Growfeed Malaysia HQ

Growfeed Malaysia HQ Membekalkan supplement/pemakanan haiwan terbaik dan seimbang bagi haiwan kesayangan anda serta khidmat nasihat tentang penjagaanya.
(1)

Jumpa kami guys di booth no 2...ada macam2 promo special for pinengrian dan meowrian...
20/09/2023

Jumpa kami guys di booth no 2...ada macam2 promo special for pinengrian dan meowrian...

Next stop, Penang we are coming!

|

Jom ke Pet World Malaysia 2023 Mid Valley..jumpa kami di Booth 236 Growfeed Malaysia HQ dn tebus free gift....datang ber...
23/06/2023

Jom ke Pet World Malaysia 2023 Mid Valley..jumpa kami di Booth 236 Growfeed Malaysia HQ dn tebus free gift....datang beramai2...

Hidung Berdarah pada KucingPunca Pendarahan Hidung pada KucingPendarahan hidung boleh menjadi kecil atau serius bergantu...
27/01/2023

Hidung Berdarah pada Kucing

Punca Pendarahan Hidung pada Kucing

Pendarahan hidung boleh menjadi kecil atau serius bergantung kepada apa yang menyebabkannya. Penyebabnya diklasifikasikan sebagai koagulopati (penyakit yang mempengaruhi darah dan / atau faktor pembekuan), vaskular (mempengaruhi saluran darah), atau sistemik (mempengaruhi seluruh badan) dan beberapa contohnya adalah seperti berikut:


Trauma: Kecederaan pada kepala, mulut, atau hidung boleh menyebabkan pendarahan dalaman atau luaran pada kucing. Terjatuh, dilanggar kenderaan, bertengkar dengan haiwan lain, dan jenis trauma lain boleh menyebabkan pendarahan hidung. Beberapa jenis trauma lebih serius daripada yang lain, terutamanya jika boleh menyebabkan pendarahan dalaman.

Racun: Pelbagai racun tikus juga boleh menjadi toksik kepada kucing jika memakannya dan boleh menyebabkan hidung berdarah kerana pendarahan dalaman yang dihasilkannya. Penyebab ini biasanya adalah koagulopati.


Ubat: Beberapa ubat, seperti antibiotik, ubat kemoterapi, antijamur, dan hormon boleh mempunyai kesan sampingan yang meliputi pendarahan hidung.


Kanser: Kanser boleh menyebabkan pelbagai masalah pada kucing termasuk pendarahan hidung sekiranya barah itu menyerang kepala atau darah. Kadang-kadang ia disebabkan oleh perubahan dalam darah, tekanan tumor pada saluran darah, atau tumor yang berdarah di saluran hidung yang menyebabkan pendarahan ini.


Kegagalan hati: Masalah dengan hati kucing boleh menyebabkan pendarahan hidung disebabkan oleh sebab sistemik atau vaskular.


Kegagalan buah pinggang: Masalah ginjal termasuk tekanan darah tinggi boleh menyebabkan pendarahan hidung pada kucing disebabkan oleh sistemik atau vaskular.
Virus: Kadang-kadang beberapa jangkitan virus seperti FIV dan FeLV boleh menyebabkan hidung berdarah pada kucing.


Masalah pembekuan darah: Sekiranya kucing anda mempunyai penyakit seperti trombositopenia yang disebabkan oleh imun atau masalah lain yang mempengaruhi seberapa baik ia membentuk gumpalan maka pendarahan hidung mungkin berlaku. Ini adalah penyebab koagulopati.


Tanda: Beberapa kutu boleh menyebabkan masalah pembekuan darah dan oleh itu juga hidung berdarah pada kucing.


Jangkitan kulat: Jangkitan kulat, seperti Cryptococcus neoformans jangkitan, di rongga sinus dan saluran hidung boleh merengsakan dan membakar saluran darah. Ini boleh menyebabkan pendarahan hidung pada kucing.


Masalah pergigian: Sekiranya akar gigi dijangkiti atau ada masalah mulut lain maka pendarahan hidung mungkin berlaku pada kucing.

kredit : pointpet

PERSIAN FLAT FACE .Baka kucing ini adalah salah satu baka yang sangat pop**ar. Dikenali dengan bulu panjang dan kembang ...
12/01/2023

PERSIAN FLAT FACE .

Baka kucing ini adalah salah satu baka yang sangat pop**ar. Dikenali dengan bulu panjang dan kembang yang boleh tumbuh sehingga 3 inci. Ciri-ciri kucing ini sangat unik kerana kucing ini s**a memanjakan diri dengan pemiliknya.

Di samping itu, kucing jenis ini dianggarkan bernilai ribuan ringgit bergantung kepada kualiti dan baka yang tertentu seperti FLAT FACE dan juga SEMI FLAT FACE.

Kucing baka Parsi yang mempunyai sijil kelahiran dan sijil baka yang berdaftar dari CFA adalah lebih mahal kerana ia dijamin kualiti datang dari jenis baka yang berkualiti dan baik.

1. PERSONALITI

Biarpun saiznya agak besar, tetapi ketangkasannya s**ar diduga! Kucing Parsi sangat gemarkan sesi menyikat bulunya.
Ia juga mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Suara mereka sangat perlahan selain perwatakannya yang menyenangkan. Secara umumnya mereka adalah kucing yang pendiam, tenang dan selamba. Kucing Parsi juga gemar bermain dengan cara mereka sendiri.


