Astana Bulus Comel

  • Home
  • Astana Bulus Comel

Astana Bulus Comel Perkongsian foto-foto, kisah-kisah dan kerenah bulus. Perkongsian produk-produk bulus yang berkualiti. Perkongsian tips-tips berkaitan bulus.

Junior today
25/02/2023

Junior today



25/02/2023

Alhamdulillah.
Junior dah baik dari Parvo Virus..

Bawa keluar jalan2 sekejap.
Tak happy kena masuk sangkar balik.

Lain kali kita main2 lagi ok.

Nor Meena Abdul Rashid



21/02/2023

Bulus-bulus sihat. Beberapa ekor yang kurang sihatpun sudah pulih.
Alhamdulillah.

21/02/2023

Assalamu'alaikum & Salam sihat Bulus United sedunia

Assalamu'alaikum & Salam Barkah semua... Apa kabar tuan2 pama bulus & bulus united. Alhamdulillah... Kami sihat..Cuaca d...
27/05/2022

Assalamu'alaikum & Salam Barkah semua...

Apa kabar tuan2 pama bulus & bulus united.

Alhamdulillah... Kami sihat..
Cuaca di luar panas lit2. Bulus tetamu banyak bergelimpangan melepak di bawah kereta.

Apa agaknya nasib bulus jalanan? Mudah2annya semuanya dalam peliharaan Allah.

Maaf Hari ini lari tajuk sikit. ABC nak mencari sesiapa dari kalangan sahabat2 pencinta bulus yang berminat buat part time di ABC, nak income tambahan, saya perlukan apabila saya outstation.

Hanya yang tinggal berdekatan area saya atau yang sanggup datang ke rumah. Lokasi @ SEMERAH, Batu Pahat, JOHOR.

Ini adalah kerjasama bersifat win-win, atas kasih sayang sesama makhluk, berbayar pada kadar yang sangat bersesuaian.

Syarat Utama :
✴️Sayang, Ihsan & berkesabaran tinggi pada haiwan
✴️Mudah dibawa berbincang
✴️Tidak menganggap kerja-kerja pembersihan dan apa sahaja terkait dengan bulus adalah kerja-kerja kotor dan menjijikkan
✴️Pengalaman membela bulus menjadi kelebihan, namun yang tidak biasa juga dipertimbangkan asalkan sudi menerima tunjuk ajar dan teguran

Kepada sahabat2 yang berminat, adik2 pelajaran uni yang nak mencari duit poket, pelajaran vet Dan sesiapa sahaja yang mengetahuinya kriteria yang telah disebutkan, sila tinggalkan pesan di ruang komen untuk saya hubungi.

Berbanyak2 Terima kasih semua..


bulus

Assalamu'alaikum Acik, Ankel,  bulus2 sekalian... Yoyo dan Manja doakan semuanya sihat2..yang hilang semoga kembali kepa...
25/05/2022

Assalamu'alaikum Acik, Ankel, bulus2 sekalian...

Yoyo dan Manja doakan semuanya sihat2..yang hilang semoga kembali kepangkuan keluarga dengan selamat dan yang sakit Allah kurniakan kesembuhan.

Maaflah tahun ni raya terkejut... Kami semua bz beraya, x sempat nak gosip2 kat sini... Baju rayapun kakak tak beli. Kalau pakai baju, kami semua jalan mengundur jer nanti.

Kami Dari Astana Bulus nak mengucapkan Selamat Hari Raya... Ada beberapa hari lagi, yok terus beraya ...

27/04/2022

Assalamu'alaikum & Salam 26 Ramadan bulus parents semua.

Meriah dan gembira membaca posting parents tentang persediaan raya masing-masing.

Ada yang tercari-cari cat boarding home, ada yang merancang membawa anak-anak bulus bersama travel balik kampung dan ada juga yang tiada pilihan melainkan meninggalkan mereka di rumah sahaja.

Bagi cat parents yang meninggalkan bulus di rumah, selain dari menyediakan makan, minum litter box, jangan lupa untuk memastikan keselamatan bulus. Tolong pastikan tiada barangan seperti plastik Cth plastik beg sampah, tali, benda tajam atau apa sahaja barang yang boleh memberi bahaya kepada bulus.

Pastikan juga tiada wayar-wayar mahupun suiz/kabel elektrik yang ditinggalkan dalam keadaan on/hidup yang mengalir Aris elektriknya.

