21/07/2022
Peringatan buat kawan-kawan yang kaki hiking, s**a jungle tracking, dan aktiviti camping. Benda ni selalunya kita terlepas pandang.
Sekiranya terjumpa dengan timbunan daun-daun kering macam ni, tak kiralah daun buluh ke, daun pokok getah ke, pelepah kelapa sawit ke, jangan hampiri timbunan tersebut.
Kemungkinan besar itu adalah sarang ular Tedung Selar.
Ular jenis ini menjadi lebih agressif ketika sedang mengeram telurnya!
Bisa dari patukannya boleh membunuh!
Kelewatan sampai ke hospital, boleh membawa maut. Apatah lagi, kalau kalau kita jauh di dalam hutan dan tapak perkhemahan yang agak pendalaman.
Jadi, berjaga-jagalahlah kalau korang hiking, jungle trekking ataupun camping tu.
Bacaan lanjut: https://ms.wikipedia.org/wiki/Ular_Tedung
Kredit: nitizen malaysia