2.KELEBIHAN KUCING PARSI

- MANJA

kebanyakan kucing memang manja kepada pemilik kucing, apalagi kalau anak kucing persian sangat s**a di peluk atau di pegang (belai)


- BULU LEBAT DAN PANJANG
Kucing ini mempunyai bulu yang panjang dan mengembang hampir serupa dengan Sulak atau kemoceng tetapi ada bangsa kucing tertentu atau campuran yang tidak seperti itu.


-S**A BERMAIN
Kucing persian ini sangat aktif dan s**a bermain dengan siapa saja. Oleh kerana itu sebagai pemilik kucing harus lebih sering bermain dengan kucing peliharaannya agar si kucing merasa senang dan bersahabat.


-FLEKSIBEL
Kucing ini juga mudah bergaul dengan siapa saja baik itu orang baru atau haiwan atau jenis kucing lain, tetapi ingat proses perkenalan juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan hal yang baru. Tidak memakan masa yang lama.


3. KEKURANGAN KUCING PARSI

- PERLUKAN LEBIH PERHATIAN
Kita sebagai pemilik kucing juga perlu tambahan dalam memperhatikan binatang kesayangan kita. Apalagi dengan bulunya, kamu harus sering menyikat bulunya agar tidak ada bulu yang menggumpal hingga kusut, paling tidak dalam penyisiran atau penyikatan bulunya kira-kira 2 hari sekali.


- HAIRBALL
Kerana bulu yang tersikat tidak hanya merapikan bulunya atau menghilangkan kusut pada bulu, tetapi juga akan meninggalkan sisa-sisa bulu gugur yang memang tidak ikut tersangkut dengan sikat kucing, maka dari itu kita juga harus memastikan bulunya agar tidak ada bulu gugur yang tinggal di badan kucing untuk mengelakkan hairball atau muntah bulu kucing ketika sedang mandi atau menjilat tubuhnya.


- BULU MUDAH GUGUR
Ingat bahawa situasi cuaca persekitaran kucing juga akan memberi kesan kepada bulu kucing. Pergantian bulu juga akan membuat bulu kucing lemah sehingga mudah gugur. Oleh kerana itu kamu harus memberikan vitamin atau makanan yang mengandungi minyak ikan salmon atau multivitamin lain agar kucing kamu terhindar dari keguguran.

kredit : profile.upm

Mai singgah di KTCC sempena hari kebajikan haiwan 2022 peringkat negeri Terengganu bersama sambutan Pet Lover day....anj...
03/12/2022

Mai singgah di KTCC sempena hari kebajikan haiwan 2022 peringkat negeri Terengganu bersama sambutan Pet Lover day....anjuran The Official Site of Kelab Kucing Malaysia (KKM) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu dan KTCC Mall

Pada 3 dan 4 decamber 2022

Macam2 altiviti menarik seperti :
Pertandingan kucing
Pertandingan menghias sangkar kucing
Fashion show haiwan kesayangan
Pameran haiwan kesayangan
Dan pelbagai lagi...

Jangkitan Telinga Kucing 1.Antara penyebab utama jangkitan telinga pada kucing ialah jangkitan mites : Jangkitan mites m...
02/12/2022

Jangkitan Telinga Kucing

1.Antara penyebab utama jangkitan telinga pada kucing ialah jangkitan mites :

Jangkitan mites merupakan penyebab utama dalam lebih separuh dari penyebab jangkitan telinga pada kucing. Mites pada telinga menunjukkan satu tanda yang sangat tipikal, iaitu terdapat discaj yang berwarna coklat gelap kehitam-hitaman seperti kopi di telinga kucing. Walaubagaimanapun, kebanyakan vet akan melakukan pemeriksaan mikroskopik untuk mengesahkan kehadiran mites dalam sample discaj tersebut.

Lain-lain penyebab atau penyumbang kepada jangkitan telinga sekunder termasuklah:

- "overgrowth" fungus atau bakteria atau kedua2nya didalam telinga
- tahi telinga atau wax yang banyak dan tebal
- banyak terdapat bulu tebal dalam saluran telinga
- hipothyroidism
- penyakit autoimun
- ketumbuhan dalam saluran telinga
- gegendang telinga yang pecah
- telinga yang tidak dibersihkan dengan cara yang betul
- bendasing dalam saluran telinga


2.Tanda tanda atau simptom jangkitan telinga

Tanda tanda jangkitan telinga pada kucing hampir sama walaupun penyebab jangkitan tersebut berbeza. Kucing yang mengalami jangkitan biasanya akan kerap menggaru, 'pawing', menggoyangkan (shaking) atau menyengetkan (tilting) kepala kearah telinga yang bermasalah. Tanda2 lain yang boleh kita lihat termasuk:

- discaj yang kehitaman atau kekuningan
- kulit menjadi kemerah-merahan atau bengkak pada cuping atau sekitar saluran telinga
- discaj coklat kehitaman seperti kopi yang menandakan jangkitan ear mites
- bau yang kurang menyenangkan dari telinga
- wax atau tahi telinga yang berlebihan
- kurang pendengaran
- jika teruk, hilang keseimbangan bila kucing berjalan


3.Rawatan

Diagnosis penyebab jangkitan telinga jika ianya bukan disebabkan oleh mites mungkin memerlukan beberapa ujian tertentu dan agak s**ar, tetapi merawat jangkitan telinga lebih mudah. Biasanya vet akan memberikan antibiotik, ubat titis telinga yang bersesuaian dan juga antifungus.

