The Prof Aquatic Hobby

  • Home
  • The Prof Aquatic Hobby

The Prof Aquatic Hobby Sharing Knowledge with Underwater Community Lover. Here We Get Together....��

On x Onz Guys...??
09/10/2023

On x Onz Guys...??

Aqua Fair is back and it’s 𝐁𝐈𝐆𝐆𝐄𝐑 than ever! 🫧🪸🐠

𝐀𝐪𝐮𝐚𝐟𝐚𝐢𝐫 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑, the largest aquatic fair in the region is set to be a thrilling journey filled with new discoveries, engaging experiences, and a fresh perspective on the aquatic world. 🎉

As 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚’𝐬 𝐎𝐫𝐧𝐚𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐅𝐢𝐬𝐡 & 𝐀𝐪𝐮𝐚𝐭𝐢𝐜 𝐏𝐥𝐚𝐧𝐭 𝐒𝐡𝐨𝐰, this event is a 𝐌𝐔𝐒𝐓-𝐀𝐓𝐓𝐄𝐍𝐃 for just about any fish enthusiast and nature lover. Here’s why:🥰

🌈 80 tanks of exquisite Red, Gold and classic Arowana
🐡 200 tanks of magnificent jumbo-sized goldfish from overseas, making it a true international spectacle.
🐠 Witness the fiercest fish face-offs between Show Bettas, Wild Bettas, and more.
🌿 Immerse yourself in the artistry of Terrariums
🌎 100 leading manufacturers & suppliers from 10 countries, providing you with access to the best in the industry
🛍️ Over hundreds of aquatic equipment and supplies
💡 Learn from top aquarists and plant experts
🤝 Connect with fellow enthusiasts and build long-lasting friendships
Don’t miss out on the biggest fish-filled fun of the year!
🗓️: 𝟏𝟑-𝟏𝟓 𝐎𝐜𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟑
🕙: 𝟏𝟎:𝟎𝟎 𝐚𝐦 - 𝟕:𝟎𝟎 𝐩𝐦
📍: 𝐌𝐚𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐄𝐱𝐡𝐢𝐛𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
🎫𝐄𝐧𝐭𝐫𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐅𝐞𝐞: RM5/pax
*Children under 12 and senior citizens 60 & above enjoy free admission

08/08/2022

Sharing Keunikan Koleksi Arowana Sahabat² Arowana Malaysia...❤️

Jenis: Arowana Super Red

15/05/2022

Sharing Setup Dan Pemilihan Tema Aquascape.

AsSalam Dan Hai 😉 buat Semua Sahabat Sehobi Peminat hiasan air tawar sekalian, kalini min Just Sharing Setup Aquascape yang telah dipilih, kelihatan simple sahaja guys, namun memiliki Nilai Seni yang tersendiri.

BerTemakan Konsep Minimalis, "Tema Iwagumi” telah dipilih yang bermaksud dalam bahasa Jepong artinya “Formasi Batuan,” yang mengacu pada arsitektur batu, formasi, dan penempatan yang menentukan ciri-ciri design berkonsepkan Japan Style.

Hasil Seni aquascaping, adalah bergantung 100% pada teknik, kreativiti serta idea susunan oleh Aquascapers sendiri, bawaan elemen-elemen kesederhanaan yang elegan, dan komitmen dalam menciptakan suasana yang alami apabila diperhiaskan pada umum.

Dasar Iwagumi p**a disebut “Tanshoku Tanei” dalam bahasa jepong diterjemahkan menjadi “satu jenis tanaman, satu jenis ikan”. Ini berarti bahwa desainer aquascape selain penggunaan batu secara eksklusif, membatasi dirinya untuk hanya menggunakan satu spesies tanaman air dan satu spesies ikan.

