Tatoni Smart Rabbitry

Tatoni Smart Rabbitry Rabbit One Stop Center (Selayang Baru)
(Gombak, Batu Caves, Selayang, Sentul, Rawang)

ARNAB MINIREX (MR) TERSEDIA3 kits DOB : 2 Disember 2024Sibling : 4 (1 dead) Variety : Broken / CharlieSire 1 : MR Broken...
27/01/2025

ARNAB MINIREX (MR) TERSEDIA

3 kits
DOB : 2 Disember 2024
Sibling : 4 (1 dead)
Variety : Broken / Charlie
Sire 1 : MR Broken Black
Dam : MR Broken Grey

1 kits
DOB : 5 Disember 2024
Sibling : 3 ( 1 dead 1 sold)
Variety : Broken Choc (Light)
Sire : MR Broken Black
Dam : MR Broken Brown (Light)

Turut ada :
Young Senior Male (18 weeks)
Senior (7 month)

Breed lain yang tersedia :
Holand Lop ( 7 kits, 4 young junior, 2 junior - 1 dam new born )
Netherland Dwarf (10 young junior, 3 junior, 4 late junior - 2 dam new born)
Crossed Rabbit (5 kits, 8 young senior - 1 Dam new born)

(Kelahiran baru setiap minggu)

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

HOLAND LOP TERSEDIA5 ekor tersedia DOB : 5 Disember 2024Sire : Holand Lop OrangeDam : Holand Lop with minor Japanese Har...
26/01/2025

HOLAND LOP TERSEDIA

5 ekor tersedia

DOB : 5 Disember 2024
Sire : Holand Lop Orange
Dam : Holand Lop with minor Japanese Harlequin Marking
Sibling : 5
Variety : Tort (2 kits), Light Minor Japanese Harlequin Marking (2 kits), Dark Minor Japanese Harlequin Marking (1 kit).

Terdapat juga Holand Lop :
Junior 14 weeks - pair (male - light brown/orange, female chestnut)

Kits will be ready in 5 - 10 days
Kits 5 weeks (4 kits availlable)
Kits 4 weeks ( 3 kits availlable)

Turut terdapat breed lain seperti:
Netherland dwarf
Minirex
Jersey wooly (minor perfection)
Tedybear, Anggira, Lionhead (limited)

Turut tersedia makanan, sangkar dan aksesori penjagaan asas.

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

SIGNIFIKAN TAHUN BARU CINA KEPADA BREEDERTahun Baru Cina antara perayaan utama di Malaysia. Sambutan Tahun Baru Cina mem...
25/01/2025

SIGNIFIKAN TAHUN BARU CINA KEPADA BREEDER

Tahun Baru Cina antara perayaan utama di Malaysia. Sambutan Tahun Baru Cina mempunyai signifikan tersendiri kepada breeder yang memerlukan perancangan, persediaan dan persiapan.

1. Cuti Panjang

Paling ketara adalah cuti dan penutupan operasi kebanyakan jaringan bekalan dan perniagaan. Walaupun peruntukan cuti rasmi hanya dua hari, kebiasaannya penutupan akan berlangsung selama seminggu dan mood perayaan berterusan selama lebih 2 minggu sehingga Cap Goh Mei.

Terdapat 2 isu yang memerlukan perancangan breeder :

a. Merancang Bekalan
Anda perlu merancang bekalan dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu. Hubungi pembekal anda untuk membuat tempahan jika anda tidak sempat mendapatkan bekalan sebelum bermulanya perayaan. Kegagalan anda mendapatkan stock mungkin merisikokan arnab anda.

b. Bercuti Luar Kawasan
Jika anda ingin meninggalkan arnab anda, pastokan mendapatkan tips yang komprehensif dari rakan breeder. Isu utama adalah komplikasi rehydrasi dan amonia. Jika anda ingin menggunakan khidmat boarding sila buat tempahan dengan segera untuk. mendapatkan harga sekitar rm10-rm15 sehari. Jika tidak anda mungkin berdepan dengan penyedia perkhidmatan yang menggunakan harga musim perayaan sehingga melebihi rm25-rm35 sehari.