Jangkitan telinga boleh berulang, jadi kita perlu sentiasa memastikan telinga kucing kita bersih dan tidak menunjukkan sebarang discaj atau bau atau tanda2 kemerahan. Telinga kucing yang sihat sepatutnya berwarna merah jambu yang pucat (pale pink) tanpa sebarang discaj atau bau, serta hanya sedikit atau tiada wax kelihatan.

kredit : kucingkuduniakublogspot

05/11/2022
27/10/2022

9 Cara Hilangkan Kurap Kucing (Tips dan petua berguna)

1.Gunakan ubat kurap
Antara cara hilangkan kurap kucing dengan cepat ialah menggunakan ubat kurap, sama ada jenis krim atau semburan.

Jika anda menggunakan krim kurap kucing, anda perlu memastikan tangan anda bersih atau menggunakan sarung tangan untuk lebih yakin semasa menyapunya pada kulit kucing. Jika tidak, anda boleh sahaja menggunakan cotton bud. Pastikan krim mengenai sepenuhnya bahagian kurap yang menginfestasi kulit kucing.

Cara paling mudah ialah menggunakan ubat jenis semburan. Pastikan juga setiap semburan meliputi keseluruhan kulit kucing. Jika kucing berasa tidak selesa, lakukannya sedikit demi sedikit. Dan perlahan-lahan.


2.Bawa jumpa veterinar
Cara paling mudah ialah dengan berjumpa veterinar. Veterinar akan membuat pemeriksaan penuh dan menyarankan rawatan terbaik untuk kucing anda.

Gunakan minyak ikan goreng
Jika anda tiada masa untuk ke veterinar, antara petua hilangkan kurap kucing yang boleh diamalkan dan berkesan ialah menggunakan minyak ikan goreng.

Caranya, anda asingkan siap-siap minyak ikan goreng ke tepi. Sejukkan dahulu sebelum dilumur ke serata badan kucing yang dijangkiti kurap. Lakukan sebanyak 2-3 kali sehari sehingga kesan kurap hilang.


3. Gunakan air gamat
Air gamat juga boleh digunakan untuk merawat kurap kucing. Seperti minyak girengan ikan, air gamat juga perlu disapu pada kurap setiap hari sehingga kesan kurap hilang dan kulit kucing bersih.


4.Gunakan air garam kasar
Garam kasar ada di dapur? Larutkan dalam air dan gunakan atas kurap kucing. Anda boleh sahaja memasukkan air garam kasar ini ke dalam bekas semburan dan sembur sahaja pada bahagian kurap. Anda boleh menyembur setiap hari.

Anda juga boleh memandikan kucing menggunakan garam kasar sebagai salah satu cara buang kurap kucing. Namun, elak memandikan kucing setiap hari. Mungkin anda boleh mandikan sekali seminggu.


5. Gunakan cuka apple (apple cider)
Cuka epal mempunyai pelbagai khasiat untuk kucing. Antaranya merawat scabies. ANda boleh menggunakan sebagai semburan atau melumurkan badan kucing dengannya. Gunakan setiap hari.


6.Gunakan air laut
Seperti air garam, air laut merupakan air masin semula jadi. Anda boleh menggunakannya sebagai air mandian atau semburan mudah. Boleh disembur atau dilumur pada badan kucing setiap hari.


7.Gunakan air kelapa
Air kelapa merupakan petua berguna seterusnya. Caranya sama juga seperti di atas. Anda boleh semburkan atau lumurkannya pada badan kucing sehingga kurap hilang.


8.Bawang merah dan minyak kelapa dara
Bawang merah terkenal dengan fungsinya membunuh bakteria. Oleh itu. Anda boleh cuba menghirisnya sedikit dan campurkan dengan minyak kelapa dara. Lumurkan minyak ini ke serata badan kucing sehingga hilang kurap dan kulit kucing bersih.


9.Gunakan panadol
Tentu anda tidak tahu bahawa panadol boleh digunakan untuk menghilangkan kurap, bukan? Caranya, hancurkan dua biji panadol dan larutkan dalam air. Gunakan sebagai semburan harian atau sebagai air mandian.

kredit : oyen

Tips Untuk Menghentikan Kucing Yang S**a Menggigit1. Kenapa kucing menggigit?Terdapat pelbagai fungsi gigitan kucing ni....
15/10/2022

Tips Untuk Menghentikan Kucing Yang S**a Menggigit

1. Kenapa kucing menggigit?
Terdapat pelbagai fungsi gigitan kucing ni. Selalunya ia merupakan tabiat kehaiwanan yang memerlukan untuk kucing menunjukkan dominasi dan respon terhadap ancaman. Apabila di dalam rumah kucing anda menggigit anda kerana mereka ingin menunjukkan siapa yang berkuasa. Jika kucing anda berkelakuan begini ia hanya menunjukkan sifat dominasinya terhadap anda.

Kucing anda juga menggigit sebagai satu bentuk komunikasi. Selain dari berbunyi, ada kucing yang menggunakan cakaran jika mereka inginkan sesuatu seperti makanan, buka pintu, nak keluar atau bersihkan kotak pasir.


