Waris'son Little Farm

Waris'son Little Farm Pony Riding School, Pony Joyride, Archery, Rabbit Farm, Bird, Goat Farm and family gathering site Ladang untuk seisi keluarga mendekatkan diri dengan kuda.

Kami menyediakan kelas menunggang, tunggangan bebas, fotografi perkahwinan dan pakej hari lahir.

30/09/2017

...hari ni aktiviti train kuda baru PUTERI dengan future rider and trainer...

26/08/2017

...ADIB with our anglo stallion LASKAR, joyride...

11/04/2017

MEMANAH & BERKUDA

1. Rasulullah sangat menggalakkan aktiviti memanah dan berkuda. Namun jika perlu memilih salah satu, Rasulullah suruh utamakan memanah.

2. Rasulullah menekankan bahawa "kekuatan itu adalah memanah". Dalam hadis, Nabi menyebutnya tiga kali sebagai satu penegasan.

3. Baginda menyebut bahawa moyang kita iaitu Nabi Ismail a.s. adalah seorang pemanah dan seorang penunggang kuda.

4. Memanah dalam jihad di jalan Allah dikira berpahala sama ada panahan itu mengena sasaran atau tidak.

5. Dulu kuda-kuda yang ada di muka bumi kesemuanya liar hinggalah Allah anugerahkan kelebihan kepada Nabi Ismail a.s. untuk menundukkan kuda dan menjadikannya tunggangan. Nabi Ismail adalah manusia pertama yang menunggang kuda. Allah kurniakan kuda-kuda sebagai 'khazanah' kepada baginda dan Allah ilhamkan kepada baginda untuk menunggangnya.

6. Kuda adalah haiwan yang diberkati dan keberkatan kuda ada pada ubun-ubunnya.

7. Nabi suruh kita memuliakan kuda dan Nabi melarang kita menarik kuda pada ubun-ubunnya kerana hal itu bererti menghina kuda. Nabi sendiri pernah menerima teguran daripada Malaikat Jibril kerana pada satu ketika baginda meremehkan kuda.

8. Oleh kerana pada ubun-ubun kuda ada keberkatan, Nabi juga melarang kita memotong bulu pada ubun-ubun kuda, juga melarang kita memotong bulu pada tengkuk kuda kerana fungsi bulu di situ adalah untuk menghangatkan kuda, dan Nabi melarang memotong bulu ekor kuda kerana bulu ekornya berfungsi untuk menghalau lalat.

9. Nabi pernah menyebut kepada seorang Sahabat tentang kewajipan memelihara kuda jika mampu. (Syeikh Sufian Nur malah menggalakkan seorang ayah mendapatkan seekor kuda bagi setiap orang anaknya supaya setiap seorang anak ada kuda sendiri yang dijaga sendiri dan serasi dengannya.)

10. Memelihara dan memberi nafkah kepada kuda (beri makan, rawatan dsb) dikira sedekah, malah seorang pemelihara kuda dianggap sebagai orang yang terus-menerus bersedekah. Nabi ibaratkan dia sebagai orang yang sentiasa membuka tangannya untuk bersedia tanpa menutupnya.

11. Seorang pemelihara kuda akan mendapat pertolongan daripada Allah dalam memelihara kudanya.

12. Seorang yang memelihara kuda dengan niat fi sabilillah akan mendapat pahala, dan setiap yang dimakan kuda itu, setiap jejak kakinya malah kencing dan najis kuda itu berpahala baginnya.

13. Jika seorang penunggang kuda bertasbih, bertahmid, bertahlil sewaktu menunggang, kuda yang ditungganginya akan ikut bertasbih, bertahmid dan bertahlil.

14. Doa kuda adalah mustajab.

15. Oleh kerana pada ubun-ubun kuda ada keberkatan, kita disuruh menyapu ubun-ubun kuda dan boleh berdoa memohon sesuatu dari Allah. Nabi pernah dilihat menyapu ubun-ubun kuda.

16. Riadah berkuda adalah aktiviti melalaikan yang tidak mendatangkan dosa, seperti juga tak dikira berdosa seorang lelaki yang lalai kerana mencumbui isterinya.