2. Pencemaran Bunyi
Penggunaan mercun dalam Tahun Baru Cina adalah kepercayaan dahulu yang telah menjadi sinonim dengan perayaan. Ianya sudah menjadi budaya kepada hampir kesemua perayaan dan sambutan di Malaysia. Selain itu, tarian naga turun menggunakan bunyi yang kuat.

Bunyi sebegini sangat tidak sesuai dengan arnab sebagai haiwan mangsa. Ia boleh menyebabkan stress berlebihan atau kejutan kematian. Breeder perlu mengurangkan pendedahan arnab terhadap pencemaran bunyi. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan arnab tidak berada dalam mood 'standby' ketika berlakunya pencemaran bunyi. Jam 12 malam adalah waktu kritikal yang memerlukna anda mengawal arnab anda atau. sekurang-kurangnya memastikan mereka dalam mode 'active'.

3. Perubahan Musim Cuaca
Perayaan Tahun Baru Cina menandakan berakhirnya musim tengkujuh (monsun timur laut) yang membawa hujan lebat. Pertukaran musim ini releven kepada breeder dalam beberapa isu :

a. Moulting (Gugur Bulu)
Cuaca extreme akan menyebabkan sebahagian arnab bertindak balas dengan menggantikan bulu. Untuk tujuan tersebut breeder patut membantu mempercepatkan proses tersebut dengan beberapa tindakan termasuk membekalkan nutrisi tambahan (protein bijirin cth rolled oat, sun flower seed), sikat dengan kerap dan pendedahan kepada cahaya matahari pagi. Penggunaan pellet khusus dan vitamin tambahan juga sangat digalakkan.

b. Rawatan Jangkitan Parasit
Musim hujan adalah 'musim perayaan' bagi parasit dan bakteria. Ini antara punca kenapa rawatan kurap (mites) agak s**ar dilakukan ketika musim hujan yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Ambil kesempatan ini untuk membersihkan sepenuhnya cycle jangkitan sebelum ianya menjadi lebih teruk dan s**ar dirawat.

c. Persediaan Cuaca Panas
Biasanya perayaan Tahun Baru Cina adalah turning point untuk breeder mengubah strategi dalam pemeliharaan. Strok haba dan masalah kesuburan pejantan antara isu utama. Sebaiknya breeder mengambil perhatian terhadap tahap pengudaraan dan suhu tinggi. Bagi yang terlibat dengan breeding proses, pejantan perlu diletakkan di sangkar paling bawah atau tempat yang tidaj terdedah dengan suhu tinggi.

Ini antara isu utama yang memerlukan perancangan, persediaan dan persiapan untuk mengurangkan risiko dan komplikasi. Ia juga akan dapat meningkatkan kualiti dan produvtion bagi mereka yang melakukan breeding. Banyakkan mendapatkan infp dan tips dari rakan breeder. Bandingkan semua tips dan elakkan menerima tips yang hanya berdasarkan hear say tanpa explaination yang conclusive.

TINJA ARNAB UNTUK TUJUAN BAJA PERTANIANHarga RM9/guniLokasi :Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua...
21/01/2025

TINJA ARNAB UNTUK TUJUAN BAJA PERTANIAN

Harga RM9/guni

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

ELAKKAN KOS BERLEBIHAN : DAPATKAN PANDANGAN RAKAN BREEDER BUKAN SELLERSabtu baru ini menerima kunjungan rakan breeder. M...
19/01/2025

ELAKKAN KOS BERLEBIHAN : DAPATKAN PANDANGAN RAKAN BREEDER BUKAN SELLER

Sabtu baru ini menerima kunjungan rakan breeder. Mengadu menampung kos yang tinggi melebihi harga arnab yang dibeli. Panik dengan jangkitan mites terpaksa berbelanja lebih RM350, walaupun jangkitan masih peringkat awal (lihat resit bayaran dan gambar jangkitan).

Memang kita selalu menasihatkan agar rawatan mites dibuat dengan kadar segera. Ini kerana ramai yang mengambil ringan dan menangguhkan rawatan sehingga teruk sebelum memulakan rawatan.

