06/11/2023
今天05/11/2023星期日是签名截止日期,明天我们就会带着你们的签名,去和百乐县市议会谈关于解决流浪狗问题的最佳方案。我们相信除了残忍的捕杀,一定还有更好的解决办法。
我们百乐毛孩之家代表狗狗们由衷感谢下列各界帮忙:
-所有百乐县的居民
没有你们的签名,我们没有机会和筹码去跟县议会和平请愿,谈关于解决流浪狗的问题,你们的签名,是我们最大的勇气和鼓励。
-YB梁耀雯
谢谢YB梁耀雯愿意帮我们和市议会接洽,让我们有面谈的机会。
-百乐县大大小小的商店和餐馆
谢谢你们愿意让我们把签名表格放在你们的店,以方便民众签名。
-所有分享此次流浪狗被暴力对待事件的人们
你们的大力分享和转发,尝试引起有关当局的关注,让我们知道还有你们做我们的后盾。
流浪狗是全球性的课题,不是一朝一日的可以解决的事情,流浪不是狗狗的本意,可以有家他们也不愿意流浪。但是相信只要聚集大家的力量,有朝一日一定可以改变他们的命运,让这次的悲剧不再重演,而此次被暴力打死的狗狗也不会白白牺牲。
Hari ini adalah tarikh terakhir untuk tandatangan petisyen mengenai isu pembunuhan kejam terhadap anjing liar di Daerah Bera. Besok, kami akan membawa tandatangan anda untuk berbincang dengan Majlis Daerah Bera mengenai penyelesaian terbaik untuk masalah anjing liar. Kami percaya bahawa selain daripada pembunuhan yang kejam, pasti terdapat cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini.
Kami, dari Bera FurKids Association, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami, termasuk:
Semua penduduk Daerah Bera
Tanpa tandatangan anda, kami tidak akan mempunyai peluang untuk berunding secara aman dengan MDB. Tandatangan anda adalah sokongan terbesar bagi kami.
YB Leong Yu Man
Terima kasih kepada YB kerana membantu kami berhubung dengan MDB dan memberi kami peluang untuk berbincang.
Kedai dan restoran di Daerah Bera
Terima kasih kerana membantu kami dengan membenarkan kami meletakkan borang tandatangan di premis anda untuk kemudahan orang awam menandatangani.
Semua yang berkongsi insiden keganasan terhadap anjing liar di media sosial
Terima kasih atas usaha anda dalam perkongsian dan penyebaran pasal insiden keganasan terhadap anjing liar dan cuba menarik perhatian pihak berkenaan.
Masalah anjing liar adalah isu global yang tidak boleh diselesaikan dalam sehari. Anjing juga ciptaan Tuhan dan mereka juga tidak mahu hidup sebagai anjing liar. Namun, kami percaya bahawa dengan usaha bersama, satu hari nanti kita boleh mengubah nasib mereka dan mencegah tragedi seperti ini berulang.