RUMAH API KISAHNYA:
Bermula dengan nama Gudang Noisy, Rumah Api lahir hasil dari usaha sekumpulan rakan-rakan yang mahu menjadikan rumah kedai 178 di Jalan Merdeka ini autonomi dan tiada hierarki. Hasil dari kegagalan Gudang Noisy yang tidak sepenuhnya autonomi dan berstruktur hierarki, rakan-rakan ini belajar dari kesilapan dan tidak mahu mempersiakan rumah kedai yang bersejarah ini, mati begitu
sahaja. Selepas puluhan perbincangan dibuat dan puluhan jalan diusahakan, rumah kedai lot 178 ini akhirnya beroperasi kembali. Setelah bertahun-tahun menyumbang dalam scene DIY hardcore punk, rumah kedai ini akan terus menyumbang lagi. Nama Rumah Api dipilih atas sebab kami mahukan rumah ini menampakkan identiti tempatan dan api, seperti kalian sedia maklum, adalah cukup simbolik dalam "punk" itu sendiri. Antara aturcara yang selalu dianjurkan seperti gig/konsert, tayangan filem, Really Really FREE Market, kafe vegan dan bengkel basikal ko-op akan diteruskan seperti sebelum ini. Kebanyakkannya sudah sedia maklum, di Rumah Api juga wujud Pustaka Semesta Infoshop yang menjadi nadi dalam mempromosikan ide-ide anti-autoritarian, animal rights dan juga punk itu sendiri. Di infoshop ini, juga disediakan perpustakaan kecil untuk sesiapa sahaja datang dan mengambil manfaat darinya. Untuk masa akan datang, pelbagai acara akan dibuat. Tetapi kami memerlukan kalian untuk menjayakannya. Segala bentuk sukarelawan amat kami alukan. Rumah Api adalah rumah kita semua untuk manfaat bersama dan datanglah menjayakannya. Tetapi harus diingat yang setiap rumah ada aturannya. Rasis, seksis, homophobia tidak dialukan, begitu juga dengan violence dan hard drugs. Kami datang dengan cinta dan balaslah kami dengan cinta.