Dalam masa yang sama, jangkitan mites bukanlah acute seperti diarhea yang boleh membawa kematian dalam masa singkat. Tidak perlu panik atau susah hati. Hanya perlu membuat rawatan.

Dalam membuat rawatan, dapatkan rakan breeder yang boleh memberi nasihat tanpa konflik kepentingan (conflict of interest) sebagai penjual.

Rakan breeder biasanya memberi nasihat berasaskan keperluan. Bukan melariskan jualan yang melebihi keperluan. Rawatan yang sepatutnya sekitar RM10-RM20 boleh menjadi RM350. Bukan salah penjual/pemberi khidmat. Tapi kos akan lebif efektif jika difokuskan kepada keperluan berbanding kehendak dan aksesori mewah.

Pemeliharaan arnab sebenarnya tidak melibatkan kos yang tinggi. Sekitar rm150 (atau kurang)kos awal anda sudah boleh membela arnab dengan kelengkapan lengkap ala M40. RM30 sudah lebih dari cukup untuk kos bulanan. Tapi jika anda dapatkan nasihat dari penjual, kos yang disebutkan mungkin tidak mencukupi.

Dapatkan tips dari rakan breeder. Bukan rakan yang ingin menjual.

CLERANCE ARNAB FUZZY LOPHarga : RM150Age : 13 weeksGender : MaleSire : Holand Lop (Orange) Dam : Holand Lop (Broken with...
19/01/2025

CLERANCE ARNAB FUZZY LOP

Harga : RM150
Age : 13 weeks
Gender : Male
Sire : Holand Lop (Orange)
Dam : Holand Lop (Broken with Magpie Harlequin line)

Terhad sehingga 26 Januari 2025 (Ahad) atau terjual.

Sebab clearance :
Arnab booked semasa kecil (lihat gambar masa kecil) dengan harga rm490. Buyer cancel booking sebab bulu panjang. Tak boleh simpan lama sebab bulu panjang memerlukan penjagaan exclusive.

Turut tersedia pakej sangkar baru dan terpakai.

Turut tersedia pelbagai variety lain seperti :
Netherland Dwarf
Holand Lop
Fuzzy Lop (only 1 male available)
Minirex
Crossed ND
Crossed MR
Crossed Rabbit (for variety purpose ; colour & marking)
Hairy Rabbit (Tedybear, Lionhead, Anggora) - limited

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

PELBAGAI VARIETY ARNAB CROSSED TERSEDIAVariety Arnab Crossed yang tersedia :CheatnutSolid white / Red eyeSolid BlackChar...
18/01/2025

PELBAGAI VARIETY ARNAB CROSSED TERSEDIA

Variety Arnab Crossed yang tersedia :
Cheatnut
Solid white / Red eye
Solid Black
Charlie
Broken
Hotot marking
Orange

Turut tersedia pakej sangkar baru dan terpakai.

Turut tersedia pelbagai variety lain seperti :
Netherland Dwarf
Holand Lop
Fuzzy Lop (only 1 male available)
Minirex
Crossed ND
Crossed MR
Crossed Rabbit (for variety purpose ; colour & marking)
Hairy Rabbit (Tedybear, Lionhead, Anggora) - limited

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

PELBAGAI VARIETY ND TERSEDIAVariety ND yang tersedia :WhiteBrokenHotot MarkingGreyChestnut (Browny) Black OtterTort (Dar...
17/01/2025

PELBAGAI VARIETY ND TERSEDIA

Variety ND yang tersedia :
White
Broken
Hotot Marking
Grey
Chestnut (Browny)
Black Otter
Tort (Dark)
Carlifornian Marking

Turut tersedia pelbagai variety lain seperti :
Holand Lop
Fuzzy Lop (only 1 male available)
Minirex
Crossed ND
Crossed MR
Crossed Rabbit (for variety purpose ; colour & marking)
Hairy Rabbit (Tedybear, Lionhead, Anggora) - limited

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI 28 Disember 2024 (Sabtu) Kembali beroperasi 29 Disember 2024 (Ahad)
27/12/2024

PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI
28 Disember 2024 (Sabtu)

Kembali beroperasi 29 Disember 2024 (Ahad)

KHIDMAT BOARDING UNTUK ARNABKhidmat boarding untuk percutian sekolah, cuti Christmas dan Tahun Baru masih dibuka. Slot u...
20/12/2024

KHIDMAT BOARDING UNTUK ARNAB

Khidmat boarding untuk percutian sekolah, cuti Christmas dan Tahun Baru masih dibuka. Slot untuk cuti Tahun Baru Cina juga sudah dibuka untuk tempahan.