Ps: Kami Akan Update Semula Aquascape Iwagumi yang sudah siap sepenuhnya selepas selesai mendapatkan tanaman2 yang bersesuaian dgn tema yang dipilih....semoga bermanfaat guys...see soonn....😉




07/04/2022

Awesome And Beautiful Of Quality Super Highback Arowana....❤️👍👍


❤️Perkataan Yang Indah Adalah ALLAH, ❤️Lagu Yang Merdu Adalah AZAN,❤️Media Yang Terbaik Adalah AL-QURAN❤️Senam Yang Siha...
02/04/2022

❤️Perkataan Yang Indah Adalah ALLAH,
❤️Lagu Yang Merdu Adalah AZAN,
❤️Media Yang Terbaik Adalah AL-QURAN
❤️Senam Yang Sihat Adalah SOLAT,
❤️Diet Yang Sempurna Adalah PUASA,
❤️Kebersihan Yang Menyegarkan Adalah WUDHU,
❤️Perjalanan Yang Indah Adalah HAJI,

💓Khayalan Yang Baik Adalah Ingat akan DOSA dan TAUBAT....

☺️Mudah-Mudahan Di Bulan Ramadhan Yang Suci Ini Hadir Membawa Iman Dan Takwa. (AMIN)

😄SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA😄

21/03/2022

Present to you the Black Super Red Indonesia Genetics....Just For Sharing Only Beautiful Of Arowana Vibes...❤️

21/02/2022

Sekali melompat.....berhenti jantung...😅

16/02/2022

🔴Arowana Berkualiti Tinggi Lebih Mudah Develop, Tanpa perlu proses Tanning Light yang kerap, sekadar pencahayaan dari luar atau sedikit sinar matahari, arowana baka berkualiti masih mampu develop shining level sisiknya.

Jika diletak dipersekitaran background gelap, base colour CEPAT menyerlah dan pekat. Sekitar beberapa minggu sahaja.

Selain Baka,Penjagaan Kualiti Air Dan Aspek Pemakanan (Diet) juga antara faktor yang mempercepatkan proses develop seseekor arowana.

Yang penting, Baka Indukkan mestilah terbaik.❤️

hanya sebagai contoh





🔴Antara Kejadian Yang Telah Menimpa Sahabat Sehobi Kita, Ikan Kembali Ke Genetik Asal Selepas Lama Pelihara....Declarati...
14/02/2022

🔴Antara Kejadian Yang Telah Menimpa Sahabat Sehobi Kita, Ikan Kembali Ke Genetik Asal Selepas Lama Pelihara....

Declaration Seller terhadap sesekor arowana adalah penting dalam mememilih Ikan Idaman..Arowana Mampu Hidup Bertahun, Paling Lama yang diketahui 40Tahun....40 Tahun jugalah ikan akan kekal dengan Genetik Asalnya.

⚠️Berniaga ikut cara Rasullullah SWT, Jujur Dan Amanah. Bukan sekadar Jual dan Lepas Tangan. Aniaya orang lain rezeki tak akan berkah, bila tak berkah kita tak akan kemana....





❤️❤️❤️

🔴Arowana Mati Selepas Tukar Air...???‼️Sebenarnya secara tidak sedar kita membuat sedikit kesilapan..contohnya selesai m...
13/02/2022

🔴Arowana Mati Selepas Tukar Air...???‼️

Sebenarnya secara tidak sedar kita membuat sedikit kesilapan..contohnya selesai membuang air dari dalam akuarium kita akan terus memasukan air paip secara terus! ini yang menyebabkan klorin lambat dinyahkan dari dalam air yang baru dimasukan..selalunya kita akan alirkan air masuk secepat yang mungkin.betulkan?

Ini adalah punca ikan terkejut dan kesukaran bernafas disebabkan klorin belum betul-betul dinyahkan dari air..lebih buruk lagi jika ikan sedang kekenyangan..tindak balas air akan meninggikan tahap ammonia didalam air dan menyebabkan ikan lemas.

Untuk mengesan amonia lihat pada buih-buih(bubble) di atas permukaan air,kelihatan sedikit likat!air juga kelihatan tidak nutral…seperti sedikit likat!

Tidak digalakkan menukar air 3jam selepas memberi ikan makan!Cara yang betul untuk menukar air akuarium ialah:

👉 pastikan main pump(filter) dimatikan.

