02/06/2021
Tahu tak kucing anda ni sihat atau tidak? Jom baca 4 Tanda Mudah ni ! 🤩🐈
Walaupun setiap hari tengok kucing kita, tapi kadang kala tu kita tak perasan apa yang terjadi pada kucing kita kan ?
Sihat ke? Sakit ke? Nampak elok je..
Baca 4 tanda tanda kucing anda SIHAT bawah ni..
#1 Teruja bila tiba waktu makan
Kucing yang sihat akan sentiasa bersemangat saat tiba waktu makan. Cara mengenalinya adalah bila kucing menggeserkan badan pada kaki korang dan membawa korang ke arah tempat makanan biasa dihidangkan.
Sementara itu, kucing yang tidak sihat hilang selera makan dan tidak membuang air besar seperti biasa
#2 Sistem pencernaan yang baik
Kucing sihat mempunyai sistem pencernaan yang baik. Macam mana nak tahu? Hah, ia boleh dikenalpasti melalui najis si bulus korang!
Bentuk ideal najis kucing adalah kecil, padat dan lonjong. Dari segi warna dan tekstur p**a, najis sihat berwarna coklat gelap dan kelihatan pejal tetapi tidak keras.
Najis kecil dan tidak berbau menandakan segala nutrisi dalam makanannya diserap dengan baik dan menunjukkan bahawa usus kucing korang sihat.
#3 Rancak & aktif ketika bermain
Biarpun tabiat kucing mungkin akan berubah seiring usia, kucing yang sihat kekal aktif dan s**a bermain. Tak kiralah mengejar mainan atau melompat dan berlari kesana-sini.
Sebaliknya p**a jika si manja korang tidak sihat, ia cenderung menunjukkan simptom tidak bermaya atau tidak berminat dengan sebarang aktiviti yang biasa dilakukan oleh seekor kucing seperti berlari dan bermain.
#4 Bulu berkilau bak bintang, mata bersinar seperti permata
Salah satu tanda paling mudah untuk kenal pasti kucing korang sihat adalah dengan melihat penampilan bulu pada badannya. Biasanya, kucing yang sihat memiliki bulu yang bersinar dan bersih.
Selain itu, matanya juga kelihatan cantik dan bersinar!
Bermanfaat ? Kongsi ilmu baru ini dengan rakan rakan anda. Semoga terus memberi manfaat kepada orang lain 🥰
Sebelum tu nak tanya, nak kucing anda betul betul Sihat ?
Kalau nak si manja korang sihat, benda paling utama yang perlu dititikberatkan adalah kandungan nutrisi yang disajikan dalam makanannya.
Namun, masih ramai yang ambil mudah berkenaan perkara ini dan tidak kisah tentang pemakanan kucing mereka. Asalkan makanan kucing, semua boleh. Jangan macam tu!
Cuba amalkan Bitacat dalam makanan si bulus yang sedia ada.
Bitacat, Vitamin Kucing dalam Bentuk Pallet Ikan.
Ramuan dipenuhi nutrisi nutrisi penting khas dihasilkan untuk memenuhi keperluan semua kucing di Malaysia 😍
Maklumat lanjut, klik je link dibawah 👇
https://pakmansorfarm.com/bitacat-1/