Bagi boarding yang melebihi 3 ekor perlu membuat semakan 3 hari sebelum boarding bagi memastikan kekosongan sangkar.

Turut menyediakan :
Khidmat pemotongan kuku
Khidmat Trimming / Minor Grooming
Rawatan Anti Parasit
Khidmat Mengawan (Mating Service)
Khidmat Penjagaan Kelahiran
Khidmat Pemeriksaan Asas Jantina / Kesihatan

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

19/12/2024

ARNAB KEPALA TELENG : APA YANG KITA PERLU TAHU

Bulan ini sahaja ada 3 breeder yang merujuk masalah kepala teleng. Kita sering meminta agar review kita berkenaan kepalang teleng dirujuk tetapi semalam dimaklumkan review berkenaan masih belum diupdate. Lebih mengejutkan apabila ada breeder memaklumkan dia diminta membawa arnab untuk diurut lehernya walaupun pemeriksaan tidak dilakukan untuk mengenalpasti punca.

Ramai breeder gemar menggunakan hearsay. Cenderung menanggapi komplikasi dengan pendekatan simplistik dan generalisasi. Isu sebegini perlu dirujuk kepada veterinar atau rakan breeder yang benar-benar berpengalaman dan terlatih.

Arnab dengan kepala teleng atau dalam Bahasa Inggerisnya wry neck / tilt head secara gejalanya dikenali sebagai torticollis. Gejala ini menyebabkan arnab tidak dapat mengimbangkan kepalanya dan menyebabkan ia terteleng. Ia boleh menjadi lebih teruk sehingga pergerakan arnab menjadi berpusing dan pergerakan bola mata yang tidak terkawal. Ini menyebabkan pergerakan arnab menjadi terhad dan membawa kepada gejala kelumpuhan.

Kenalpasti Punca

Gejala torticollis mempunyai beberapa punca antaranya :

a. Jangkitan kuman dalam telinga.
b. Jangkitan parasite e-cuniculi dalam CNS (central nerve system)
c. Serangan parasite cacing nematode (roundworm etc)
d. Stroke
e. Tumpukan (nanah/darah) atau tumur di otak.
f. Trauma / terhantuk di bahagian kepala

Ini hanya sebahagian sahaja dan punca-punca lain juga boleh menjadi penyebab. Pengesanan punca berasaskan makmal akan lebih tepat berbanding symptom apatah lagi penceritaan (history).

Rawatan

Tindakan yang paling bagus adalah merujuk kepada veterinary terutamanya yang biasa dengan rawatan arnab. Walau bagaimana pun tidak semua breeder mempunyai kemampuan kewangan dan akses kepada veterinar. Panduan ini sekadar info asas sahaja untuk rakan breeder.

Gejala torticollis ini bukanlah gejala akut yang membawa kematian. Selain dari gejala ini boleh dirawat, arnab juga boleh hidup dengan gejala ini tanpa masalah pengambilan makanan dan minuman. Gejala ini biasanya tidak menyebabkan kesakitan. Kematian arnab dengan gejala ini biasanya melibatkan stress berpanjangan atau melampau akibat komplikasi lain.

a. Memantau dalam tempoh 21 hingga 28 hari.
Bagi kebanyakan rakan breeder yang tidak mempunyai bajet dan akses kepada veterinary, kita sering mencadangkan agar dipantau sahaja sehingga 21-28 hari. Banyak kes terutamanya arnab junior (kurang dari 50 minggu), arnab kembali sembuh dalam tempoh tersebut. Kemungkinan akibat jangkitan atau serangan yang tidak teruk.

