SOGE MELON

SOGE MELON Rock Melon,Golden Rock Melon

Selamat Hari Raya 1443.....maaf zahir dan batin         Taqabbalallahu Minna Wa Minkum                 -SOGEJAYA ENTERPR...
01/05/2022

Selamat Hari Raya 1443.....maaf zahir dan batin

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

-SOGEJAYA ENTERPRISE-

BismillahAlhamdulillahAllahumma Solli Ala Saidina Muhammad Waala Alihi Saidina MuhammadMasyaAllah Laquwata illabillahSog...
27/04/2022

Bismillah
Alhamdulillah
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Waala Alihi Saidina Muhammad
MasyaAllah Laquwata illabillah

SogeMelon Musim ke 5,
Terima kasih kepada ahli keluarga,sahabat-sahabat teman taulan,sahabat fb alam maya dan semua pelanggan-pelanggan SogeMelon yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.Semoga Allah SWT merahmati anda semua dan sihat sejahtera hendaknya dengan rahmat dari Allah SWT.

Setiap musim, hari pertama menyemai biji benih hingga menghasilkan dan memetik buah SogeMelon,penanaman SogeMelon memerlukan komitmen penjagaan yang teliti dan sentiasa perlu di awasi kearah penghasilan mutu buah yang bergred A,bak kata pepatah orang tua "Seperti menatang minyak yang penuh"......setiap hari hingga hari menuai buah(panen) adalah hari-hari yang penuh dengan cabaran,segalanya perlu usaha yang sabar,tabah,cekal dan belajar serta terus belajar dari pengalaman yang telah lalu....segalanya perlu digarab dengan keutamaan bertawaqal kepada Allah SWT.

Insya Allah kita jalan terus.....alon-alon janji klakon kata orang Jawa🙂

Mohon doa kami terus maju jaya dalam bidang pertanian fertigasi ini......Terima kasih kepada anda semua.........MasyaAllah Tabarakallah!


فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Ar-Rahman Ayat 13

16/04/2022

Bismillah
Alhamdulillah
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Saidina Muhammad
Masya Allah La Quwata illabillah

Kepada peminat/pelanggan buah golden rockmelon(Soge Melon) di kawasan Kanchong Darat & Banting,Kuala Langat!!!

Hari Jualan Soge Melon Musim ke 5!

Sabtu 23 April,2022
9.00pagi-6.00petang

Lokasi : https://www.google.com/maps/place//data=!4m2!3m1!1s0x31cda34188c5f3ed:0xdad1451c8592255d?lucs=gmc&entry=s&sa=X&hl=en-my&ved=2ahUKEwitoumpirzyAhVvzDgGHa0kAp4Q4kAwCHoECAMQAg

Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.
Jazakallah khairan kasiran

Untuk tempahan pre order sila hubungi https://wa.me/601118771167?text=PM+SOGE+MELON

*Sila patuhi SOP terkini*


14/04/2022

03/04/2022

Bismillah
Alhamdulillah
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Waala Alihi Saidina Muhammad

MasyaAllah Laquwata illabillah

Kerja-kerja memilih buah golden melon(soge melon).....we choose and select the best ...... Insya Allah

BismillahAlhamdulillah Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Saidina MuhammadMasya Allah La Quwata illabilla...
18/11/2021

Bismillah
Alhamdulillah
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Saidina Muhammad
Masya Allah La Quwata illabillah

Kepada peminat/pelanggan buah rockmelon di kawasan Kanchong Darat & Banting!!!

Hari Jualan Soge Melon Musim ke 4

Sabtu 20 Nov,2021
9.00pagi-5.00petang

Lokasi : https://www.google.com/maps/place//data=!4m2!3m1!1s0x31cda34188c5f3ed:0xdad1451c8592255d?lucs=gmc&entry=s&sa=X&hl=en-my&ved=2ahUKEwitoumpirzyAhVvzDgGHa0kAp4Q4kAwCHoECAMQAg

Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.
Jazakallah khairan kasiran

*Sila patuhi SOP terkini*


Assalamualaikum kepada pelanggan yang dihormati sekalian,BismillahAlhamdulillahAllahumma solli ala Saidina Muhammad waal...
14/11/2021

Assalamualaikum kepada pelanggan yang dihormati sekalian,

Bismillah
Alhamdulillah
Allahumma solli ala Saidina Muhammad waala alihi Saidina Muhammad

