Dr. Kucing Ku

  • Home
  • Dr. Kucing Ku

Dr. Kucing Ku Page khas untuk maklumat perubatan dan kesihatan kucing.

16/06/2022

PROJEK KOPI + CUCUR ADABI

Terapi Cecair Intravenous (IV) atau Subcutaneous (SC)Terapi cecair IV atau SC boleh membantu menjaga kucing yang mengala...
24/05/2021

Terapi Cecair Intravenous (IV) atau Subcutaneous (SC)
Terapi cecair IV atau SC boleh membantu menjaga kucing yang mengalami dehidrasi apabila fungsi ginjalnya tidak berjalan seperti biasa.
Kucing yang didiagnosis dengan keadaan chornic renal atau buah pinggang, sehingga menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang amat memerlukan terapi bendalir ini.
Kucing yang mengalami cirit-birit yang teruk dan muntah juga mungkin memerlukan terapi cecair bagi menyebarkan air dengan pantas melalui badan tanpa mengganggu saluran pencernaan. ..

Cystitis pada kucingRawatan Cystitis Pada KucingRawatan cystitis pada kucing boleh dibuat secara simptomatik bagi memast...
21/05/2021

Cystitis pada kucing
Rawatan Cystitis Pada Kucing
Rawatan cystitis pada kucing boleh dibuat secara simptomatik bagi memastikan kucing dapat membuang air kecil. Dalam sesetengah kes kecemasan, catherization atau memasukkkan tiub terpaksa dijalankan bagi membolehkan air kencing yang tersumbat dapat keluar. Selain itu satu kaedah yang dinamakan cystocentesis yang melibatkan pengeluaran air kencing keluar dari pundi kencing menggunakan jarum juga boleh diaplikasikan. Ubat-ubatan anti sakit, antibiotic, anti-radang, cairan IV dan ubat-ubatan lain mungkin diperlukan untuk membantu menjaga kucing anda selesa. Kucing mungkin perlu tinggal di klinik untuk beberapa hari untuk rawatan dan pemantauan lanjut. ..

Cystitis pada kucingTanda-tanda & Punca Cystitis Pada KucingAntara tanda-tanda Cystitis pada Kucing ialah ia s**ar ketik...
20/05/2021

Cystitis pada kucing
Tanda-tanda & Punca Cystitis Pada Kucing
Antara tanda-tanda Cystitis pada Kucing ialah ia s**ar ketika membuang air kecil, peningkatan kekerapan rasa untuk membuang air kecil, ketegangan dan sakit semasa membuang air kecil, aliran kecil atau aliran air kencing yang terganggu, darah dalam air kencing (hematuria) , air kencing berbau tidak normal, buang air kecil di luar kotak sampah, Kencing tidak keruh, Kencing kotor, menjilat berlebihan pada alat kelamin, ketidakupayaan untuk membuang air kecil dan keadaan pundi kencing yang besar dan tegang pada bahagian abdomen.
Antara punca cystitis pada kucing ialah tekanan, kegelisahan, penyakit lain, jangkitan saluran kencing, batu pundi kencing, dan tumor saluran kencing,
Mendiagnosis cystitis pada Kucing dapat dijalankan dengan melihat kepada tanda-tanda klinikal, ujian urinalysis, X ray, ujian darah dan ultrasound. ..

Cystitis pada kucingCystitis adalah satu keadaan di mana berlakunya keradangan pada saluran kencing kucing. Juga dikenal...
19/05/2021

Cystitis pada kucing
Cystitis adalah satu keadaan di mana berlakunya keradangan pada saluran kencing kucing. Juga dikenali sebagai Feline Idiopathic atau Interstitial Cystitis (FIC), Pandora Syndrome, Feline Urologic Syndrome (FUS), Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD), atau Feline Idiopathic Lower Urinary Tract Disease (iFLUTD).
Masalah ini akan mempengaruhi pundi kencing dan uretra kucing sehingga menyukarkan fungsinya dan menyebabkan kencing menjadi s**ar disebabkan keradangan dan ketidakselesaan yang berlaku...

Rhinitis pada kucingPencegahan dan rawatan bagi RhinitisPencegahan dapat dibuat dengan mengasingkan kucing yang dijangki...
18/05/2021

Rhinitis pada kucing
Pencegahan dan rawatan bagi Rhinitis
Pencegahan dapat dibuat dengan mengasingkan kucing yang dijangkiti rhinitis dengan kucing yang sihat yang mana ini dapat meminimakan risiko keadaan menjadi lebih serius dalam kump**an kucing.
Bagi rawatan acute rhinitis akut memerlukan penjagaan kebersihan pada hidung haiwan peliharaan iaitu pembersihan dari kekotoran, mencuci mata dan menggunakan normal saline atau ubat khas (drop or ointment).
Bagi rawatan chronic rhinitis p**a perlu dirujuk di klinik bagi rawatan, pemeriksaan dan diagnostic lanjut. Adakalanya kucing berkemungkinan dijangkiti penyakit FURD (Feline Upper Respiratory Disease). Pemberian antibiotic akan dapat mengatasi masalah ini tetapi memerlukan penjagaan khas. ...