b. Antibiotik
Bagi rakan breeder yang mempunyai akses kepada ubat (dengan konsultasi), antibiotic boleh dicuba untuk kemungkinan yang berpunca dari jangkitan (kuman/parasite). Penggunaan antibiotic perlu mendapat nasihat veterinar kerana melibatkan pengiraan dosage dan regime penggunaan. Bahkan pengalaman saya antibiotic seperti amoxicillin kurang sesuai dan berisiko kepada arnab.

c. Rawatan Dewormer
Rawatan paling mudah dilakukan oleh breeder adalah penggunaan dewormer (ubat cacing). Fenbendazole antara yang sering dicadangkan untuk rawatan ini kerana spectrum yang luas untuk rawatan cacing dan turut mencakupi e-cuniculi. Rawatan ini masih memerlukan nasihat pakar untuk menilai punca dan menentukan dosage serta regime penggunaan yang sesuai,
Terdapat beberapa rawatan lain melibatkan saraf dan terapi fizikal tetapi kita tidak mempunyai pengalaman dalam rawatan tersebut. Sila rujuk veterinary untuk info tersebut.

Pencegahan

Untuk mencegah gejala ini, beberapa tips boleh dilakukan walaupun tidak mampu mencegah gejala ini secara penuh antaranya :

a. Kurangkan kehadiran habuk.
-Elakkan memberi pellet yang berhabuk. Sebaiknya di tapis dan bekas makanan dibersihkan sebelum ditambah yang baru.
- Elakkan pemberian hay yang berhabuk. Elakkan pembelian hay double compress yang mempunyai habuk yang ketara berbanding single compress.
- Hay berhabuk yang digunakan dalam bedding cage (sangkar dimana hay dijadikan lantai) sangat berisiko terutama kepada arnab junior.

b. Kurangkan kelembapan
- Elakkan meletakkan arnab di tempat berkelembapan tinggi seperti singki, bilik air, ruang basuh kain etc.
- Jika perlu membasuh sangkar dengan kerap, asingkan arnab dan tunggu sangkar kering sebelum memasukkan arnab. Elakkan arnab terkena percikan atau tempias air.
- Elakkan membeli bedding cage. Ia kurang sesuai dengan cuaca tropika. Jika menggunakan bedding cage, buatkan satu layer lantai supaya kencing/tumpahan aur serta najis tidak dipijak atau bersentuhan terus dengan arnab.

c. Elakkan arnab terkejut yang menghasilkan trauma/terhantuk
- Jika perlu membuat bunyian yang kuat dan berterusan seperti mercun bunga api, blender, grinder etc, kejutkan dahulu arnab supaya tidak terlalu terkejut.
- Elakkan pendedahan arnab kepada pemangsa terutamanya anjing. Salakan anjing boleh menyebabkan arnab melompat dan berisiko trauma.
- Elakkan mengetuk sangkar atau bunyian yang menyebabkan arnab terkejut.


Review ini sekadar rumusan hasil dari sedikit pengalaman dan pembacaan. Sila rujuk veterinar jika terdapat kekaburan info dan mendapatkan info lanjut yang lebih tepat.

Blue Drop Tidak Berkesan Dalam Rawatan : Apa Yang Perlu Anda TahuMasalah kurap arnab antara masalah biasa yang dihadapi ...
17/12/2024

Blue Drop Tidak Berkesan Dalam Rawatan : Apa Yang Perlu Anda Tahu

Masalah kurap arnab antara masalah biasa yang dihadapi pemilik arnab. Setiap kali hujung tahun (musim tengkujuh) ramai yang merujuk masalah ini terutama hujung Oktober- Disember (pantai barat) dan Disember – Februari (Pantai timur. Selatan dan Malaysia Timur).

Blue Drop antara ubat pop**ar yang digunakan untuk rawatan kurap (mites). Kita sering mendapat komen dari rakan breeder mengadu ‘blue drop’ yang dibeli di pasaran terbuka tidak menampakkan kesan walaupun digunakan secara extreme. Bahkan ada yang memandang sinis bila kita mencadangkan penggunaan ivermectin drop yang pop**ar disebut sebagai blue drop. Realitinya, salah satu dari berikut mungkin menjadi punca.