Kita perlu benar-benar faham, keletah dan kenakalan bulus2 Ini. Mereka pantang nampak benda2 seperti kabel atau tali.

Masih segar dalam ingatan berita bulus mati asbab memakan plastik beg sampah yang ada di dapur rumah beberapa tahun yang sudah.

Kita tidak pernah tahu, apa yang akan mereka buat, jadi perlulah kita pastikan sebaik mungkin kita menyediakan keadaan yang selamat buat mereka dan tidak membuatkan kita berasa bimbang sepanjang tempoh ketiadaannya kita.

Kitapun dah 2 tahun tak beraya, jom usahakan yang terbaik agar kita dapat berhari raya dengan tenang, gembira dan selamat buat semua pihak.

Semoga Allah permudahkan setiap urusan dan lindungi kita semua.
Aameen



Assalamu'alaikum  sahabat bulus..Hari aku nak open for adoption bulus2 dalam jagaan ABC. Comel2 cantik... Rumah terletak...
04/04/2022

Assalamu'alaikum sahabat bulus..

Hari aku nak open for adoption bulus2 dalam jagaan ABC. Comel2 cantik...

Rumah terletak tepi jalan, sentiasa bnyk tetamu bulus. Bulus2 ini sebahagian di sangkakan, sebahagian kekal bebas di luar.

Open for adoption.. bertujuan :

1.Bg kehidupan lebih selesa dengan ruang yang lebih baik dan selamat bersama tuan baru.

2. Bulus luar yang datang makan di rumah Ini sentiasa bnyk... kdg2 bergaduh... Lari2 kejar2 sampai jalan raya..kdg2 jantan yang besar2 gaduh berebut betina..gaduh brevity kawasan. Kdg2 yang Besar, buli yang kecik

3. Area sini ada biawak dan kdg2 anjing dari kebun orang datang merayap sampai ke sini. Bila 2 ekor ni hadir, risau sangat dengan bulus yang di luar.

4. Ada yang mengandung, ditransitkan ke dalam sangkar demi keselamatan anak2nya dari bulus bapak mahupun anjing

Syarat :
Jaga betul2 penuh kasih sayang..
Ada pengalaman bela bulus
Bukan untuk dijual
Bukan untuk dijadikan mangsa Makanan xyz
Interview akan dibuat

Terima kasih

Jom hibernate dalam rumah
31/03/2022

Jom hibernate dalam rumah



Musim panas yang betul-betul panas. Manja nak lepak santai jer. Dok rok nak berpanas di luar.
31/03/2022

Musim panas yang betul-betul panas.
Manja nak lepak santai jer. Dok rok nak berpanas di luar.

Assalamu'alaikum semua.. Manja doakan semua sihat dan dapat tidur nyenyak walaupun kat luar tu, panasnya yakmat.
30/03/2022

Assalamu'alaikum semua..

Manja doakan semua sihat dan dapat tidur nyenyak walaupun kat luar tu, panasnya yakmat.

Hari ini ABC ingin memperkenalkan keluarga  .Milky adalah bulus jalanan sekitaran yang memang makan dan santai di sini. ...
18/03/2022

Hari ini ABC ingin memperkenalkan keluarga .

Milky adalah bulus jalanan sekitaran yang memang makan dan santai di sini.

Appointment dibuat untuk dan beberapa ekor bulus bebas jalanan yang lain untuk proses kembiri beberapa bulan lebih awal.

Saat hendak ditangkap untuk dipuasakan sehari sebelum appointment, kami mendapati dia sedang bunting. Lalu aku membatalkannya.

Kubiarkan sahaja dia bebas di luar kerana dia akan datang makan & minum di sini.

Sehinggalah pada satu hari aku terpaksa kurungkannya oleh sebab apa ya...aku dah lupa.

Mujurlah aku sempat kurungkannya kerana sehari selepas dikurung, pada awal pagi sewaktu aku ingin mengemaskan sangkar dan memberi bulus2 makan, terlihat dia sedang melahirkan anak.

Seekor telah selamat dilahirkan tergolek di sebelahnya. Sedang dia masih bertarung lagi...

Inilah secebis kisah Milky..
Selamat datang kedalam keluarga ABC.

Setelah hampir 2 bulan berlalu, inilah Milky dan anak2nya BUNYET. Semoga terus sihat, dimurahkan rezeki, selamat dan gembira.

Nak tau apa itu Bunyit? Tunggu cerita dalam posting selanjutnya..




18/03/2022

Assalamu'alaikum & Salam sihat acik, ankel dan bulus2 sedunia..