In sya Allah
Projek Tanaman Rock Melon ( SOGE MELON) memasuki musim ke 4.....belajar dan terus belajar.Kita kayuh pelan-pelan( alon-alon janji kelakon).Terus melangkah dengan menanam benih Rock Melon Madesta F1.Penjagaan yang penuh berhati-hati dengan segala ilmu yang telah diajarkan,bermula dari menaman benih hingga hari menuai,segala SOP menanam Rock Melon yang diajarkan kita olah ke dalam 1000 polybag mengikut jadual,musim hujan,cabaran adalah mahluk-mahluk serangga yang memang menjadi penggemar pokok,daun dan buah Rock Melon,kita hadapi dengan kaedah penanaman "semiorganik",yang penting ilmu menaman dengan usaha,kesabaran,ketabahan,kecekalan,kekuatan mental dengan berserah diri pada Allah SWT,kena banyak belajar dari pengalaman mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang penanaman Rock Melon,yang paling utama terus belajar dan terus belajar....kita harungi dengan sokongan kuat ahli keluarga,saudara mara,jiran tetangga,sahabat handai,sahabat alam maya yang selalu mendoakan! Terima kasih atas sokongan daripada anda semua!!!!
Doa dan berserah,tawaqal kepada Allah SWT.Segalanya adalah dengan izin Allah SWT.

SOP Fertigasi Coach Bahar ......

Peminat buah Rock Melon ( SOGE MELON)yang ingin membeli terus.....walk in......
Jualan Rock Melon segar dari kebun!!!!
Insya Allah
Buah gred A Supermarket.....Ujian kemanisan buah Brix 12-14.
First come first serve.
Siapa datang dahulu di dahulukan!🤗

🔓Untuk semua pelanggan !!!🔒
Kami daripada *SOGE MELON* ingin memaklumkan bahawa pembelian boleh dilakukan pada :

*TARIKH* : * 20 Nov. 2021 (Sabtu)*
*MASA* : *9.00 pagi-5.00petang*
*TEMPAT*: *SOGE MELON/Di kediaman Encik Rali Tugiman* ⬇️

https://g.co/kgs/kJoaLM

Untuk maklumat urusan jualan SOGE MELON

http://www.wasap.my/601115416661/sogemelon

Berikut adalah SOP yang wajib dipatuhi semasa berada di kawasan *SOGE MELON*, mengikut garis panduan yang telah disediakan :

🍈 *Scan bar code Mysejahtera* ataupun *mengisi maklumat*
🍈 *mengambil suhu* terlebih dahulu
🍈Sentiasa *menjaga penjarakan sosial* (jarak 1 meter).
🍈Wajib memakai *face mask.*
🍈Pastikan *tidak bersalaman* / *bersentuhan* dan kurangkan interaksi sosial.
🍈 *Tinggalkan premis secepat mungkin* selepas selesai urusan.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan.

Harap Maklum.
Terima kasih😊









Alhamdulillah.....setahun sudah berlalu!🤗🥰
14/11/2021

Alhamdulillah.....setahun sudah berlalu!🤗🥰

BismillahAlhamdulillahAllahumma Solli Ala Saidina Muhammad Waala Alihi Saidina MuhammadMasya Allah Laquwata illabillahSo...
29/10/2021

Bismillah
Alhamdulillah
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Waala Alihi Saidina Muhammad
Masya Allah Laquwata illabillah

Soge Melon hari selepas tanam (HST 41)🍈🍈🍈

Penanaman Kaedah Fertigasi...SOP yang telah diajarkan oleh Coach Coach Bahar dipraktikkan dengan ketat dalam menjaga pokok-pokok sepanjang tempoh HSS( Hari Selepas Semai), HST(Hari Selepas Tanam).
Untuk penghasilan buah-buah yang bergred premium AA, penjagaan pokok-pokok Soge Melon amatlah penting,pokok-pokok sentiasa diawasi daripada serangan serangga-serangga yang sentiasa bersiap sedia setiap waktu terluang.
Senja hingga ke malam adalah waktu utama "mereka" beroperasi.....
Dalam tempoh masa penjagaan penanaman hingga hari menuai buah tidak boleh leka dibuai mimpi,setiap pokok-pokok adalah anak-anak yang sentiasa diberi sepenuh perhatian....peka akan setiap pertumbuhan daun,sulur tunas dan buah.
Siang malam sepanjang tempoh penanaman tidak boleh lalai....hujan panas....hadapi dengan tabah,sabar,ikhlas dan redho....terus kan melangkah....alon-alon janji kelakon....segalanya kerana Allah SWT!

Insya Allah Sabtu 20/11/2021 9.00 pagi hingga 6.00 petang,pihak kami akan buat hari jualan!!!