Rhinitis pada kucingPunca dan tanda-tanda RhinitisChronic rhinitis biasanya berpunca dari lesi sekunder dan fungus, sela...
17/05/2021

Rhinitis pada kucing
Punca dan tanda-tanda Rhinitis
Chronic rhinitis biasanya berpunca dari lesi sekunder dan fungus, selain berpunca dari komplikasi keradangan di bahagian oropharynx (kerosakan pada gusi dan gigi).
Tanda-tanda utama rhinitis ialah keradangan membran mucus, kegatalan dalam hidung, perubahan pernafasan, kerap bersin, pembengkakan nodus limfa, keadaan di sekitar hidung yang kotor dan juga kehilangan selera makan. Ada kalanya kucing akan bersin dengan kehadiran darah. ..

Rhinitis pada kucingRhinitis ialah keradangan atau inflammasi pada lapisan di dalam hidung. Simptom yang ditunjukkan tid...
11/05/2021

Rhinitis pada kucing
Rhinitis ialah keradangan atau inflammasi pada lapisan di dalam hidung. Simptom yang ditunjukkan tidaklah berbahaya, seperti keadaan hidung yang berair, tetapi boleh menyebabkan komplikasi sehingga menjadi kronik.
Penyebab utama rhinitis dalam kucing adalah hipotermia. Ia boleh berlaku dengan perubahan suhu yang menurun secara mendadak, tindak balas terhadap alahan, penyedutan nahan kimia, asap toksik atau asap tembakau.
Rhinitis sekunder boleh menyebabkan jangkitan virus dan bacteria, penyakit radang laring, pharynx, bronchi, masalah parasit dan foreign bodies (bendasing)...

Distokia pada Kucing Doktor veterinar akan memeriksa keadaan kucing tersebut dari aspek kondisi keseluruhan, pemeriksaan...
10/05/2021

Distokia pada Kucing
Doktor veterinar akan memeriksa keadaan kucing tersebut dari aspek kondisi keseluruhan, pemeriksaan va**na (birth canal) buka sepenuhnya atau sempit, penampakan anak dalam kandungan, pergerakan fetus, atau berlaku kematian didalam kandungan.
Dalam sesetengah kes, ultrasound akan digunakan sekiranya dikhuatiri posisi anak yang tersangkut ataupun jika dirasakan tulang pelvic yang sempit atau bagi kucing yang pernah mengalami kemalangan.
Sekiranya kontraksi dirasakan lemah dan fasa rehat antara kontraksi terlalu lama, kucing tersebut akan diberikan suntikan bagi meningkatkan kontraksi Rahim. Pemberian suntikan oxytoxin akan dapat meransang hormone dalam badan untuk meningkatkan kontraksi rahim.
Dalam kes tempoh kelahiran yang terlalu lama sehingga menyebabkan paras gula menurun dan kehilangan tenaga, maka ibu kucing tersebut akan diberikan suntikan kalsium dan suntikan oxytocin untuk meningkatkan balik kontraksi Rahim.
Bagi kes yang berpunca dari gangguan/ halangan pada birth canal maka doctor akan menjalankan pembedahan C-section (caesarean) sebagai langkah terakhir bagi menyelamatkan nyawa ibu dan anak. ..

Distokia pada Kucing Distokia ialah satu keadaan di mana ibu kucing s**ar melahirkan disebabkan kompilasi-kompilasi tert...
07/05/2021

Distokia pada Kucing
Distokia ialah satu keadaan di mana ibu kucing s**ar melahirkan disebabkan kompilasi-kompilasi tertentu seperti saiz anak yang besar dan keadaan kesihatan ibu kucing yang tidak baik.
Dalam sesetengah kes, C-section terpaksa dilakukan bagi menyelamatkan nyawa ibu dan anak kucing.
Distokia boleh terjadi disebabkan oleh:
a) Faktor Ibu - Bentuk Tulang pinggul atau tempat laluan kelahiran yang sempit disebabkan kejadian semula jadi atau pun patah kerana kecedraaan traumatic atau kemalangan, Kontraksi Rahim yang lemah semasa tempoh kelahiran yang boleh disebabkan oleh keadaan exhaustion (kepenatan)
b) Faktor Anak - Saiz anak yang besar, boleh disebabkan baka dari pejantan yang besar atau pembentukan semulajadi anak yang besar dan tidak dapat melepasi laluan kelahiran (birth canal), Posisi kelahiran. Posisi anak yang terbalik boleh menyebabkan tersangkut pada laluan keluar, Kecacatan fetus juga bole mengganggu laluan kelahiran, seperti kepala besar (hydrocephalus), kematian fetus dalam kandungan juga boleh menghalang laluan jalan sekiranya tidak dapat diteran keluar oleh ibu, dan boleh mengakibatkan masalah kepada kelahiran yang lain...

