mandulkan kucing yer? 🧐
👉🏻Proses mandulkan kucing jantan kita panggil pensterilan
👉🏻Untuk kucing betina, dipanggil neutering.
Salah satu sebab mandulkan kucing, utk kurangkan pop**asi kucing
Sekarang ni pop**asi kucing memang dah terlebih lebih. 😿😿
Dah xde tempat dah untuk buat rumah kebajikan kucing.
Lagipun, proses pemandulan ni dapat bantu kucing hidup lebih sihat dan panjang umur.🤲🏻
💉Mencegah Penyakit
Kucing pon ada risiko dapat kanser ovari jadi proses pemandulan ini dapat mengurangkan hormon yang menggalakkan kanser.
Penyakit lain seperti leukemia dan AIDS yang berpunca dari aktiviti mengawan juga dapat dielakkan
💉 Kurangkan pengaduhan
Kucing jantan yang tak dimandulkan mempunyai hormon mengawan yang sangat tinggi dan sifat menguasai pasangan sangat tinggi. Jadi untuk elakkan lebih banyak pengaduhan di kalangan kucing-kucing jatan, eloklah dimandulkan sahaja.
💉Kurangkan kucing merayap
Bila kucing betina tengah dalam fasa untuk mengawan, ia akan terdesak untuk mencari pasangan. Waktu ini, kucing betina akan cuba untuk keluar dari rumah untuk cari pasangan. Kucing jantan juga dapat menghidu dan cuba untuk mencari kucing betina. Bila ini terjadi, risiko kucing hilang, kucing kemalangan sangat tinggi. Untuk elakkan benda ni, mandulkan adalah yang terbaik. 🐈💘🐈⬛
👩🏻⚕️Selalunya doktor haiwan akan nasihatkan bila umur yang sesuai kucing dimandulkan.
Kebanyakkannya akan dimandulkan apabila sifat mengawan kucing dah tiba.
Ikut nasihat doktor sahaja ok❗
Mencegah lebih baik dari mengubati💕💕