Masya Allah La Quwata illabillah







27/09/2021

Bismillah
Alhamdulillah
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Waala Alihi Saidina Muhammad
Masya Allah La Quwata illabillah

Soge Melon musim ke 4....Hari Selepas Tanam (HST 10),hari-hari mendatang yang perlu penjagaan setiap pokok dalam setiap polibag yang ada.Minggu 1,2,3 adalah masa-masa yang paling penting untuk penjagaan pokok-pokok Soge Melon yang sedang membesar,pertumbuhan akar,batang,tunas,daun,pucuk kena penjagaan yang teliti tanpa lalai.... SOP penanaman perlu diikuti dengan ketat untuk menghasilkan buah Soge Melon berkualiti premium,kami menggunakan kaedah penanaman semi organik.Dalam keadaan cuaca hujan yang tidak menentu,segala serangan serangga ( white fly,hamama,kutu thrip,kulat) amat perlu dibenteras dengan menghalau serangga dari menyerang.....lawan tetap lawan!
Insya Allah dalam petengahan bulan November 2021 dijangka akan menuai hasil buah Soge Melon.
Mohon doa dari kalian semua..."alon-alon janji klakon"..... jalan terus.......semuanya dengan izin Allah SWT,Insya Allah.

Peneman di kebun! Che Tam acting at Soge Melon...meowww🐈‍⬛
19/09/2021

Peneman di kebun! Che Tam acting at Soge Melon...meowww🐈‍⬛

18/09/2021
Merdeka🇲🇾Pemanah Cilik Tradisional,Ahmad Nasim Adli bin Rali.....ni anak no 9💪🏹🎯Sila tekan gambar dekat pages DACS Kuala...
15/09/2021

Merdeka🇲🇾

Pemanah Cilik Tradisional,Ahmad Nasim Adli bin Rali.....ni anak no 9💪🏹🎯

Sila tekan gambar dekat pages DACS Kuala Langat kemudian like ya 😊 Kalau sporting lagi share lah sekalii😉

🇲🇾MERDEKA CONTEST DACS KUALA LANGAT🇲🇾

Jom bantu "Ahmad Nasim Adli bin Rali", "8 Tahun" untuk menangi hadiah menarik!!!!!

Mudah saja dengan hanya tekan butang "LIKE" dan "SHARE" serta sebarkan kepada ramai dengan caption "Merdeka🇲🇾"

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

MALAYSIA PRIHATIN 🇲🇾



BISMILLAH.....ALHAMDULILLAH....ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD WAALA ALIHI MUHAMMAD....MASYA ALLAH LAQUWATA ILLABILLAH....-C...
07/09/2021

BISMILLAH.....
ALHAMDULILLAH....
ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD WAALA ALIHI MUHAMMAD....
MASYA ALLAH LAQUWATA ILLABILLAH....

-Copy and paste-

Pertanian ini kalau nak dikupas satu persatu sejarah atau asal usulnya memang sangat luas. kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia dan keperluannya begitu ketara sejak zaman terawal lagi. Dalam entri sebelum ini, bertajuk pertanian dan islam telah dikupas panjang mengenai pertanian dan islam dimana ia sangat mengalakkan umatnya untuk bercucuk tanam dan berbakti kepada tanah. Pada kali ini, kita akan melihat surah dan dalil-dalil didalam Al-Quran yang menyebut mengenai pertanian.

Contoh-contoh ayat al-quran yang menyebut tentang tumbuhan;
1. Surah Al-baqarah ayat ke-71: Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak p**a untuk mengairi tanaman(HARTSA),tidak bercatat,tidak ada belangnya."Mereka berkata,"Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya".Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.
2. Surah Ali Imran ayat ke-117: Perumpamaan harta yang mereka nafkahkan di dalam kehidupan dunia ini,adalah seperti perumpamaan angin yang mengandung hawa yang sangat dingin,yang menimpa tanaman(HARTSA) kaum yang menganiaya mereka,akan tetapi merekalah yanh menganiaya diri mereka sendiri.
3. Surah Asy Syu'araa' ayat ke 7 : Dan apakah mereka tidak memperhatikan bumi, berapakah banyaknya kami tumbuhan di bumi itu pelbagai macam tumbuhan-tumbuhan yang bai (ZAUJIN KARIM).
4. Surah Al Hajj ayar ke 5 : Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuhan-tumbuhan yang indah (ZAUJIN KARIM)
5. Surah An Naba' ayat ke 15 : supaya kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian tumbuhan-tumbuhan (NABAATAN)
6. Surah Asy Syu'araa' ayat ke 148 : dan tanam-tanaman (ZURUU'A) dan pohon-pohon korma yang mayangnya lembut.

7. Surah Qaaf ayat ke 7 : dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata (ZAUJIN BAHIIJ)

8. Surah As Sajdah ayat ke 27 : dan apakha mereka tidak memperhatikan, bahwasanya kami menghalau (awan yang mengandung) air ke bumi ysng tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman (ZAR'AN) yang daripadanya makan haiwan ternak mereka dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan?

9. Surah An Nahl ayat ke 11 : Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman (ZAR'A) ; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda kekuasaan Allah nagi kaum yang memikirkan.

10. Surah Ibrahim ayat ke 24 : tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya ( menjulang ) ke langit,
dan ayat ke 26 : dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun.