👉pastikan semua lampu dimatikan utk mengelakan renjatan eletrik.

👉 buangkan maximum 60% air.

👉pastikan air bubble (air pump) sentiasa dinyalakan untuk membekalkan oksigen pada ikan .

👉bancuh anti clorin dengan air didalam baldi bersih.

(Sebaik-baiknya dibancuh sebelum air dikeluarkan dari akuarium).

👉 biarkan anti clorin sebati dengan air sekurang-kurangnya 15min(jika di bubblekan lebih baik)

👉masukan air paip secara perlahan(jangan tergesa-gesa @ terlalu cepat)

👉 masukan bancuhan anti klorin menggunakan gayung sedikit demi sedikit mengikut level air yang bertambah

👉 jangan beri ikan makan atau ganggu ikan 2jam selepas selesai semua proses diatas.

👉 perhatikan warna dan sikap ikan anda selepas menukar air,kerana pemantauan awal boleh menyelamatkan nyawa ikan anda!

Admin_Lia

🔴 Perbezaan Membeli Baby Arowana Dan Arowana Ready Display...Kenapa ada sesetengah penghobi, lebih lebih lagi Penghobi l...
12/02/2022

🔴 Perbezaan Membeli Baby Arowana Dan Arowana Ready Display...

Kenapa ada sesetengah penghobi, lebih lebih lagi Penghobi luar negara, lebih berminat dengan arowana yang ready display..??

Arowana Ready DISPLAY biasanya sudah siap sepenuhnya dari segi anatomi (Bentuk Badan), colouring dan spec sesekor arowana. Sistem Ketahanan Imunisasi Arowana juga lebih tinggi peratusnya berbanding arowana yang bersaiz kecil.

Mungkin Harganya Berbeza namun jika difikirkan semula betul2, Sama Sahaja Nilai Harga yang terkumpul dengan Harga Seseekor Arowana yang Ready Display, kita Untung dari segi Masa Dan Tenaga, ini kerana menjadikan seseekor Arowana yang perfect, warna lock dan lawa memerlukan Tenaga,Wang dan MASA selama BERBULAN2 malah ada sehingga Tahunan. Penggunaan Lampu Tanning Sahaja 54wtt utk 1 Lampu, Dipasang BerJam Sehari bersama water heater yang memakan belanja Kos Elektrik yang tinggi belum dicampur dengan kos rawatan air, ubatan dan sebagainya.

Arowana Seawal 3.5inci memerlukan penjagaan yang sgt rapi, tersalah cara risiko kematian adalah tinggi, dan 3.5 inci tidak sesuai untuk display bersama backgroud dalam laut atau bersama rumput tiruan ala2 mini garden gitu seperti kebanyakan penghobi baru buat, tiada step proses kenaikkan ring gold dan effect nya selepas setahun dua, ikan tidak berseri, ring bertompok2 atau tidak bersih sepenuhnya macam Arowana kawan2 yang lain.

Jika Dikira Konsep Nilai....Arowana Display Adalah Disarankan Bagi Penghobi, Beli Dan Siap untuk Diletak pada ruang tamu bersama lampu display yg jauh lebih murah penggunaan elektrik nya dan yang paling penting sekali tentang MASA anda tidak terbuang Bertahun bela, jika tersilap langkah akhirnya ikan tidak seindah seperti Jiran Sebelah, tapi kena hadap bertahun lagi.

Maka itu sahabat sekalian, Duit boleh dicari ,dikumpul namun Masa tidak boleh dibeli atau Dapat Dimana2....kumpul duit lebih cepat dari menunggu arowana naik warna...Untung lebih dari Nilai semasa...❤️❤️

Sekadar Pandangan.
_Admin Wan

🔴Silver Arowana (Osteoglossum bicirrhosum) Arowana ini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan Penghobi Baru yang ingin be...
12/02/2022

🔴Silver Arowana (Osteoglossum bicirrhosum)

Arowana ini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan Penghobi Baru yang ingin belajar memelihara Arowana, Berasal dari Amazon Basin.