2. Memperbaiki tabiat s**a menggigit
Melatih kucing anda untuk tidak lagi menggigit adalah sama seperti melatih haiwan peliharaan lain untuk menghentikan tabiat buruk. Ini merupakan prinsip perkasa asas dalam melatih supaya sentiasa ingat:

- Menghukum tingkahlaku buruk, memberi ganjaran tingkahlaku baik
- Hukuman dan ganjaran selalu dilakukan segera supaya kucing anda dapat mengetahui apa sebab ia dihukum atau diberi ganjaran
- Pentingnya konsistensi

Berdasarkan prinsip simple ini terdapat beberapa cara tertentu yang anda perlu untuk respon kepada jenis tabiat menggigit yang berbeza. Ini merupakan tabiat menggigit pada kucing yang s**a menunjukkan dominasi:

-Tunjukkan kepada kucing anda siapa sebenarnya yang boss. Marah dan cakap dengan kuat tetapi bukan menjerit k. Kucing tidak respon kepada perkataan berbanding anjing tetapi akan respon kepada ton dan kelantangan suara anda.
- Kembirikan kucing jantan anda yang s**a menggigit. Kucing jantan akan menjadi lebih agresif dan akan menjadi lebih tenang setelah dikembiri.
- Gunakan item dominasi. Jika kucing anda menggigit, pukul dengan perlahan dengan item dominasi sebagai contoh gulungan surat khabar. Lama kelamaan kucing anda akan respon dengan hanya melihat gulungan suratkhabar tersebut.


3. Ini merupakan cara yang dapat membantu untuk kucing yang s**a menunjukkan dominasi tetapi jika kucing anda hanya ingin berkomunikasi dengan anda, langkah yang berbeza harus diambil seperti:

- Tidak hiraukan mereka. Kucing yang cuba untuk berkomunikasi anda dengan menggigit akan cuba cara yang lain p**a sekiranya anda tidak respon dengan gigitan.
- Cuba wujudkan bentuk komunikasi yang lain. Buat apa yang diminta oleh kucing anda sekiranya selepas kucing anda berbunyi atau menggesel kaki anda. Lama kelamaan kucing anda akan cuba bentuk komunikasi seperti ini dari menggigit.
- Jangan terlalu negatif. Anda sedang cuba untuk membantu kucing anda berkomunikasi dengan anda. Jika anda menghukum kucing anda terlalu banyak, kucing anda akan jadi takut untuk menyatakan keperluan mereka kepada anda.


4. Kesimp**an
Tabiat menggigit ni kadangkala boleh menjadi comel dan mengjengkelkan. Apabila kucing anda datang kepada anda dan mula menggigit manja anda mungkin s**a. Kadangkala gigitan boleh menjadi kesakitan dan menyusahkan.

kredit: themamamiaow

Panduan Vaksin Kucing: Apa Yang Anda Perlu Tahu1. Apa itu vaksin kucingSecara ringkasnya, vaksin merupakan virus yang te...
05/10/2022

Panduan Vaksin Kucing: Apa Yang Anda Perlu Tahu

1. Apa itu vaksin kucing
Secara ringkasnya, vaksin merupakan virus yang telah dilemahkan. Ia akan disuntik ke dalam badan kucing ini bagi membantu badan dapat melawan serangan penyakit di masa akan datang.

Sekiranya kucing anda terdedah kepada penyakit ini di masa akan datang, sekurang-kurangnya mereka sudah mempunyai antibodi badan yang mampu melawan jangkitan penyakit ini.


2.Kebaikan vaksin kucing
Jika anda masih ragu sama ada kucing anda perlu divaksin atau tidak, jom Oyen kongsikan lagi kepada anda manfaat vaksin kucing ini seperti berikut:

i. Menaikkan tahap imuniti badan kucing
Setelah berhenti menyusu dengan ibu kucing, semakin lama, tahap imuniti badan anak kucing akan makin berkurangan. Dengan bantuan vaksin sejak usia mereka 2 bulan, ini akan membantu membina semula imuniti di dalam badan anak kucing.

ii. Melindungi anda daripada kos rawatan yang tinggi sekiranya dijangkiti
Tidak dinafikan lagi, apabila kucing anda telah disahkan dijangkiti penyakit berbahaya, ia pastinya akan menelan belanja dan kos rawatan yang mahal. Dengan melakukan langkah pencegahan dengan memberi vaksin kepada kucing anda sejak awal lagi, ia sekurang-kurangnya mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini.


3.Memberi perlindungan kepada pemilik kucing

Tahukah anda, terdapat penyakit yang boleh menjangkiti manusia yang boleh berpunca daripada kucing yang dijangkiti seperti Rabies? Dengan memberikan vaksin kepada kucing anda, ia akan mencegah jangkitan penyakit ini dan secara tidak langsung memberikan perlindungan kepada pemilik kucing itu sendiri.


4.Umur kucing vaksin
Secara umumnya, umur yang sesuai bagi kucing anda untuk menerima suntikan pertama ialah bermula umur 2 bulan bagi anak kucing. Suntikan vaksin ini akan diberikan sehingga anak kucing berusia 4 bulan.

Setelah mencecah umur setahun atau mencapai umur kucing dewasa, vaksin akan diberikan secara tahunan atau 3 tahun sekali.


5. Jenis vaksin kucing
Secara ringkasnya, vaksin terbahagi kepada dua kategori iaitu:

i. Vaksin asas (core vaccines)
Vaksin asas merupakan vaksin yang direkomenkan bagi semua kucing bagi melindungi mereka daripada penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut. Malah, vaksin asas ini juga akan melindungi pemilik kucing daripada penyakit berjangkit yang boleh menjangkiti manusia.