Lama betul ABC tidak membuat posting dan update dek kekangan masa.

Dalam tempoh itu banyak hal yang berlaku ..musim bulus sakit, ada yang pergi, kehadiran bulus2 jalanan baru, beranak, terlepas dari sangkar dan begitulah.

Terkini, alhamdulillah keadaan memulih, yang diuji sakit pada musim sakit sudahpun sihat, cuma kes2 sakit biasa yang sentiasa dipantau.

Doakan anak2 bulus di ABC ini sentiasa sihat, selamat dan dalam lindungi Allah sentiasa.

Terima kasih kerana mengikuti perkembangan ABC.


Gambar Kenangan terakhir kaka di Vet @ 3 Feb 2022
05/02/2022

Gambar Kenangan terakhir kaka di Vet @ 3 Feb 2022

Assalamu'alaikum & Salam Sihat semua.Selamat jalan Kaka dan Cici.4 Feb 22 (Jumaat yang barokah)Semalam adalah hari yang ...
05/02/2022

Assalamu'alaikum & Salam Sihat semua.

Selamat jalan Kaka dan Cici.

4 Feb 22 (Jumaat yang barokah)

Semalam adalah hari yang sangat menyedihkan buat Astana Bulus.

Aku kehilangan Kaka pada jam 9.00 pagi dan Cici sekitar 6.00 petang.

Catatan ini kusimpan di sini buat kenang2an.

Kedua2nya dilahirkan di sini oleh ibunya ( 2 ekor ibu jalanan yang berbeza) yang datang sewaktu PKP.

Kaka yang baru menginjak umur setahun adalah seekor bulus jantan yang baik dan cergas.

Badannya besar, bulunya lembut berwarna krim dan sedikit berbelang.

Asalnya dia hanya demam biasa minggu lepas, aku rawat dan dia beransur pulih.

Tetapi dia kelihatan terus berbaring, banyak tidur dan terus tidak berselera makan dan minum.

Aku bercadang membawanya ke vet tapi hujung minggu itu vet dah mula tutup untuk menyambut perayaan CNY.

Biar aku cuba force feed, berapa sgtlah yang sampai ke tekaknya.

Awal pagi aku telah menelefon vet sebaik sahaja vet dibuka pada hari Khamis 3 Feb 22 dan terus buat appointment.

Selain Kaka, 2 ekor lagi iaitu cici yang berusia sekitar 6 bulan dan K2 dalam 9 bulan juga jelihatan tidak sihat ku bawa juga ke vet.

Cici p**a bulus betina berwarna putih susu.

Dia satu2nya dari 4 beradik yang dilahirkan dengan mata yang sihat.

Sebelum ini dia x pernah sakit berbanding 3 lagi adik- beradiknya yang sering kurang sihat terutamanya disebakan ketiganya mengalami masalah mata.

Berbalik kepada cerita Kaka, keadaan Kaka sangat lemah (dehydrated teruk).

Sebaik sampai di vet aku minta dia diwardedkan dan diIV secepatnya.

Manakala cici dan K2, setelah diperiksa dan dibeli ubatnya kubawa p**ang.

Dalam perjalanan p**ang, cici dan K2 terjelir2 seolah2 kehausan.

Aku singgah di sebuah petshop, belikan treats dan terus suapkan keduanya makan.

Aku teruskan perjalanan ke sebuah kedai terdekat untuk membeli mineral water p**a.

Aku force feed air p**a.

Sampai di rumah aku terus beri keduanya ubat.

Hinggalah pagi semalam, tiba2 vet menelefon aku sekitar jam 9.30pagi untuk memaklumkan bahawa kaka telah tiada, sewaktu vet dibuka.

Dijangkakan kaka baru sahaja pergi.

Aku tidak terkata apa2, hanya meminta bilnya dihantar ke wasapku dan aku minta tolong suami mengambil kaka di vet untuk dibawa p**ang.

Di rumah, keadaan cici dan K2 juga tidak begitu baik.

Aku terus memberi ubat2an dari vet.

Keadaan cici semakin memburuk selepas zohor.

Aku bagi p**a air kelapa kepada Cici Dan K2 selepas Asar, sebelum aku keluar menziarahi Pak Jak, pak saudaraku yang berada di Pusat Perubatan Pakar Putra.

Aku di sana dalam 1 jam setengah sahaja.

Lebih kurang pukul 6 ptg, aku bergerak p**ang.

