KEDAI KEBUN Binjai

KEDAI KEBUN Binjai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KEDAI KEBUN Binjai, Urban Farm, LOT 1006, 4, Jalan TOK KAPOR, BINJAI KEMAMAN, DARUL IMAN, Chukai.

Kedai Kebun Binjai (KKB) merupakan syarikat pembekal keperluan pertanian& Perladang bersepadu
-menjual pelbagai baja pertanian
-mempunyai peralatan ataupun alat2 asas pertanian
-produk keluaran bumiputera
-fokus kepada pertani kecil mahupun pertani besar

FAMA ambil langkah proaktif tingkat pembelian kelapa tua dari Indonesia bagi tangani isu kekurangan bekalan dalam pasara...
16/01/2025

FAMA ambil langkah proaktif tingkat pembelian kelapa tua dari Indonesia bagi tangani isu kekurangan bekalan dalam pasaran - KPKM

23/12/2024
7 Manfaat tandan sawit kosong sebagai sungkupan
19/12/2024

7 Manfaat tandan sawit kosong sebagai sungkupan

Anai-anai diladang sawit. Ketahui gejala, jenis dan kaedah kawalan anai-anai.              Kementerian Perladangan dan K...
05/12/2024

Anai-anai diladang sawit. Ketahui gejala, jenis dan kaedah kawalan anai-anai.




Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK
Malaysian Palm Oil Board - MPOB
Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia

Konspirasi Penjajah Bagi Menyekat Kemajuan Organik Orang MelayuNiat serong British untuk mengekalkan orang Melayu sebaga...
05/12/2024

Konspirasi Penjajah Bagi Menyekat Kemajuan Organik Orang Melayu

Niat serong British untuk mengekalkan orang Melayu sebagai kaum tani tradisional yang membekalkan keperluan beras dengan harga yang murah kepada komuniti di lombong dan ladang tidak begitu berjaya. Ini kerana jelas British seolah-olah ingin orang Melayu bekerja dengan upah yang tidak setimpal tanpa mahu meningkatkan pendapatan orang Melayu. Bila orang Melayu meninggalkan British dengan 'pelan-pelan ekonominya' yang menyekat kemajuan itu, British mula menuduh orang Melayu adalah pemalas kerana tidak mahu bekerja mengikut perancangan British.

Namun ini tidak bermakna pentadbiran kolonial telah mengubah pemikirannya bahawa padi bukan merupakan tanaman yang paling sesuai bagi orang Melayu ataupun kerajaan bersedia membenarkan petani Melayu menanam apa sahaja tanaman yang mereka rasakan berguna atau menguntungkan. Tidak sama sekali, British tidak akan membiarkan orang Melayu maju secara organik mengikut arus kemodenan dunia.

Idea bahawa “padi adalah nyawa orang Melayu” dan tanaman lain tidak sesuai dengan orang Melayu masih kekal difikirkan dalam kalangan pegawai British. Malah selepas ledakan (boom) penanaman getah bermula, ramai pegawai British menjadi teramat bimbang terhadap tugas kerajaan bagi MENGEKALKAN penanaman padi dalam kalangan orang Melayu dan MENCEGAH mereka daripada tertarik dengan kegilaan getah yang meliputi negara pada waktu itu.

Banyak bukti boleh ditemui dalam rekod kolonial mengenai pentadbiran daerah dan negeri yang menunjukkan kebimbangan yang meningkat dalam kalangan pegawai tentang kemerosotan usaha orang Melayu dalam penanaman padi dan penerimaan terhadap getah yang tidak terkawal. Kebimbangan ini mencapai kemuncaknya dengan empat dasar penting yang bertujuan mencegah penanaman getah oleh kaum tani dan menggalakkan penanaman padi. Lebih memburukkan keadaan, dasar-dasar British ini mendapat sokongan sebilangan golongan elit Melayu tradisional yang melihat sebarang perubahan drastik dalam gaya hidup petani akan melemahkan autoriti mereka.

Perhatikan, dalam kes orang Melayu dan di Tanah Melayu, British seolah-olah bersikap 'gentleman' kerana 'memberi kerja' kepada orang Melayu untuk bertani secara tradisional bagi membekalkan makanan dengan harga murah. Tetapi British mengawal ekonomi orang Melayu supaya kekal 'stagnant' pada tahap tertentu sahaja dalam jangkamasa yang lama.

Penjajah baharu juga begitu, mereka akan memberi 'ikan' kepada kita tetapi tidak memberi pancing apatah lagi kolam ikan. Malah mereka bangkit menghalang orang Melayu untuk mendapatkan pancing dan membina kolam ikan sendiri. Mereka sekat bantuan, sorokkan kuota atau bekukan peruntukan. Mereka jual aset-aset orang Melayu dan memusnahkan ekonomi orang Melayu dengan cara paling licik dengan menjual jargon-jargon ekonomi kepada orang Melayu supaya orang Melayu hanya angguk-angguk sahaja dek kerana tidak mahu dikatakan bodoh.