Biasanya, terdapat 4 jenis vaksin kucing dalam kategori ini seperti berikut:

a.Feline Panleucopaenia (FPL)
Salah satu vaksin yang pop**ar ialah FPL bagi mencegah virus parvo. Biasanya, penyakit ini akan lebih mudah menjangkiti kucing yang tidak divaksin. Bukan itu sahaja, penyakit ini lebih mudah menyerang anak kucing yang masih muda.

Sekiranya kucing anda sudah dijangkiti virus parvo ini, rawatan yang diperlukan boleh mencecah ribuan ringgit.Malah, penyakit ini mudah berjangkit sesama kucing sekiranya anda membela dalam jumlah yang ramai.

Jadi, dapatkan pencegahan lebih awal bagi penyakit ini dengan mendapatkan vaksin parvo kucing ini bagi semua kucing anda.


b. Feline Calicivirus (FCV)
Seterusnya, vaksin bagi penyakit Feline Calicvirus (FCV) diperlukan bagi mencegah penyakit yang mencegah saluran pernafasan kucing. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan penyakit pernafasan yang teruk kepada kucing.

Walaupun kucing anda boleh sembuh daripada virus ini, namun ia masih boleh menjadi penyebar virus ini dan menjangkiti kucing yang lain di rumah.


c. Feline Viral Rhinotracheitis (FVR)
Selain itu, Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) merupakan penyakit kucing yang sangat mudah berjangkit melalui air liur atau discaj daripada mata atau hidung. Malah, virus ini juga boleh menjangkiti kucing pada semua usia tidak kira muda atau tua.

Dengan mendapatkan vaksin ini, ia bukanlah termasuk kucing anda akan terselamat daripada jangkitan ini, namun ia boleh mengurangkan komplikasi penyakit ini serta memendekkan masa serangan jangkitan ini.


d. Rabies
Akhir sekali, penyakit Rabies bukan lagi penyakit yang diketahui boleh menjangkiti manusia. Ia boleh tersebar dengan gigitan oleh kucing yang dijangkiti virus ini atau luka terbuka yang terkena air liur kucing yang dijangkiti virus ini.

Apa yang menakutkan, virus Rabies ini boleh menyerang sistem saraf manusia sehingga menyebabkan kekeliruan dan perubahan sikap. Jadi, jangan ambil mudah kepentingan mendapatkan vaksin Rabies ini bagi kucing anda.


ii. Vaksin bukan asas ( Non core- vaccines)
Selain itu, terdapat beberapa jenis vaksin lain yang juga digalakkan untuk diberi kepada kucing anda. Walaupun ia hanya sekadar pilihan dan juga diberikan bergantung kepada gaya hidup kucing anda, ia juga tidak kurang pentingnya.

Dapatkan nasihat pihak veterinar anda tentang pilihan vaksin terbaik yang boleh diberikan kepada kucing anda. Berikut merupakan pilihan beberapa jenis vaksin yang ada:

i. FeLV
ii. Chlamydia felis
iii. Bordetella

kredit : oyen

Ini Sebabnya Kucing S**a Tidur Dekat Bahagian KakiKucing adalah haiwan yang menarik yang kadang-kadang akan melakukan pe...
21/09/2022

Ini Sebabnya Kucing S**a Tidur Dekat Bahagian Kaki

Kucing adalah haiwan yang menarik yang kadang-kadang akan melakukan perkara yang kita sendiri tidak faham. Tapi tahukah anda, ia adalah fakta yang terbukti bahawa kucing s**a tidur di bahagian kaki pemiliknya semasa di atas katil. Kucing tidur sekitar 15 jam setiap hari dan biasanya akan tidur di tempat-tempat yang nampak tidak selesa di mata manusia.

1. Rasa selamat
Kedudukan katil anda juga boleh memainkan peranan. Jika anda perasan, kebanyakan kaki katil akan berada di kedudukan paling hampir dengan pintu. Semakin dekat kucing dengan pintu, semakin baik mereka dapat melihat siapa yang keluar dan masuk bilik. Jadi mereka berasa lebih selamat untuk tidur pada waktu malam di bahagian kaki katil yang juga bahagian kaki pemilik mereka.


2. Terbiasa dengan rutin
Adakah anda tahu kucing sangat s**akan rutin? Jika mereka sudah biasa tidur sendiri di katil mereka seperti di dalam video ini, mereka akan terus melakukan rutin ini setiap hari. Kucing tidak s**akan sesuatu yang lari daripada kebiasaan mereka, jadi lebih baik anda membiarkan saja mereka tidur di tempat yang mereka biasa. Jika mereka biasa tidur di bahagian kaki anda, mereka akan terus melakukannya.


3. Lebih sejuk
Sebahagian besar haba panas badan anda berada di tengah-tengah badan anda dan bahagian tengah katil anda. Walaupun kucing s**a badan yang hangat untuk dipeluk, mereka juga tidak mahu terlalu panas. Lagi-lagi kucing dengan bulu panjang dan lebat. Tidur di bahagian kaki menolong mereka tidur dengan lebih selesa dan dalam masa yang sama masih berada dekat dengan anda.


