Disebalik pembukaan BPS
Papa Hafiz buka hotel kucing ni sebab dulu saya ada selamatkan kucing di tepi jalan. Waktu itu 6 tahun yang lepas, saya dan isteri ingin keluar makan malam. Tiba-tiba kami ternampak kereta cuba meneglak sesuatu ditengah jalan, rupanya seekor anak kucing. Saya pun selamatkan kucing tersebut dan ingin pergi hantar ke kedai makan, kerana isteri takut pada kucing. Hati manusia itu milik ALLAH, tiba-tiba isteri saya menyatakan hasrat ingin bela sibulus yang kami selamatkan. Bermula la pengalaman menarik hidup kami bersama sibulus yang kami beri nama, Boboy.
Sejak dari itu, Boboy dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Kami akan bawa Boboy bersama setiap kali balik kampung ke Kedah dan Perak. Boboy sangat baik sewaktu didalam kereta. Pada satu hari, saya dan isteri ingin pergi bercuti ke Langkawi Kedah. Satu minggu sebelum bercuti, saya mula mencari hotel kucing melalui online dan survey semasa 1 hari sebelum hantar. Pada hari kami sepatutnya bertolak ke Langkawi, kami pergi menghantar Boboy ke hotel kucing di bandar Alor Setar. Setibanya kami disitu, kami dibawa masuk ke bilik yang penuh dengan sangkar dan terdapat kucing, anjing, arnab dan ayam didalam sangkar berlainan. Saya sudah tergamam dengan keadaan itu, Boboy sudah mula bising kerana dia tidak biasa bercampur dengan kucing lain. Isteri disebelah sudah menangis kerana sedih melihat Boboy yang tak senang duduk dalam sangkar. Akhirnya isteri saya ambil semula Boboy dan kami cancel percutian kami, kerana tidak sanggup tinggalkan Boboy yang kami anggap seperti anak kami sendiri.
Ini la sebab utama Papa Hafiz buka BPS, kerana Papa Hafiz tidak mahu pemilik kucing mengalami nasib seperti kami juga. Kami mahu semua pemilik kucing pergi bercuti dengan tenang sambil mengetahui sibulus mereka dijaga dengan baik.