12/01/2022
DAGING MENTAH TIDAK SESUAI UNTUK KUCING 😱😱 KENAPA YA❓❓
Kucing merupakan haiwan Karnivor yang memerlukan daging sebagai sumber protein & nutrisi untuk kucing.
Tapi tahukah anda, ada daging yang sesuai & tidak sesuai untuk dimakan oleh kucing.
DAGING YANG SESUAI
Antara daging yang sesuai untuk si comel anda adalah daging lembu, kambing, arnab, ayam & ayam belanda.
Walaupun sesuai, tapi ada hadnya untuk kucing anda. Menurut pakar veterinar, pengambilan daging untuk kucing tidak boleh lebih daripada 200g setiap minggu. Begitu juga dengan Ikan atau ayam.
Ataupun, jika kucing anda sudah biasa atau mampu menerima jumlah daging yang banyak tanpa ada masalah, maka dibolehkan. Sbb setiap kucing berbeza, ada yang mudah memcerna, ada yang susah mencerna makanan.
Seterusnya,
DAGING YANG TIDAK SESUAI
Antara daging yang tidak sesuai untuk diberikan kepada kucing adalah jenis daging yang berlemak & keras. Contohnya, daging khinzir, Lemak2 daging, daging Itik & angsa. Walaupun daging berkualiti tinggi tetapi tidak semua boleh dimakan oleh kucing. Hal ini kerana ada antara daging2 yang boleh menyebabkan sakit & masalah usus.
Berbalik kepada tajuk Perbincangan kita,
Apakah sesuai Daging Mentah untuk kucing?
Jawapannya TIDAK ‼️.
Hal ini kerana, di dalam daging tersembunyinya satu ancaman untuk kucing iaitu cacing. Biasa kita dengar, cacing di dalam ikan mentah (sushi) & Bakteria Salmonella di dalam isi ayam mentah. Begitu juga Daging.
Cacing merupakan parasit usus yang boleh masalah usus, masalah pencernaan, kurus & jika tanpa rawatan, boleh membawa maut.
Jadi, untuk menghapuskan cacing & larva cacing tersebut. Boleh ambil pendekatan dengan memasak atau merebus daging terlebih dahulu untuk mematikan caning & larva. Ataupun, boleh sejukbekukan daging tersebut untuk satu tempoh yg lama.
Korang boleh berikan pada kucing daging mentah (dah dicairkan) mahupun daging yg dah direbus. Kerana daging merupakan makanan yg berkhasiat & semula jadi sesuai untuk kucing.
Selamat mencuba😊