Ianya mempunyai sirip dan ekor yang panjang dan sisiknya dipenuhi dengan warna perak, dan biasanya ikan arowana perak ini adalah jenis arowana kelas yang paling ekonomi jika dibandingkan dengan jenis-jenis spesis Arowana yang lain serta ianya juga senang dipelihara.

Terdapat juga spesis yang serupa iaitu Black Arowana dimana ikan ini berwarna kelabu kehitaman.

Jadi Bagi Penghobi Baru, boleh try bela arowana jenis ni dulu, harganya mampu milik. ❤️👍



🔴Arwana Emas Ekor Merah (RTG) Arowana Golden Red, berasal dari beberapa wilayah Indonesia, seperti Pekanbaru, Riau dan b...
12/02/2022

🔴Arwana Emas Ekor Merah (RTG)

Arowana Golden Red, berasal dari beberapa wilayah Indonesia, seperti Pekanbaru, Riau dan beberapa daerah lain di Sumatera
Arowana jenis ini mempunyai sifat yang sangat agresif sehingga sukar untuk ditangkap

Warna ciri khas ikan Arwana Merah Emas ialah biru, hijau dan keemasan
Ikan ini boleh membesar sehingga 90 cm panjang

Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima. Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam.

❤️Jenis ini juga agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super highback

🔴Myanmar Arowana (Batik Arowana)Jenis Batik Arowana mempunyai corak badan yang unik dan cantik. Sisik yang berbentuk cor...
11/02/2022

🔴Myanmar Arowana (Batik Arowana)

Jenis Batik Arowana mempunyai corak badan yang unik dan cantik. Sisik yang berbentuk corak seakan kain batik dan kelihatan Rare guys.

Warna badan Arwana jenis ini sendiri kelihatan dominan, seperti warna gangsa yang digabungkan dengan warna perak.

Kitaran harga jauh lebih berbeza dari Arowana Green Malaysia.

🔴Arowana Hijau (Nami Green Arowana)‘Green Arowana’ , Ada Juga Spesies Green jugak namun corak ada sedikit berbeza di Bah...
11/02/2022

🔴Arowana Hijau (Nami Green Arowana)

‘Green Arowana’ , Ada Juga Spesies Green jugak namun corak ada sedikit berbeza di Bahagian Tepi Kepala yg dikenali sebagai Nami Green, Jenis Arowana "Green" biasanya memiliki tubuh hijau kelabu gelap dengan ekor bergaris hijau kekelabuan. Bentuk kepelbagaian ini adalah sebuah perbezaan besar dibandingkan dengan pilihan-pilihan lain dengan kepala atau porsi mulut yang lebih besar dan bulat.

Ini adalah salah satu spesis yang paling banyak di Asia dimana ianya banyak terdapat di Malaysian , Indonesia, Thailand dan lain-lain. Harganya juga amat berpatutan dan senang dibiakkan.

🔴Arowana Banjar (Banjar Red Arowana)Arowana Banjar memiliki warna merah level 2, namun tidak nampak seperti ikan arowana...
10/02/2022

🔴Arowana Banjar (Banjar Red Arowana)

Arowana Banjar memiliki warna merah level 2, namun tidak nampak seperti ikan arowana merah. Panjang total jenis ikan arowana Banjar bisa mencapai 90 cm. Untuk memelihara ikan Banjar red arowana, diperlukan akuarium besar karana pergerakan Arowana Jenis Ini sangat aktif.

Bentuk dan warna Arowana Banjar adalah warna sirip seakan oren, ekor yang berwarna kekuningan.

🔴Pemilihan Saiz Yang Ideal Bagi Newbie Yang Baru Mencuba Memelihara Arowana.Jika Kurang Berkemampuan, Penghobi baru bole...
09/02/2022

🔴Pemilihan Saiz Yang Ideal Bagi Newbie Yang Baru Mencuba Memelihara Arowana.