Apabila mereka memberi 'ikan' itu, mereka akan hebohkan satu dunia bahaawa mereka sangat belas ihsan kepada orang Melayu. Padahal mereka telah menetapkan orang Meleveryoneayu supaya tidak mandiri, tidak mampu berdikari, tidak mampu mengurus diri dan tanahair sendiri.

~Srikandi
pelajaran daripada sejarah

*Mason-mason Melayu VI: http://goo.gl/eInJzI

Sumber Kredit:
▪️New Straits Times, Dasar Pentadbiran British Terhadap Buruh di Tanah Melayu Sebelum Merdeka
▪️Serikandi
Of the World Military & Defence


Dahsyat betul otak pelajar kita di Universiti Putra Malaysia (UPM) ni! Biji mangga yang kita selalu buang diinovasikan m...
18/08/2024

Dahsyat betul otak pelajar kita di Universiti Putra Malaysia (UPM) ni! Biji mangga yang kita selalu buang diinovasikan menjadi kopi!

Walaupun tak ada kandungan kafein, tapi berupaya menghasilkan aroma dan rasa 'seakan-akan' kopi. Mungkin ini akan jadi menu istimewa bagi suasana kopi tempatan. Kalau Indonesia ada kopi luwak, kita Malaysia ada kopi biji mangga. Ini juga satu alternatif amat baik bagi mereka yang gemarkan kopi tapi tak tahan dengan kafein.

Syabas anak muda UPM!
-M.Wongso

18/08/2024

Proses Penamaan Padi

Beberapa jenis terung di seluruh dunia, terung Thai mewakili jenis terung Asia Tenggara, nampak unik dan comel — Terung,...
12/07/2024

Beberapa jenis terung di seluruh dunia, terung Thai mewakili jenis terung Asia Tenggara, nampak unik dan comel — Terung, secara teknikalnya adalah buah, adalah ahli keluarga nightshade.

Ia sangat serba boleh dan mudah mengambil rasa bahan-bahan lain yang ada disekelilingnya.

Terdapat banyak jenis terung yang boleh didapati di pasar tani, di sini beberapa jenis kegemaran kami.

Repost daripada


Apa khabar semua?Tahukah anda, bulan Julai amat sinonim dengan Musim Durian, raja segala buah. Di dalam negara sahaja, b...
04/07/2024

Apa khabar semua?
Tahukah anda, bulan Julai amat sinonim dengan Musim Durian, raja segala buah. Di dalam negara sahaja, buah ini boleh didapati hampir di semua negeri. Namun disetiap negeri ada musim & masanya yang tertentu.

Penggemar durian, anda wajib simpan Kalendar Musim Durian sebagai rujukan. Apa lagi...jom makan durian!

- kredit: MARDI

Pola jarak penanaman bagi jenis Tanaman Kelapa. Semua bergantung saiz tanah, kebun kita, kita punya sukalah berapa jarak...
26/05/2024

Pola jarak penanaman bagi jenis Tanaman Kelapa. Semua bergantung saiz tanah, kebun kita, kita punya sukalah berapa jaraknya🥴. Tapi aturan yang betul kalau diikut insyallah berbaloi..gitew🥰

Sambil tunggu kelapa berbuah boleh letak pokok-pokok lain in between agar kita rajin masuk kebun sebab ada hasil yang berterusan bukan tunggu kelapa semata2..

Antara contoh tanaman sementara yang sesuai adalah seperti:

1. Tebu
2. Pisang
3. Ubi Kayu
4. Cili
5. Tembikai
6. Labu
7. Limau nipis
8. Lemon dan lain-lain

Kepada yang ingin cari benih buah- buahan boleh dapatkan dengan Telaga Emas Asia Enterprise

Address

LOT 1006, 4, Jalan TOK KAPOR, BINJAI KEMAMAN, DARUL IMAN
Chukai
24000

Opening Hours

Monday 14:00 - 17:00
Tuesday 14:00 - 17:00
Wednesday 02:00 - 17:00
Thursday 02:00 - 17:00
Sunday 14:00 - 17:00

Telephone

+60103078819

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEDAI KEBUN Binjai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KEDAI KEBUN Binjai:

Videos

Share

Category

KEDAI KEBUN(GARDEN SHOP)

Ditubuhkan pada tahun 2015 atas nama Agrofarm dan secara rasmi beroperasi pada tahun 2020 dengan nama Kedai Kebun, fokus kepada menjual dan memberi perkhidmatan membekal keperluan pekebun tempatan di area kemaman.Dan insyaalah kalau ade rezeki lagi, KEDAI KEBUN ini akan berkembang di seluruh Malaysia.