4. Tanda sayang
Apabila kucing tidur di kaki anda, ia adalah tanda kepercayaan dan kasih sayang yang tinggi. Kucing tidak akan tidur di sekitar orang yang mereka tidak s**a atau percaya. Mereka mungkin penyayang dengan seluruh ahli keluarga tetapi pasti akan ada satu orang yang paling mereka s**ai. Sekiranya itu anda, anda tidak perlu terkejut jika mereka s**a tidur di bahagian kaki anda.

kredit : HCL

6 Tanda Kucing Sakit Dan Apa Yang Anda Perlu Lakukan1.Hilang selera makanSekiranya kucing anda sebelum ini tidak mempuny...
14/09/2022

6 Tanda Kucing Sakit Dan Apa Yang Anda Perlu Lakukan

1.Hilang selera makan
Sekiranya kucing anda sebelum ini tidak mempunyai masalah sewaktu makan namun tiba-tiba hilang selera makan, ia merupakan salah satu tanda yang anda perlu perhatikan.

Walaupun nampak mudah, kucing yang hilang selera makan atau langsung tidak makan sebenarnya sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

Bukan itu sahaja, hilang selera makan juga boleh menjadi simptom penyakit kucing lain yang boleh membawa maut.

Sekiranya ini terjadi kepada kucing anda, cuba kaji mengapa perkara ini berlaku. Bagi sesetengah kucing, perkara ini boleh disebabkan oleh perubahan jenis makanan yang diberi. Sekiranya kucing anda masih hilang selera makan, anda perlu segera membuat lawatan ke pihak veterinar yang berdekatan


2. Selera makan bertambah
Hilang selera makan salah, selera makan bertambah pun salah?

Ya, selera makan yang bertambah terutamanya bagi kucing yang tua merupakan salah satu simptom penyakit hyperthyroidism.

Malah. Sekiranya ia berlaku kepada kucing yang masih muda, cuba kawal selera makan kucing anda pada peringkat awal ini.

Sekiranya dibiarkan, kucing boleh menjadi obesiti dan juga boleh mendapat komplikasi pelbagai penyakit yang lain.


3. Perubahan berat badan
Biasanya, perubahan berat badan akan berlaku akibat kesan hilang atau bertambahnya selera makan.

Sekiranya kucing anda menunjukkan penurunan berat badan, ia merupakan salah satu tanda yang serius dan perlu dibawa ke veterinar bagi rawatan kecemasan.

Sekiranya berat badan kucing anda bertambah, namun masih dalam lingkungan yang normal, ia tidak menjadi masalah.

Namun, sekiranya kucing anda mempunyai berat badan berlebihan dan berat semakin naik secara mendadak, ia boleh mendatangkan kesan komplikasi buat jangka masa yang panjang.


4. Bulu gugur secara banyak

Seperti yang kita ketahui, bulu kucing biasanya akan gugur dan tidak asing lagi melekat di baju atau sofa. Namun, sekiranya bulu kucing ini gugur lebih banyak daripada biasa, ia mungkin salah satu tanda kucing anda sedang sakit.

Selain itu, bulu kucing yang gugur secara banyak dan abnormal ini mungkin akan meninggalkan kesan botak pada kawasan tertentu sahaja.

Feline alopecia atau kesan botak kepada kucing ini boleh disebabkan oleh alahan, atau jangkitan parasit seperti kutu kucing.

Walaupun nampak remeh, sekiranya dibiarkan tanpa rawatan yang betul, kesihatan kucing anda mungkin akan terjejas buat jangka masa yang panjang.


5. Muntah dan cirit birit
Seterusnya, kucing yang muntah dan cirit-birit juga merupakan salah satu simptom kucing anda sedang sakit.

Walaupun ada sesetengah kucing yang biasanya akan muntah disebabkan hairball, dan dianggap biasa oleh pemilik kucing, namun ia bukan satu-satunya punca perkara ini terjadi.

Berikut merupakan beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kucing anda muntah dan cirit-birit:

- Keracunan makanan
- Perubahan diet makanan
- Inflamasi dan iritasi pada usus
- Kesan sampingan daripada sesetengah ubat


6. Cara bernafas yang tercungap-cungap
Bagi kucing yang aktif, setelah mereka berlari atau melakukan aktiviti fizikal, mereka mungkin akan tercungap-cungap bagi melepaskan lelah.

Namun, sekiranya dalam keadaan rehat dan duduk, kucing anda juga menunjukkan tanda bernafas secara tercungap-cungap, besar kemungkinan kucing anda mengalami masalah pernafasan.

Selain itu, anda juga boleh memerhatikan bunyi nafas pada kucing anda. Sekiranya kucing anda bernafas secara kuat atau mengeluarkan bunyi wheezing atau semput, segera bawa kucing anda ke veterinar.

Masalah pernafasan yang tidak dirawat buat jangka masa yang panjang akan memberikan kesan pada paru-paru kucing anda dan boleh memakan kos yang lebih besar untuk dirawat.

kredit : oyen

Cara Ajar Kucing Guna Tandas. Senang Urus, Tak Berak Merata!CARA AJAR KUCING GUNA TANDAS1. Perkenalkan Kucing Kepada Bek...
07/09/2022

Cara Ajar Kucing Guna Tandas. Senang Urus, Tak Berak Merata!

CARA AJAR KUCING GUNA TANDAS

1. Perkenalkan Kucing Kepada Bekas Pasir
Langkah awal untuk mengajar kucing untuk membuang najis mengikut tempat ialah dengan menyediakan bekas berisi pasir kucing.