Jika Kurang Berkemampuan, Penghobi baru boleh membeli Arowana Bersaiz Kecik.Saiz Kecil Yang Dicadangkan Adalah 6 Inci Keatas,

Harga Arowana Bergantung Pada Kualiti Indukkanya, Kebiasaannya Arowana Gred Tertinggi Dipasarkan DiLuar Negara.

Setiap Arowana Berbeza Seni Keindahannya, Dan Hakikatnya Semakin Rendah Harga, Semakin Kurang Kualitinya Arowana itu yang pasti.

Kenapa mesti saiz 6inci..?? Kerana Penghobi boleh menilai Potensi Ikan Sebelum Dipelihara Bertahun, Dengan Saiz demikian juga anda boleh menilai kualiti Arowana dan jenisnya sama ada Adakah betul MGBB, Super High Back Atau Highback yang ditanda oleh Seller.

⚠️BERHATI HATI DENGAN SCAMMER YANG MENJUAL AROWANA HANYA SEKADAR MELARISKAN JUALAN DENGAN MENIPU JENIS AROWANA YANG DIJUAL. Biasanya mereka akan menjual saiz 3.5 inci untuk mengaburi mata Penghobi dimana pada saiz berkenaan adalah sukar menentukan Jenis Kualiti Arowana.

Selamat Berhobi Guys, Nikmati Proses Arowana Membesar Dan Sharing Bersama Komuniti Minat Yang Sama.....♥️

Admin_Farah


🔴Khasiat Daun Ketapang untuk Ikan Arowana.1. Pemberian ekstrak daun ketapang ke dalam tangki arwana akan menjaga kesihat...
06/02/2022

🔴Khasiat Daun Ketapang untuk Ikan Arowana.

1. Pemberian ekstrak daun ketapang ke dalam tangki arwana akan menjaga kesihatan ikan arwana, kerana tannin yang merupakan sebahagian atau bahan daun ketapang dapat mencegah penyakit dan bakteria yang boleh tumbuh di dalam tangki.

2. Pemberian ekstrak daun ketapang membuatkan ikan arowana kurang tertekan, kerana airnya seperti air di habitat aslinya. Selain itu, daun ketapang ini berguna untuk membuat air menjadi lembut (mengurangkan pH air).

3. Dengan ekstrak daun ketapang ini, anda boleh menyerlahkan warna arowana anda.

Cara pemberiannya juga mudah kawan-kawan, rendam dulu daun ketapang di tempat lain, setelah tannin bertukar warna airnya...baru boleh masukkan ke dalam tangki arowana sama ada arowana super merah atau emas.

🔴APA MAKSUD AROWANA YANG BERVARIASI F SERIES DIBELAKANG NAMANYA..?? Contoh Arowana F2, Arowana F3...Biasa Dengar Arowana...
05/02/2022

🔴APA MAKSUD AROWANA YANG BERVARIASI F SERIES DIBELAKANG NAMANYA..??

Contoh Arowana F2, Arowana F3...

Biasa Dengar Arowana Golden, Blue Base, Green Base je..Betul tak? dalam keturunan ikan arowana ni, jika dari induk liar tu kita just breed kn saja satu jenis dan tidak membuat kacukkan dengan jenis arowana lain. Contoh, Gold DiBreed Dengan Super Red, atau Mgbb Dibreed dengan Red Tail Arowana dan sebagainya demi menjaga bloodline serta warisan potensi kualiti tinggi dari indukkan liarnya.

PureBreed variasi keturunan seterusnya tu, boleh la di kategori kan sebagai purebreed:

👉F0 + F0 = purebreed,
👉F0 + F1 = purebreed,
👉F1 + F2 + F3 = purebreed,
👉F0 + F3 = purebreed. so, selagi dia berketurunan F, dia adalah purebreed.

Apa Maksud dan Ciri2 PureBreed..??

