Saya suka kucing!

  • Home
  • Saya suka kucing!

Saya suka kucing! Hai selamat datang ke page ini. Saya Nurul Luvleey & sahabat saya Puspasari pui adalah pemilik page ini. Kami s**a kucing! oh bukan kami sangat s**a kucing!

Dan kami ingin mengenali mereka yang menyukai kucing seperti kami ;)

04/11/2012

Best citer hari ni...

31/10/2012

Cantik tak kite...?
Kite kucing Taylor Swift tau!..
Cer teka, apa nama kite?

21/10/2012

Ok, kami nak tido dulu ya..

19/10/2012

Meow2.. macammana awak boleh melekat kat pintu?

12/10/2012

KIte pon boleh posing macam-macam..

19/09/2012

Janganlah marah..kite tak sengaja tumpahkan...

13/09/2012

....nyantuk sangat...tito cam gini pun bolehla...

13/09/2012

Oppps! tak pasal2 mandi free...tu la semua nak di usik..

29/08/2012

Skodeng ape tu geng?? hehehe...

19/08/2012

hehehe...ni gaya si comel pagi2 raya..

16/08/2012

Saya s**a kucing!'s cover photo

16/08/2012

"I believe i can fly.. i believe i can touch the sky..." meow..meow!!

14/08/2012

Ngantuknya.. tak larat laaaa..

12/08/2012

Buat aper tuw? ^^

08/08/2012

Selamat berbuka semue...ni tengah enjoy askreem percuma malam ni...

07/08/2012

Nengok apa tu encik meow dan encik rimau? ooo.. nengok cik kat sebelah yeee!!?

01/08/2012

Caya pun nak masuk kotak jugak.. bulan2 puaca ni mesti muat.. meow..meow..

22/07/2012

Awak pose tak wak? hehehe

18/07/2012

Nak buku ke? Meh saya tolong pilih..ngee

12/07/2012

Ada sesiapa kerosakan komputer? jangan risau kami boley baiki :D

12/07/2012

Hahaha.. kecil2 cili padi.. ;)

Apa Si Comel nak, Si Comel kena dapat! Lepas tu buat muka tak bersalah…Nakalnya!

10/07/2012

awwww...baru lepas mamam

02/07/2012

Hehehe...dah standby awal2...

27/04/2012

Mama dan anak yang dah besar gedempol. Like? ;)

03/01/2012

Satu perkongsian yang menarik - Kucing Haiwan Yang Bersih

Kucing Haiwan Yang Bersih

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing p**a dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kump**an kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak s**a mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.

Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”

Kabsyah menjawab, “Ya”.

Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang s**a berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.

Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahualam...

kredit : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=334777996546953&set=a.281923861832367.72819.281922481832505&type=1&ref=nf

12/12/2011

♥ Nyantuukknyerr..

14/11/2011
Down at the caboodle ranch

Hebat betul orang tua ni hehe..sayang betul dia dengan kucing. Walaupun mungkin orang tidak memahami niatnya, asalkan beliau gembira bersama kucing-kucingnya. Lihat video ini untuk mendapatkan inspirasi agar kita lebih menyayangi kucing kita.

Man feeds and houses peoples cat's that have lost their homes due to this depression, and those of the elderly that would have been put in shelters or to sle...

04/11/2011

Banyak manusia dalam dunia ni... ada akal fikiran, tapi tiada perasaan. Kalau ada pun, hanya tahu untuk memuaskan perasaan itu sahaja. Penderaan haiwan terutamanya kucing semakin berleluasa. Seolah-olah di bumi tuhan ini hanya manusia2 ini sahaja yang hidup. Sungguh jahil dan bodohnya mereka dan boleh di samakan seperti binatang buas. Kalau terlanggar, sudah tentu boleh dimaafkan kerana ia tidak disengajakan. Kalau menyeksa dan membunuh, itu sudah lebih daripada tidak mampu mengawal perasaan. Kalau tidak s**a pun, tiada sesiapa yang memaksa untuk mereka menyukainya. Cukup sekadar, jangan berbuat jahat. Bukan berharap untuk mereka ini mendapat balasan, tetapi berDOA semoga mereka mendapat balasan setimpal dengan perbuatan itu. Jangan tidak percaya, hukuman akhirat itu PASTI!.

06/09/2011
Kekejaman Petknode Cat Boarding!

Pagi ini admin sangat terkejut. Sangat terkejut hingga mau menangis! Kerana duit manusia sanggup berlaku kejam terhadap haiwan-haiwan kecil dan tidak terdaya ini..kenapalah ada manusia2 yang sebegini..ini baru satu tempat yang diketahui, rasanya banyak lagi tempat yang belum diketahui..memang kejam..pembunuh!!

Kekejaman Petknode Cat Boarding! memang kejam dan sangat kejam..celaka betul..cuba orang buat begitu kat peliharaan yang dia sayang, gerenti dia pun geram giler dan mungkin rasa nak bunuh je orang tu. Yes cruelty Petknode Cat Boarding atau pusat jagaan kucing petknode di Petaling Jaya sejak seminggu...

01/08/2011

ala..lambat lagi la berbuka...penat la...

01/08/2011

Kami mengucapkan Selamat berpose dan Selamat berbuke! pose ke tu? hehe..

21/06/2011

Cik Lona!

27/03/2011
Sana Sini Situ

Selamat Pagi! Mulakan hari anda dengan penuh keceriaan. Jangan lupa berikan ciuman kepada si manja. Kalau ada 12 si manja, berikan 12 ciuman! Nak lebeh pon boleh juga ahaks^^

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saya suka kucing! posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service?

Share