Tersalah Pilih

Blue drop bukanlah nama generic. Ia adalah nama pop**ar yang turut digunakan dalam beberapa ubatan. Ubat terutamanya melibatkan racun dan antibiotic perlu dilihat kepada bahan aktifnya. Penggunaan nama pop**ar atau nama dagang mungkin mengelirukan, berbahaya atau tidak dapat memberikan kesan yang sepatutnya. Bahan aktif biasanya menggunakan nama sebatian kimia yang terkandung dalam ubat tersebut yang dikenali dengan nama generic.

Awal pagi hari ini ada rakan breeder membawa blue drop dengan 0.8% w/v tetapi bila dilihat pada label ia bukanlah ivermectin sebaliknya nama yang tidak dapat dipastikan kandungannya. Bahkan blue drop juga pop**ar digunakan untuk mythyelene blue dan blue drop perangsang Wanita. Ini mungkin punca utama kenapa blue drop yang digunakan tidak memberi kesan. Selain kaedah dilute (pencairan) dilakukan untuk meningkatkan keuntungan penjual menyebabkan kandungan konsentrasinya berubah.

Ivermectin yang berkesan kepada arnab adalah racun terkawal. Ianya dilarang diiklankan secara terbuka berdasarkan akta Racun 1952 dan bertentangan dengan dsar Lembaga Iklan Ubat (ILU). Ini menyebabkan penjual lebih gemar menggunakan nama pop**ar blue drop berbanding nama generic ivermectin.

Pengiraan Dosage

Selain penggunaan ubat yang salah penggunaan ivermectin yang efektif dan selamat perlu mendapatkan nasihat veterinar, pharmacist atau mereka yang mahir. Ini kerana penggunaanya secara efektif melibatkan pengiraan dan kombinasi penilaian dosage terhadap :
a. Berat badan
b. Keperluan bahan aktif
c. Kandungan konsentrasi ubat (weight per volumn ; w/v)
d. Tahap jangkitan (severity)
e. Kekerapan yang sesuai (cycle cleaning)

Sebaiknya dapatkan nasihat dari mereka yang mahir dan bukan sekadar hear say atau yang ingin melariskan dagangan.

Cara Aplikasi

Ivermectin untuk haiwan biasanya datang dengan 3 solusi. Injection (suntikan), drop (titisan) dan oral (ditelan). Suntikan dengan cara yang kurang tepat boleh menyebabkan ivermectin tidak masuk ke bawah kulit. Begitu juga titisan yang dititis di atas bulu juga tidak akan memberi kesan yang sepatutnya. Menyuap tanpa kaedah yang betul juga berkecenderungan ubat tidak ditelan sepenuhnya.

Kita pernah beberapa kali dirujuk tentang arnab mati akibat overdose ivermectin samada dengan solusi blue drop atau injection. Ramai breeder berkecenderungan untuk mempercepatkan pemulihan dengan penggunaan ivermectin secara berlebihan. Ini menyebabkan arnab stress berlebihan dan membawa kepada kematian.

Rumusan :

1. Dapatkan ubat dari mereka yang bertauliah (veterinar / pharmacy) atau sekurang-kurangnya mereka yang mahir dan beretika.
2. Biasankan mengenalpasti atau bertanya kandungan ubat. Jika melibatkan antibiotic atau racun sila dapatkan nama generic untuk memudahkan rujukan dibuat. Biasanya mereka yang bertauliah atau beretika akan menjawab dengan gembira apabila ditanya.
3. Dalam mendapatkan ubat, elakkan terlalu focus kepada murah dan mudah. Sebaliknya dapatkan ubat yang betul dari tempat yang betul dengan maklumat yang betul.

PERUBAHAN WAKTU OPERASI HARI SABTUWaktu operasi kami untuk hari Sabtu bermula jam 2.00 hingga 6.30 petang sahaja. Peruba...
13/12/2024

PERUBAHAN WAKTU OPERASI HARI SABTU

Waktu operasi kami untuk hari Sabtu bermula jam 2.00 hingga 6.30 petang sahaja. Perubahan ini bermula 14 Disember 2024 sehingga 11 Januari 2025.