👉F0 - liar dari habitat sungai/tasik (tidak boleh di pasarkan utk hiasan, hanya utk breeding SAHAJA)

⚠️"Hanya ikan ternakan sahaja yang dibenarkan untuk didagangkan. Di sini peranan mikrocip pensijilan Convention on International Trade in Endangered Species (CITES) amat penting dalam mengenal pasti ikan yang diternak dan boleh didagangkan.⚠️

👉F1 - variasi dari F0 (boleh di pasarkan, tapi dalam NEGARA PENGELUAR SAHAJA)

👉F2 - variasi dari F1 (boleh di pasarkan di mana2 pasar di seantero dunia)

👉F3 - variasi dari F2 ( sama utk F2)

Kualiti Arowana BERVARIASI F Series memang menjadi kegilaan peminat ikan hias sedunia, Ini kerana Arowana F Series terbukti terserlah keajaiban sesiapa yang memandangnya. Dan harga untuk Kualiti Arowana F Series juga tidak lah semurah arowana yang tiada F Series dibelakangnya.

Harga Standart Kualiti F2 Bermula Rm750.00 Dan Keatas mengikut Kualiti. Jika Harga F2 Dibawah Paras Rm500.00 Bersaiz Besar, sila bertanya betul betul dengan penjual tersebut. Harga JackPot Jarang bernasib Baik, bela 10 tahun ikan kawan lagi cantik bila besar....😅

Maka berhati hatilah dengan peniaga yang menjual indukkan arowana yang bersaiz 3.5inci, ini kerana potensi sesekor Arowana hanya boleh dinilai pada Saiz 6-7inci keatas guys.

♥️Kepuasan melihat sesuatu yang indah itu tak ternilai untuk diri sendiri dengan hanya beza sedikit sahaja harganya. Dan Riwayat Umur Arowana boleh Hidup Sekitar 35-40 tahun mengikut cara penjagaannya.

♥️♥️ Beli yang Asli , Bertahun Puas Hati..♥️♥️

Selamat Berhobi Sahabat2 Semua.

🔴ASAL USUL NAMA KELISA EMAS DAN KONSEP KEMAHIRAN DALAM MENILAI SESUATU YANG BERHARGA.👉Pada masa dahulu, arowana dikenali...
05/02/2022

🔴ASAL USUL NAMA KELISA EMAS DAN KONSEP KEMAHIRAN DALAM MENILAI SESUATU YANG BERHARGA.

👉Pada masa dahulu, arowana dikenali sebagai ikan kelisa. Dalam kalangan peminat ikan hiasan p**a, ikan ini dikenali sebagai arowana. Pada sekitar tahun 1970 bagi penduduk berdekatan Tasik Bukit Merah, Semanggol di daerah Kerian, Perak, ikan ini tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dibandingkan dengan ikan air tawar lain seperti lampan sungai, terbul, tembakang, dan sebarau.

👉Ikan kelisa dikatakan ditangkap dengan mudah dan banyak di tasik dan sungai-sungai sekitarnya.

👉Ketika itu, tidak ada sesiapa pun menyangka ikan kelisa yang mereka jadikan lauk itu suatu ketika nanti menjadi simbol dan sumber kekeyaan serta mampu menjana pendapatan negara yang bernilai jutaan Ringgit.

⚠️Kelisa adalah Hidupan Liar Yang Dilindungi, Tidak Dibenarkan Menangkap Di Hidupan Liarnya. Jika Tertangkap Anda Boleh Didakwa.⚠️

Admin_Lia

Creadit Gambar :



05/02/2022

Wow...‼️‼️ Ada Port Arowana Sambil Pekena Kopi la Guys....Siapa pernah pergi..?? Macam menarik je geng....

Kreadit to Otai
_Admin_Lia








04/02/2022

🔴PENGENALAN IKAN AROWANA (IKAN KELISA)

Arowana Asia atau genus Scleropages formosus, tergolong dalam keluarga Osteoglossidae, keturunan ikan yang mempunyai struktur lidah bergigi atau lebih dikenali sebagai Bony-tongued.

Arowana Ini Hanya ditemui di negara-negara seperti Afrika, Amerika Selatan, Australia, Bolivia, Brazil, Colombia, Madagascar, Papua New Guinea, dan Venezuela.

