21/12/2022
Tips Selamatkan Kucing Pada Musim Banjir
No 1) Pemilik kucing perlu lakukan jika berlaku bencana banjir ialah lepaskan kucing yang berada dalam kurungan semasa keadaan air naik atau masa kecemasan. Hal ini kerana kucing sebenarnya pandai menyelamatkan diri mereka dengan memanjat di tempat yang tinggi. Jika perlu, letakkan kandang atau sangkar kucing di tempat yang tinggi jika keadaan hujan kian berterusan.
No 2) Jika pemilik kucing tiada di rumah ketika hujan lebat, dinasihatkan mereka untuk memastikan ada sesiapa di rumah atau ingat untuk pesan kepada jiran anda agar membantu untuk melepaskan kucing jika keadaan air naik sekiranya anda tiada di rumah.
No 3) Selalu mengikuti perkembangan cuaca untuk mengetahui maklumat cuaca terkini. Ini penting supaya pemiliki kucing dapat bersedia lebih awal.
No 4) Sediakan beg dan sangkar kecil supaya memudahkan kita angkut dan menyelamatkan kucing-kucing tersebut apabila banjir.
No 5) Pemilik kucing juga perlu menyimpan segala makanan, ubatan, dan kad kesihatan vaksin kucing-kucing di satu tempat yang senang dilihat serta dicapai dan sebaiknya bungkus dengan plastik. Hal ini adalah supaya mengelakkan kad kesihatan tersebut basah jika terkena air
No 6) Anda juga boleh mengumpulkan kucing-kucing di satu tempat supaya mudah untuk dipindahkan jika banjir. Kalau kucing banyak, bersedialah maklumkan lokasi waris , rakan atau penyelamat haiwan peliharaan supaya kucing boleh dihantar awal ke tempat selamat.
No 7) Sentiasa sediakan makanan dan minuman bersih untuk kucing. Ini kerana kucing mudah terkena penyakit.
No 8) Pasangkan kolar pada setiap kucing sekiranya kucing terlepas atau hilang bg memeudahkan tujuan pengesanan
No 9) Pemilik kucing tidak meninggalkan rumah untuk pergi bercuti sekiranya kawasan kediaman mereka berpotensi mengalami banjir. Hantar atau Tinggalkan kucing anda dimana - mana hotel kucing yg selamat bagi anda
βAkhir sekali cuba buat yang terbaik untuk kucing anda. Anggaplah mereka macam keluarga kita. Jangan berikan alasan anda kelam-kabut dan tak perasan kewujudan mereka hingga kucing-kucing anda mati dalam sangkar atas sebab tak dapat menyelamatkan diri kerana kecuaian anda.Sama-samalah kita cuba lakukan yang terbaik