Operasi hari Sabtu akan kembali bermula jam 11.45am bermula 18 Januari 2025.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

ISU 'BABY', 'KECIL' ATAU MUDA : PANDUAN KEPADA PEMULAHari ini Selangor bercuti sempena Keputeraan DYMM Sultan Selangor. ...
11/12/2024

ISU 'BABY', 'KECIL' ATAU MUDA : PANDUAN KEPADA PEMULA

Hari ini Selangor bercuti sempena Keputeraan DYMM Sultan Selangor. Bemula awal pagi bebarapa whatsapp masuk bertanyakan arnab bahkan seawal 9 pagi sudah ada yang berkunjung untuk melihat arnab. Malangnya saya tidak dapat menjual arnab 'baby' dan p**ang dengan tangan kosong.

Bagi pemula, istilah yang mereka gunakan seringkali mengelirukan. Bagi yang pernah berkunjung, pasti mengetahui kita agak tegas dalam penjualan 'baby' arnab untuk kebaikan pembeli. Walaupun hati kecil ingin melariskan jualan. Tetapi pengalaman melayani rakan-rakan breeder mendapatkan perkhidmatan selepas jualan (after sales service) walaupun bukan dibeli dari kita, memaksa untuk kita bertegas.

Kita telah berikan panduan prosess cerai susu (weaning process) untuk memastikan arnab benar-benar sesuai untuk dipindah milik. ( https://www.facebook.com/share/p/1DnRTTfuZM/ ). Jika pra syarat tidak dipenuhi, arnab terdedah kepada pelbagai risiko dan komplikasi.

Untuk panduan pemula yang ingin mendapatkan arnab 'baby' berikut beberapa info yang perlu difahami :

1. Istilah Dan Proses Pertumbuhan Arnab.
Berikut adalah istilah yang kita biasa gunakan untuk menunjukkan peringkat tumbesaran arnab :

a. Newborn
- Newborn merujuk kepada arnab dalam tempoh 3 ke 5 hari kelahiran yang memerlukan colostrum (susu awal ibu) untuk tumbesaran dan imunisasi yang sempurna. Biasanya anak yang kurang mendapat susu dalam tempoh ini berisiko untuk mati, malnutrition (kurang zat) atau kurang daya tahan. Tempoh ini biasanya memerlukan pemantauan yang lebih bagi mengelakkan peningkatan mortality rate (kadar kematian) dan pelbagai komplikasi lain.

b. Baby
Baby merujuk kepada proses penyusuan intensif anak iaitu sehingga proses membuka mata dan mula memakan solid food. Atau sekitar umur 10 - 14 hari kelahiran. Dalam tempoh ini, proses selective breeding (pemilihan baka) kerana bulu sudah tumbuh dan memudahkan proses pengiraan puting anak serta pengecaman variety (colour / marking).

c. Kits
Kits merujuk anak yang telah membuka mata sehingga selesai proses cerai susu. Secara teorinya susu ibu kekal penting kepada anak sehingga hari ke 18 - 21 hari. Kadarnya menurun sehingga hari ke 28 - 31 hari tetapi masih releven kepada anak. Tempoh inilah yang memerlukan kemahiran penternak mengolah tempoh cerai susu yang sesuai. Penternak pedaging (6 class rabbit) dengan intensive breeding biasanya mempersiapkan anak seawal hari ke 14 untuk membolehkan cerai susu dilakukan sebelum hari ke 28. Bagi arnab dwarf atau mini (4 class rabbit), biasanya cerai susu dilakukan selepas hari ke 31 bahkan sehingga minggu ke 5-6 jika belum mampu melepasi syarat. Cerai susu awal tanpa persediaan sangat berisiko untuk dipindah milik. (sila rujuk rakan breeder untuk tips dan syarat cerai susu sempurna)

d. Young Junior
Merujuk kepada arnab yang telah selesai proses cerai susu iaitu seawal minggu ke 5 sehingga mencapai tahap stabil 8 minggu. Tempoh ini (minggu ke 3 - 6), anak mencapai tahap kecomelan extreme. Penjual atau pembeli sangat s**a melakukan transaksi dalam tempon ini. Pembeli akan bernasib baik jika penjual memahami proses dan syarat cerai susu dan sebaliknya jika cerai susu tidak sempurna. Bagi penternak pedaging, tempoh ini penting untuk mendapatkan data FCR (food convertion rate - sila rujuk berat badan standard mengikut umur). Bagi arnab hiasan, tempoh ini gambaran awal menentukan promising (brood / show quality) atau tidak anak tersebut.