👉Arowana Emas:

Terdapat dua sub-variasi bawah kategori Emas iaitu Arowana Emas Malaysia atau Malaysian Golden (berasal dari sungai-sungai dan tasik-tasik besar di Malaysia) dan Arowana Emas Indonesia atau Red Tail Golden (berasal dari Pekanbaru, Sumatera, Republik Indonesia).

👉Arowana Merah:

Terdapat dua sub-variasi bawah kategori Merah iaitu Arowana Chili Red (berasal dari Sungai Kapuas, Kalimantan, Republik Indonesia) dan Arowana Blood Red (berasal dari Tasik Sentarum, Kalimantan, Republik Indonesia).

👉Arowana Hijau:

Terdapat dua sub-variasi bawah kategori Hijau iaitu Arowana Common Green (berasal dari kebanyakan sungai dan tasik besar air tawar di negara Asia Tenggara - tidak termasuk negara Filipina) dan Arowana Yellow Tail (berasal dari Banjarmasin, Sumatera, Republik Indonesia).

_Admin The Prof Aquatic






PERKONGSIAN ILMU AROWANA/IKAN KELISA “ KAEDAH TANNING “ (MENAIKKAN LEVEL RING)Tanning dalam bahasa erti mudah fahamadala...
03/02/2022

PERKONGSIAN ILMU AROWANA/IKAN KELISA

“ KAEDAH TANNING “ (MENAIKKAN LEVEL RING)

Tanning dalam bahasa erti mudah faham
adalah, mendeddahkan kulit pada sinaran cahaya.

Secara umumnya, tanning terbahagi kepada 2 :-
1.Sun Tanning - Pencahayaan menlalui matahari
2.Tanning Light - Pencahayaan menlalui Lampu..

Tanning bukan sahaja pada ikan arowana ttp segala benda yang hidup, di negara luar terutamanya dia negara 4 musim, masyarakat umumnya kerap berjemur untuk mengelapkan kulit mereka dan pada yang berkemampuan akan tanning kulit mereka dengan tanning light.

Secara am, lampu tanning pasti mempunyai 2 element iaitu UVA & UVB untuk merupai cahaya matahari..

UVA - Bersifat cerah dan mempunyai haba yang panas
UVB - Bersifat kekuningan merupai cahaya pagi untuk menghasilkan Vit D3 dan mengalakkan penyerapan Kalsium..

*Uvc - adalah lampu Uv yang mematikan kuman,alga & bacteria .

Setiap haiwan reptile seperti Iguana, Kura-kura, Ular ataupun hidupan yang perlu UVA & UVB untuk kelangsungan hidup yg sempuran jika dipelihara tanda dedah pada cahaya matahari..

Antara sebab lampu tanning pasti ada element UVA & UVB seperti ada pada lampu
TICA Aro - 10,
Kintons T5HO,
AquaZonic,
Acardia
Fluval
Aro Guard
Helios
Mayin
Ati
Nec
Katana
Dll ( Aquarium used )

lampu ada kelebihan masing2.
Jangan ditanya lampu mana yang terbaik sbb sy tidak dibayar untuk promote lampu 🙏🏻.

Ada juga lampu Uva & Uvb lain seperti ExxoTerra khas utk reptile .

T4/T5/T6/T8 etc - Merujuk pasa size lampu
@ tube

Ho - High Output
Lo - Low Output

Contoh.
T5Lo 4ft 28watt & T5ho 4ft 54watt
T5lo 3ft 21watt & T5ho 3ft 39watt

Kelvin adalah color code warna pada lampu..
angka kematian tinggi

4-6” Soft Tanning guna 2 biji tornado atau pll light/1 Lampu tanning T5/LO 3 bulan
-potensi MGBB >> lvl 4 hingga lvl 5 dengan sedikit chu
- potensi MGBB GH>> gold dust pada bahagian Xback dan GH
>angka kematian berkurangan

Pada saiz ini ikan dipilih dan peratusan 70-80% sahaja yang akan bakal jadi MGBB ke atas selebihnya akan jadi SHB (MG Downgrade)

6-9” Semi Hard Tanning 1-2 lampu tanning T5 selama 6 bulan (pengalaman guna Aquanice,Kintons,Tica)
-XB clear dan GH 10-50%
-Chu dah siap sekurang2nya 1 baris ke atas
>angka kematian sangat rendah

9-12” Hard Tanning dengan 2 lampu dengan kekuatan minima jumlah 100W keatas 👈🏻

———-

Bila sebut sahaja watt, akan pasti libatkan bil TNB ,Setiap watt yang kita guna adalah setiap sen yang dikeluarkan. Saya ambil balik penerangan berkaitan bil TNB sebelum ini.