17. Kita digalakkan mengajar anak-anak memanah, berkuda dan berenang.

18. Kuda dicipta dari angin selatan dan berkebangsaan Arab. (Oleh itu baka kuda terbaik adalah kuda Arab.)

19. Nabi menggalakkan kita mengawankan kuda tetapi tanpa mengambil bayaran. Pahalanya sangat besar bagi pemilik kuda jantan yang mengizinkan kudanya dijadikan baka. (Kuda jantan dari baka terbaik dikahwinkan dengan kuda-kuda betina untuk melahirkan baka-baka kuda yang bagus. Nabi melarang mengambil bayaran supaya setiap orang yang memelihara kuda - walaupun kurang berkemampuan membeli baka terbaik - berpeluang mendapat baka yang bagus melalui cara pengawanan ini.)

20. Nabi melarang mengembiri atau mengkasi kuda. (Melainkan jika kuda itu perlu dikasi supaya tak bawa mudarat, seperti tak terlalu agresif hingga ke tahap boleh mencederakan orang.)

Menjawab pertanyaan mengenai peranan kuda di akhir zaman, menurut Syeikh Sufian Nur, ada lebih 400 hadis mengenai kuda termasuk hadis mengenai kuda-kuda dalam perang akhir zaman. (Beliau hanya memuatkan kira-kira 100 hadis berkaitan kuda dalam kitab Fadhilat Memanah dan Berkuda.)

18/01/2017

WARIS'SON ni konsepnya 'PORT BERKUDA & MEMANAH ALA KAMPUNG' jadi yang berminat belajar tunggang kuda dan memanah boleh mai kita lepak-lepak, naik kuda, memanah, perkongsian ilmu dan kos yang di kenakan amat berpatutan, contoh JOYRIDE RM2 satu pusingan dan memanah serendah RM 5 satu pusingan, petang tak tau pi mana boleh lepak PORT WARIS'SON...

27/12/2016

...joyride serendah rm2 untuk satu pusingan dan rm5 untuk 3 pusingan...

*pic KING dan ADIB berlatih bersama

12/10/2016

makan-makan time...

12/10/2016

KING first Trail Ride 20 KM at PEC 8th October 2016

10/09/2016

sepetang di ladang keriangan WARIS'SON, satu kepuasan melihat kanak-kanak gembira membina keyakinan diri dengan eksplorasi dan interaksi bersama haiwan dan alam sekeliling.

28/08/2016

KING
Umur: 4 Tahun | Jantina: Jantan | Baka: Thoroughbred + Pony | Warna: Bay | Size: Padi A

ZARA:
Umur: 1 Tahun | Jantina: Betina | Baka: American Paint Horse + Pony | Warna: Brown Pinto | Size: Padi B

22/08/2016

Waris'son Little Farm's cover photo

21/08/2016

future horseman ADIB A***N & ALIFF RIZQI

13/07/2016

opening soon...

25/05/2016

...need to have this for them...

09/05/2016

KING dan ZARA bakal di temukan nanti...sabar sat naaaaa

26/04/2016

selesai kerja tanah insyaAllah kerja pembinaan pagar, kandang, tandas, rumah pekerja, tempat rehat, paddok, sangkar arnab dan surau sudah boleh di bangunkan dalam seminggu dua lagi.

18/04/2016
Zara

pandai-pandai sesuai diri tempat baru naaa, kedah takdak tempe macam kat sabak bernam...laksa ada la, boleh?

18/04/2016

selamat datang ke Kedah ZARA (16.4.2016 | Ahad | 10.30AM), duduk kampong rumah atok dulu ya :)

11/04/2016

Jack Sparrow dan Luna Maya (ayam hutan) waiting for new home soon...

07/04/2016

my name is KING

05/04/2016

selamat datang KING, duduk sat na di tempat paklong sementara ladang kita ready untuk kunjungan adik-adik pelawat, jangan nakai-nakai noooo

31/03/2016

Waris'son Little Farm

Address

98 A Batu 8 1/2 Bukit Pinang
Alor Setar
06200

Telephone

+60126019841

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Waris'son Little Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Waris'son Little Farm:

Videos

Share

Category


Other Alor Setar pet stores & pet services

Show All