07/09/2021
Alhamdulillah, +-10000 botol Ubax sudah terjual. Nak nangiss.
Terima kasih Ya Allah.
Semuanya bermula hujung tahun lalu, bila Mek ja nampak kes pengangguran dan kehilangan pekerjaan naik mendadak akibat PKP tahun lalu. Ramai nak minta jadi agen produk produk di shopee.com.my/mekjaa88.
Sebagai usahawan tegar, benda-benda macam ni pastinya mengusik jiwa kita. Jadi, terpaksalah Mek ja buka mata, perah minda, mencari peluang untuk turut sama membantu.
Pukul 10 malam wasup personal marketing Ubax inform nak buat website dan menyatakan Ubax akan bantu ramai usahawan diluar sana.
Percaya atau tidak, 9 bulan lalu kami bermula dengan sedikit knowledge. Semuanya kami hantam dulu. Pelan-pelan belajar buat bancuhan sendiri. Alhamdulillah sekarang, nak buat ubat apa pun Mek ja boleh buat. ๐
Percaya atau tidak, minggu-minggu awal dulu, duit keluar sahaja tapi masuk jugak๐
Percaya atau tidak, semua Mek ja buat sendiri dari cari bahan mentah, buat bancuhan, buat pengeluaran, packaging, jawab wasup, pergi pos. Nak berak kencing pun dalam seluar. Sekarang semua kurier berebut Mek ja๐
Percaya atau tidak, masa mula-mula dulu, Mek ja rugi jugak sebab banyak botol pecah. Masa tu belum pandai cara handling.
Percaya atau tidak, dalam pening-pening kepala PKP ni, Mek ja dah ada staf, stokis dan agen yang dapat jana pendapatan dengan Ubax๐ญ
Percaya atau tidak, banyak sangat testimoni pengguna Ubax yang berjaya selamatkan kucing mereka. ๐ญ
Mungkin 10000 botol tak banyak bagi orang lain, tapi pada Mek ja, pecah satu tembok, cipta satu rekod baru. Alhamdulillah.
Jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha kami. InsyaaAllah Mek ja akan berkerja dengan lebih kuat untuk improvise kualiti Ubax dan mampu membanggakan pencinta kucing dan mampu jual 20000 botol sebulan. Amin.
Orang kata kejayaan kecil hari ini, adalah usaha semalam. Salah tu, kejayaan hari ni bermula 9 bulan lepas ๐. Dan kejayaan kecil hari ini akan memberi inspirasi dan motivasi untuk Mek ja hantam kuat lagi pada bulan-bulan mendatang.
Allahu, terasa cepat sangat 9 bulan berlalu. Kalau Mek ja mengandung nak beranak dah sekarang. Alang alang dah beranak awal malam ni Mek ja akan terus ajar baby berjalan supaya boleh terus berlari.๐
Kalau teringin jadi sebahagian team Ubax boleh klik sini ya
http://wasap.my/+601164566739/nakjointeamubax