👉🏻Tanning tetapi takut bil TNB tinggi👈🏻

Sering kali terbaca dari group arowana mengeluh bil TNB tinggi 😅😅, betul ker hobby arowana ini mahal 🧐🧐 Mahal @ Murah ada pekara yang subjective untuk bicara....

Cara saya tanning mungkin out of dated atau lebih tepat cara lama, sebahagian aro keeper PM/DM tepi bertanyakan kenapa bil TNB sy rendah sahaja..

Jawapannya mudah sahaja, ♻️Go Green technology ♻️, tetapi apa kaitan dengan tanning 🧐🧐

Sebelum ini ada sebahagian nitizen persoalkan kenapa saya tanya “ Berapa jumlah lampu dan berapa watt ?

Saya buat kiraan agar jumlah Kilowatts/Hour “ Kwh pergunaan saya sebulan..dan pengunaan Kwh sy sbln 200-300kwh shj..

Secara amnya Watt lampu yang diberitahu adalah pengunaan untuk Sejam,

Contoh : saya guna Lampu tanning berukuran 54watt ..

Kiraannya

54watt x 24hrs x 31days = 40,176/1000
= 40.176Kwh

Jumlah Kwh x rate terakhir @ tertinggi dalam bil kita.. dan disebabkan bil sy sekadar dalam rate 200-300kwh.. saya guna tariff 0.3340

40.176 x 0.334 = RM13.41sen shj utk 1batang lampu..

Andai kata saya guna 2 btg
40.17 x 2btg = 80.34kwh
80.34kwh x 0.334 = RM26.82

Andai kata saya guna 3 btg
40.17 x 3 = 120.5Kwh
Dalam tariff TNB
201-300 Kwh = RM0.334sen
301- 600kwh = RM0.516 sen

= 100Kwh x 0.334 + ( 20kwh x 0.516 )
= RM33.40 + RM10.57
= RM44.97sen sbln...

*Kiraan ini sekadar pengunaan lampu sahaja dan tidak termasuk perkakas yang lain seperti lampu UV, Heater dll 😂😂

😀Andaikata cost untuk siapkan ikan lebih tinggi, beli @ adopt la ikan yang dah siap @ hampir siap.. Kerana sebahagian seller/groomer tanning ikan dalam quantity yang banyak @ lebih dari sekor dalam FGT, atas sebab itu harga @ mahar jualan agak reasonable.

Ramai seller Arowana terutama spec MG yang jual ikan sudah siap & hampir siap.. Layan display shj tanpa perlu pikir lampu tanning & cost electric. Pilihan ditangan anda..

Ini sekadar pandangan saya sahaja berkaitan dengan Tanning, sedikit sebanyak mungkin dapat membantu, kemungkinan ada salah dalam atikel ini, saya mohon seribu kemaafan.


Sabar Dalam Proses Perubahan Kecantikkan Arowana adalah Bentuk Nikmat Kepuasan Buat Penghobi Arowana Malaysia...❤️
02/02/2022

Sabar Dalam Proses Perubahan Kecantikkan Arowana adalah Bentuk Nikmat Kepuasan Buat Penghobi Arowana Malaysia...❤️



22/08/2021
15/05/2021

Update 5.5in....
Memilih yang Berkualiti, Hasilnya Memuaskan...

Berbaloi dengan Masa,Tenaga Dan Wang.

AROWANA MALAYSIA GOLDEN BLUEBASE PURE BREED KHAZANAH NEGARA.



Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Prof Aquatic Hobby posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share