Bagi memudahkan kucing anda untuk beralih kepada menggunakan tandas, letakkan bekas berpasir di dalam tandas agar kucing dapat menyesuaikan diri dengan kawasan membuang najis.


2. Sentiasa Mop Lantai & Bersihkan Bekas Najis Kucing di Sekitar Rumah

Bagi menghilangkan najis serta bau yang tidak menyenangkan, anda digalakkan untuk sentiasa bersihkan bekas najis kucing dan mop lantai bersih-bersih sehingga hilang bau.

Kesan bau yang yang masih tersisa akan membuatkan kucing anda untuk terus membuang najis lagi di tempat yang biasa dan selesa bagi mereka.


3. ‘Kurung’ Kucing di Dalam Tandas

Ini salah satu tips yang dikongsikan di media sosial:

‘Kurung’ kucing anda di sangkat kucing selama 3 hari berturut-turut bermula dari pukul 12.00 tengah malam sehingga selepas subuh atau 8.00 pagi.

Jangan lupa juga untuk tinggalkan bekas berisi makanan di dalam tandas supaya kucing tidak kelaparan.

Tips ini mungkin kedengaran macam ‘kejam’, tapi cara ini amat berkesan bagi menyesuaikan kucing anda dengan persekitaran baru bagi membuang najis, lebih-lebih lagi bagi yang membela dengan melepas kucing di rumah.

Inilah gunanya sangkar kucing iaitu nak ajar mereka guna litterbox. KURUNG KUCING ADALAH TIDAK KEJAM OK! Buang mereka hanya sebab kencing / berak bersepah sebenarnya yang kejam.


4. Atur Masa Kucing Menggunakan Tandas

Bagi yang membela kucing di dalam sangkar, anda juga boleh aturkan kucing anda untuk membuang najis mengikut masa. Antara waktu yang disarankan ialah seperti berikut :

Pagi : 6.00 pagi hingga 8.00 pagi
Tengah hari : 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang
Malam : 7.00 malam hingga 8.30 malam
Lewat Malam : 12.00 malam hingga 1.00 pagi
Namun, tidak semestinya kucing akan mengikut waktu ini ya!

Anda boleh tetapkan waktu sendiri mengikut kesesuaian anda dan kucing anda.

Baca juga: Jangan Bagi Kucing Minum Susu & Makan Tulang. Ini Sebabnya


5. Gunakan Cuka

Kucing akan kerap kencing di tempat yang sama jika tidak disediakan tempat membuang najis.

Selain membersihkan najis serta kawasan yang sering menjadi tempat kencing, anda juga boleh gunakan cuka untuk menghilangkan bau serta bagi mengelakkan kucing kencing di tempat yang sama.

Cara penggunaan cuka adalah seperti berikut :

Bersihkan kawasan yang telah dicemari najis sehingga kering.
Bilas kawasan tersebut dengan sedikit air dan cuka untuk menghilangkan bau najis dan air kencing.


6. Beli Toilet Train Kit Untuk Kucing

Kini terdapat ‘toilet train kit’ untuk anda latih kucing buang air di tandas. Ia berupa bekas pasir yang mempunyai bentuk khas supaya boleh dimuatkan pada ‘toilet seat’ di tandas rumah anda.

Ciri-ciri menarik ‘toilet Kit’ ialah ia dilengkapi dengan tahap-tahap yang berbeza untuk memudahkan kucing menyesuaikan diri sehinggalah kucing sudah biasa dan boleh buang najis terus ke dalam lubang tandas.

Ia juga diperbuat daripada bahan yang tahan lasak serta bebas toksik. Anda boleh dapatkannya di kedai haiwan peliharaan atau di laman membeli-belah online seperti Shopee.

kredit : siraplimau

CARA MANDIKAN ANAK KUCING :1. Biasakan anak kucing anda dengan persekitaran untuk mandiJika ini kali pertama anak kucing...
23/08/2022

CARA MANDIKAN ANAK KUCING :

1. Biasakan anak kucing anda dengan persekitaran untuk mandi
Jika ini kali pertama anak kucing dimandikan, jangan terus merendam mereka di dalam bekas air. Anak kucing yang masih belum biasa dengan keadaan dan suhu air, mungkin akan trauma dan terlampau terkejut. Bagi membiasakan anak kucing, lakukan beberapa langkah berikut:

Guna kain atau tuala kecil yang lembap dan gosok anak kucing anda secara perlahan. Anda boleh memujuk mereka untuk tenang dengan memberikan mereka sedikit makanan atau treat
Jika anak kucing anda sudah semakin selesa, cuba isi sedikit air di dalam bekas air dan letakkan anak kucing perlahan-lahan. Gosok dan tenangkan mereka untuk membiasakan mereka di dalam bekas yang berisi air.
Sekiranya anak kucing sudah selesa, cuba alirkan air secara perlahan-lahan sambil membersihkan bulu mereka. Anda juga boleh menggunakan kain lembap bersama-sama untuk membersihkan bulu mereka
Yeay! Anak kucing anda sudah bersedia untuk dimandikan tanpa masalah sekiranya mereka sudah biasa dengan semua persekitaran ini. Mereka juga boleh dibersihkan dengan penjagaan yang lebih rapi dalam langkah yang Oyen akan kongsikan seterusnya.


2. Sediakan semua kelengkapan mandi sebelum bermula

Sebelum memulakan proses memandikan anak kucing ini, pastikan anda telah menyediakan kelengkapan mandi yang lengkap. Tidaklah anda kelam kabut mencari tuala bersih dan kering apabila kucing dan anda sendiri sudah kesejukan dan basah kuyup nanti.