Keguguran pada kucingKehamilan Palsu & PuncanyaKucing juga boleh mengalami kehamilan palsu atau false pregnancy yang sea...
06/05/2021

Keguguran pada kucing
Kehamilan Palsu & Puncanya
Kucing juga boleh mengalami kehamilan palsu atau false pregnancy yang seakan-akannya ialah kehamilan yang normal tetapi tidak mengandungi fetus. Kucing akan menunjukkan naluri untuk bersarang, perut bengkak, laktasi, muntah atau kemurungan.
Kehamilan palsu berpunca dari ketidakseimbangan hormon dan memerlukan perhatian perubatan. Tempoh kandungan kucing lazimnya 65 hari. Pemilik perlu alert dengan tempoh kandungan dan bila kucing itu dikenal pasti mating, dari situ anggaran kelahiran boleh dijangka.
Pada peringkat awal kandungan kucing induk, terdapat beberapa tanda fizikal lazim kucing yang bunting yang mana pet-owner boleh kenal pasti seperti puting susu membengkak dan menjadi lebih gelap warnanya, abdomen mengeras, lebih s**a mencari tempat bersembunyi/nesting. Manakala pemeriksaan di klinik akan dapat mengesahkan yang positif fetus pada ultrasound serta doktor boleh menjalankan palpation. ..

Keguguran pada kucingTanda-tanda Keguguran Pada KucingTanda-tanda awal keguguran kucing adalah berlakunya pendarahan pad...
05/05/2021

Keguguran pada kucing
Tanda-tanda Keguguran Pada Kucing
Tanda-tanda awal keguguran kucing adalah berlakunya pendarahan pada bahagian va**na yang tidak normal atau berlakunya pelepasan f***j yang berdarah serta mengandungi nanah.
Kucing akan mengalami muntah, cirit-birit, tertekan atau lesu atau demam. Ketegangan atau ketidakselesaan pada bahagian abdomen adalah tanda keguguran yang lain.
Pengesahan sama ada kucing anda mengalami keguguran dapat dibuat dengan menggunakan ultrasound atau pemeriksaan secara fizikal melalui kaedah palpation.
Apabila kucing mengalami keguguran, rawatan antibiotic akan diberikan bagi meminimakan risiko jangkitan oleh bakteria. ..

Keguguran pada kucingKucing anda mungkin mengalami keguguran kerana ketidakseimbangan hormon, masalah genetik pada janin...
04/05/2021

Keguguran pada kucing
Kucing anda mungkin mengalami keguguran kerana ketidakseimbangan hormon, masalah genetik pada janin, jangkitan bakteria atau masalah kesihatan yang lain. Selain itu, Kandungan boleh gugur disebabkan oleh ubatan yang kuat dan tidak sesuai untuk kehamilan, stress yang melampau, jangkitan kuman/virus semasa kandungan, trauma, paras hormon yang tidak seimbang dan ketidaknormalan kedudukan (congenital abnormalities) pada fetus.
Penyakit-penyakit keturunan juga boleh meletakkan kehamilan kucing pada risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran, seperti kecenderungan kesan dari penyakit FIP (Feline Infectious Peritonitis) atau penyakit-penyakit reproduktif.
Selain itu, stres yang teruk, trauma atau pemakanan yang kurang baik serta malnutrisi juga boleh menyebabkan kucing mengalami keguguran...

Menangani Kes Kucing yang Mengalami Kecederaan atau Patah Kaki. Jika kucing anda patah kaki, ikuti langkah-langkah berik...
03/05/2021

Menangani Kes Kucing yang Mengalami Kecederaan atau Patah Kaki.
Jika kucing anda patah kaki, ikuti langkah-langkah berikut:

