01/10/2020
VIRUS PARVO!!!
Baca lah kawan2 jika kita benar-benar sayangkan kucing kita. Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanafaat untuk kita bersama, In Syaa Allah.....
PESANAN untuk penyayang kucing. Jika kita benar-benar sayangkan kucing kita, sangat penting untuk kita kenalpasti beberapa simptom parvo
atau nama penuhnya feline panleukopenia virus (FPV) yang disebabkan oleh virus parvo. Kalau orang Melayu, kita biasa panggil penyakit ini hawar kucing, kerana jika seekor dijangkiti, dia mudah menular pada kucing-kucing lain, melainkan kita pantas bertindak dengan mengasingkan kucing yang dijangkiti itu...pengasingan bermaksud bukan sahaja meletakkan kucing yang dijangkiti itu ke dalam kandang, malah kandang itu juga perlu diletakkan jauh atau terpisah dari kucing-kucing yang lain.
Penyakit ini boleh menjangkiti kucing dalam semua peringkat umur, tetapi bagi kucing yang memang kurang sihat yang sistem immune nya lemah, dan anak kucing, jangkitan ini biasanya membawa maut.
Perlindungan paling berkesan daripada virus ini adalah vaccination. Sebab itu, adalah digalakkan bagi kucing untuk divaksin seawal ketika berumur 8 minggu, diikuti dengan dua booster pada dua bulan berikutnya. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kucing yang telah divaksin akan kebal daripada virus ini. Kucing saya sendiri yang semuanya divaksin pernah dijangkiti.
Simptom paling jelas bagi kucing yang dijangkiti virus parvo ini ialah muntah (biasanya muntah berwarna kuning), cirit birit (najis berwarna kekuningan dan akan berbau sangat busuk), kucing akan jadi lemah dan akan hanya duduk setempat, demam (ini agak sukar bagi kita hendak pastikan, melainkan jika kita ada thermometer vetrinary seperti yang digunakan oleh doktor haiwan), dan jika jangkitan sudah teruk, biasanya kucing akan mengalami sawan dan berbuih di mulut.
Bagi saya, simptom yang paling mudah untuk saya mula bertindak ialah bila kucing saya mula kelihatan lemah, menangkupkan mukanya walaupun ketika nak makan atau minum. Biasanya dalam tempoh sehari dua daripada mula kucing yang dijangkiti mula kelihatan lemah, dia akan muntah, diikuti dengan cirit birit.
Kucing yang sudah menampakkan simpton perlu dibawa ke vet sebab lebih cepat