e. Junior
Junior merujuk arnab berumur 8 hingga 16 minggu. Tempoh ini adalah tempoh selamat untuk membeli arnab kerana kebiasaannya pertumbuhan arnab telah sempurna dan arnab yang malnutrition/kurang sihat akan jelas kelihatan. Masalahnya p**a arnab dalam ini akan memasuki fasa 'ugly stage' yang mungkin menghilangkan perfection (kecomelan). Ianya boleh berlaku seawal minggu ke 10 sehinggalah kembali mendapat kembali perfectionnya sekitar bulan ke 6-8.

f. Late Junior / Young Senior
Minggu 16 - 20 adalah fasa peralihan. Kebanyakan arnab sudah sempurna kematangan seksual dalam tempoh ini. Untuk 6 class rabbit, tempoh ini adalah tempoh peralihan (intermediate) sebelum memulakan breeding untuk membolehkan arnab mencapai 75% -8-% (min 2.8kg - 3.00kg). Untuk 4 class rabbit, sudah dianggap memasuki senior tetapi masih perlu menunggu sehingga 20 minggu jika ingin melakukan neuter/spay (sila rujuk veterinar). Breeding dalam tempoh ini masih berisiko dengan komplikasi kelahiran samada 4 class atau 6 class.

g. Senior
Umur 6 bulan dianggap arnab yang matang. Arnab pedaging akan menunjukkan potensi sebenar dalam kelahiran dan arnab hiasan akan menunjukkan perfection sebenar dalam pemarkahan. Biasanya kita masih merujuk arnab ini sebagai young senior sehingga bulan ke 8 hingga 10. Arnab berumur 12 bulan dan ke atas kurang sesuai dibeli untuk tujuan breeding kerana kecenderungan penjual melepaskan arnab yang bermasalah.

2. Arnab Kecil
Ramai juga yang mencari arnab kecil. Kecil boleh bermaksud muda (kits, young junior) atau boleh bermaksud size (4 class ; dwarf/mini). Biasanya arnab yang dirujuk dari aspek size (dwarf / mini) secara relatifnya lebih mahal berbanding muda. Ini kerana sedikit kes**aran dalam proses breeding, komplikasi kelahiran dan tahap mortality yang tinggi akibat genetik terutama true dwarf. Jika ianya melibatkan purebreed (arnab berpedigree) dengan pureblood variety spesifik (marking/colour), harganya pasti mencecah ribuan ringgit. Hati hati dengan dakwaan purebreed dari penjual. Sila rujuk rakan breeder untuk mengenal pasti arnab mixed, arnab crossed, arnab dengan nama breed tertentu, arnab purebreed dengan pedigree, fullblood dengan variety tertentu atau arnab hybrid.
.....

Kita sekali lagi memohon maaf jika ramai yang berwhatsapp tetapi kita tidak menjual arnab 'baby'. Bagi yang datang tetapi beredar sebelum kita membuat penjelasan, percayalah bahawa sebagai penjual, kita sentiasa berusaha meningkatkan jualan. Tetapi kepentingan arnab dan pembeli juga perlu kita jaga. Apatah lagi kita menyediakan khidmat selepas jualan bagi memastikan arnab benar-benar sihat dan dijaga dengan baik.

Address

Jalan 52B Selayang Baru
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Friday 09:00 - 18:30
Saturday 09:00 - 18:30
Sunday 09:00 - 18:30

Telephone

+60104501653

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tatoni Smart Rabbitry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tatoni Smart Rabbitry:

Videos

Share

Category