Sediakan beberapa kelengkapan mandi bagi si comel ini seperti berikut:

-Tuala yang kering dan bersih untuk mengelap selepas dimandikan nanti
-Syampu kucing (bergantung kepada jenis syampu yang sesuai bagi kucing anda)
-Ubat gigi dan berus gigi kucing
-Kain lembut untuk mengelap muka kucing
-Kapas (untuk membersihkan telinga kucing)
-Tab mandi atau bekas kecil untuk memandikan kucing
-Jika anda mempunyai rakan atau pasangan yang boleh membantu bersama proses memandikan anak kucing ini, ia akan menjadi lebih mudah. Minta bantuan rakan ini jika ada untuk memegang kucing sementara anda memandikan kucing anda nanti.


3. Gunakan air yang suam sewaktu memandikan anak kucing
Sewaktu memandikan anak kucing ataupun kucing dewasa sekalipun, jangan sesekali menggunakan air yang terlampau panas atau terlalu sejuk. Anda boleh mencurahkan air ke atas tangan terlebih dahulu bagi menyesuaikan suhu yang sesuai bagi kucing ini.

Sekiranya anda tidak mempunyai pemanas air atau water heater, jangan bimbang, gunakan sahaja air panas yang direbus bersama air paip untuk mendapatkan suhu yang sesuai. Apabila semua suhu air sudah sesuai, basahkan bulu kucing secara perlahan-lahan.

Bagi langkah ini, anda mungkin perlu menjirus air beberapa kali bagi memastikan permukaan bulu kucing basah sepenuhnya bagi baka kucing yang berbulu tebal. Ratakan juga air di permukaan bulu dengan tangan anda.


4. Ratakan syampu di seluruh badan dan bulu kucing
Pilih syampu yang sesuai dengan tujuan anda memandikan kucing. Jika hanya sekadar membersihkan kotoran, anda boleh memilih syampu kucing biasa yang lebih berkesan untuk membersihkan kekotoran.

Bagi syampu berubat atau medicated shampoo, ia tidak berbuih dan tidak boleh membersihkan kotoran. Oleh itu, sekiranya permukaan bulu kucing terlampau kotor, bersihkan dahulu permukaan bulu dengan air sebelum meratakan syampu berubat.

Bagi meratakan syampu berubat, ratakan terlebih dahulu di kawasan kulit yang paling teruk dijangkiti seperti di celah-celah perut, di bawah leher kucing dan sebagainya. Kemudian, biarkan ia seketika mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Pada waktu ini, pastikan kucing anda tidak menjilat badannya.


5. Jangan lupa bilas bulu kucing secukupnya
Setelah selesai meratakan syampu, jangan lupa bilas bulu kucing secukupnya dengan air yang bersih. Pastikan tiada sisa-sisa buih syampu yang melekat pada bulu kucing. Walaupun nampak remeh, sisa buih syampu yang tidak dibersihkan dengan betul, boleh dijilat oleh kucing sewaktu mereka membersihkan bulu mereka sendiri nanti.


6. Bersihkan permukaan badan kucing yang lain
Bagi menyempurnakan sesi memandikan kucing ini, anda boleh mengelap muka kucing dengan kain lembut yang basah. Bersihkan juga permukaan telinga kucing dengan kapas yang lembut jika perlu.


7. Keringkan bulu kucing dengan tuala yang bersih dan kering

Setelah selesai memandikan anak kucing, lap badan mereka dengan tuala yang kering. Bagi kucing berbulu tebal, anda mungkin memerlukan beberapa helai tuala untuk memastikan bulu-bulu benar kering.

Jika anda ingin menggunakan pengering rambut atau hair dryer, gunakan suhu yang paling rendah. Pastikan anda berhati-hati menggunakan pengering rambut kerana ia bukan sahaja boleh menakutkan kucing, ia juga boleh menyebabkan badan kucing melecur pada suhu yang terlampau panas!

Ingat, pastikan bulu kucing benar-benar kering sebelum melepaskan mereka untuk berehat. Dalam keadaan bulu yang lembap, jangan terkejut jika anak kucing anda akan bergolek semula di atas permukaan tanah berlumpur untuk mengeringkan badan mereka di luar rumah.


8. Tenangkan kucing selepas memandikannya
Proses memandikan kucing boleh menjadi sesuatu yang menakutkan dan baru bagi si comel, jangan lupa untuk menenangkannya dengan memberi makanan atau treat. Anda juga boleh membelai kucing anda bagi memastikan ia selesa.
Jika perlu, bagi ruang untuk mereka tidur dan berehat seketika. Jangan lupa beri kata-kata pujian pada si comel ini yang telah berani mandi dan sudah wangi!

Walaupun nampak remeh, memandikan kucing boleh membantu kucing anda menguruskan kebersihan diri mereka. Malah, beberapa penyakit kulit juga boleh dirawat sebelum menjadi lebih teruk dan serius.

Dengan membuat lawatan secara rutin ke veterinar, sebarang penyakit kulit ini dapat dirawat dari awal sebelum ia menjejaskan kesihatan kucing anda

kredit : oyen

Address

Alor Setar
05460

Telephone

+601110363117

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Growfeed Malaysia HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Growfeed Malaysia HQ:

Videos

Share

Category


Other Pet Stores in Alor Setar

Show All