· Dekati kucing dengan berhati-hati. Kucing biasanya akan menunjukkan rasa ketakutan atau resah. Anda kemungkinan perlu menggunakan sedikit kekerasan agar dapat memegangnya dengan kuat dan mengelakkannya dari mudah bergerak.
· Periksa kaki kucing dan pastikan sama ada kecederaan tersebut jenis ‘terbuka’ (tulang terkeluar dari kulit) atau ‘tertutup’ (tulang tidak terkeluar dari kulit).
· Dalam kes patahnya ‘terbuka’, sekiranya tiada bahan antiseptic boleh lah mencuci tempat yang luka dengan air bersih atau normal saline sebanyak mungkin. Jika mempunyai bahan antiseptic boleh cuci dengan menggunakan bahan antiseptic tersebut. Kemudian bilas dengan air bersih atau normal saline. Tutup luka dengan menggunakan kain bersih, sterile dressing atau kertas napkin. Ini dipanggil ‘dressing’. Bungkus dressing dengan menggunakan kain atau sebarang kain yang lembut. Ikat atau gunakan pita pelekat untuk memastikan agar ia tidak terbuka. Jangan ikat terlalu kuat, kemudian bawa lah kucing ke klinik dengan segera.
· Dalam kes yang patahnya ‘tertutup’, boleh letakkan atau gunakan sekeping kayu atau apa-apa benda yang sesuai pada sebelah kaki kucing. Ini dapat menyokong bahagian yang patah ini. Ikat kayu tersebut bersama kaki kucing yang patah. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pergerakan pada kaki kucing yang patah dan ini dipanggil ‘splinting’. Letakkan kucing di dalam kotak atau carrier dan bawa ke klinik dengan segera...

Menangani Kes Kucing yang Mengalami Kecederaan atau Patah Kaki. .Kecederaan atau patah kaki adalah merupakan sesuatu yan...
30/04/2021

Menangani Kes Kucing yang Mengalami Kecederaan atau Patah Kaki. .
Kecederaan atau patah kaki adalah merupakan sesuatu yang agak rumit untuk dikendalikan tetapi boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai asas dalam menangani kes-kes seperti ini.
Beberapa petanda yang menunjukkan kaki kucing mungkin patah adalah seperti:
· kaki dengan keadaan berjuntai
· kaki tempang dan berjalan dengan tidak normal
· sakit pada bahagian kaki
· kaki menjadi bengkak..

Penyakit Leptospirosis .Antara cara-cara untuk menangani dan mencegah risiko dijangkiti leptospirosis untuk diri dan kuc...
29/04/2021

Penyakit Leptospirosis .
Antara cara-cara untuk menangani dan mencegah risiko dijangkiti leptospirosis untuk diri dan kucing anda adalah seperti berikut:

Amalkan untuk mencuci tangan setelah bersentuhan dengan haiwan.
Kawal kucing anda daripada mengejar atau memakan tikus liar yang mungkin membawa penyakit leptospirosis.
Apabila kucing anda dijangkiti leptospirosis pastikan anda mengamalkan kebersihan diri semasa memegang atau memindahkannya.
Pemeriksaan dan rawatan segera akan dapat menyelamatkan nyawa kucing anda.
Gunakan disinfectan atau antibakteria apabila membersihkan permukaan benda atau lantai yang mungkin terkena urin haiwan yang positif leptospirosis.
Periksa dan kerap memantau sumber air minuman untuk kucing anda. .

Penyakit Leptospirosis Kucing yang dijangkiti bakteria leptospirosis akan menunjukkan gejala-gejala seperti:·         ti...
28/04/2021

Penyakit Leptospirosis
Kucing yang dijangkiti bakteria leptospirosis akan menunjukkan gejala-gejala seperti:
· tidak makan dan kehilangan selera secara drastik,
· diarrhea (Cirit-birit),
· demam,
· sakit-sakit otot
· mual-mual
· muntah,
· tubuh mengalami kekejangan,
· s**ar bernafas.
· batuk berdarah
Bagi kes yang severe boleh menyerang organ jantung, menyebabkan jaundice (kekuningan kulit dan pada putih mata), pembengkakan kaki dan tangan, sesak nafas dan batuk berdarah. Ini boleh juga menyumbang kepada kematian.
Pemeriksaan dan rawatan segera akan dapat menyelamatkan kucing anda yang mengalami penyakit ini.

Penyakit Leptospirosis Penyakit Leptospirosis ialah penyakit yang berpunca dari kump**an bakteria yang dikenali sebagai ...
27/04/2021

Penyakit Leptospirosis
Penyakit Leptospirosis ialah penyakit yang berpunca dari kump**an bakteria yang dikenali sebagai leptospira. Bakteria ini dapat menyebabkan jangkitan pada haiwan dan manusia.
Penyakit ini dikategorikan sebagai penyakit zoonotik di mana ia boleh dipindahkan daripada haiwan kepada manusia..
Manusia berisiko untuk dijangkiti penyakit leptospirosis apabila memegang tanah atau air yang telah terkontaminasi oleh urine atau darah haiwan yang dijangkiti leptospira. Tikus didapati menjadi antara menjadi punca utama penyebaran penyakit ini
Bakteria leptospira boleh masuk ke tubuh melalui membran mukosa atau lapisan lendir pada hidung, mulut, mata, serta kulit, atau pada luka terbuka.
Selain itu, jangkitan leptospira boleh terjadi sekiranya meminum air yang terkontaminasi oleh bakteria ini.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Kucing Ku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share