12/07/2024
Subuh tadi, sekitar jam 2.45 dah mula hujan dengan lebatnya. Masa antar anak ke sekolah tadi, keadaan jalan agak gelap dari biasa. Ni hujan masih renyai.
Program yang melibatkan kebun akan tertunda jika hujan begini sebab tak boleh masuk Kebun. Durian belanda tak sama macam durian kawin. Durian belanda ni kena teliti sikit, kena cermat sikit, kena rajin sikit. Kalau di tinggalkan seminggu atau sebulan masa dia sedang rancak berbunga, maka kita akan kehilangan pendapatan selama mana tempoh kita tinggalkan. Mengapa begitu ? Panjang kalau nak di ceritakan satu persatu, panjang sangat.
Biasanya waktu begini (hujan), aku duk umah sambil mengatur atau menyusun semula program yang tergendala. Catat satu persatu dan simpan dalam laptop/hp. Kaji mana kelemahan untuk di tambah baik, cari maklumat sebanyaknya dari rakan sepertanian di luar. Jika boleh di adaptasikan ke kebun, maka akan akan lakukan. Begitular kehidupan aku yang sentiasa sibuk.
Kalian sahabat semua buat apa harini ?