Sesampai di rumah, aku terus menjenguk Cici dan K2.

Alangkah terperanjat dan sedihnya apabila melihat Cici telah kaku kerana rasanya baru sehari dia mula kelihatan kurang sihat itu.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Selamat jalan dan berehatlah sayang.

Hari ini aku beri air kelapa untuk K2 dan beberapa ekor lagi yang menunjukkan tanda kurang sihat.

Semoga Allah serasikan dan tawarkan segala penyakit dan kurniakan kesembuhan buat mereka semua.

Acik ankel tolong doakan kesembuhan mereka ya.



Selamat malam acik ankel - Pim sibudak nakal
08/01/2022

Selamat malam acik ankel - Pim sibudak nakal

Selamat tahun baru 2022 acik ankel..Semoga Allah kurniakan iman, kesihatan, rezeki, bahagia dan aman buat kita semua..Aa...
31/12/2021

Selamat tahun baru 2022 acik ankel..
Semoga Allah kurniakan iman, kesihatan, rezeki, bahagia dan aman buat kita semua..

Aameen

Salam sihat acik ankelKakak : kata nak berucap?Pim : Terima kasih yang telah mendoakan Pim/Prince..anak bulus yang buasi...
12/12/2021

Salam sihat acik ankel

Kakak : kata nak berucap?

Pim : Terima kasih yang telah mendoakan Pim/Prince..anak bulus yang buasir kakak ambik di Dataran Sarang Buaya

Pim dah sihat dan nakal sekarang...Pim sayang semua.



30/11/2021

Camat Malam Cuma..

Nama saya Pim...dulu kakak bagi saya nama Princess.

Kakak jumpa saya di Taman masa kakak tengah briswalk.

Kakak dah nak balik bila nampak saya berlari2 ke arahnya. Saya buasir.

Kakak bawak balik dan bawak saya ke Vet. Kat klinik doktor kata saya jantan, prince ..kakakpun tukar nama saya jadi Prince, tapi kakak panggil saya Pim.

Sekarang saya dah sihat.
Alhamdulillah..

Terima kasih acik ankel yang doakan saya.



K2...Selamat malam semua..mimpi2 yang indah
11/11/2021

K2...

Selamat malam semua..
mimpi2 yang indah

Assalamu'alaikum & Salam sihat semua..Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.Seakan terasa-rasa lagi bagaimana aku ...
07/11/2021

Assalamu'alaikum & Salam sihat semua..

Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

Seakan terasa-rasa lagi bagaimana aku ambik Yaya sebagai residen rumah ini.

Ibunya yang kupanggil Ibu Kecik menjadikan ruang tamu di rumah ini sebagai wad bersalinnya.

Ya aku bidankan Ibu Kecik biar aku sedar Ibu Kecik kaya dengan pengalaman kerana tidak berhenti mengandung dan melahirkan.

Yaya dan Yoyo adalah 2 ekor dari 4 anak Ibu Kecik yang kuambil sejak dari kecil.

Kedua-duanya bermata biru dan berbulu puteh bersih & kembang sewaktu dilahirkan.

Istimewanya keduanya emakku yang menamakan.

Asalnya 2 tahun lepas, beberapa bulan sebelum pkp selepas Ibu Kecil selamat melahirkan 4 ekor anak iaitu Oyen, Mot, Yaya dan Yoyo, aku hantar dia p**ang ke rumah tuannya.

Mereka sekeluarga kerap datang ke rumah ini kerana sememangnya aku menginfaqqan makanan bulus untuk bulus mana sahaja.

Hinggalah pada satu hari Yaya dan Yoyo datang ke rumahku dan tidak p**ang lagi ke rumahnya.

Suamiku bersimpati dengan keduanya lalu mencadangkan kepadaku untuk mengambilnya sebagai residen rumah ini.

Pada waktu itu hanya seekor bulus di dalam rumah, iaitu siManja.

Bermula dari hari itu, kamipun mengambilnya.

Aku pelihara dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

Aku mandulkan keduanya untuk kehidupan dan kesihatan yang lebih baik.

Mereka bebas keluar masuk rumah dan hidup gembira.

Sehinggalah tiba-tiba sebulan yang lepas Yaya mula tidak aktif.

Dia banyak baring di dalam rumah. Berbanding hari-hari biasa dia lebih s**a main di luar.

Rupanya dia kurang sihat. Aku periksa tubuh badannya. Tidak terlihat tanda2 dari situ.

