
03/02/2022
Ikan kaloi ialah salah satu ikan asli di Malaysia. Kaloi agak terkenal dalam pasaran ikan hiasan dan juga sebagai sumber makanan kepada manusia.
Kaloi tergolong dalam keluarga osphronemidae,iaitu keluarga ikan sepat,pelaga,dan lain²,oleh itu kaloi boleh di anggap sebagai spesies sepat terbesar di dalam keluarga ikan 'gourami' ini.
Di dunia hanya ada 4 spesies kaloi,dan 3 daripadanya wujud di Malaysia,iaitu osphronemus goramy (kaloi hitam),osphronemus laticlavius (kaloi sabah),dan osphronemus septemfasciatus (kaloi manah). Kaloi hitam adalah spesies yang paling banyak di semenanjung,manakala kaloi sabah dan kaloi manah hanya di temui di borneo. Kesemua spesies ini ada mendiami sungai dan tasik di beberapa kawasan di Malaysia.
Kesemua spesies kaloi ini adalah jenis herbivor,diet utamanya adalah tumbuhan² air,namun pada peringkat tertentu ia juga boleh memakan benda selain tumbuhan seperti udang kecil atau sisa ikan yang lain.
Kaloi boleh membesar sehingga 20 inci,namun bagi kaloi hitam kadang² ia boleh membesar sehingga 28 inci,bergantung pada keadaan. Selain itu,jangka hayat kaloi juga agak lama,ia boleh hidup sehingga sekitar 30 tahun.
Kredit kepada owner FB page : Jejak Air Tawar