Antara dalil,hadis dan ayat al-Quran yang berkatakan mengenai pertanian:

Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan
“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu manusia, binatang, dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat’
Bercucuk tanam adalah merupakan hasil usaha tangan sendiri. Dalam Shahih Al-Bukhari dari Miqdam bin Ma’dikariba radhiyallahu’anhu dari Nabi saw, Beliau bersabda:
“Tidaklah seorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil usaha tangannya, dan adalah Nabi Dawud ‘alaihi salam makan dari hasil tangannya sendiri”.
bercucuk tanam adalah pekerjaan yang terbaik dan paling utama kerana ia merupakan hasil pekerjaan tangan sendiri.
Bercucuk tanam memberikan manfaat yang umum bagi kaum muslimin bahkan binatang. Kerana secara adat manusia dan binatang haruslah makan, dan makanan tersebut tidaklah diperoleh melainkan dari hasil tanaman dan tumbuhan.
Dan telah sahih dari Jabir radhiyallahu ‘anhu dia berkata: telah bersabda Rasulullah saw:
“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, dan tidaklah seseorang merampas tanamannya melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah”. (HR Muslim).
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Dalam al-quran ada menyebut
”Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpermandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).”
Maksud Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian
”Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.”
–Surah Al-Ra’d ayat 4-

-Salin dan tampal-

04/09/2021

Nak mulakan sesuatu perlu ada ilmu.

Kami dah 6 tahun menceburi bidang fertigasi.
Teringat masa tahun pertama cuba-cuba menanam sayur keliling rumah.
bukan untuk di jual pun, hanya kegunaan sendiri.

Tahun pertama , menyedihkan. Bancuh baja tak tau, nak pakai racun apa pun tak tau.
boleh dikatakan semua pokok lada di buang sebab kena virus mozek. Semua kerinting.
Rasa putus asa.

Tahun kedua cuba lagi, tanam timun p**a. Alhamdulilah menjadi setelah bermacam-macam experiment dan SOP di buat. Akhirnya jumpa SOP dan teknik yang terbaik untuk kami aplikasikan di kebun kami.

, nama pon perniagaan, ada untung dan rugi. Tapi kalau tak mahu rugi, kena belajar, cari ilmu dahulu.

Kami buka untuk anda yang mahu belajar tentang fertigasi,

Kelas Fertigasi Kobe Melon
Hari: Sabtu, 11 September 2021
Masa: 9.30 pagi- 5 petang
Platform: Google Meet

Nak daftar klik https://yup.la/qz4

Anda tak dapat join kelas pada hari kami buat kelas, jangan risau kami ada juga sediakan Manual Lengkap Fertigasi dari A to Z.
Boleh klik link yup.la/26c untuk dapatkan manual ini.

Ada apa-apa persoalan atau masalah, boleh hubungi kami, wasap.my/60116285534/tanyakobe

﷽BismillahAlhamdulillahMasya Allah La Quwata IlabillahSoge MelonMusim ke 4 yang mendatang.....Terlebih dahulu jutaan amp...
29/08/2021


Bismillah
Alhamdulillah
Masya Allah La Quwata Ilabillah

Soge Melon

Musim ke 4 yang mendatang.....

Terlebih dahulu jutaan ampun dan maaf dipinta dari pihak kami pada musim ke 3 yang lalu,ramai yang tak dapat merasai Soge Golden Melon.Pelanggan setia kami yang sentiasa menyokong industri pertanian tempatan.....musim ke 3 ni penjagaan lebih teliti dan perihatin.... 45% hasil buah Soge Golden Melon..... Allah SWT kurniakan hasil tanaman buah Soge Golden Melon. Hari "panen" 14,15 dan 16 Julai 2021 sebelum menyambut Hari Raya Korban 1442..... hari menuai 'panen' ketika perintah PKP3.0 PKPD....SOP yang paling ketat dikenakan oleh pihak kerajaan Malaysia,tu yang betul2 jaga SOP....belum sempat "open sale" di Medsos...... ahli keluarga,jiran dan sahabat yang mencium bau Soge Golden Melon telah datang mendapatkannya....Alhamdulillah! Semuanya dari Allah SWT! Sold Out......

Insya Allah musim ke 4 kita mula kan langkah dengan Bismillah......doakan kami sihat sejahtera untuk terus mengusahakan tanaman buah Soge Melon dengan kaedah "Pertanian Fertigasi" ini.
Insya Allah pertengahan bulan November 2021 kita bertemu lagi dengan izin Allah SWT.......


Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 kepada seluruh rakyat Malaysia 31 Ogos 2021.....Merdeka....Merdeka....Merdeka!











Address

Jalan Hajjah Diah, Kanchong Darat
Banting
42700

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SOGE MELON posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SOGE MELON:

Videos

Share

Category