15/12/2019
Alhamdulillah.. Kucing saya bawak balik dari Sarawak ke Semenanjung baru² ni. Kucing ni saya bela 3 tahun di Sarawak.. Ni bila dapat pindah Semenanjung, saya janji dengan Cheddar untuk bawa dia sekali sebab dia memang manja n tiap² malam tidur dengan saya. Walaupun urusan susah sikit, xpalah sebab dah sayang mcm ahli keluarga hahaha.. Tapi kena kuarantin dulu 2 minggu kat stesen kuarantin KLIA dulu..
Edit post:
Bismillah.. sy sharekan prosedur nak bawa balik meow dari Sarawak ke Semenanjung ya. Agak panjang post ni tapi sebenarnya mudah saja ☺️☺️
Klinik haiwan
🔽
Pejabat veterinar daerah
🔽
Jabatan Kuarantin (MAQIS)
🔽
MAS
🔽
Pejabat Kuarantin KLIA
🔽
Stesen Kuarantin KLIA
Untuk bawa kucing ke semenanjung dari Sarawak, permit import tak perlu lagi dibuat di Semenanjung. Nak uruskan bawak balik kucing ni ada 2 cara, satu buat semua sendiri dan satu lg melalui ejen. Disebabkan saya nk buat sendiri saya google dan telefon banyak pihak seperti pejabat veterinar, MAQIS untuk dapatkan maklumat. Alhamdulillah mereka sangat membantu ☺️😘
Ok kita mula ya:
1. Dapatkan 3 jenis suntikan (wajib) di klinik haiwan terdekat: suntikan rabbies, suntikan vaksin, mikrochip
-Suntikan rabbies rm75 (lebih murah kalau di klinik kerajaan)
-Mikrochip rm100
-Suntikan vaksin rm60 ( lebih murah kalau di klinik kerajaan)
2.Selepas dah lengkap rawatan, bawa rekod suntikan ni semua pegi ke pejabat perkhidmatan veterinar daerah. Saya buat di Miri bersebelahan dengan Grand Palace Hotel
3. Di pejabat veterinar, isi lengkap borang untuk mendapatkan permit eksport dan sijil kesihatan. (Isi lengkap supaya nanti datang semula bawa kucing untuk pemeriksaan, 2 dokumen sudah siap, tinggal sign doktor je)
4. Pada masa yang sama, jumpa doktor veterinar kat situ untuk buat temujanji pemeriksaan kesihatan kucing. Pemeriksaan dibuat mengikut temujanji sahaja dan waktu pagi sahaja. Hanya doktor veterinar dari pej veterinar sahaja yang boleh keluarkan permit dan sijil.
5. Pada hari temujanji, bawa kucing untuk diperiksa. Pegawai akan menjalankan pemeriksaan. Selepas selesai, pejabat veterinar akan beri permit eksport dan sijil kesihatan. (Boleh rujuk gambar)
- Permit eksport rm5 (valid 60 hari)
- Sijil kesihatan rm5 (valid 7 hari)
6. Ok, ini special case sebab di Sarawak sudah ada pekeliling mengharamkan kucing/ anjing dibawa keluar dari Sarawak memandangkan kes rabbies banyak berlaku. Tapi ada pengecualian jika ada surat kelulusan dari MAQIS (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Putrajaya). Kalau dari Sabah, tak perlu.
7. Buat surat rasmi kepada Pengarah MAQIS memohon untuk kebenaran membawa balik kucing ke semenanjung dan e-melkan kepada pegawai MAQIS yang berkenaan. Pastikan dilampirkan rekod rawatan, permit eksport, sijil kesihatan dan beberapa keping gambar kucing dalam surat tersebut.
8. Alhamdulillah, dalam masa beberapa hari sahaja saya dah dapat reply surat kelulusan dari pihak MAQIS. Pantas dan efisien mereka. Tq 😘 ( Boleh rujuk gambar)
9. Kucing dari Sarawak ke Semenanjung perlu dikuarantinkan selama 2 minggu di stesen kuarantin KLIA. Agak² dulu bila nak tarikh nak terbang tu (jangan beli tiket flight dulu).