Aku bg ubat. Pada waktu itu dia masih berselera makan dan minum walaupun tidak sebagaimana biasa.

Tetapi dia terus menerus begitu ( tidak aktif) dan semakin kurang makan dan minum.

Lalu pada 15/10/21 aku bawa ke vet. Aku minta Dr dripkan kerana dia kurang minum dan agak s**ar untuk memaksanya makan dan minum. Dia agak terhidrat.

Aku minta Doktor jalankan ujian darah. Hasil keputusan ujian darah memberi petunjuk sesuatu sedang berlaku di mana WBCnya sangat tinggi, RBC p**a sangat rendah dan bnyk bacaan lain yang out of tolerance.

Doktor menyatakan keadaannya agak teruk, tidak berjanji yang dia akan survive.

Doktor berjanji akan update keadaan Yaya dari masa ke semasa

Yaya diwadkan dan aku p**ang dulu ke rumah.

Dalam perjalan p**ang, aku berhenti untuk makan tengahari.

Tiba-tiba hpku berbunyi. Berdebar melihat no itu. Apa agaknya yang doktor nak maklumkan kali ini.

Rupanya doktor ingin memaklumkan hasil pemeriksaan lanjut bahawa Yaya keracunan, tetapi bukan asbab kutu yang pernah dia alami.

Aku sangat bersyukur kerana Yaya survive untuk kali ini.

Yaya nampak lebih baik sewaktu aku mengambilnya pada 21/10/21 setelah diwadkan selama 6 hari.

3 liter @ 6 botol @ 500ml (Normal Saline IV) dan ubat-ubatan telah diberikan untuk Yaya sepanjang tempoh itu.

Keadaan Yaya tidak banyak berubah. Sebelum ini dia kerap minum sendiri, tapi kali ini tidak lagi.

Aku force feed sebanyak mungkin supaya dia tidak terhidrat.

Namun bnyk manalah yang mampu aku paksa dia makan dan minum dalam keadaan dia yg semakin kurus dan semakin melemah.

Pada 27/10/21, sekali lagi aku bawa Yaya ke Vet utk IV. Kali ini doktor sarankan ujian darah untuk melihat fungsi organ.

Ujian darah kali ini memberi maklumat yang benar2 meluruhkan jantungku.

Buah pinggangnya rosak teruk, tidak berfungsi.

Kali ini aku minta dia didripkan dan aku bawa Yaya balik ke rumah supaya dia lebih selesa.

Dengan maklumat terkini, aku sedar keadaannya yang boleh pergi bila-bila masa.

Aku terus menyantuni Yaya sepenuh hati.

Dia masih boleh berjalan biar keadaannya sangat lemah.

Dia paling s**a bila dengar aku buka pintu, sebab dia s**a main di luar.

Hari-hari terakhir Yaya, aku bawa dia keluar setiap pagi dan petang apabila aku menguruskan bulus2 luar.

Dia akan menghabiskan masa di bahagian luar, cuba berjalan perlahan, duduk dan baring.

Melihat burung-burung yang berterbangan dan berkicauan.

Aku telah menyediakan mental yg kuat.

Doaku agar Allah bagi yang terbaik buat Yaya.

Sangat kasihan melihat bulus yang sihat menjadi begitu kurus dan tak berdaya.

Semalam, 6/10/21 aku bersihkan Yaya dan paksa minum sebelum aku solat maghrib.

Sewaktu aku masukkan Yaya ke dalam sangkar, aku lihat nadinya agak kuat di bahagian leher.

Aku solat maghrib dan terus menunggu ke waktu isya'.

Seperti biasa sejak Yaya sakit aku bergegas menyimpan telekung untuk menjenguk yaya.

Kali ini aku melihat sekujur tubuh yang sudah kaku. Yaya telah pergi.

Melihat keadaannya yang bersih aku menjangka dia pergi dalam pkl 8 malam, kira-kira setengah jam setelah aku bersihkan badannya dan force feednya buat kali terakhir.

Biarpun aku telah menyediakan mental yang kuat, aku tetap bersedih.

Aku bersyukur kerana Yaya pergi dalam rumah di mana dia membesar bukan bersembunyi di mana-mana dan berakhir di jalanan.

Tiada lagi kesakitan buatnya. berehatlah Yaya, kisahmu berakhir di bulan Oktober kurang dari usiamu 2 tahun.

Selamat jalan Yaya.
Seekor bulus jantan yang baik yang akan terus menggamit kenangan.


Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Astana Bulus Comel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share