Tarikh tempahan kuarantin perlu tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh bawa kucing terbang. Call stesen kuarantin KLIA untuk book bilik ikut tarikh yang kita nak. Kalau nasib baik, ada kosong, kalau tak, kena tanya bila ada kekosongan.
10. Caj satu hari rm5. So 14 hari rm70. Kalau book melalui telefon dia akan reserve selama 3 hari untuk membuat pembayaran. Yang ini kebetulan saya balik smjg dulu, jadi sy dpt pergi ke sana utk bayar. Nanti kita diberi no bilik kucing, salinan tempahan kuarantin dan resit pembayaran. (Boleh rujuk gambar)
11. Ok, da boleh book tiket kapal terbang untuk balik dgn kucing. Ada dua cara: satu MAS Cargo, satu lagi naik flight dgn kita tp dia di bawah lah hehehe. Harga kucing dikira mengikut kilo. Haritu Cheddar 7kg sekali dgn carrier. So kena charge rm147. Adjust masa supaya boleh sampai awal sebab kena sampai stesen kuarantin sebelum pukul 7.00 petang.
12. Tiket kapal terbang, ikut harga semasa. Tak perlu ambil yang ada muatan beg kalau nak jimat harga tiket sebab kucing dikira berat lain.
13. Kalau sijil kesihatan expired, boleh walk-in ke pejabat veterinar untuk renew. Kena bayar rm5.
14. Hari nak fly tu, bwk je kucing pergi ke kaunter, tunjuk dokumen² yg perlu, byr rm147 tu, setel. Staf Mas akan bwk kucing kita ke ruangan kapal terbang. Oh ya, flight MAS sahaja ya yang dibenarkan bawa kucing. Pastikan kucing dalam carrier yang sesuai ye. Boleh rujuk gambar carrier saya guna.
Sampai di KLIA:
15. Pegi ke pejabat kuarantin ( berdekatan dengan tempat mengambil bagasi). Bgtau kita nak declare kucing, nanti staf akan bg kita borang² yang perlu diisi. Bayar rm25. Kita akan diberi borang iringan, borang pemeriksaan konsainan, surat akujanji dan resit.
16. Sambil tu, nnt ada staf hntr kucing ke pejabat. Pegawai kuarantin akan scan mikrochip pada kucing. Pastu dah boleh bwk pegi stesen kuarantin klia.
Stesen kuarantin KLIA
17. Kena sampai sana sebelum pukul 7.00 petang ya.
18. Terus bawa kucing pergi ke bilik yang dah diberikan. Bilik besar, ada aircond, ada cage juga disediakan
19. Makanan, minuman, pasir kena sediakan sendiri ya. Pembersihan pon kena buat sendiri. Tu sebab ada yang upah agent.
20. Boleh melawat kucing hari² tapi ikut waktu lawatan ya. ( ada saya sertakan masa lawatan di gambar)
Setakat tu sahaja yang saya dapat kongsi sebab kucing saya baru hari ketiga sampai. Nanti cukup 2 minggu saya update lagi prosedurnya ☺️☺️
Total kos yang perlu ditanggung:
- suntikan vaksin rm60 (lebih murah kalau di klinik kerajaan)
- suntikan rabbies rm75 (lebih murah kalau di klinik kerajaan)
- mikrochip rm100
- sijil kesihatan rm5
- permit eksport rm5
- tiket flight MAS - ikut harga semasa
- kucing checked in flight - rm147 ( ikut berat. Cheddar 7 kilo cmpur berat carrier)
- tempahan bilik kuarantin rm70 untuk 14 hari
- bayaran declare import kucing rm25
Jangan risau ya, mcm rumit, tp x pon sebenarnya sebab saya explain panjang lebar hahaa.. Kalau ada apa² x faham, bolehlah tanya ya. Kalau dari Sabah saya x pasti kena kuarantin atau tidak.
Semoga bermanfaat.. InshaAllah🥰🥰 Kalau nak share silakan, semoga dapat bantu rakan² yg nak bawak balik anak² bulus ☺️
Terima kasih semua yang mendoakan saya dan Cheddar. Aaminn.. semoga kita dimurahkan rezeki semua 🥰🥰
- Azida Alzahari -